Followers

Sponsored By

Monday, March 28, 2011

Berpantang yang paling tidak berdisiplin




Hari saya menulis saya sudah pun menjangkau hari ke 34 berpantang..hanya tggal beberapa hari sahaja lg saya akn menamatkan tempoh berpantang ini.tp pantang kali ini terasa mcm tidak lah berpantang sgt...mungkin kerana rasa sakit yg cepat hilang membuatkan sy lupa daratan hahaha...
kenapa saya kata saya xberdisiplin?

1. hr ke 8 pergi shopping complex beli baju riyash
2.minggu pertama je pki stokin
3.kdg kdg terminum air sejuk..tnpa ais
4.cukup sebulan pergi shopping isi rumah..byr hutang kat bank2
5.mkn kat luar sbb dah tghr tp msh di hospital
6.bnyk bnda saya mkn.asalkn xgatal sy mkn.hihihi

lg bila dah buat kerja rumah..dukung rikazz mmg dah lupa klu kita ni berpantang..anda..bgmana?

Dia masih kuning walaupun dah sebulan




Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah sebulan Riyash dilahirkan..Ibu dia plak dah sebulan berpantang..
Sebulan check up Riyash nye berat dah 5.06kg..dr 3.14kg
Tinggi Riyash dr 50cm ke 57cm
Apa pencapaian Riyash..
Dah pakai baju abang masa 8bulan ke atas..
Dah mengiring..dan kepala dah menegak.Suka kalau Naz dukung dia letak kat bahu.
Marah kalau dia dibaringkan telentang..
Tapi yang tak best walaupun dah sebulan Riyash masih kuning.Masa 3minggu Riyash nye kuning dah turun..dr mula mula kuning 212..3mggu kuning 144..banyak kan turun..tup tup check up sebulan boleh lah kuning dia naik semula 175..apa lg refer hospital lah..
Kami dah pergi hospital..next week akan jumpa pakar..harap2 xda papa lah..

Kisah ibu plak
Masa sebulan berpantang berat ibu dah turun dr 83kg ke 69kg..tapi masalah punggung ni sgt lah rumit..besar lg..69 tu msh ada 9kg sebelum dpt berat b4 mengandung...Luka jahitan operation dah baik..dah cantum..cuma mggu lepas bernanah plak jahitan yang hujung..alhamdulillah dah kering dah..tp makin nak baik jahitan rasa tegang sangat...jalan masih xleh laju.Kesan ubat bius plak masih terasa di tulang belakang dan punggung..sengal je..

Kisah Rikazz plak
Kalau si adik dah sebulan maknanya si Abang 2thn 2bln..
Masih lagi breastfeed dgn ibu.selalu berebut dgn adik.Dah semakin banyak word dan ayat dia.Dan semakin jelezz dgn adik..

Tu je..
@gambo kemudian ye..jenuh nunggu dia upload

Sunday, March 27, 2011

Mitos dan Fakta Jaundis Bayi


Anak anda pernah mengalami jaundis semasa bayi?atau lebih dikenali dgn nama penyakit KUNING?
Bila anak anda diserang jaundis pastinya macam2 petua dan tips2 yang anda terima dari masyarakat sekeliling kan.Mari kita cek apakah petua dan bahan bahan yang digunakan untuk mengurangkan jaundis atau menghilangkannya sama sekali..

1. Minum susu kambing
2.Mandian air daun inai
3.Mandian serbuk mutiara
4.Minum air rebusan akar kayu cina
5.Minum air kundur
6.Mandian air daun kucai
7.Perahan anggur hitam
8.Minum susu formula

Mungkin anda yang membaca pernah terdengar atau mengamalkan tips2 diatas.Tapi sebenar2nya adakah semua bahan diatas tersebut berkesan utk mengatasi jaundis bayi?
Ketika hari pertama bayi saya Riyash mengalami jaundis saya telah bertemu doktor utk memastikan tahap jaundis anak saya..Dan saya tanya apa ubat jaundis dan apa sebenarnya jaundis ni?

Jawpn doktor : Bayi yang mengalami kuning selepas kelahiran disebabkan hatinya belum matang.Hati yang belum matang masih belum dapat melawan total billirubin dalam darah.Tu yg menyebabkan anak kuning.Dan kuning ni tiada kena mengena dengan kena minum susu kambing dan sebagainya serta tiada kena mengena dengan tak boleh memakai baju berwarna kuning dan makan benda berwarna kuning...Semuanya berkaitan dengan hati..

Kalau fikir fikir..betul juga..kalau mandi mandi air air semua diatas tu boleh ke mematangkan hati?Apa kena mengena mandian dengan kematangan hati?Apa kena mengena tak boleh pakai baju kuning dengan hati kan?

Saya bertanya lagi..jadi apa ubat jaundis ni?Doktor jawab..susu ibu..bagi je susu ibu..jgn bg benda lain..

Disini ada info mengenai jaundis..jom kita cek !

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.

Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.

Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

sumber :mybengkung.com

Adakah Riyash ini menghidap jaundis susu ibu?kerana jaundisnya sudah melebihi 30hari?Saya tidak pasti kini total bilirubinnya sudah turun atau belum sbb tiada ujian darah dilakukan.Tapi kalau melihat kepada kulitnya sudah tidak kuning lagi.Harap2 berita minggu ini akan memberi khabar yang gembira.Kalau anda ada pendapat tntg mitos dan fakta jaundis ni mari kita share..

Saturday, March 5, 2011

Bila Nazla dah ber anak dua


Alhamdulillah..saya telah pun menjadi ibu kepada 2 orang putera R..Rikazz dan Riyash.Kalau suatu masa dulu ada orang mengatakan saya ni susah nak dapat anak tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..
Kali pertama saya pulang dari hospital membawa bersama Riyash ..dan menyusukan Riyash atas katil rumah kami..Inilah saat paling panik saya.Dengan luka jahitan operasi yang masih basah Rikazz datang ingin menyusu juga.Ye..Rikazz 2tahun sebulan dan dia masih lagi menenen dengan saya sehingga saat akhir saya mengandungkan Riyash.
Apabila Rikazz nampak Riyash menyusu dengan saya..Rikazz mula mengamuk..nak susu juga.Semua panik sbb Rikazz menerpa saja ke arah saya sedangkan Riyash sedang menyusu.Akhirnya...kali pertama saya tandem nursing Rikazz dan Riyash..Rikazz sebelah atas..Riyash sebelah bawah.Dan saya terasa ada kecutan pada rahim saya tatkala kedua2nya menyusu..
Terasa ada anak kembar plak..
Minggu pertama di rumah memang kelam kabut.Maklumlah...tak biasa lagi.Tapi skang dah ok..Cuma Rikazz perlukan pemantauan.Dia masih belum pandai nak handle dirinya bila dia nak sayang adik dia..Tapi Rikazz abang yang baik...suka nak tolong kami uruskan adik dia..
Riyash pula senang nak uruskan..menangis waktu nak ek ek je...Kalau x susah nak dgr suara dia..Masalah terjadi ketika nak bf Riyash masa minggu awal sbb Riyash agak sukar nak latch..Tpi skang dah ok..alhamdulillah..
Semoga Rikazz dan Riyash boleh menjadi adik beradik yang baik...

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN