Followers

Sponsored By

Thursday, July 23, 2015

Fasa baru akan bermula : Menanti kelahiran

Kisah bermula apabila syawal semakin hampir dan aku mula rasa sakit2 di perut pinggang belakang dan di bawah...
Hr selasa lepas aku memang ada check up mingguan di klinik kesihatan.Rekod kesihatan minggu itu tak cantik sangat.Dengan berat naik hampir 5kg smggu...membuatkan tiba tiba berat badanku mencecah 78kg.berbanding 74kg sebelumnya.Ish ish ish...jantung baby pula laju...dan aku mengadu aku sakit dan perut asik mengeras.Baby lbh banyak diam berbanding gerak spt biasa.memandangkan Aku punya rekod gugur dan ectopic doktor trus buat surat refer ke PPUM.sbb mereka kata aku ni kategori high risk.Malas nak ckp banyak aku pun pergila ke ppum.dengan harapan lepas buat CTG Xdala kena tahan wad.
Sampai di PPUM dlm pkl 4.30 aku terus naik tgkat 3 dewan bersalin.selepas ditemuramah doktor kata aku perlu ditahan 24 jam memandangkan usia kandungan telah mencecah 36 mggu tika itu.
Yg best nya...di hospital baby bergerak sgt aktif..lebih aktif dr sebelum ini.Dan langsung tiada kontraksi.Padahal sebelum ini aku dah berpeluh menahan sakit.Utk itu aku pun selamat dilepaskan pulang keesokannya.
Tapi disebabkan kes ini..jadual pembedahan aku berubah.Jika sebelum ini aku diberikan tarikh pembedahan pd 10 ogos yg mana tika itu kandunganku dah berusia 39 mggu...kini doktor memutuskan agar aku dibedah lebih cpt pd usia kandungan 37 mggu.awal 2 mggu dr jangkaan...Jd insyaallah 27/7 aku sudah dpt mencium bayi yg ku nanti ini...Jumaat ni aku dah dimasukkan ke wad semula.Dptla berehat sehari di rumah dan menguruskan apa yg patut sblm berkampung di Ppum.
Mohon doakan keselamatan dan kelancaran pembedahan itu nanti ye.

Friday, July 17, 2015

Dugaan Akhir Ramadhan

Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kesenangan.
Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya...
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di Johor pada hari Rabu 7.15 mlm.Sempat la merasa nikmat berbuka puasa awal di Johor dua hari. Memandangkan tiada sesiapa di rumah Johor ni ( rumah adik) jadi kami memang siap siap bawa barang2 rempah ratus semua dari rumah.Cuma tinggal beli beberapa bahan sahaja seperti lauk mentah di Bandar Tenggara.
Pagi2 seawal 7 pagi kami telah menjejaki Pasar Bandar Tenggara.Masyaallah ramainya umat manusia.Memang nak kena berasak2 sebab tempat menjual lauknya tak banyak.Ikutkan hati malas nak ikut sebab perut pun asik mengeras pinggang menyengat apatah lagi jalan yang dah x mampu nak cat walk ni.Tapi biasalah encik baby saya tu...mana nak pergi sendirian. Semua mementingkan diri dan mengelat...yang datang lambat laju je membuat pembelian tanpa rasa bersalah.Kita ni beria la beratur nak ikut giliran.Dalam ramai2 yang bertolak tolak tu adalah seorang wanita berbangsa Cina ...dia memandang perut aku yg membuncit ni dan terus memberi laluan padaku.Yang lain2 hampeh...hem..
Selepas pulang dari pasar dan siapkan anak anak kami pun berhajat nak round round JB..itula kebiasaan kami...sesampai di Plaza Angsana suhu kereta naik sehingga maksimum.120° x silap maksimum tu.Aircond x berfungsi lagi masa tu dan kereta automatik berhenti dan gagal dihidupkan.Sangat2 bersyukur dah sampai di Plaza angsana.
Masa tu rasa nak menangis dah...hanya fikir macamana nak balik Selangor klu kereta berterusan mcm ni.Dah dari semalam suhu naik.Selama hampir 8 tahun kami guna kereta tu tak pernah mengalami suhu naik.
Cuba hubungi rakan rakan dan saudara mara tapi tiada respon.maklumlah masing2 sibuk nak balik kampung kan.Huhu... Bila encik baby tengok katanya Kipas motor tak gerak...macam jammed.Bila dia pusingkan baru kipas tu bergerak semula.
Kami pun ambil keputusan utk cepat2 meninggalkan plaza angsana menuju ke permas jaya sebab di situ je lah tempat yg kami familiar.setelah beberapa kali suhu naik bila kami berhenti di lampu isyarat saya terus berdoa semoga kami selamat sampai ke rumah makcik terlebih dahulu.Mujur x lma lepas tu sepupuku Nadia memberi respond dan call aku semula.
Setelah berehat sbntar kami pun menuju ke sebuah bengkel di Johor Jaya.Mujur kami tak lewat sbb mekanik pun masing2 nak bercuti.Sebelum sampai ke bengkel tersebut sempatla suhu kereta naik sekali lagi.
Setelah perbincangan bengkel boleh bagi harga utk semua caj kipas motor satu set kos pasang dan GST..Rm380. Dalam purse cuma ada 400 je tu.Setelah beberapa jam kerja perbengkelan kami menghantar Nadia pulang dan terpaksa pulang semula ke Bandar Tenggara.Niat utk berjalan2 kami batalkan memandangkan hari pun sudah petang...
Hari raya ni memang tak berapa nak istimewa sbb Wang wang asik melayang je...tp apa apa pun kami bersyukur sbb kerosakan berlaku ketika kami sudah berada di tempat yg selamat...

Thursday, July 16, 2015

Menanti Hari

Salam sayang buat semua...
Menanti hari..ye benar...tak sangka bersawang2 blog diary ku ini.Kali terakhir aku membuat posting pada saat UPT kandungan ke 7 ini positif November 2014 yg lalu.
Kini...alhamdulillah setelah dugaan demi dugaan aku lalui akhirnya aku diizinkan Allah utk menikmati setiap perkembangan janin ke 7 yg Allah izinkan membesar di dalam rahim ku ini.
Kini kndunganku mncapai usia 36 mggu lagi.Di awal kehamilan aku memang langsung tidak mahu memikirkan setiap komen negatif dari sesiapa pun.walaupun mereka cuba utk mengingatkan aku ttg harapan yg mungkin tdak jadi kenyataan.Ternyata spnjg 9 bln ini aku berjaya menghindari pemikiran negatif dari sesiapa pun malah diri ini.Insyaallah aku sntiasa bersangja baik dgn YANG MAHA MEMBERI dan YANG MAHA PEMURAH
Sedikit info ttg baby inside yg aku ingin kongsikan...last scan pd 32 mggu yg lepas berat baby lebih kurg dlm 1.73kg... Insyaallah aku akan menimang cahayamata perempuan yg memang aku impikan.Sebab dua org yg ada tu boboi.
Semalam sebelum aku bertolak ke Johor aku menjalani check up di PPUM smbil menantikan tarikh booking utk ceasearian.Konon mengharapkan hanya berbaki 2 mggu shja lgi proses mengandung ni sebab kebiasaannya utk kelahiran elektif czer doktr akan menjalani pembedahan pd usia kandungan 38 mggu.Tp tidak bagi aku.
Doktor telah mmberikan tarikh pd 10/8 ? Dan itu tarikh kandunganku mencapai 39 mggu lebih.Bila aku minta lebih awal katanya tidak boleh sbb utk mengelakkan paru2 tidak matang.Mungkin mereka merujuk kpd rekod kesihatan sepnjang mengandung.Aku tidak punya diabetes mahupun darah rendah atau darah tinggi.
Kalau mengikut sejarah kelahiran pun semuanya post date..41 mggu dan 42 mggu.sebab tu mereka berani tarikh pd 39 mggu lbh tu...
Sbnrnya agak frust sbb rasa tak larat dah nak bawa kandungan lama lama mcm abg abgnya ditambah pula nak menghadapi ragam anak murid yg baik budi tu di hujung2 kandungan.Tp bila fikir ssmula mungkin ini yg terbaik buat kami berdua.Kalau 4 tahun aku boleh sabar menanti takkan 3 mggu lagi aku tak boleh sabar kan...
Di saat saat akhir ni hanya doa demi keselamatan kami berdua yg kami harapkan dari kalian.
Buat semua rakan2 yg xpernah jemu mendoakan kami dari awal kisah terima kasih sgt3 atas kebaikan kalian...
Oh ye..saja nak share..kali ni memang pecah rekod sejarah kandunganku...
Kndungan Rikaz berat naik 17kg
Kandungan Riyash berat naik 26kg
Kandungan adik baby berat baru naik 6kg je...
6 kg pun start peknen dah 68kg pun.hihi...
Hari ni syawal terakhir bg tahun ini...
Di kesempatan ini aku mohon 10 jari kemaafan andai ada terkasar bahasa terguris hati.
Selamat Hari Raya...

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN