Followers

Sponsored By

Saturday, February 1, 2014

Apa Makna KHALIF yang sebenar

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.
Berjuta kemaafan saya pohonkan atas entry QALIF semalam.bukan niat di hati untuk memalukan sesiapa.Melainkan dengan niat menyampaikan ilmu dan kebenaran yang ramai dari kita tidak tahu.
Entry saya bukan untuk meraih traffic yang banyak.Sebab saya tidak pernah menerima wang hasil nuffnang tu.Saya telah kongsikan maklumat ini di dalam group nama-nama indah yang bermakna kelolaan saya di facebook.Dan baru kini saya ada kekuatan untuk menyebarkan perkara ini di blog.Memandangkan hari ini waktu cuti jadi saya punye lebih masa untuk mengarang.

KHALIF sama juga keadaannya dengan QALIF.cuma maksudnye berbeza..sebutannya berbeza..huruf awalnya juga berbeza.

Kalau QALIF diambil dr perkataan yg berasal dr huruf ق ل ف
KHALIF pula خ ل ف
Beza sedikit sahaja kan? Tapi beza maksudnga BESAR.

Selain QALIF KHALIF juga menjadi pilihan parent untuk nama anak yg menginginkan maksud KHALIFAH.sekali lagi saya katakan TIDAK..ANDA TIDAK AKAN PEROLEHI MAKSUD KHALIFAH PADA EJAAN KHALIF.

Mari kita lihat bagaimana ia terjadi.

Merujuk kepada MUKJAM AL WASITH
KHALIF خالف
Maksudnya
1.Yang lemah, tidak ada nafsu untuk makan
2.Orang yang banyak kekhilafan atau kesilapan

Merujuk kepada Mukjam Ar ROID
KHALIF خالف
Maksudnya
ada beberapa maksud pada al wasith dipersetujui ditambah dengan
1.YANG ROSAK,YANG BERUBAH MENJADI ROSAK

Merujuk kepada MUKJAM AL GHANIY
1.Yang lemah, yang rosak
2.Yang berlawananan
3.Yang berbeza

Merujuk kepada MUKJAM AL ARABIYYAH AL MUASIRAH
1.yang berubah

Segala info disini harap dijadikan panduan oleh ibu bapa yg berniat ingin meletakkan nama tersebut kepada anak.

Kalau anda niat nak letak nama anda bermaksud Khalifah...anda letak jelah word
KHALIFAH UMAR contohnye bukan UMAR AL QALEEF ke UMAR AL KHALIF ke...

Kalau anda nak guna bahasa Inggeris untuk maksud khalifah anda gunalah terus

CALIPH UMAR bin ....
Itu lebih baik dr merubah ejaan.Wallahu A'lam
Wassalam

50 comments:

sephiiroth said...

Salam..terbaca blog awak thanks for the info.sy follow a few story awak..awak bole menterjemahkan nama anak.saya akan bersalin x lama lg.perlukan nasihat dan pndangan berkaitan nama.bole awak tolong tengokkan.planning nama muhammad nazif furqan.

Nasri said...

Sebagai seorang yang bekerja di hospital, hamba sangat setuju, kerana ramai kanak2 yang sakit, yang bernama khalif, berakhir dengan meninggal dunia

Naz Nur Nhazzla said...

Wassalam sephirooth..takut pulak saya dengar terjemah nama anak.mcm ada kebolehan luar biasa pulak...sy biasa2 je orgnya.tiada kemampuan luar biasa.cuma sy ni graduan bahasa arab n kesusasteraan dan seorg guru bahasa arab di petaling jaya.saya mmg sgt berminat dgn nama2 dr bahasa arab n sy suke membaca kamus arab.jd apa yg sy boleh bantu, sy bntu lah
muhammad yg terpuji
nazhif yg bersih
furqan pemisah kebenaran dr kejahatan.

encik muhammad...sampai mcm tu skali ye.nama tu doa kan.klu hari2 org panggil kita orang yg lemah..tu yg lemah kot.by the way tq atas perkongsian

Unknown said...

Salam..klu nk letak nama anak najla awfa cmne ye mksudny..elok ke x? Terima kasih..

Unknown said...

Salam..klu nk letak nama anak najla awfa cmne ye mksudny..elok ke x? Terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum...sis,klu x keberatan bleh x tlg bg terjemahan utk nama ni : Muhammad Raimi Ilham & Rania Inani.
Terimakasih :-D

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

assalamualaikum .. menarik info ni ..saya masa mengandungkan anak no.2 saya termimpi ada suara suruh bagi nama anak saya khalif/qalif tp bila bersalin yg keluar perempuan ..sampai skang saya simpan nama ni dan mmg x mungkin saya guna kerana ketiga2 anak saya perempuan dan saya tak boleh mengandung lagi ..

Anonymous said...

Assalamuakaikum,

Maaf, izinkan saya menambah dan highlight info yg blh mencerahkan .

Sebenarnya, nama "khalif", sebagaimana yg diguna pakai oleh org Arab, BUKAN DIEJA خالف dan BUKAN BERASAL DARI PERKATAAN خالَفَ.

Khalif sebagai satu nama utk orang lelaki, ejaannya yg betul ialah خليف.

Jika dirujuk di encyclopedia lengkap makna2 nama2 dlm bahasa Arab, ia membawa makna الولد الصالح dan juga khalifah.

Oleh itu, usah ragu2 dan tidak silap jika kita menamakan anak dgn nama KHALIF, kerana ia dieja dgn خليف . Mungkin jika saudara semua ingin membezakannya dgn خالف blh dieja khaleef jg.

Org Arab tidak bermaksud menamakan anak mereka dgn خالف.

Semoga dpt memberi pencerahan

UmmuWafi

Sara said...

Ummu wafi.. u are right.. i dah check with 5 ustaz.. semua kata the spelling of khalif is just right.. harap this blogger dapat betulkan facts.. this entry meant for khilaf which means berubah.. stop create sensitive issues.. to all, kalau ragu2 u can check with ustaz2 and those yg lebih arif.. not just some random blogger..

Sara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Maaf...bkn nk ckp sape betul n sape salah...tp ape yg sy faham, maksud qalif, qaleef atau khalif bkn membwa maksud khalifah dlm bhsa arab...gna la ejaan mcm mn sklipn dan untuk khalifah dalam bahasa arab pun menggunakan perkataan KHALIFAH...xda short2 form...dan klau nak ditranslate dr bahasa inggeris baru keluar perkataan CALIPH...tue pn klu guna ejaan dlm BI bru keluar perkataan KHALIFAH...so sy brterima kasih sgt2 kpd bloger sbb mengetengahkan isu ini...sekurang2 nye ibu bapa mndpt kesedaran dan pengetahuan.....bagi saya sesiapa yg melenting tue adalah org yg telah melakukan kesalahan dan tidak dpt menerima kesalahan yg dibuat...wallahuallam...

Anonymous said...

Sorry terbaca comment yg agak kelakar. Cara ejaan 'caliph' in english. sebutan still 'khalif'. Ejaan ni org yg cipta. Sebutan mmg tak boleh lari. Sama saja. Jadi kalau dibahasa melayukan 'caliph' tak ada masalah. Betul kata sara. Refer kepada ustaz2 jgn mudah termakan kata2 blogger. Yg comment pagi2 buta at 2.40 am ni mesti blogger ni. Sudah2 la.

Anonymous said...

Memang dlm kamus2 biasa takda makna khalifah directly, but bg yg faham dan dah bergaul dgn org Arab yg sebenar, they will know the meaning.

Yg saya ingin highlight, sebelum kita mewar-warkan perkara2 yg mcm ini, elok kita semak dulu. Dan jg tolong bertanya dgn org yg punya autoriti.

Wallahua'lam.

P/s: nama saya bukan khalif

mastura said...

Blogger minta buat research dahulu., minta rujuk dgn ustaz2 atau ulama sebelum spread information yg boleh mendatangkan fitnah..

Naz Nur Nhazzla said...

Asslamualaikum kpd semua.saya adalah seorang guru bahasa Arab..pemegang degree bahasa arab dan kesusateraan.bukan memfitnah atau menulis tanpa kajian..saya juga telah menyatakan sumber dr kamus2 sbg rujukan..kalau ejaan anda adalah khaleef dgn ejaan arab خليف...hanya ada dua kamus sahaja dan satu maksud sahaja yg memberikan maksud المستخلف...iaitu yg terpilih..tp haruslah digunapakai bersama AL..kalau tak..khaleef خليف majority kamus arab memberikan maksud المخالف للعهد yg membawa mksud menyalahi janji atau sng kata mengingkari janji begitu juga المتخلف للميثاق yg mengingkari perjanjian.sy bukan menulis kerana taqlid atau copy dr blog 2 yg lain...sy juga telah membuat rujukan dgn rakan2 translator dan pensyarah yg bersetuju dgn penemuan ini.kalau anda tak yakinn anda boleh rujuk kamus2 arab n cr dgn ejaan sy yg berikan samada خالف ataupun خليف

Naz Nur Nhazzla said...

Najla' sebut naj lak yg mempunyai mata yg cantik.najlak juga ada beberapa maksud yg lain menurut bahasa.

ummu wafiy
Tq atas penambahan.sbnrnya saya nak buat satu lg post pasal khaleef dgn ejaan arabnya خليف cuma belum ada kesempatan.saya memberikan maksud berdasarkan rujukan dr mukjam2 yg sy nyatakan...bukan ensaiklopedia nama.mengikut kamus2 Arab maksud almustakhlaf itu maksud yg terakhir sekali dinyatakan di dalam setiap kamus.didahului dgn المخالف للعهد والميثاق.mungkin ummu wafi juga boleh menyelak2 mana 2 kamus utk semak apa yg sy nyatakan..utk pos ini sy bg utk ejaan KHALIF خالف

Naz Nur Nhazzla said...

Bg yang menuduh comment anonymous tu adalah komen saya..harap maaf...saya x punye banyak masa utk log out dan msuk ke blog sy sbg anonymous.xada apa yg sy perlu takutkan krn sy membuat rujukan sdr.saya menulis disini utk berkongsi apa yg kebanyakn dr kita tidak tahu.Memang sukar nak terima kenyataan lebih2 lg bila benda tu terkena pd kita.tp drpd anda menuduh sy yg bukan2..mungkin anda boleh buat kajian dlu mengenalpasti background saya dr andaa mengata saya yg bukan2.

Naz Nur Nhazzla said...

Kepada ummu wafiy
sy telah merujuk kepada mukjam maanil asmak
Yg puan maksudkan الولد الصالح والذرية
Adalah KHALAF bukan KHALEEF

Naz Nur Nhazzla said...

Khalaf klu rujuk mukjam al mawrid means SUCESSOR

Anonymous said...

Maaf...saya yang tulis comment pkul 2pg tue...so jgn nk tuduh blogger yg tulis...sy xbleh tido jika sy xluahkn ape yg sy rase pabila mbca comment dr sara dan ummu wafi...n then lg satu sy nak tegas kn jgn ditegakkan benang yang basah...pk kebaikan utk anak sama..kalau dh bnda xelok n dh mnjadi kemusykilan senang cerita jgn duk letak...org tegur bnda baik pn salah...klu xkeberatan sy nak berhubung dgn blogger nie utk rujukan/translate nma dlm islam/arab...sbb sy pn seorg ibu...mmg xsenang dlm pncarian nma ank nie...

Anonymous said...

Saya rujuk ustaz mengenai perkara ini dan rujukan mukjam ini sebenarnya tak berapa sesuai untuk dirujuk kpd bahasa melayu.. minta kejasama blogger untuk memberi contact number mana2 professor yg menyatakan perkara ini mmg beri maksud yg tak baik.. saya ingin contact directly..

mastura said...

Minta kerjasama blogger dan mana2

mastura said...

Minta kerjasama blogger dan mana2 ibu bapa yg ragu2 tentang nama atau ejaan nama 'khalif', boleh hubungi : ustaz ahmad dasuki - 013 3213775, ustaz daud che ngah - 019 3102500, ustaz hafiz noordin - 019 4127440, ustaz abd rafek mohd saleh - 019 3809652, ustaz mahzad JAKIM serta JAIS, nama dan ejaan khalif tidak mempunyai apa2 masalah.. minta rujuk dengan yg berkenaan kerana rujukan mukjam mmg tak boleh dipakai dalam bahasa melayu..

intan said...

Rujuk kepada ustaz majid dari jabatan mufti selangor, 03 5514 3738, ejaan khalif boleh dipakai dan membawa maksud khalifah. Boleh juga rujuk ustaz shauqi othman, 019 324 1364. Juga menyatakan tiada masalah dalam ejaan dan makna 'khalif'

Naz Nur Nhazzla said...

Saya agak terkedu kerana tuan or pua menyatakan bahawa mukjam itu tidak boleh digunapakai dlm bahasa melayu.MUKJAM adalah kamus...tempat rujukan bagi sesuatu bahasa.kalau kita tidak faham tentang maksud bahasa melayu, kita rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka kan.kalau kita tak faham maksud perkataan bhasa inggeris kita rujuk kamus oxford.mcm tu juga halnya dengan bahasa arab.kamus bahasa arab itu disusun oleh orang arab sdr.mana mungkin mereka salah dlm memberi terjemahan bahasa ibunda mereka shingga kita tidak boleh n tak tepat merujuk kamus2 tersebut.memang ada bnyk perkataan arab yg membawa banyak maksud.termasuklah word khalif itu sdr خالف .maaf saya xdpt letakkan baris sbb guna tab je.saya akan mnta rakan pensyarah n translator jelaskan tentang perkara ini.utk bg no disini saya rs tidak manis.sesiapa yg berhajat boleh pm di fb saya

Maria Firdz said...

Maaf ea nak mencelah kpd en/Puan anony tu.. Hmm.. Knp tak tonjol aje diri ea.. Knp berselindung pula disebalik identiti anonymous tu... Huhu.. Cmni lah... Ustazah Nazla ni cuma kongsi ilmu dia, tpi dia tak paksa org terima... Lagi satu kalau nak rujuk ustaz ustazah lain boleh, tapi carilah ustaz ustazah bidang bahasa jgn g tanya bhgian fekah atau ustaz ustazah bidang usuluddin pula.. Sudah pasti jawapannya lain... Cabang agama ni luas... Bab ni.pun.nak perdebatkan ke.. Kalau dh buh nama anak dgn.nama ni.. Guna aje.. Sbb nama tak 100% mmbntuk akhlak, ibu bapa yg mencorakknnya...

Homemadesticker said...

As slm... Sy setuju dengan Ustazah Naz dan Ustazah Maria... Yg anonymous tu mcm org yang bacul takut nak tampilkan diri... Comment then berselindung... Kalau g perang pun memang takut mati... Wslm...

Naz Nur Nhazzla said...

Hehe.xpelah..sapa yg berhajat boleh pm kat fb.boleh contact translator bahasa arab tv al hijrah n prof majdi ibrahim pensyarah di uiam yg juga pengarah istac

Anonymous said...

nama anak saya Haziq.. sy bukan based bahasa arab..cuma pernah belajar bahasa arab semasa sekolah menengah..sy bersetuju untuk letak nama anak perlu sangat berhati2 dan ejaan perlu tepat supaya bila disebut maknanya tidak lari..

berkenaan nama anak sy satu hari seorang visiting lecturer dari Egypt tanya siapa nama anak sy.. dan sy sebut his name is "Haziq'.. prof tersebut buat muka tercengah.. saya terkejut.. dia tnya why Haziq? saya terkejut & jawab is not Haziq have good meaning in arabic.. its intelligent right?. prof tu trs ckp 'No!!' it the meaning is not good. its mean like to angry or someting like that... if intelligent u should put 'khadziq' (kha alif dzal yaa qaf) not Haziq..

just perkongsian.. sekarang sy n suami n family je yg sebut nama anak saya btul..ssh hati .. mungkin ustazah boleh terangkan berkenaan sebutan nama Haziq ni..
TQ

Naz Nur Nhazzla said...

Salam...ye btol tu puan HAZIQ MEANS حازق
SEDANGKAN intelligent is HADZIQ حاذق HA tu nipis sebutannya dan panjang.mcm kita kepedasan.mcm tu lah sebut haa dan dziq plak sebutnye kena kluarkan lidah dz huruf ذ dan huruf q ialah huruf qof kena berdetak menyebutnya.

Tuty Linda said...

maaf nk tumpang tnya pd sis Naz,so utk maksud khalifah..boleh ke sy ltk nama dgn ejaan Caliph Umar

Tuty Linda said...

maaf nk tumpang tnya pd sis Naz,so utk maksud khalifah..boleh ke sy ltk nama dgn ejaan Caliph Umar

mee said...

ummu wafi, sara, mastura, intan..kalau boleh ingin juga melihat komen terbaru dr anda semua..

Unknown said...

Maafkan sy. Nama penuh sy Mohd Khalif bin Abd Razak. Alhamdulillah, dgn kuasa tuhan, sy masih lg bernafas di bumi Allah S.W.T. Ajal maut ditangan Tuhan. Maafkan sy.

Unknown said...

Maafkan sy. Nama penuh sy Mohd Khalif bin Abd Razak. Alhamdulillah, dgn kuasa tuhan, sy masih lg bernafas di bumi Allah S.W.T. Ajal maut ditangan Tuhan. Maafkan sy.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam. Berhubung dgn reply dr saudara Muhammad Bakar di post atas sekali. Pekerja hospital... Disini, Maafkan sy. Nama penuh sy Mohd Khalif bin Abd Razak. Alhamdulillah, dgn kuasa tuhan, sy masih lg bernafas di bumi Allah S.W.T. Genap 30thn umur sy skang. Ajal maut ditangan Tuhan. Maafkan sy.

Anonymous said...

Salam mohon semak nama anak saya muhammad harraz fahim...takut pulak maksud tak baik...

Unknown said...

As Salam,

minta bantuan puan Naz...

terjemahkan nama bakal anak sy..sbb sy dilema hendak meletakkan nama.. dari segi susunan dan maksudnya..

cadangan nama adalah ;

Izz Ahmad Wafiy
jika dilihat dalam goggle maksudnya..

IZZ= kekuatan
ahmad = Yang terpuji
Wafiy = yang menepati janji..

mohon pencerahan dari segi maksud dan ejaan serta susunan..

TQ
Azah Aziz

MOHDFAIRUZcheghani said...

Assalam..mohon pandangan nama khalid adwa..time kaseh

Suhada Shah said...

Assalammualaikum wbt
Saya baru je terbaca blog ni dan semua comment/perdebatan di atas.
Mungkin lari sedikit dari tajuk blog,
Boleh puan terangkan maksud Qhalaf/Khalaf??

Saya telah pun meletakkan nama anak saya dengan nama Muhamad Qhalaf Isyraf.
Risau dengan maksud yang tidak baik. Boleh puan jelaskan maksudnya?

jaz said...

KENCING JE SEMUA NI.....ADA NAMA ADAM TAPI MENGAMUK KT CHOW KIT APA CITER?
SEMUA NK TUNJUK PANDAI PHUIIIII!!!

Unknown said...

Klau nama anak sy muhammad khaleef rayyan mcm mna

Unknown said...

sy sgt setuju dgn ust nazz.. sy pun dah buat pmbacaan dan rujukan dgn merujuk byk kamus-kamus arab

Unknown said...

Maksudnyer bole nma kan ank Khaleef atau Qaleef,betul ke mcm tu?

nancy mohamed said...

اسعار شركات تنظيف كنب بالقطيف
شركات تنظيف كنب بالاحساء
شركات تنظيف كنب بالجبيل
اسعار شركات تنظيف كنب بالدمام
شركات تنظيف كنب بالخبر

Unknown said...

Terima kasih sis.. info yg di beri. ... Anak sya nama khallif.. berumur 11 tahun.. ni Abg ipar yg bg nma . Sya ingt Kan mksud khallifah.. .Smpi skrg dh 2-3 tahun sya nk tahu mksud khallif.. .sebb rasa tak sedp hati... Bila terbca info yg sis kongsi... Baru sya tahu mksud nma khallif... Anak sya ni kurus dari kecil ada je sakit... Sya rasa nk tukar ejaan nma anak Sya Dan dgn mksud yg baik. .. seperti khalaf.. .

shaysea said...

jetez un œil à ce site Web dolabuy gucci page Web meilleures répliques de sacs de créateurs pourquoi ne pas vérifier ici sacs répliques hautes

Anonymous said...

www.arsipsumut.com

arsipsumut said...

BERITA TERUPDATE DAN TERKINI

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN