Followers

Sponsored By

Saturday, November 27, 2010

Dia yang bernama Rikazz Qalby Muntasyee







Jam di dinding telah menunjukkan pukul 2.45 pagi.Tapi aku masih lagi menghadap laptop ini.Selalu mata ini cepat sangat nak tertutup.Tapi malam ini terasa mood rajin pulak nak join contest2 (walaupun tak pernah menang). Dah terlanjur berblogging teringat nak cerita tentang anakandaku yang sulung ini.Dah lama kisah Rikazz menyepi dari blog ini.Sekarang asyik cerita pasal Riyash je ye..Oklah memandangkan aku menggunakan broadband prepaid..maka haruslah ku post dulu semua cerita ni sbb lepas ni entah bila blog ini akan bersinar kembali.

Tentang Dia...


1. Rikazz dah 1tahun 10 bulan

2. Dah tak takut dengan mop dan lampu kelip kelip lagi
3.Menggelarkan dirinya Bibi (QALBY)

4.Memanggil aku bu..oma dia mak..ucu cu..abah bah..daddy ngah ngah..
5.Dah dapat bezakan antara kucing dan anjing.Sebelum ni kucing ke anjing ke sume man ( sempena nama laxman anak anjing jiran sebelah rumah).Sekarang dah panggil nyau..cat
6.Lebih pantas belajar melalui video...Jadi aku telah merakan banyak video dalam hp utk tatapan harian Rikazz.
7.Mengira 1..2..3..6..7
8.Selalu habiskan kredit phone ibu n abah untuk call dan sms dan mms tah sesapa saja.
9.Dah boleh diharap...pulang botol susu kat dapur..buang pampers sendiri dalam bakul sampah..tolong masukkan baju baju kotor dalam bakul kain dan mesin basuh.
10.Dah ada 16 batang gigi
11.Masih nenen dengan ku..walaupun baru kuar air sikit2 utk adik
12.Minum susu Dutch Lady 123
13.Sangat rajin membaca ..apa jua bahan bacaan atau kertas atau apa apa saja yang bertulis akan dibacanya dengan bahasa dia.

14.Berminat dengan semua jenis sukan.Sangat teruja bila ada paparan sukan di media massa

15.Dah tahu nak guna cd player dlm kereta dan dvd player dekat rumah.Hari2 tiap2 pagi pasang cd nursery rhymes sendri...

16.Akan menjadi abang dalam tempoh 2bulan dr sekarang...


Rikazz masih lagi belum dapat bercakap banyak.Memang dulu aku agak risau..Tapi kini melihat perkembangannya hari kehari..Aku yakin xada apa yang perlu dirisaukan kerana dia ada kelebihan sendiri dan cara belajar yang berbeza antara satu kanak kanak dengan kanak kanak yang lain.

Show your teeth Baby! Contest 2010

Nama : Rikazz Qalby Muntasyee
Usia : 1tahun 10bulan
Hobi : Menonton VCD English song ( Wajib play hari2)
Jumlah gigi : 16 batang

Mari join contest lagik.Kali ni agak mencabar sikit contest anjuran Harlindahalim.Nak carik gambar anak tayang gigi bukannya senang.Lagi lagi si Rikazz ni susah nak tunjuk gigi dia.Tapi Puan Linda bagi pilihaan..samada tunjuk gigi atau sengih.Tapi mesti tayang gigi.So ini lah gambarnya.Contest ni akan berakhir pada Disember 2010

Have Fun First Giveaway

Nama : Rikazz Qalby Muntasyee Muhamad Rizal
Umur : 1Tahun 10 bulan
Keterangan gambar : Rikazz memang suka sangat dengan kucing.Dua ekor kucing ini adalah mangsa permainan Rikazz kalau Rikazz balik rumah atuk..Walaupun kucing tu dah duduk tinggi di atas kerusi..Rikazz tetap cuba mencapai kucing dan nak bermain dengan kucing

Yang ni pulak contest anjuran NAI..Contest ini mengendaki anda tayang gambo anak tengah bermain.Tak kiralah main apa pun.Tarikh tutup contest ialah 6 Jan 2011..Lama lagi tu..jom..

Friday, November 26, 2010

Anak-anakku Comel Bergaya




Nak join lagik...kali ni blog mydanieryati. plak anjurkan..dan cantik itu kamu
Tarikh tutup 19 Disember.

Nak tag Natt

Baby and Toys Contest



Rikazz Qalby Muntasyee
1tahun 10bulan

Nak join contest ni dah lama dan tp asyik xsempat je..Contest ni anjran DILAZ FAMILY BLOG..
Tarikh tutupnya :
30 nov ini...

Thursday, November 25, 2010

Bila result monthly check up tak menarik


n



Hari ni kandunganku sudah 29minggu 3hari..Alhamdulillah..memang aku nanti nantikan saat check up kehamilan ni kerana aku suka untuk mengetahui keadaan diriku dan juga bayi di dalam kandungan ini.

Kali ini aku dapat temujanji pukul 3 memandangkan ramai lah sangat pesakit kat klinik kesihatan Medan Maju Jaya tu..Tapi disebabkan aku pergi pkl 3 xdalah lama sangat aku kena menunggu berbanding yang dtg pada pkl 2 ptg.Ramainya manusia mmg tak payah ckp lah.Tapi nak wat mcmn..kat situ je yang aku mampu.Perkhidmatan pun ok dan nurse nurse baik dan peramah.Doktor nya plak alim alim...Sume bertudung labuh dan ada yang berpurdah..

Bila nama aku dipanggil untuk timbang berat..Aku pun pergi macam biasa...Masa timbang nurse tak ckp pape lagi.

Kedua pergi amek tekanan darah...Masa amek tekanan darah pun nurse xkomen pape lagi.
Bila time nak compare dgn yang lepas..Nurse kira 3kali..

HA?4KG LEBIH NAIK DLM MASA SEBULAN?AWK NI BIAR BETUL...
Ye..berat dulu dlm 67kg dan terkini 71.5kg..uwaa...aku pun dah geleng kepala..Tak tau nak kata apa..Pas tu nurse tengok result MGTT aku yang lepas...Normal..ok..bebas dari diabetes..

Lepas cek tekanan darah mcm biasa cek air kencing dan amik hb..
Hb ok 11.0..tp makin menurun ni..setakat ni tiada komen ttg Hb berbanding kandungan terdahulu.

Air kencing pun ok..

Sampai lah masa nak jumpa nurse...cek perut..cek cek nurse kata BREECH!!apa lah maksud breech tu.Dari bulan lepas aku dengar perkataan tu..Pas tu nurse suruh aku tekan perut aku sendiri dan rasakan kepala baby kat bawah ulu hati...Aku pun buat..dan ye aku rasa bulat dan keras..Bila aku tanya nurse..dia kata ok je sbb baby masih berpusing memandangkan aku 29minggu..

Sampailah masa nurse nak calculate berat dan tengok sume sume tu lah...
Kira punya kira..HA???11.4KG?DAH WEIGHT GAIN ni..sepatutnya aku hanya boleh naik 12kg sahaja sepanjang kehamilan..Tapi ni dah over2..

Maka dengan itu..sekali lagi aku dengan ini harus meneguk air gula yang manis dan lazat..dan dikehendaki datang tiap tiap mggu..sebanyak 2kali bagi mengambil tekanan darah kerana katanta tekanan darahku agak tinggi..Uwaa...

Oh ye..bila aku tanya breech tu apa?Rupanya breech tu songsang...tak sepatutnya kepala baby di atas dan itulah posisi Riyash sejak bulan lepas dan aku dapat rasa perut ku bahagian atas sentiasa membuloat dek disodok oleh kepalanya..Adakah ini tanda2 bahawa aku tidak dpt melahirkan anak secara normal?Aku redha...:(

Baby and Toys Contest


Rikazz Qalby Muntasyee
Setahun 10 Bulan
11Jan2009




hai kwn kwn...jom join contest ni..last date esok tau..smpt lagi kan FEAZA..

Wednesday, November 24, 2010

Cabut gigi waktu mengandung?


Sakitnya dan seksanya rasa bila diserang sakit gigi.Gigi geraham ku itu mmg sudah pecah.Mungkin sudah terlalu letih menanggung beban maka dia sudah tidak boleh bertahan lagi/Denyutnya sudah serupa contraction bersalin...Datang memulas dengan kuat kemudian hilang sekejap dan datang lagi..menangkap di kepala..telinga dan leher.terasa semua gigi sakit sampai tak tahu gigi mana yang sakit sebenarnya...
Oh..tak mahu aku bayangkan lagi kesakitan itu...Tugas tugas di sekolah dah tak mampu aku laksanakan sedangkan cuti makin kunjung tiba waktu itu.Oleh kerana dah tak tahan aku pun minta pulang kerana aku memang sudah mcm orang gila di sekolah itu.Menangis berhenti kemudian menangis lagi.
Sebenarnya sudah 20 tahun aku tidak mencabut gigi..Dan aku ni sangat lah gerun dengan darah.bila disarankan agar gigi ini dicabut aku buat buat tak dengar sajalah nasihat kawan2.Akhirnya sendiri yang susah kan..
Bila aku post statussakit gigi di FACEBOOK aku mendapat komen dari seorang tu..aku tidak boleh mencabut gigi kerana kandunganku melebihi 5bulan...Namun aku sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan sakit gigi itu...Lalu aku pun bertanya kepada seorang nurse yang bekerja di bahagian dental di KK...jAWAPANNYA:

yA..Aku boleh cabut gigi ketika mengandung sekiranya kandunganku sudah mencapai 4bulan ke atas.
Yang tidak dibenarkan apabila kandungan berada di trimester pertama..
Aku rasa lega yang amat sangat lalu aku memilih klinik swasta kerana aku sudah tak tahan lagi.
Apabila reda sedikit sakit..cepat2 aku pergi klinik.(padahal masih berdenyut)namun tidak seteruk sebelum itu..Aku bertanya dentist adakah aku boleh mencabut gigi ketika pregnant?
Lalu doktor mengajukan beberapa soalan:

Sudah berapa bulan?
7 bulan

Kandungan kali ke berapa?
Dua

oh..boleh..Kalau kali pertama kami tak mahu buat.Tapi tak pula dentist jelaskan mengapa.
Lalu bermulalah operasi ku mencabut gigi...aku yakin bahawa gigi yang pecah itulah punca kesakitanku selama ni..

Selepas dibius 2kali..dentist pun mengambil playar..PLAYAR?oh..dah menggigil lututku...Macamana rasanya apabila dentist memulas gigiku nanti...Sekali pulas maka tercabutlah gigi geraham kekalku itu..Oh...rasa lega yang teramat sangat..Kerana masih lagi dalam bius aku tak terasa sakit sedikitpun..
Dentist hanya memberikan aku panadol kerana aku mengandung dan tidak boleh makan ubat tahan sakit..Tak sampai beberapa saat kapas di gusi sudah penuh dengan darah..Dan habis tudung kuningku dipenuhi darah tanpa aku sedari...
Apabila bius mula hilang aku mula mengaduh kesakitan kembali kerana kepalaku terlalu sakit.Emak kata itulah kesan aku cabut gigi ketika masih sakit..Mujur ada mak.Aku tak boleh buat apa pun..Rikazz pun dah 2hari tak terlayan.Mujur Rikazz faham yang ibu nya sakit...
Itulah pengalaman ku..

Tuesday, November 23, 2010

Kandungan saya sudah pun berusia 7bulan



si dumuk berbaju merah

Alhamdulillah..ye..kandungan saya sudah memasuki trimester ke 3.Waktu saya menulis..kandungan ini telah pun memasuki usia 29minggu.Alhamdulillah.Saya bersyukur dengan kurniaan Allah..yelah..dahulunya dengan keadaan haidh saya yang tidak menentu ramai yang berkata bahawa saya akan menghadapi kesukaran untuk mengandung.Sehingga selepas saya keguguran kandungan pertama dahulu saya pernah merelakan suami saya untuk berkahwin seorang lagi sekiranya saya tidak mampu memberikan dia zuriat..

Dulu saya pernah berjanji bahawa saya akan berkongsi pengalaman saya mengandung kali ini.Apabila usia kandungan memasuki 7bulan sudah pasti perut sudah semakin membesar.Malah punggung saya juga semakin membesar dan melebar.Lebih lebar dari sebelumnya.Ramai rakan rakan menegur tentang itu..Jawapan saya..persediaan melahirkan anak secara
normal.Amin..mudah mudahan..Disebabkan keadaan saya yang sudah mengembang depan dan belakang adalah lebih sopan saya mengenakan pakaian maternity berbanding baju kurung (walaupun masih muat) tapi saya kelihatan seksi seksi sekali.Hehehehe

Alhamdulillah..pergerakan bayi semakin kuat dan adakalanya menyakitkan.Tompokan darah dan kebocoran sudah tidak berlaku lagi dan harapan saya ia hanya akan berlaku apabila tiba masa saya melahirkan sahaja..Bukan pada waktu waktu awal begini.

Kesakitan pada tulang belakang saya sudah mulai berkurangan.Ini membolehkan saya berada dalam kereta dalam jangka masa yang panjang.Dan ianya membuatkan saya rasa lebih selesa.
Cuma..saya mula rasa rimas apabila mlm menjelma.lebih2 lagi bila bersempit sempitan.padahal dulu saya tak kisah orangnya...tak suka apabila terpaksa berhimpit himpit berkongsi katil dengan Rikazz dan Rizal.rasa nak suruh mereka tidur dilantai sementara saya seorang sahaja di atas katil itu.Kesian Rizal...

Insyaallah..lepas ni saya akan ada kawan melahirkan anak.kakak ipar saya akan melahirkan anak pada bulan 5..hehehe..Bapa mertua saya sudah berpesan..jangan letak nama yang susah susah.Tapi..minta maaf ye pak timyati..menantumu ini sudah ada perancangan dan minat.Yelah lain orang lain kecenderungannya..Ada yang suka letak nama anak yang pendek dan ringkas..ada yang suka letak nama yang unik dan pelik..ada yang suka letak nama panjang panjang dan ada yang suka letak nama ala ala barat..Betul kan?
Yang ni nama nama anak saudara sebelah Rizal

1. Amirul Hakim
2.Aisyah Humairah
3.Aman Hafiziin
4.Adif Hussaini
5.Ali Azfar
6.Nur Aliyah
7.Puteri Nur Qasrina
8.Rikazz Qalby Muntasyee
9.Riyash .....(COMING SOON)
10.AH (COMING SOON)

Monday, November 22, 2010

Bercanda ke Baling

gulai batang pisang
kuih denderam
keluarga kecilku
pose yang sempatku karang
pengantin lama..love u baby
sessi batal air sembahyang
pengantin baru
pengantin panik
budak yang pagi2 dah g main

Salam..lama tak bersiaran..eh..ada ke orang nak baca blog ni ye?Tak kisahlah ada atau tak.sekurang2nya aku menulis disini.mengasah bakat menulis.

19 nov yang lepas .. aku dan keluarga kecilku telah bertolak ke Baling Kedah seawal selepas solat Subuh.Alhamdulillah..walaupun sebelum itu pelbagai dugaan dan masalah melanda..akhirnya kami berjaya atasi dan akhirnya sampai jua ke negeri Kedah,Untuk apa kami ke sana?Sebab nak menghantar adik lelakiku Mohd Firdzaus ke majlis perkahwinannya.
Masih belum terlambat Along abadikan salam tahniah buat adikku Mohd Firdzaus dan isterinya yang sah Mariah.Semoga rumahtangga kalian berbahagia dan cepat cepat dikurniakan cahayamata.Dan berusaha dapatkan baby gurl.Sebab emakku masih belum ada cucu perempuan.Sbb aku asyik produce baby boy je.Hahaha

Mariah sedang menanti keputusan temuduga dan posting sebagai guru.Dia baru je konvo bulan 10 yang lepas.Grad dari UTM Ijazah Pendidikan Islam.Agak sukar juga mendapat tempat ijazah pendidikan ni ye?Maklumlah bukan terus melalui KPM tak macam kami yang membuat diploma lanjutan pendidikan..Takpelah.Mudah mudahan Mariah dimurahkan rezeki..rezeki pengantin baru.Jan depan boleh posting dah kan...
Oh ye..kami sampai di Kampung Padang Cina Kupang pada pukul 11pagi.Sampai sampai je dapat merasa kuih deram?isk..lain tempat lain namanya..aku panggil telinga beruk.Korang plak panggil apa?Masa kecik kecik dulu mmg feveret lah.Cuma kat KL ni susah dah nak jumpa.Aku apa lagi..makanlah sepuas puasnya.Susah tuu nak jumpa.

Kami berehat di rumah Pak Ad..adik kepada ibu mariah.Walaupun bahasa kami berlainan..tp kami tetap berborak sakan.Yang kesian..emak lah..tak faham sangat apa diorang cakap.Aku lainlah..kita ni dah merantau...waktu belajar dulu mcm mcm bahasa kita dah dgr.Jadi fahamlah...Pukul 4 petang kami bertolak ke masjid Kupang untuk acara akad nikah.Adikku berdebar2..sampai tertinggal wallet..lepas B tanya barulah kelam kabut.Kereta pulak tak bawak.Kami sume berhimpit satu kereta je.

Sampai masjid punyalah ramaiii orang nak tengok pengantin.Rupanya ada 3 pasang pengantin yang akan bernikah petang tu juga.Yang kelakarnya..3 3 pengantin tu berbapakan nama yang sama.ABDUL WAHAB...kebetulan yang kelakar kan.Padahal entah dr mana datang ..macam tok kadi nikahkan adik beradik plak petang itu.

Esoknya kenduri kawin..Ramai tetamu.dalam seribu lima ratus orang gak.Malam sebelum kenduri hujan memang turun selebat2nya dari pkl 8malam smpi esok paginya.Namun apabila kenduri bermula..hujan berhenti dan langit cerah.Cuma tanah becak..Maklumlah di kampung..Ha..part ni yang kelakar.Gulai batang pisang..Kami memang tak soba nak tengok mcman rupa batang pisang dibuat gulai.Itupun kami tau dr Pakcik Ad..krn petang lepas nikah kami nampak berlori batang pisang.Ingat nak buat cucuk bunga telur.Tapi bila B tanya..rupanya nak buat gulai.Tak sabar sabar ni nak makan.
Batang pisang dah kami makan..maka sampailah masa kami tinggalkan pengantin berhoneymoon.Pkl 2 kami bertolak balik ke KL..ALHAMDULILLAH..pkl 8malam kami sampai di rumahku...dengan disambut oleh Laxman si anjing jiranku...Terima kasih kepada keluarga Mariah kerana meraikan kami yang kerdil ini...

Sunday, November 14, 2010

Kenapa mesti mcm tu??

Bismillah...ku jadi orang malas nak gaduh gaduh.Tapi kalau orang asyik nak pertikai apa yang aku pilih je aku pun jadi kurang sabar.Tapi aku tak faham lah dengan sorang cousin ku ni.Kita nak berbaik dengan dia tapi dia asyik fikir negatif dan pandang serong pada setiap perkataan yang keluar dari mulut dan tanganku yang menaip ni...
Kenapa?Dia fikir aku cemburu dengan kehidupan dan kejayaan dia?
Ye..dia sekarang bekerja sebagai akauntan dan aku pula hanya guru biasa di sekolah rendah pulak tu.
Dia berkahwin dengan IR...aku pulak cuma berkahwin dengan seorang juruteknik kilang biasa.
Dia tinggal di apartment..Aku pula tinggal di rumah flat sewa pulak tu.
Dia selalu terbang ke sana terbang ke sini melancong.Aku ni..nak pergi Pahang pun x sampai2 lagi.
Pendek kata..hidup aku ni memang serba kekurangan.Tapi aku xpernah nak cemburu dengan kehidupan dan kejayaan dia..malah kehidupan dan kebahagiaan orang lain pun.Aku memang hidup xsenang..tapi aku bersyukur dan masih bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
Demi Allah aku xpernah sedikit pun nak cemburu dengan dia...
Dulu mungkinlah masa aku darah muda tu pun sebab nenekku asyik lebih lebihkan dia..puji dia melambung..kemudian nak suruh aku ikut cara dia..Itu aku tak setuju..aku ada cara aku tersendiri...
Mungkinkah kerana aku tidak mendengar nasihat emak dia..aka makcikku..yang tidak setuju dengan pilihanku waktu nak isi borang UPU masa nak pilih course apa di universiti dulu?Dia pertikai pilihanki mengambil Bahasa Arab di UIA dan menyuruh aku mengambil Diploma Pendidikan Islam di UTM..aku xmahu..aku tahu minatku...kerana itu satu keluarganya bencikan aku?
Kini..aku memang dah xkisah dengan dia..Nenekku pun sudah tidak membanding2 kan kami lagi.Yelah masing2 sudah ada hidup sendiri.Tapi aku kesal lah dengan sikap dia terhadapku.Dia asyik rasa aku perli dia..aku cemburu dgn apa yang dia ada..Tapi sikit pun x lah...Ya Allah..

Saturday, November 13, 2010

Tanjung Bunga ke Tanjung Harapan?




Selepas membayar segala mcm bil..kami menuju ke sunway pyramid.Niat di hati nak cari pump manual.Tapi dari beribu ribu parking tu xda yang kosong.Ish ish ish..akhirnya kami menukar destinasi ke Bukit Tinggi.Kat sana ok lah..xramai sgt.Maka sedaplah shopping beberapa barang yang tak perlu tapi nak jugak beli kan.Belilah jugak manual pump anakku..Nak beli Medela Free styler xmampu...beli yg murah pun jadilah.Sbb penah try pumo anakku tu,,,ok lah sbb dia ada suck release mcm baby hisap tu.Cuma hasilnya xtau lah lagi...
Selepas bershopping dan makan makan...aku pun ditanya oleh B nak kemana..Teringat satu pemandangan indah yang menjadi sebutan ramai...
B..JOM PERGI TG BUNGA..
B yang terpinga pinga bertanya kepadaku di mana lokasi tanjung Bunga tu..aku pun menjawab
KAT PORT KLANG TU..
dengan penuh keyakinan...lalu terpecah lah gelak tawa suamiku...
TU TG HARAPAN BUKAN TG BUNGA..
ohh.. xkisah lah yang penting sampai..
Pergilah kami kesana..konon nak tgok matahari terbenam..tapi nak tunggu lama sangat..Sempatlah menghabiskan petang di sana..agak panas sebab matahari menyimbah air laut..
Rikazz pula tidur..xdapatlah dia berlari2 mengejar burung gagak yang menghiasi pemandangan tg itu..
Sempatlah ambil gambar...

Thursday, November 11, 2010

Bila pengumuman UPSR diumumkan


Mula mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 2010 ku yang berjaya memperolehi 5A..4A 1B..4A 1C dan 3A2B..Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak yang memperolehi keputusan UPSR hari ni.Bagi yang berjaya tahniah kerana anda memberikan sokongan padu kepada anak anak.Kepada anak yang kurang berjaya ..kegagalan hari ini bukan bermakna anda telah gagal dalam hidup anda selamanya.UPSR ni hanya permulaan cerita..Tak semestinya anda tak berjaya mendapatkan keputusan yang cantik dalam peperiksaan ini telah menentukan masa depan anda.Belum tentu murid yg berjaya dpt 5A terjamin cemerlang dalam hidupnya..itu semua tidak akan terjadi andai keputusan ini telah menyebabkan anda memikirkan kejayaan akan sentiasa menjadi milik anda.Ingatlah sekali kita lalai dalam hidup...akan menjejaskan masa depan kita.

Hari ini memang sangat meriah utk sekolahku..sedang2 sibuk menjalani raptai hari anugerah cemerlang..GPK pun pulang dengan wajah gumbira..hati anak anak dah mula dirundung gelisah.Sibuk bertanyakan kepadaku siapa yang dapat 5A...

Apabila result diumumkan..mengalirlah air mata apa bila nama mereka tiada dalam senarai murid murid yang cemerlang.Merah merah lah hidung bibir dan mata akibat kecewa dengan keputusan yang tidak disangka.

Suasana itu mengingatkan aku pengalaman aku sendiri apabila diumumkan keputusn UPSR.Sekolahku mempunyai 9buah kelas tahun 6 sahaja dan aku berada di dalam kelas pertama.Dan majoriti kawan kawan sekelasku mZemang bijak bijak orangnya dan kini masing2 telah berjaya dalam kerjaya masing2...Zaman aku dulu hanya ada 4 subjek sahaja diambil kira.Tunggu punya tunggu..namaku tidak tersenarai dalam murid yang mendapat 4A..aku dah mula sedih.Mana taknya..aku lah harapan keluarga.Anak sulung.Bagaimana nak berdepan dengan mak nak menyatakan result aku tu?Walaupun tidak berjaya mendapat 4A..aku berjaya juga mendapat 3A1B..Dengan air mata yang bergenang aku melangkah jua ke hadapan perhimpunan untuk mengambil result..Dalam masa aku ingin ke hadapan tiba tiba seorang rakanku pengsan.Dia tidak dpt menerima kenyataan bahawa dia tidak mendapat 4A..Lepas bangun pengsan semula..menangis sayu mengenang nasib..

Tapi itu dulu..kini aku sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan.Insyaallah selepas melahirkan Riyash aku akan cuba meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.Dan rakanku yang pengsan pengsan tu mendapat 3A IB dan kini telah pun berjaya memegang jawatn engineer...
Begitulah kisahnya...

Wednesday, November 3, 2010

Antara Maxis dan Celcom



Sejak akhir akhir ni banyak betul masalah yang berlaku menyebabkan aku rasa nak membandingkan dengan servis yang terdahulu.
Dulu..aku menggunakan broadband Maxis secara postpaid.3tahun yang lepas aku register dengan Maxis dan bayaran bulanannya ialah RM118..hari ke hari promosi demi promosi menurunkan harga khidmat internet tapi aku masih lagi membayar RM118.Memang tiada masalah pun selama aku menggunakan maxis broadband.Pada tahun lepas aku mendapat potongan dr Maxis dan hanya membayar RM98 dan coverage masih baik.Walaupun aku pulang ke kawasan felda aku masih lagi boleh bersiaran dr sana dan mengupload gambar.Memang mudah.
Apabila aku mengandung kali kedua ni 3bulan aku tak online sbb aku akan muntah bila menghadap laptop.Huhuhu..jadi aku rasa teramatlah rugi kerana tiap tiap bulan aku tetap membayar bil sedangkan tiada penggunaan.Jadi terfikirlah nak membuat termination Broadband Maxis dan bertukar kepada Celcom Broadband Prepaid.
Tapi rasa sangat kecewa dgn Celcom..aku dah kerugian RM40 selama sebulan aku menggunakannya.Bila aku topup dia deduct duit tapi aku xboleh access internet.Kemudian xda network langsung...Sedih..
Memang Celcom ni banyak masalah ke?Rasa insaf dan nak kembali kepada Maxis...Aku ni duduk kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..xlogik kalau Celcom xda coverage kat sini kan..Lainlah kalau masuk kampung..
Huh..kecewa

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN