Dibesarkan dalam keluarga yang tidak sempurna...dia selalu membuat masalah di sekolah, tidak masuk kelas, buli murid yg lebih kecil darinya,buli rakan2 sebaya.sejak dia hadir ke sekolah kami...namanya sentiasa menjadi bualan di kalangan murid2, guru2 malah ibu bapa juga.Kerana apa?kerana masalah2 yg dia lakukan.Kadang2...saya yang bosan...malah cikgu2 yg lain pun bosan...sebab nama dia je yang naik dekat ofis.GPk Hem kami yg baik hati tu dah tak larat nak nasihat...rotan pun sudah..Malah saya sendiri pernah bacakan dia yasin tahun lepass...Tapi..anak ini ,memang bijak...anak ini sebenarnya lembut hati...anak ini ada masa depan yang baik...Hari demi hari...saya nampak perubahannya walaupun tidak banyak.Saya yakin dia akan jadi seorang yang berguna suatu hari nanti.
Dalam kenakalannya..dia seorang yang berbakat, dalam bidang muzik, nasyid, lebih2 lagi sukan...Kalau dulu, kerap juga dia todak hadir ke sekolah.Namun, sejak dia menyibukkan diri dengan aktiviti kokurikulumnya...dia jarang sangat tidak hadir ke sekolah walaupun banyak juga masa dia ghaib dari kelas.
Saya tak tahu apa perasaan saya bila tengok dia...tapi dalam hati saya...saya tak mahu marah2 dia.Sebab saya pernah merasai situasi keluarga seperti dia...Siapa lah yg mampu membaca isi hati dan perasaan insan seperti dia.Lebih2 lagi yang tidak pernah merasa situasi yg dia lalui...
Bila fikirkan apa yg dia buat tahun lepas...baling anjing tuan rumah depan sekolah...bila ditanya kenapa? Jawabnya anjing tu bising sangat.hahaha
Awal bulan ini...kes baling makcik kantin dengan ketul ais...bila ditanya..jawabnya nak baling budak yang bising dan ganggu dia nak makan tapi sasaran tak tepat...
Memang nakal kan...
Apa2 pun Airiel...ustazah doakan awak berjaya dalam hidup suatu hari nanti.Tak mustahil...akan datang saya akan jumpa dengan engineer Airiel.Amin
Followers
Sponsored By
Friday, February 28, 2014
Dia bakal engineer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
amin....tersentuh pla Ayu baca entry nie pagi2 jumaat....
Hehe..yg menulis pun dengan penuh perasaan.moga cikgu cikgi diberi kekuatan utk berdepan dgn anak2 pelbagai ragam ni
aku bekas budak dulu jugak
tpi dah sejak join lumba lari kat sekolah
dh paham erti susah mak besarkan
trus jdi budak baik
dulu anjing jiran pun baling dgn batu sbb garang sangat
kan?!
ahahaa
Kak ayu mesti memahami perasaan airiel.anjing kejiranan sekolah ni anjing mahal2 kak.kereta volkswagen org tu pun dibalingnye...semua benda buat dia tertarik...mmg nakal tp sy suke kat dia.
Post a Comment