Followers

Sponsored By

Tuesday, November 23, 2010

Kandungan saya sudah pun berusia 7bulan



si dumuk berbaju merah

Alhamdulillah..ye..kandungan saya sudah memasuki trimester ke 3.Waktu saya menulis..kandungan ini telah pun memasuki usia 29minggu.Alhamdulillah.Saya bersyukur dengan kurniaan Allah..yelah..dahulunya dengan keadaan haidh saya yang tidak menentu ramai yang berkata bahawa saya akan menghadapi kesukaran untuk mengandung.Sehingga selepas saya keguguran kandungan pertama dahulu saya pernah merelakan suami saya untuk berkahwin seorang lagi sekiranya saya tidak mampu memberikan dia zuriat..

Dulu saya pernah berjanji bahawa saya akan berkongsi pengalaman saya mengandung kali ini.Apabila usia kandungan memasuki 7bulan sudah pasti perut sudah semakin membesar.Malah punggung saya juga semakin membesar dan melebar.Lebih lebar dari sebelumnya.Ramai rakan rakan menegur tentang itu..Jawapan saya..persediaan melahirkan anak secara
normal.Amin..mudah mudahan..Disebabkan keadaan saya yang sudah mengembang depan dan belakang adalah lebih sopan saya mengenakan pakaian maternity berbanding baju kurung (walaupun masih muat) tapi saya kelihatan seksi seksi sekali.Hehehehe

Alhamdulillah..pergerakan bayi semakin kuat dan adakalanya menyakitkan.Tompokan darah dan kebocoran sudah tidak berlaku lagi dan harapan saya ia hanya akan berlaku apabila tiba masa saya melahirkan sahaja..Bukan pada waktu waktu awal begini.

Kesakitan pada tulang belakang saya sudah mulai berkurangan.Ini membolehkan saya berada dalam kereta dalam jangka masa yang panjang.Dan ianya membuatkan saya rasa lebih selesa.
Cuma..saya mula rasa rimas apabila mlm menjelma.lebih2 lagi bila bersempit sempitan.padahal dulu saya tak kisah orangnya...tak suka apabila terpaksa berhimpit himpit berkongsi katil dengan Rikazz dan Rizal.rasa nak suruh mereka tidur dilantai sementara saya seorang sahaja di atas katil itu.Kesian Rizal...

Insyaallah..lepas ni saya akan ada kawan melahirkan anak.kakak ipar saya akan melahirkan anak pada bulan 5..hehehe..Bapa mertua saya sudah berpesan..jangan letak nama yang susah susah.Tapi..minta maaf ye pak timyati..menantumu ini sudah ada perancangan dan minat.Yelah lain orang lain kecenderungannya..Ada yang suka letak nama anak yang pendek dan ringkas..ada yang suka letak nama yang unik dan pelik..ada yang suka letak nama panjang panjang dan ada yang suka letak nama ala ala barat..Betul kan?
Yang ni nama nama anak saudara sebelah Rizal

1. Amirul Hakim
2.Aisyah Humairah
3.Aman Hafiziin
4.Adif Hussaini
5.Ali Azfar
6.Nur Aliyah
7.Puteri Nur Qasrina
8.Rikazz Qalby Muntasyee
9.Riyash .....(COMING SOON)
10.AH (COMING SOON)

2 comments:

Huda said...

cepatnye masa berlalu yer kak :)

Naz Nur Nhazzla said...

tu lah huda..huda plak dah berapa minggu

SIGN JANGAN TAK SIGN