Sunday, November 29, 2009

Mari bawa Oma round round ..

Ton ton!
Banyaknya tangan

Posing Maghrib..tu pasal gelap


Ucu dan Rikazz



Tatih Rikazz




Tengah geget jari



Dengan Oma


Nampak tak bakul dah penuh?Rikazz isi sendiri



Tadaaa..kenderaan pertama Rikazz

Daddy Ngah janji nak bawak Oma jalan2..itu aktivit wajib kami adik beradik kalau emak datang KL.yelah..dulu masa kami kecik kecik takde nya mak nak berjalan sana sini..takde lain melainkan duduk rumah pergi kerja..tu jelah kerja Oma..
Habis duty daddy Ngah dtg..plan pertama nak pergi Taman Tasik Perdana..tanya pendpt Lina mummy Fia taman mana besh..Lina kt Tasik Perdana lagi best..Masa on the way tengok awan dah mendung namun hati berdoa semoga hujan tak jadi turun.Sampai kat tasik cepat2 angkut Rikazz pergi main buaian yg utk baby tu..ada seluar besi..Sempatlah daddy Ngah amek video..
Tak lama pas tu hujan turun..kami terpaksa beredar.Baru Rikazz nak epi epi.
Kami terpaksa mengubah haluan dan membawa Oma ke Putrajaya.Sja nak suruh Oma saksikan lanskap Putrajaya yang aku sendiri suka tengok..On the way tu nampak ada 3 destinasi yg mcm best tapi jarang org sebut
1.TAMAN WETLAND
2.TAMAN WARISAN PERTANIAN
3.TAMAN RIMBA ALAM
Best ke tempat2 tu kalau nak buat lokasi hang out dgn family..tempat yg ada sekitar KL ni mcm dah bosan lah.
Kami menuju ke ALAMANDA..sebab nak makan..cari parking full..lupa plak hari ni Sabtu..akhirnya kami park kat LEVEL7.huh..tinggi sungguh.Destinasi makan makan kat ARL CAFE.aku mmg selalu makan kat situ bila teman B pergi tournament..makanannya sedap n mahal gaks..klu nasi goreng ayam 10rm..tp tengok plate lah..besar punya
Lepas tu ajak Rikazz naik kereta bomba..dah banyak kali aku naikkan Rikazz kereta seumpama itu..asalkan ada stereng memang dia suka.
Bila tgok kekhusyukan Rikazz dengan stereng..tambahan plak nampak ada org kluar dr carrefour bawak tricycle..aku teringat pada ride on car yg aku tengok masa kat TESCO.aku pun bagitau emak nak tgok jap.kalau ada yg bekenan aku nak beli satu.Tapi Ride on car yg ada kat situ sume dah tak sepatutnya dijual..dah reject2.nampaklah tricycle..tgah promosi..masa tu hati berbelah bagi..Pas tu amek gak satu sbb teringat B berkenan dgn basikal tu sejak tgok PINKY DUCK fia..so ameklah satu..dah penuh Viva daddy Ngah dek beskal tu..
sekian

Diari Aidil Adha ku

Posing bosan di pagi aidil adha
Apabila si merah daddy ngah terbuka pintunya

Maka Rikazz si merah sibuk nak naik kereta


Huh!!puas hati Rikazz dapat pegang stereng ni..tak lama lpas tu wiper dihidupkan(kerja Rikazz)



Seperti yang ku nyatakan dalam n3 terdahulu bahawa aku hanya menjadi penunggu setia FLAT SRI SENTOSA memandangkan B kerja dan emak dan adik adikku ada di rumah.Pagi Aidil Adha tu..aku dan emak cuma masak nasi macam biasa ..pulut kuning dan rendang ayam..takde yang special pun.Pagi2 bangun takbir..mandikan Rikazz dan pakaikan baju melayu dia masa Aidilfitri yang lepas.Kalau tak pakai sekarang bila lagi.Konon nak pakaikan songkok sekali..tapi dah tak muat pulok..kepala Rikazz dah besar lah..al jawabnya..songkok jadi hak milik RIYASH lah pulak.
Sebelum solat raya..Daddy Ngah Rikazz datang dengan pakaian seragam tenteranya.Nak sembahyang raya kat masjid kat rumah aku.Sekarang daddy Ngah Rikazz bertugas di KEM SUNGAI BESI.senang lah dia nak menyinggah rumah kaklong dia ni.Lepas solat raya..daddy ngah bawak Rikazz jalan2 pergi Checkers je..hahaha..dekat sangat dengan rumah aku.nak pergi cari buah tembikai Oma..Lepas tu balik rumah dan tidoooo..sekian..terima kasih kerana membaca kisah aidil adha ku yang membosankan..oh ye..B plak balik pkl 12 tgah malam..sebab dia g rumah terbukak kawan kilangnya.Kesimpulannya..Rikazz tak jumpa dengan abahnya untuk 2harian...seharian abah kerja dan esoknya pkl 6.15 abah Rikazz dah keje lagi..abah balik.Rikazz dah tido..sekian

Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha yang tiada seri

Gambar yang tiada kena mengena..melahirkan Rikazz adalah satu pengorbanan kan.Rikazz 3bulan

Sedih je tajuk..em..memang dari kecik sampailah besar..aidil adha ni kurang sikit rasa meriahnya..tambahan lagi aku orang Johor..kalau orang pantai timur aidil adha yang dinanti kan..Tahun ini..aku cuma menjadi penunggu setia di tepi tingkap rumah di flat Sri Sentosa..Blok 17 yang betul betul berada di tepi jalan..jalan utama laluan bas hari hari..B kerja pagi..aku pun tidak kemana mana memandangkan emak dan adik ada disini..Takpelah..sekurang2 nya aku tidak keseorangan kan..huhuhu..Salam Aidiladha kawan2..sama2 lah kita hayati pengorbanan nabi Ismail dan Ibrahim..eh betul kan

CUTEST BABY 2009 CONTEST BY MAMA_AQISH

ni pes time join contest mama aqish ni..kali ni contest CUTEST BABY 2009..maklumlah..dah nak penghujung tahun kan..sapalah agak2nya kan cutest baby 2009 tu..so aku pertaruhkan gambar Rikazz yang latest tau..apabila dia menginjak 10 bulan...

#
#
#
#
#
#
#
TARAAA...CALON CUTEST BABY 2009 ialah...


Rikazz Qalby Muntasyee B Muhamad Rizal
berusia 10bulan
Lahir pada 11 Jan 09
Add Mama Aqish kat blog list anda
Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes
Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja
Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish)
Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009
. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..
. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini... .
Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES .
Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:


1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya
so moh ramai ramai memeriahkan contest ini

Wednesday, November 25, 2009

Hijau Day In Hijau Diary

Destinasi Hijau Pertama : Maxis Sunway Pyramid
Rikazz berbaju hijau yang terlopong tengok semuanya hijau
Destinasi Kedua kurang hijau : Pizza Hut (wajib pegi)

Inilah kerja B n Rikazz (nak lekakan Rikazz supaya tak terjun kerusi)



Destinasi Hijau ketiga : Bilik penyusuan Jusco(apa lagi..minum time)




Rikazz yang tengah lasak sekarang







Apakah itu..banyak sangat hijau nya plak ni?oh ye..sebenarnya nak cerita..aktiviti aku selepas mendapatkan gaji..ada beberapa tempat yang harus ku lawati bila gaji berkunjung tiba..pakaian?em..HIJAU lah pulak..tu pun sbb nak ikut warna baju yang Rikazz pakai lah..sebab baju Hijau ni belum pernah bergambar..pas tu tak sangka lak..semua tempat yang di pergi kan berwarna hijau..abah Rikazz sebenarnya tak suka pakai sama colour..dia kata BORIA..sian boria dipersalahkan..tapi sebelum abah Rikazz pilih baju..aku cepat cepat siap siap iron sume..jd walaupun sama colour..dia tak boleh menolak..ahahaha..
Mana gambar ibu?
huhuhu..takde sapa nak amek..abah takmau amekkan..
So..hijau tak?

CONTEST SAPA COMEL?

Inilah gambar yang dipertaruhkan untuk contest ni ye Laila..detail ada kat bawah










Contest : Sapa Comel?
Organized by : NoorLaila Mohamed Nor
Deadline : 17 Disember 2009










Ya Allah..memang nak sangat join contest ni..almaklumlah..ibu Rikazz masa kecik mmg lah comel sesangat.Tapi masa mula mula contest dibuka aku takde gambar masa kecik sebab semua ada kat JOHOR.tup tup Oma Rikazz datang lah pulok..yang bestnya..siap bawak gambar masa kecik..alahai..pucuk dicita ulam mendatang..maka layanlah pic kecik ibu rikazz k..oh ye..sapa nak join contest NoorLaila ni..sila cek syarat di bawah k
Terma&Syarat :
** Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia mahupun luar negara.





** Lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya (17yrs and above).





** Publish gambar perseorangan ketika belum berusia setahun di blog masing masing. (Sehari-12bulan)





** Sila edit gambar tersebut, letak awan atau bulat yang dalam ada teks atau dialog.





** Edit tak payah canggih canggih. Dilarang letak effect okeh. Cuma letak teks sahaja tapi harus kreatif.





** Sertakan nama penuh, tarikh/tempat lahir dan penerangan ringkas mengenai gambar tersebut.





** Letak link entri ni dan ajak la sesapa sedara mara untuk join.** Tarikh buka : 10 November 2009





** Tarikh tutup : 17 Disember 2009
** Pengumuman keputusan : 25 Disember 2009















NAMA NUR NHAZZLA BT ABDUL WAHAB





TARIKH LAHIR 4 FEBRUARI 1983





TEMPAT LAHIR JOHOR BAHRU JOHOR





GAMBAR DIATAS DIAMBIL KETIKA BERUSIA 11BULAN..WAKTU TU AKU BARU BELAJAR NAK BERDIRI..uhuhu..lambat rupanya ibu Rikazz nye perkembangan ni..LOKASI DI JOHOR BAHRU..KAT RUMAH..IBU RIKAZZ KALAU NAK JALAN MESTI PAKAI TOPI DULU..TAPI ANAKNYA TAK MAU LANGSUNG













GAMBAR SELINGAN


Gambar kabur..Oma Rikazz masa muda..walaupun blurr..masih terlihat keayuannyaAku 6bulan lebih..baru nak angkat tangan..lambat kan..Rikazz masa 6bulan dah berdiri tau..merangkak n duduk off courseAda gaya USTAJAH kaa

Pasti teruja kang kang kang..

Sunday, November 22, 2009

Meronggeng ronggeng di besday party adam harith


Mula2 sekali ibu nazz nak ucap EPI PES BESDAY kepada Ustaz Adam Harith..Lambat ye wish nya?takdelah..dah wish dah on time tapi saja je nak tulis kat blog ni..lepas balik dari Banting aku terus menuju ke rumah Dira..konon konon boleh sampai ontime ler..sbb mmg kami dah ada kat sekitar shah alam tu pkl 1 lagi tau..tapi pusing punya pusing tak jumpa jumpa U5..ntah brapa kali memusing..dan ntah brapa kali kami telah mengacau MR STRAWBERRY dgn kol kami yang sosat di tengah jalan ni..akhirnya..pkl 3.30 baru sampai umah Dira..sampai sampai..kart dah ada..kak ina n lina..semua tgah melayan anak memasing..tapi Dira tak kelihatan..takpelah..lepak lepak jap..

tak lama pas tu amy n aida pong sampai..barulah ku bersalam dgn dira..mujur semua yg ku qadak adiah ada kat party adam..alhamdulillah..pes time jumpa aida..jeles tau tgok irfan berjalan laju..dah ala ala berlari dah..tapi yang Rikazz seronok sbb FIA KISS RIKAZZ..ko ni fia..sume boy ko ngorat ek..mentang mentanglah diko sorang je bunga..ehehehe..takpe takpe..Rikazz suka..dia dah macho sket..tak nanges dah...tengoklah Kolar kemeja Rikazz..skema tau..kikiki..pape pong..best best..cupcake kart pun best..tp kan..ku pelik..sbb kek tu dah menghilang tanpa sempat ku nikmati kelazatan n keindahannya.huhuhu..masa kat umah dira ku tak mengambil gambar..so..tgah tggu gambar dr facebook mereka..ni je gambar yg ku ada..to ADAM IRFAN HARRIS N RAYYAN..adiah tu je yg ibu nazz sempat beli n mampu beli..harap diterima ye

28 December 2007 Detik itu bermula