Followers

Sponsored By

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Suamiku kerja kilang

Ye la..suamiku bukan kerja opis.cuti hujung minggu..sabtu ahad boleh ajak jalan2.
Dia kerja kilang shift.2 hari kerja 2 hari cuti 2 hari kerja.sebulan adala sekali dia dpt cuti sabtu ahad.itu pun masa tu daku pulak yg tak bercuti.
Begitula adanye khidupan ku.kadang2 tension gak sbb tak dpt hadiri jemputan kenduri or majlis kawan2.smpi rasa segan sgt sbb mmg x pnh dpt dtg sbb waktu yg dijemput tu waktu rizal koje..
Mcm hr ni.kwn baik ku nye open house..guru besar..sume x dpt pegi.klu nak melawat baby pun ku akn pergi weekday blik dr sekolah tu.
Jd jgn la serik menjemputku.bkn ku x sudi nk dtg rumh kwn2 sedara mara..yg cuti klu public tu daku tp tidak suamiku.
Kita pulak mmg tak tau nk drive sdr pergi bersuka ria..lg lg nk kluar bertiga dgn ank yg lasak tnpa suami..memang belom mungkin lg.
Jd kesimpulannya..suami sy kerja kilang yg 365 hr on production.hrp maklum..
P/s : Rizal g tuko profesion la jd cikgu


Monday, March 28, 2011

Dia masih kuning walaupun dah sebulan




Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah sebulan Riyash dilahirkan..Ibu dia plak dah sebulan berpantang..
Sebulan check up Riyash nye berat dah 5.06kg..dr 3.14kg
Tinggi Riyash dr 50cm ke 57cm
Apa pencapaian Riyash..
Dah pakai baju abang masa 8bulan ke atas..
Dah mengiring..dan kepala dah menegak.Suka kalau Naz dukung dia letak kat bahu.
Marah kalau dia dibaringkan telentang..
Tapi yang tak best walaupun dah sebulan Riyash masih kuning.Masa 3minggu Riyash nye kuning dah turun..dr mula mula kuning 212..3mggu kuning 144..banyak kan turun..tup tup check up sebulan boleh lah kuning dia naik semula 175..apa lg refer hospital lah..
Kami dah pergi hospital..next week akan jumpa pakar..harap2 xda papa lah..

Kisah ibu plak
Masa sebulan berpantang berat ibu dah turun dr 83kg ke 69kg..tapi masalah punggung ni sgt lah rumit..besar lg..69 tu msh ada 9kg sebelum dpt berat b4 mengandung...Luka jahitan operation dah baik..dah cantum..cuma mggu lepas bernanah plak jahitan yang hujung..alhamdulillah dah kering dah..tp makin nak baik jahitan rasa tegang sangat...jalan masih xleh laju.Kesan ubat bius plak masih terasa di tulang belakang dan punggung..sengal je..

Kisah Rikazz plak
Kalau si adik dah sebulan maknanya si Abang 2thn 2bln..
Masih lagi breastfeed dgn ibu.selalu berebut dgn adik.Dah semakin banyak word dan ayat dia.Dan semakin jelezz dgn adik..

Tu je..
@gambo kemudian ye..jenuh nunggu dia upload

Tuesday, February 16, 2010

Debaran pertama kali Rikazz bertemu atok nya

Aku tulis entry ini adalah kerana atas permintaan seorang sahabat yang minta aku ceritakan pengalaman pertemuan Rikazz dan atoknya buat kali pertama.Sapa tu ye???
Nak cerita kat facebook manalah muat.Maka disinilah medan aku melakarkan sejarah tersebut.
Atok Rikazz yang aku maksudkan itu adalah bapa kandungku sendiri ABDUL WAHAB BIN CHE LEH.bagi sesiapa yang mengikuti kisah hidupku di blog tentu faham mengapa baru kini..setelah Rikazz berusia setahun sebulan baru dia bertemu dengan atoknya?
Detik ini bermula apabila aku mendapat jemputan dari sepupuku sebelah ayah utk menghadiri majlis perkahwinannya di Kg Jawa Klang pada 14 Feb yang lepas.Namun atas sebab aku telah berjanji dengan Babyku utk menghadiri majlis kahwin sahabat baiknya di Rembau aku pun mempercepatkan pemergian aku ke Kg Jawa pada 13 Feb malam...
Ayahku merupakan anak lelaki sulung dalam keluarganya.Biasanya kalau ada majlis kahwin sanak saudaranya dia mmg menjadi orang kuat.Aku terima undangan siti sepupuku itu pun kerana aku ingin mempertemukan Rikazz dengan ayahku buat kali pertama.Aku sempat menelefon ayah sehari sebelum majlis memberitahu bahawa Siti telah menjemputku dan aku akan hadir.
Malam itu selepas solat maghrib aku pun bertolak dari rumah dengan memakai baju biru satu keluarga.Rikazz juga aku pakaikan baju melayu biar nampak cute..Sampai sahaja disana..ayah menyambutku.Terus diambil Rikazz dari dukunganku.Aku nampak dia sangat teruja melihat Rikazz..ya lah..sekelip mata sahaja dia bergelar atok ..ayah tidak melihat aku berkahwin..ayah tidak melihat aku mengandung..dan ayah juga tidak hadir melawatku ketika aku selamat melahirkan Rikazz pada tahun lepas..yang ada dihadapan ayah sekarang cucunya yang sudah berjalan..sudah besar.Rikazz diam sahaja ketika ayah mengambilnya dari dakapanku..Setelah menjemputku makan..aku biarkan Rikazz dibawa oleh ayah bertemu saudara maranya.Semua org bertanya siapa pula anak yang didukung oleh ayahku ini..Ayah kelihatan kekok tidak tahu bagaimana menguruskan Rikazz..yang aku saksikan ayah mencium cium Rikazz..mengusap rambut Rikazz dan memanggil Rikazz dengan gelaran cucu atok sayang..apa yang ayah lakukan hari itu merupakan kali pertama Rikazz..mendapat belaian dari seorang atuk.Atuk Rikazz sebelah abah boleh dikira berapa kali sahaja mendukung Rikazz..mahu membelai memang susah aku nak lihat.Maklumlah..sebelah abah Rikazz..Rikazz adalah cucu ke 7..tapi sebelah ibu Rikazz Rikazz adalah cucu sulung.atok Wahab Rikazz pun baru berusia 47 tahun..
Sewaktu aku menjamu hidangan..Rikazz sibuk mahu melepaskan diri dari dukungan atoknya.Aku minta ayah lepaskan sahaja Rikazz dan lihat kemana dia pergi.Rikazz memimpin tangan atoknya dan membawa atoknya berjalan kesana sini.Ayahku pula ikutkan sahaja Rikazz..menemani Rikazz kemana sahaja.Alangkah bahagianya apa yang aku saksikan di depan mata.Terbayang sewaktu aku kecil sudah tentu ayah juga melayanku sepertimana dia melayan Rikazz sekarang..kalau aku di tempat Rikazz waktu itu..alangkah bahagianya aku menjadi Rikazz ada atok yang penyayang.Namun kebahagiaan yang aku saksikan hanya seketika..
Isteri ayah datang..kelihatannya dia cemburu..dari matanya dan dari senyumannya yang sumbang..dan ada sahaja perkara yang hendak dikatakannya kepada ayah ketika ayah cuba untuk bermain dengan Rikazz..aku maniskan muka sahaja..tapi aku dapat lihat..dia tak mampu memandang mataku dengan tepat..Dia yang ku gelar MAK YUT cuba utk mengambil Rikazz dari ayah..tatkala itu jugalah Rikazz menangis sehingga tidak keluar suara..mata Rikazz penuh ketakutan..sedangkan sebentar tadi elok saja..Kasihan Rikazz..mulai detik itu mood Rikazz berubah..dengar sahaja suara Mak Yut Rikazz cepat cepat sembamkan mukanya dibahuku..sangat takut..kenapa ya?Bila aku bawa Rikazz jauh jauh dari Mak Yut Rikazz terus senyum kembali..mendengarkan kompang dipalu Rikazz siap bertepuk tangan sambil menghentakkan kaki nampak gembira.Namun apabila Mak Yut menghampiri kami terus sahaja Rikazz menangis dan tidak mahu memandang muka nya..
kasihan Rikazz..kebahagiaan Rikazz tidak berpanjangan..
tak pelah nak..ibu ada disisi Rikazz memberikan Rikazz sepenuh perhatian dan kasih sayang..
begitulah kisah pertemuan Rikazz dan atoknya..selepas ini..mungkin ayah akan bertemu lagi dengan Rikazz setelah kelahiran Riyash atau Nublaa..kerana pertemuan itu tidak mudah..kerana ayah perlu menjaga hati isteri dan anak anaknya yang lain..sedangkan merekalah sebenarnya yang merampas ayah dari hidupku..aku anak sulung ayah..

Apabila suamiku bekerja


Lama x update apa apa cerita kat blog kesayanganku ini kan..kesibukan yang melandakah menyebabkan aku malass sangat nak update?entahlah..aku pun tak tahu jawapannya.Tapi di subuh hari ini..di musim cuti CNY ni aku update lah sikit sikit apa yang patut.

Suamiku bekerja sebagai juruteknik di kilang MEGASTEEL SDN BHD.kilang ini letaknya di daerah banting sempadan antara Nilai dan Sepang.Manakala kami menetap di Kuala Lumpur.bersempadan dengan Petaling Jaya.Hari hari suamiku akan bekerja mulai jam 8 hingga 8..itu waktu kerja wajib.Tapi selalunya dia akan ambil masa satu jam utk siapkan report harian dan satu jam lagi utk OT.dia bertolak kalau shift pagi seawal 6.30 pagi dan apabila dia pulang ke rumah jam sudah menghampiri 11.30 malam.Itu pun kalau xhujan..kalau hujan?lagi lah lambat..Yelah..orang pergi kerja naik moto kan.

Nak dijadikan cerita..kami jarang balik ke kampung mertuaku di Banting..apatah lagi tidur disana.Sebab kalau nak cari cuti suamiku pada sabtu dan ahad hanya sekali sebulan.aku pulak..bila suamiku cuti aku pula yang bekerja.suamiku pulak bila aku suruh pulang sendiri ke kampungnya di Banting tu sendirian dia tak mahu.Akibatnya mak mertua aku kecik hati..tapi takkan dia nak salahkan anaknya kan..

Apabila aku pulang dari Rembau kami terus menuju ke Banting..asal ada kesempatan kami akan terus kesana.Walaupun xdapat tidur sana tapi bagiku lebih baik dari tidak datang langsung kan.Disana mak mertua sempat bercerita kepadaku..katanya sepupu suamiku bertanyakan tentang suamiku yang sudah lama tidak kelihatan di kampung itu.Maka mak mertuaku pun mengkhabarkan kepadanya suamiku sudah susah utk pulang ke kampung..lalu si sepupu pun menambah lah..sejak berkahwin denganku suamiku sudah berubah..tidak bercampur dgn mereka lagi..bermain boling bersama seperti kebiasaan..semuanya kerana AKU?

aku tak pernah nak halang kalau suamiku nak bermain boling ke..nak balik kampung ke..tapi kalau nak dicari masa kami free bersama..memang susah..sedangkan aku pun kalau suamiku bekerja..aku tak dapat nak berbual dengan dia..setiap kali dia kerja pagi..pulang hampir pkl 12 mlm..aku dah pun tertidur apabila menidurkan Rikazz..kalau dia kerja malam..pulang kerja pada waktu siang adalah masa untuknya tidur..ditambah lagi dengan rumah kami yang jauh dari Banting..sanggup mereka mereka menjadikan aku sebagai punca suamiku tidak seperti dahulu.Sedangkan suamiku sendiri yang tak mahu..kawan kawanku pun banyak yang berkecil hati denganku kerana tidak menghadiri majliss majlis yang mereka adakan.Aku memang nak sangat pergi..siapa tak suka berkumpul dgn rakan rakan bertemu kwn kwn baru dan lama.Tapi..siapa yang faham masalah aku?Kalau aku terangkan keadaannya pun mereka kata alasan semata mata..Nak jaga hati siapa?kawan kawan atau keluarga?

Saturday, January 30, 2010

Aku harus lebih bersyukur


Aku baru sahaja lepas menghantar suamiku di muka pintu.Walaupun hari ini cuti umum namun tidak bagi dia.Megasteel Sdn Bhd berjalan 365hari tanpa henti.Jadi beginilah nasibku..tersadai di rumah sahaja.Mesyuarat PIBG yang dijangkakan akan dilaksanakan hari ini pun telah dibuat pada Khamis yang lepas.Ahad pula aku harus pergi ke kelas memandu.Ntah bilalah nak habis.

Aku mengaku..hidupku sederhana.Berbanding sewaktu aku masih bersekolah,hidupku lebih senang berbanding dahulu.

Dulu..aku sendiri..hanya ada emak dan adik adik.Ada ayah tapi ayah pergi meninggalkan aku sekeluarga.Pergi dengan meninggalkan kami beban beban hutangnya yang sehingga kini terpaksa ditanggung emak.Sejak aku belajar..aku dapat PTPTN..wang itu bukan untuk aku seorang.Wang itu juga kugunakan untuk persekolahan adikku.Apabila aku mula bekerja dengan gaji 800 sebulan.400 untuk keluargaku.400 utk menanggung tambang pergi balikku ke tempat kerja makan minum dan kos untuk interview.Ada kekasih?gila pulak.Aku memang rasa hidupku sendiri.Aku sentiasa rasa rendah diri dan rasa kecewa untuk meneruskan hidup.Namun apabila aku rasa begitu..aku cepat cepat ingat ayat Al-Quran..yg membawa maksud..Allah tidak akan membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu.Bila difikir fikir aku sebenarnya mampu untuk mengharungi semua dugaan dan kesusahan yang aku lalui.

Sehinggalah aku bertemu suamiku Rizal.melalui internet..kawan kawan meragui kejujuran Rizal..Namun aku kuat berpegang pada doaku selama ini.Siapa yang datang dengan lamaran sebagai isteri..aku akan terima.

Apabila Rizal datang dalam hidupku..latar belakang pendidikan kami berbeza.Ya..aku ada ijazah dan Rizal hanya sehingga tamat SPM.jauh bukan?keluargaku meminta aku berfikir dalam dalam sebelum membuat keputusan.Kerana aku tidak mungkin akan hidup dalam kemewahan jika aku berkahwin dengan dia.akhirnya aku membuat keputusan untuk hidup bersama Rizal dengan harapan dia akan menjagaku seperti seorang ayah.Itu yang aku harapkan dari seorang lelaki setelah ayah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kini aku telah dikurniakan seorang anak..anak yang sihat..anak yang sangat memahami keadaan ibunya..dan juga suami..ya..memang benar kata orang orang.Aku tidak hidup mewah berkahwin dengan Rizal.bukan senang untuk aku meminta minta sesuatu yang aku inginkan darinya.kadang kadang aku kecewa..aku tak dapat hadiah dari Rizal setiap kali hari lahirku.apatah lagi di hari hari biasa.Emas berlian?tak terjangkau di fikiranku..ya..aku mengeluh.

Tetapi setelah mendengar rintihan seorang rakan..tentang kehidupan bujangnya yang orang lain tak tahu.Sudah lah sendiri..tiada tempat mengadu..makan pun susah..wang yang ada untuk perbelanjaan ibu yang sakit dikampung.Dan seorang lagi rakan yang punya suami..namun tidak boleh menjadi teman dikala dia dalam kesusahan dan memerlukan kasih sayang seorang suami..

aku rasa menyesal dengan rungutan rungutanku selama ini.Ya..setiap kali aku merungut..aku tidak pernah dimarahi oleh Rizal.kadang2 rungutanku boleh mencabar kewibawaannya sebagai lelaki.Dia hanya diam..

aku menyesal kerana tidak bersyukur setelah Allah berikan yang terbaik untukku.memang aku tidak mewah..namun aku masih mampu makan yang sedap sedap setelah berkahwin dengannya..itu pun hasil penat lelah dia bekerja 14jam sehari.

Aku masih mampu tinggal di rumah flat yang disediakan oleh Rizal..berbanding dahulu tinggal di setinggan di pinggir bandaraya Johor Bahru..

Aku tidak perlu berpenat lelah membesarkan Rikazz sendirian kerana Rizal mmg sangat membantu..memandikan memakai baju memberi makan menyalin diaper

Aku tidak perlu penat penat memasak macam macam kerana dia hanya mahu satu lauk dan satu sayur dan kami selalu bergilir gilir memasak..

Aku tidak sendirian bila bersedih kerana aku ada Rizal sebagai teman meluahkan perasaan.Apa lagi yang aku minta???

Jika dibandingkan dengan orang lain yang susah aku lebih beruntung..

Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang bersyukur.Ampuni aku Ya allah kerana sering merungut dengan pemberian yang sangat berharga kepadaku

Baby..maafkan sayang

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN