Followers

Sponsored By

Sunday, February 16, 2014

Perbezaan KHALIF dan KHALEEF

Assalamualaikum semua.saya pernah berjanji untuk membuat entry tentang satu lagi ejaan nama KHALEEF yang banyak ditemui di dalam buku nama2 dan website sebagai khalifah.

Diatas saya ada sertakan printscreen dari mukjam bahasa arab-bahasa arab untuk word KHALEEF.

Khaleef dengan ejaan Arabnya خليف ( cara sebutan dipanjangkan bunyi suku kata leef)
Dari mukjam ( kamus bahasa arab AL WASITH)
1.Jalan الطريق
2.Jalan antara 2 bukit or gunung الطريق بين الجبلين
3.Orang yang menyalahi janji المخالف للعهد والميثاق
4.YANG TERPILIH المستخلف

Begitu juga dengan mukjam al ghaniy memberi maksud2 ini.Namun maksud YANG TERPILIH tiada dalam kamus atau mukjam arraid

Saya juga telah menghubungi PROFESSOR MAJDI BIN IBRAHIM. Yang bertugas di ISTAC dan merupakan pensyarah Bahasa Arab dan kesusasteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.seorang Muwallad iaitu seorang Melayu Kelantan yang dilahirkan dan dibesarkan di Makkatul Mukarramah.Mempunyai kerakyatan Arab Saudi.Prof Majdi merupakan salah seorang panel penggubal Buku Teks Bahasa Arab bagi sekolah2 Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau mengesahkan Nama KHALIF( خالف) ( cara sebutan panjang pada sebutan kha) tidak sesuai digunapakai utk nama anak dan membawa maksud yang tidak berapa baik dan sesuai.Walaubagaimanapun...penggunaan nama KHALEEF adalah lebih sesuai dan diterima pakai utk maksud YANG TERPILIH dan menghampiri maksud Khalifah.Walaubagaimanapun, beliau lebih menggalakkan penggunaan KHALIFAH kalau inginkan maksud yg lebih tepat bagi maksud KHALIFAH since khaleef juga ada maksud yg xberapa elok.

Sebarang pertanyaan dan keraguan...boleh berhubung dengan PROFESSOR MAJDI sdr dan sangat berterima kasih dengan Prof Majdi kerana beliau sudi utk dihubungi bagi penjelasan nama KHALIF ( خالف) dan KHALEEF( خليف).walaubagaimanapun.yg berhajat boleh menghubungi saya di facebook saya yg tertera di sidebar blog untuk mendapatkan nombor Prof Majdi.
Saya tidak memaksa anda utk menerima pendapat saya namun adalah menjadi tanggungjawab saya utk menyampaikan apa yang patut sebagai panduan dan perkongsian orang ramai.wassalam

7 comments:

Unknown said...

mabruk alaiki ya naz, perkongsian yg bermanfaat...

Naz Nur Nhazzla said...

Tq khumaiyah...sbb ramai yg bertanya saya sblm ini yg mendorong sy utk membuat kajian dan perbandingan.Turut merujuk rakan pensyarah dan translator juga prof majdi yg sememangnya ahli lughah

Cik Syarah said...

Great info! Nak share jugak (^_^)

Naz Nur Nhazzla said...

Cik syarah...silakan.

Anonymous said...

Asmlkm ...sy nurul . boleh saya tahu ada ke maksud nama bgi "qhaleef" ??? Bole beri pndapat.

Unknown said...

Salam Boleh saya dpatkan no prof Majdi..cari fb awak tak jumpa..saya nak namakan anak saya khaleef

Anonymous said...

Blh dptkan no ustaz.. Sy da lhirkan bby boy.. Niat dhati nak ltk nma qhalish or qhaleef..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN