Followers

Sponsored By

Monday, November 22, 2010

Bercanda ke Baling

gulai batang pisang
kuih denderam
keluarga kecilku
pose yang sempatku karang
pengantin lama..love u baby
sessi batal air sembahyang
pengantin baru
pengantin panik
budak yang pagi2 dah g main

Salam..lama tak bersiaran..eh..ada ke orang nak baca blog ni ye?Tak kisahlah ada atau tak.sekurang2nya aku menulis disini.mengasah bakat menulis.

19 nov yang lepas .. aku dan keluarga kecilku telah bertolak ke Baling Kedah seawal selepas solat Subuh.Alhamdulillah..walaupun sebelum itu pelbagai dugaan dan masalah melanda..akhirnya kami berjaya atasi dan akhirnya sampai jua ke negeri Kedah,Untuk apa kami ke sana?Sebab nak menghantar adik lelakiku Mohd Firdzaus ke majlis perkahwinannya.
Masih belum terlambat Along abadikan salam tahniah buat adikku Mohd Firdzaus dan isterinya yang sah Mariah.Semoga rumahtangga kalian berbahagia dan cepat cepat dikurniakan cahayamata.Dan berusaha dapatkan baby gurl.Sebab emakku masih belum ada cucu perempuan.Sbb aku asyik produce baby boy je.Hahaha

Mariah sedang menanti keputusan temuduga dan posting sebagai guru.Dia baru je konvo bulan 10 yang lepas.Grad dari UTM Ijazah Pendidikan Islam.Agak sukar juga mendapat tempat ijazah pendidikan ni ye?Maklumlah bukan terus melalui KPM tak macam kami yang membuat diploma lanjutan pendidikan..Takpelah.Mudah mudahan Mariah dimurahkan rezeki..rezeki pengantin baru.Jan depan boleh posting dah kan...
Oh ye..kami sampai di Kampung Padang Cina Kupang pada pukul 11pagi.Sampai sampai je dapat merasa kuih deram?isk..lain tempat lain namanya..aku panggil telinga beruk.Korang plak panggil apa?Masa kecik kecik dulu mmg feveret lah.Cuma kat KL ni susah dah nak jumpa.Aku apa lagi..makanlah sepuas puasnya.Susah tuu nak jumpa.

Kami berehat di rumah Pak Ad..adik kepada ibu mariah.Walaupun bahasa kami berlainan..tp kami tetap berborak sakan.Yang kesian..emak lah..tak faham sangat apa diorang cakap.Aku lainlah..kita ni dah merantau...waktu belajar dulu mcm mcm bahasa kita dah dgr.Jadi fahamlah...Pukul 4 petang kami bertolak ke masjid Kupang untuk acara akad nikah.Adikku berdebar2..sampai tertinggal wallet..lepas B tanya barulah kelam kabut.Kereta pulak tak bawak.Kami sume berhimpit satu kereta je.

Sampai masjid punyalah ramaiii orang nak tengok pengantin.Rupanya ada 3 pasang pengantin yang akan bernikah petang tu juga.Yang kelakarnya..3 3 pengantin tu berbapakan nama yang sama.ABDUL WAHAB...kebetulan yang kelakar kan.Padahal entah dr mana datang ..macam tok kadi nikahkan adik beradik plak petang itu.

Esoknya kenduri kawin..Ramai tetamu.dalam seribu lima ratus orang gak.Malam sebelum kenduri hujan memang turun selebat2nya dari pkl 8malam smpi esok paginya.Namun apabila kenduri bermula..hujan berhenti dan langit cerah.Cuma tanah becak..Maklumlah di kampung..Ha..part ni yang kelakar.Gulai batang pisang..Kami memang tak soba nak tengok mcman rupa batang pisang dibuat gulai.Itupun kami tau dr Pakcik Ad..krn petang lepas nikah kami nampak berlori batang pisang.Ingat nak buat cucuk bunga telur.Tapi bila B tanya..rupanya nak buat gulai.Tak sabar sabar ni nak makan.
Batang pisang dah kami makan..maka sampailah masa kami tinggalkan pengantin berhoneymoon.Pkl 2 kami bertolak balik ke KL..ALHAMDULILLAH..pkl 8malam kami sampai di rumahku...dengan disambut oleh Laxman si anjing jiranku...Terima kasih kepada keluarga Mariah kerana meraikan kami yang kerdil ini...

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN