Followers

Sponsored By

Tuesday, September 29, 2009

Jurnal penyusuan Rikazz
















Sudah lama rasanya aku tidak mencatatkan apa apa tentang perjalanan proses penyusuan anakku.Adakah aku kini bukan lagi bf mom yang tegar?hehehe..alhamdulillah..rikazz hampir mencecah usia 9bulan..dan aku masih lagi tidak berganjak dengan niatku ini.Sebenarnya rikazz juga banyak membantu..





Nak tau apa ceritanya..ni kira pecah rahsia lah ni..Lepas cuti sekolah seminggu sebelum cuti raya ni..aku pulang ke johor dan tinggal disana selama seminggu sehingga habis cuti.Nak pump kat sana freezer emak dah penuh dengan lauk lauk mentah..dan bila aku memikirkan yang perjalanan 5jam dr johor ke kl..aku nak simpan kat mana plak susu susu tu kan..so aku cuma pam utk 2 hari je lah..adalah 5oz kat kampung aku tinggalkan.kononnya pulang ke rumah aku akan pam seperti biasa..tapi Allah nak bagi balasan kat aku lah kan..yang malas sangat nak mengepam ni..walaupun sudah dipam tak jugak kluar..bila dicampur2 adalah 3oz je..
aku pun ambil keputusan untuk mencari susu formula..bimbang BM yang ada sememangnya tak mencukupi..malam malam ajak B g KK MART carik susu..dah lah buta susu formula..tak pernah ambil tahu susu apa yg ok apa yang kurang..dah lah tak banyak pilihan..selama sejam aku duduk kat MART tu pilih susu..bila B tanya nak susu apa..aku sendiri tiada jawapan..aku pun ingat ingat lah masa chat dengan JUNE MUMMY WAFIQ pasal susu ENFAPRO ke ENFALAC ek..lupalah..aku pun belilah susu tu n hantar kat pengasuh Rikazz..tak plak aku sertakan BM yang 3oz tu..
sebenarnya..aku tak rela masa beli susu tu..aku rasa jeles sgt masa bg susu tu kat KAK WATI..huhuhu..lepas aku tinggalkan Rikazz kat kak wati..tak lama pas tu kak wati msg..dia kata Rikazz tak mau susu tu..dia muntahkan..pas tu dia jadi fobia dengan susu tu..apa lagi..menangis lah aku kat sekolah ni..nak balik tak boleh..dah lah puasa masa tu..aku kol B mintak B balik dari Banting n amek susu badan n bagi kat kak wati..
Bila dah balik kerja..kak wati rikazz minum 1 0z je tu pun dlm keadaan mamai..malamnya rikazz cirit birit n dekat najis dia ada putih putih ketul ketul..mcm susu yang tak hadam..sian Rikazz..semuanya salah ibu..
Sejak tu..aku tak pernah campur apa apa lagi..kalau susu?susu aku je..skang aku plak baru nak berjinak jinak dengan susu..Rikazz dah besar..dia perlukan unsur2 yang banyak kan..aku minum anmum breastfeed..harap harap dpt membantu lah..sebenarnya bukan suka sangat susu ni..hehehe..
Alhamdulillah..setelah 8bulan lebih susu ibu diberikan..Rikazz sihat dan kuat..susah nak demam atau selsema..setakat ni belum kene lagi demam teruk..(nauzubillah)..rikazz dah mampu berdiri sendiri apabila usianya mencecah 7bulan..skang dah pandai mencangkung..menonggeng..dah pandai main sembunyi sembunyi..kalau aku pegang jari dia..dia dah boleh menapak..dlm walker?berlari sudahh..(memang betul2 berlari)..kalau aku panggil nama dia..QALBYYY..dia dah pandai jawab UUU..kalau panggil BABY(abah rikazz) pun dia jawab uuu..bunyi belakang sama kot..kalau panggil nama penuh RIKAZZ QALBY MUNTASYEE..dia mesti senyum..
tapi kan..aku sebenarnya berkenan dengan ADAM HARITH yang pandai aminkan doa..cute nya..bila Rikazz nak pandai amin ni..
Sampai bila aku akan menyusukan rIKazzz?sampai aku mengandung lagi..insyaallah..susu yang seterusnya untuk adik Rikazz..JAN 2011..AFTER rikazz 2tahun..doakan kr

Si Comel Berbaju raya contest




Rikazz Qalby Muntasyee Bin Muhamad Rizal

8bulan


Tercari2 gambar rikazz yang cute memakai baju raya..namun yang paling cute(bagi ibu dia) yang ini lah..hope baby ibu terima..






Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys)

dan Kategori B (Girls)


Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.




Syarat Penyertaan
Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)







Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)




Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
HadiahBagi Kategori A:



Hadiah Pertama-Casual Meg daripada Gin & Jacqie-Necklace by S daripada Sherry



-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online-



RM30 Gift Card daripada leanalittleshop






Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH-



RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-



80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online



Hadiah Ketiga-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia-



RM10 Gift Card daripada leanalittleshop



-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online






Bagi Kategori B:



Hadiah Pertama-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko



-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online



-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop






Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH



-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop



-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online






Hadiah Ketiga



-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia



-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop







Hadiah MisteriTerdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..






dahsyat sungguh adiahnya..ibu rikazz berserah je lah

duhai hatiii

kenapa hidup ni penuh dengan dugaan..cakap salah..tak cakap kita yang susah..ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa..kenapalah orang susah nak faham apa yang kita nak lakukan..tujuan dan niat murni kita?susahnya nak kekalkan kedamaian n keharmonian..nak cari gado memang senang..kepala ni rasa berdenyut denyut...macam nak pecah..Ya Allah..

Monday, September 28, 2009

Yang mana satu ye?

manjanya rikazz
qareena..rikazz cumer cuci mata sket je tgok damia qistina




senget sket




sambil susukan rikazz



uiks..ternampak plak kepala rikazz





ni kat ground floor umah aku






Mataku tidak mahu ditutup lagi.Belek2 gambar kat hp..teringat kata cameraman masa aku kawen dulu..dia suka aku senyum nampak gigi.manis katanya..alahaiii..aku nak tanya korang lah..kalau lah aku bergambar..yang mana satu lagi ok?aku senyum nampak gigi kah?atau senyum tutup gigi?sebagai persediaan nak wat photo session nanti..(entah bila lah tu)..oh yer..gambar2 di atas ni gambar waktu on the way n kat rumah terbuka mak mertua mek ema..sempatlah aku melaram jap kat kereta..nak melaram kat umah mertua mek nanti org kata apa lak kan..by the way thanks mek kerana mengingati hajat saya nak makan ketupat palas tu..tahun ni balik johor tak dak plak org buat..selalunya aku makan ketupat palas..ketupat nasi kureng minat..(padahal orang johor)..atas ingatan mek tu dia ajak aku sekali g umah mertua dia kat selayang utk makan ketupat tu..mekaseh banyak banyak kat mek sekeluarga..kat siti aqeel haziq plak..mekaseh atas jemputan tadi..naz mintak maaf tak dpt datang..hubby ajak g umah mek plak..lagipun batang berjuntai tu jauh sgt dari umah naz ct..maaf yer..lain kali jemput lagi..oh ye..teruskan undian korang kepada cara aku bergambar..yang mana satu ye...

Sakit Perut

cantiknya tandas ni

Kenapa dengan perutku ini..sedari semalam sudah sakit..hingga ke pinggang punggung n kaki..nak kata sakit perut nak ek ek..sudah brapa kali aku pergi melawat bilik kecil tu..namun tiada apa apa..sakitnya..sungguh tak selesa..

Saturday, September 26, 2009

Beraya di rumah Fia

Ibu2 yang tak vogue dan anak2 yang maintain cute
Gambar kurang kualiti.Rikazz yang nangis dipeluk fia
Rikazz n abah nya yang gembira dapat duit raya



Adam n papa nya




Pandang memandang



bapak bapak




Hai kawan2..versi beraya di rumah saudara mara sudh pun berakhir..skang giliran beraya ke rumah kawan2 plak.seperti yang dinyatakan dalam entry yang lepas..aku nak beraya ke rumah lina mama fia..so..dah pun terlaksana..alhamdulillah..jumpa jugak..kalau nak g umah lina..dekat depan gerai no 60 sebelum sk taman medan..eh..promo plak..apa aktiviti kami?borak sakan je sampai lemang tak termakan..hari tu masa berbuka puasa sama..tak sempat nak borak dek kerana makan..ha..la ni..kuih tak terusik..lemang pun mujur mr berry dah rasmikan..anak2?buat hal diorang memasing..ni ler serba sedikit gambarnya..

Serbu rumah Lina

adakah ini rupa lemang lina?

Heheheh..mulanya..aku je yang nak g beraya rumah lina malam ni..tapi tetiba kart pun nak ikut..wah best nih..pas tu lina bagitau Dira pun ada..bertambah kecoh lah nanti rumah lina..tapi sedihnya..kak ina ku sayang tak ada..almaklumlah..dia collect duit raya sakan kat umah sedara maranya..dan dengar citer baru pulang dari Melaka..maka dukacitanya..tak dapatlah kak ina menggamatkan TAMAN MEDAN dengan hilai tawa dan riuh rendah suara anak anak..so..kami akan habiskan lemang lemang bapak lina..nanti..kalau dah ada gambar itu..akan aku upload k..kak daisy zarinah..bila nak open house tu?

kepada kengkawan semua..klu ada yg wat open house tu jemput jemput lah aku..saja nak menggemukkan badan di aidilfitri..hehehe


Thursday, September 24, 2009

Kami dah pulang..

Alhamdulillah..kami dah selamat pulang ke K.lumpur semalam pada pukul 11 malam..Jam ke?sedangkan kami bertolak dari Kulai pukul 9.30 pagi..Lamanya..?hehehe..tak lah..Kami tersekat sebab beraya lah..
Baik lah..jom baca citer perjalanan kami ni k.Dari rumah pkl 9.30 pagi dan aku n family memulakan perjalanan raya kami ke Benut Pontian Johor.Memula kami menuju ke rumah ONI rikazz..tapi masa kami sampai ONI rikazz baru mula mengubat..(Oni rikazz ni pengamal perubatan tradisional)..memandangkan pesakitnya ramai..kami terpaksa meninggalkan halaman rumah Oni terlebih dahulu menuju ke rumah Moyang Rikazz a.k.a mak aktok aku.Sampai depan umah mak atok..semuanya bertutup..dalam hati..apasal sumer orang tak ada ni..kami terus menuju ke rumah Mak Teh.Mujur Mak Teh ada..tu pun Mak Teh sekeluarga bersiap siap nak ke open house..kueh paling best kat umah mak Teh ialah kek batik..sedap..aku sempat makan nasi kat sana sebelum bertolak ke rumah mak atok.
Sampai kat rumah mak atok tak lama lepas tu ANDAK sampai..baru balik beraya..Nasib baik dpt jumpa andak..Setelah puas Rikazz mengejar kucing..kami bertolak ke rumah MAK NGAH aku.mak ngah tak ada sebab pegi open house..yang tinggal adik at aja..sepupuku..
Lepas pergi rumah Mak Ngah baru aku bertolak ke rumah ONI semula..masa tu Oni baru habis mengubat.dapatlah aku berjumpa dengan oni sekejap..
Lepas tu aku bertolak ke PARIT RAJA..rumah kwn sekolah menengah aku..Tipah..Tipah ada anak yang sebaya dengan Rikazz..namanya IMAD..sepatutnya Imad lahir sama tarikh dgn Rikazz..tapi Imad dah terlahir sebulan awal..jadi sekarang Imad dah 9bulan dan Rikazz 8bulan.Rikazz ni dia suka dengan budak budak..selalu dia akan datang dekat dan cuba bermain main n berinteraksi.Tapi kesiannya Rikazz..si Imad ni tengah suka menggigit..bila saja Rikazz mendekati Imad..Imad terus tarik tangan Rikazz..Dia panjat panjat Rikazz..gigit Rikazz dan tarik rambut Rikazz..Rikazz tak buat apa apa pun masa diperlakukan sebegitu..tapi mungkin tarikan dan gigitan Imad dah menyakitkan dia..Akhirnya Rikazz menangis..Kesian Rikazz..lepas tu Rikazz lari bila Imad mendekatinya..Bila tengok Rikazz menangis..baru ku sedar..Rikazz ni tak kasar lah..patutlah kanak kanak perempuan suka main dengan Rikazz..wawawa..abah Rikazz kata..TAKPE IMAD..TAHUN DEPAN KAMI DATANG LAGI..NANTI LUMBA LARI DENGAN RIKAZZ.hahaha..yo lah tu B
Pulang dari rumah Tipah..kami singgah di REMBAU KG PILIN.umah tunang jiran kampung B..HA..kat sini kami makan kerbau..fuh..pes time ni..tapi tak lalu sangat di tekak ni..
pkl 8.30 kami bertolak pulang ke KL..tu yg sampai rumah pkl 11mlm..tamattt..krohhhh
Rikazz selepas dibuli..kesian anakku..
Sebelum bertolak pulang..

Rikazz dan Oma


Kat rumah weida



Dengan Balqis Qistina





Tuesday, September 22, 2009

Perjalanan Syawal

































Salam Lebaran aku ucapkan kepada kawan2 semua.Pastinya waktu aku menulis entry ini..tak ada orang pun yang akan baca blog ni.sebab masing masing isytihar cuti berblogging kan.tpi aku nak ambil kesempatan ni utk membuat catatan perjalanan ku di blog kesayanganku.

JUMAAT

Seperti yang aku nyatakan dlm entry yang lepas..aku mula bercuti pada hari Jumaat kan.Walaupun cuti sudah bermula..aku n family tidak terus pulang ke kampung.Memandangkan tahun ni turn aku beraya dengan mertua.Jarak perjalanan pun hanya sejam dari rumah..aku gunakan masa yang ada untuk mengemas rumah.Mak aii..tak larat tu tarik sofa ubah lah hias lah..mengelap lah..fuhh penat.Petang nya kami g sopping sket kat JUSCO BUKIT RAJA.berbuka puasa di KLANG dan malam baru sampai kat Jenjarum.







Rikazz tak sabar nak berbuka..Puasa terakhir..






Rikazz jumpa kawan baru kat JUSCO


SABTU

Tolong2 apa yang patut..kemas umah..isi kuih..nak masak mak mertua aku dah hebat memasak.adik beradik pempuan pun ramai.so sekejap je dah settle.fuh!! lega..

AHAD

Selamat Hari Raya..pagi pagi bangun mandi sunat hari raya.kami bersedondon berwarna biru..nak upload pic cable tak bawak lak..nantilah yer.Lepas tggu semua adik beradik sampai..kami memulakan perjalanan beraya..Pengalamn baru bagi aku yg kali pertama beraya bersama keluarga suami.Korang nak tau..pkl 8 pagi dah ada tetamu beraya..selama ni keluarga aku..kalau waktu pagi kami tak mo kacau tuan umah..Tapi dah adat kat sini kan..Lepas ber maaf maafan..kami pergi ke rumah paman paman n wak wak.Yang aku ingat hari tu kami pergi umah WAK ALI..WAK KAPOT..WAK SOLEH..WAK SURATIN..WAK INAH..PAMAN UMAR dan last sekali BIBIK MASNI.semua g sekejap sekejap je..buat syarat.lepas solat zuhur kami pergi SIJANGKANG .g studio adik ipar ku.Kami bergambar kat sana..yang geram tu Rikazz pandai plak posing tu..tak sabar nak tgok gambar Rikazz..petang lpas solat Asar kami bertolak ke FELDA GEDANGSA TANJUNG MALIM..g umah nenek B...Malam baru sampai..


Rikazz dengan aksi cool nya di Rumah Paman Umar

Kami bertema biru turqoise tahun ni.Kat umah WAK SOLEH

Abah..jangan makan kueh banyak2.Ingat!!Pesan Rikazz pada abahnya


ISNIN

Hari raya kedua ni kan..Lepas mandi mandi..kami pergi ke rumah ACIK LEMAN.kat situ situ jugak..ACIK LEMAN ni adik emak mertua..kalau raya pertama tu kami round umah adik beradik abah mertuaku..Lepas g umah ACIK LEMAN..kami berkonvoi ke TG KARANG..g umah NENEK GEMUK..apa namanya pun tak tau lah..Nenek gemuk tu kakak kepada nenek B..sampai pkl 1 kami pun bergerak pulang ke Johor..
Perjalanan yang sebelum ni ambil masa 5jam dah jadi hampir 8jam sebab jam..kat PLUS..akibatnya sampai JOHOR pkl 8malam..uwa..lapo giler..nak buang air pun terpaksa tahan sbb semua tandas baik kat R&R mahupun PETROL PUMP..dah berbaris macam kat kantin..sekali masuk setengah jam beratur..nak makan?tak payah..mmg takde tempat..fuhh penat..

Rikazz di Tanjung Karang..tengok sawah

Kat umah Moyang Rikazz a.k.a nenek abah kat TG MALIM

esok..nak round JB plak....kesimpulannya..raya umah mertua..takdelah teruk sangat seperti yang aku bayangkan.hehehe

hOO hOO balik Johor!!!

Thursday, September 17, 2009

Hoo Hoo Balik Kampung!!


Kawan2..hari ni adalah hari terakhir persekolahanku..kerja lah tu..Seperti yang diumumkan dalam tv..kerajaan mengumumkan bahawa JUMAAT cuti khas sempena aidilfitri..Jadi inilah hari terakhir n biasanya sessi bermaafan akan berlaku di sekolah nanti.

Esok aku akan mengemas sehari suntuk dan mengemas beg pakaian untuk pulang beraya.Seperti aku ceritakan dalam entry yang lepas..Aku akan beraya di rumah mertuaku dahulu di KAMPUNG JENJARUM BANTING SELANGOR.Plan kami..petang 1syawal kami akan berkonvoi ke rumah nenek B di FELDA GEDANGSA TANJUNG MALIM..Raya kedua kami akan bertolak pulang ke BANDAR TENGGARA KULAI JOHOR.Namun disebabkan emak n adik2 dah ada di rumah nenekku yang kupanggil MAK ATOK..lalu kami akan terus menuju ke KAMPUNG PARIT PINANG BENUT PONTIAN JOHOR.Kami akan pulang semula ke tanah air..(eh macam jauh je pergi) pada malam raya ke 4 dan akan menghabiskan cuti raya di KL sahaja.

Insyaallah..sesapa yang nak ajak rikazz n ibunya collect duet raya dialu alukan.hehehe..

Sempena Syawal yang akan datang tidak lama sahaja lagi..aku ingin mengucapkan salam aidilfitri n maaf zahir batin.Kalau ada terkasar bahasa maafkn lah aku kerna aku insan biasa..

Dijemput datang ke rumah ye teman2..takdelah open house tp ku menerima kunjungan kalian di AIDILFITRI nanti

So jemput datang ke..


17-01-11

JALAN SRI SENTOSA 9

TAMAN SRI SENTOSA

JALAN KLANG LAMA

58000 KUALA LUMPUR


Selamat pulang ke kampung n hati2 kawan2...

Wednesday, September 16, 2009

Baju dari jauh





Jauh nya..hehehe..nampaknya..entry MERIAHNYA JALAN TAR memang meriah..ada yg terbakar dek entry itu dan ada yg gigit jari sbb suaminya tak mau pergi..lina..pujuk2 lah sket..buat ayat power..mesti dpt.Ok lah entry kali ni..aku nak citer yang aku dah terima pun bungkusan POS EKSPRESS dari LANGKAP..iaitu sepasang kemeja beserta Seluar dari besanku kak DIA untuk Rikazz..terima kasih bebanyak kak..Oren gitu..mula mula tgok mcm besar..sekali dah pakai takdelah besar sgt..Nampaknya bergaya lah rikazz dengan baju itu..i likkkke it.




Masa aku sampai sekolah tadi..Boss a.k.a guru besar panggil..ingat nak apa..rupanya dapat kad raya n coklat..Puan rita ni mmg tetiap thun bagi coklat kat kami..Puan rita..bagila duet raya sesekali itu..hehehe(tak bersyukur la)




Dan baru aku teringat..asalnya aku takde budget nak membagi duet raya kat anak2..Sedih rasanya..harapkan bonus..tak dpt..Selalu duit bonus tu lah duit raya.Namun baru ku teringat..rupanya masih ada duit terselit yang hampir ku lupa keberadaannya.Maka..dengan itu..terisilah sampul2 duit raya dengan wang wang yang sepatutnya..alhamdulillah..rezeki namanya kan..

Meriahnya Jalan TAR

Akhirnya hajat aku nak ke sana terlaksana jua.Semalam lepas balik sekolah,aku n suami tak lupa juga Rikazz terus mengharungi lautan kesesakan lalulintas.Kami sudah pun siap siap membeli air dan roti.Bimbang sudah tiba waktu berbuka puasa tetapi masih terperangkap dalam jammed yang panjang.Namun kami berjaya parking kereta pada pukul 7malam.Kami park kereta kat CITY CAR PARK dengan harga RM6 per entry.Mahal kan..orang kat KL ni dah tak kisah pasal mahal kan.Yang penting dapat pergi ke tempat yang diingini.

Aku sempat mencari juadah berbuka.Beli nasi tomato dengan harga RM 5?huh..geleng kepala.Konon nak makan lah kat mana mana tepi jalan.Tapi takde tempat.Sempat juga sekali round kat pasar Jalan tar tu.kat situlah yang sesaknya.Pasar yang panjang kalau RAMADHAN tiba pasar tu start dari pagi sampai tengah malam.

Bila azan berkumandang para peniaga sibuk bentang tikar..makan kat atas tikar tu dengan pekerja masing masing.Nampak meriah sangat.Aku cari kedai makan yang kosong n duduk makan kat situ.mujur takde makanan yg B berkenan masa kat bazaar tu.Dapat gak menumpang duduk.

Lepas makan..kami teruskan perjalanan dan pencarian.Macam2 gaya promosi yang mereka buat untuk menarik pelanggan.Ada yang membuka pentas dan menyanyi sambil berjoget bagi mempromosi tudung jualan.Ada yang guna pembesar suara.Ada yang pegang capal saiz king kong kot..katanya..NAK CAPAL SEBESAR BAPAK GAJAH N SEKECIL BABY PUN ADA JUAL DSINI.tapi memang besar giler lah capal tu.Sama besar dengan badan n ketinggian kita.Songkok besar pun ada.hahaha..kelakar sungguh.Memang banyak pilihan..rambang mata..Mujur aku dah beli semua..kalau tak..penin pala B nak tunggu aku pilih nanti.

Rikazz buat apa?lepas kepenatan melihat ragam manusia..dia tidur dalam porch.Tu pun abah dia yang dukung.Aku tak larat ler..nak mendokong Rikazz sekarang..

Setelah puas mencuci mata..aku pun telah memilih gerai untuk kuih raya..so aku sambar ler 4jenis kueh dengan harga RM50.Risau gak takut tak sedap kan..Tapi penjual tu bagi kita rasa.Berpegangkan kata kata besanku kak DIA.katanya kuih yang dibelinya di jalan TAR sedap..aku pun tawakal je lah.

Balik rumah..mencuba satu persatu..alhamdulillah..ternyata ada mutu dan rasa walaupun murah..

Kawan2..rikazz dah dapat duet raya pertama dari kak Yosni..kawan sekerja aku.Thanks kak.semoga rezeki akak bertambah lah murahnya..

Tuesday, September 15, 2009

Outdoor Photoshoot

Ni edit sendiri.Masa kenduri di Johor

Ni masa potong kek kat Johor
Ni masa nak nikah kat Banting


aku suka gambar2 mcm ni lah..diambil dari www.eyesofgrace.blogspot.com



Nak tau tak?Aku teringin sangat nak buat outdoor photoshoot.Masa aku kawen dulu..biasa biasa je.Masa kat umah B..photographer adik ipaq aku.Mak mertua aku lah sibuk sangat suruh kami amek Menantu dia tu.puji melambung..cantik lah..kemas lah..kerja mmg kemas tapi gaya?gaya lama lah..sangat skema pose yg kami kene buat(mati aku klu adik ipaq aku baca)..masa kat johor plak..gambar mmg cantik..terang..ceria je negoknya..tapi takde photo editing ni..




Rasa macam nak kawen sekali lagi..uwa!!!Aku sebelum ni takdelah reti nak bergambo gambo sangat.Niat dihati nak wat photoshoot utk anniversary.Tapi masa first anniversary tengah sarat tunggu hari..Mana tak nyer..anniversary 28 DEC.due aku 8JAN.tu pun Rikazz lambat kluar..dah 11 JAN baru kuar..Tapi mmg aku harap sgt nak wat photoshoot yang gambar macam kat majalah tu..Buat masa ni..aku masih menanam impian.Ujung taun ni rasanya tak dpt gak kot.Sbb baru lepas menghabiskan duet bercuti cuti Malaysia..Aku ada berkenan beberapa photographer yg buat blog nih..korang ada cadangan tak?




Kene gune duet banyak sket gak kan..Aku tanya paling murah pun RM1500.huh..tambah 400rm lagi cukup basic gaji aku sebulan tuh.Tapi doakan lah aku murah rezeki dan tercapailah hasrat aku ni yer....ni ada gambar gambar yang boleh dilayanzz.





Sunday, September 13, 2009

Esok dah kerja

Esok dah kerja lagi.Mood nak kerja dah diganti dengan mood nak coti..Malam ni..aku tinggal sorang lagi lah..B keje malam.Rikazz dah tido..Rasa tak puas cuti n rasa tak puas main dengan rikazz.Niat dihati nak cari kueh raya kat JALAN TAR tak terlaksana lagi.B kata nak g hari Selasa lepas amek aku balik sekolah.Jam pun takpe katanya..Tadi pergi melawat blog sapa sapa ntah.saja je nak baca..kisah hidup masing masing kan berbeza.msg Dira..dia tengah beerbuka+sahur kat FLAMING STEAMBOAT tu..aku ajak B g lagi..B kata dia takleh makan seafood lebih lebih.Nak muntah katanya.huhuhu..Nak kemas umah mcm malas.Sebab Rikazz dah sepahkan lagi..Oh ye..tadi Rikazz aku ajar sorong walker..tapi dia punya berlagak..tak mau langsung guna apa apa untuk bantuan.Malah dengan badan yang masih tak berapa nak tegap tu..dia langkah sendiri.Dari walker pergi ke meja..dari meja melangkah ke sofa.Tak mau dibantu langsung.Bila dia dah jatuh..ibu pun diam je la..Suruh Rikazz usaha sendiri.Tau tak nak?Maka..semakin ligat lah Rikazz mengemas.Dok dalam walker dia ikut je kemana aku pergi.Konon nak had kan perjalanan dia..ohh..semakin berani skang..Rikazz..Rikazz..takpelah Rikazz..asalkan Rikazz bahagia..sama nacam nama Rikazz MUNTASYEE=THE HAPPIEST PERSON IN THE WORLD. atau dlm Bahasa Arab = al insaan allazi yamliku kulla al farhah wassaadah fi haza addunya..

Hadiah Dari Rikazz untuk ibu

Asyik saja aku diajukan soalan yang sama..Dah berapa batang gigi Rikazz?Jawapannya..belum lagi..Rikazz dah 8bulan ni..Nape tak ada gigi lagi..Nak kata gusi tak keras..keras dah..Nak kata tak menggigit..Gigit dah..Rikazz dah mula nak menapak..Selangkah dua..Dah mula meniru cara kita bercakap..Kalau nangis..Buuu Buuu..nampak Mama dia..emmma..tapi kenapa tak ada gigi ni?Uwa...

Sejak minggu lepas..Rikazz minum susu sikit sangat kat umah MAMA WATI dia.time abah jaga pun sama.Aku ni style tak buat stock ebm tu.hari hari pam..selalu mesti tinggal sebotol..tapi ni dah berbtol btol ni..sbb rikazz tak minum sangat.Makan pun tak makan sangat.Kenapa ni?

Semalam..aku saja nak tengok gigi Rikazz..Gigi mana?tunjuk kat ibu nak..macam ni lah ayat aku.Dengan tersenyum senyum Rikazz tunjuk kat ibu dia..Oooo..sudah ada 2gigi warna putih mula menunjukkan rupanya.Inilah sebab Rikazz marah marah..cirit birit..n tak mau makan n minum..Rikazz dah tumbuh gigi sewaktu usia 8bulan.Bila aku gosokkan gigi dia..dia rasa selesa..mungkin gatal agaknya.

Pesan ibu..gunalah gigi untuk kebaikan..Jangan gigit orang tau sayang

Ini bukan gigi Rikazz.Hanya untuk tontonan blogger.Macam ni lah keadaan gigi rikazz

2009 CUTE BABY IN STROLLER CONTEST



Ha..kali ni aku nak join contest anjuran mummyameer plak.sbb rikazz banyak gambar dia dlm stroller..




Syarat-syarat for all mummies to join this contest :




1. Of course u must be the follower of mummyameer


2. Sila add dan link kan banner di sebelah pada sidebar.


3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali sekeping gambar baby/toddler di dalam prams ataupun stroller anda.


4. Link kn blog mummyameer.




Contest bermula dari 8 September 09 hingga 15 September 09.Keputusan akan diadili oleh panel bebas berdasarkan keaslian dan kreativiti gambar yang dihantardan hadiah serta pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009.




Sila tinggalkan komen di shoutbox setelah entry disiapkan.Selamat Mencuba! :)!


p/s : CONTEST INI DILANJUTKAN SEHINNGA 23 SEPTEMBER 2009! DAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 29 SEPTEMBER....( sbb N nk raya sakan .... )






ok..ni ada dua gambar rikazz..N..tolong lah pilih which one N berkenan yer







Kedua2nya gambar rikazz di dalam stroller berjenama SWEET CHERRY je..kalau takde stroller ni maka tak larat lah nak mendokong rikazz kesana kemari..Lenguh..ni gambar Rikazz 6bulan..skang dah 8bulan

Saturday, September 12, 2009

Balik Raya Mana tahun ni?

Ini Oma Rikazz.Orang Johor.Namanya Sutimah Bt Ali.Umur 51 tahun ni.

Rikazz suka ikut Oma ni..kalau Oma tak ambik..nanti Rikazz nanges.Oma ni emak kepada Ibu Rikazz..Oma selalu manjakan Rikazz sebab Rikazz cucu pertama Oma.



Itu lah soalan yang sering ditanya apabila raya semakin hampir.Macam aku..soalan tu menyebabkan aku kurang bersemangat nak menjawabnya.Minggu lepas..sekolah mengumumkan yang Hari Jumaat dah start cuti raya.Masing masing senyum meleret.Tapi bagi aku..huhhh..sedih..semua org pelik apasal aku buat muka tak bersemangat..Mana taknya..tahun ni turn balik KAMPUNG JENJARUM BANTING SELANGOR.a.k.a Mak Mertua n Pak Mertua aku..uwa!!!!



Macam teruk sangat aku yer kene raya umah sana dulu..bukan tak balik Johor..Balik..tapi dah raya ke dua or ketiga nanti.



Ada beberapa sebab yang membuatkan aku tak semangat bila memikirkan raya tahun ini.






1. Raya pertama my B keje.huhuhuh..(bosanlah aku kat sana bila B takde)






2.Rikazz asyik menangis je kat umah tu.Pelik..padahal Rikazz ni kaki jalan mcm ibu n abah dia.Tempat lain dia ok je even tak pernah sampai.Tapi jejak je kaki ibu kat tanah Jenjarum tu..teruslah Rikazz meraung sampai mcm org sesak nafas teresak esak.Aku jadi tak selesa bila Rikazz menangis mcm tu..






3. Ni first time aku tak raya dengan emak aku dulu.Sian mak aku..






4. Tak rasa balik kampung lah..dekat sangattt






Tahun ni berwarna biru lah baju raya kami..sedondon lah satu family B..dengan family belah aku..tahun ni tak buatlah memandangkan aku takde..Tak sabarnya nak balik Johor!!!!

Ini Nenek Rikazz.Orang Banting Selangor.Namanya Salamah Bt Ahmad.Umur pun 51 tahun gak.Rikazz selalu menangis bila nampak muka nenek.Dengar suara nenek pun nanges.Pening kepala ibu dengan rikazz.Nenek Salamah selalu kecik ati dengan Rikazz.Tapi ibu nak buat macamana.Rikazz punya pilihan.Ini emak ABAH rikazz

SIGN JANGAN TAK SIGN