Followers

Sponsored By

Showing posts with label syahdu. Show all posts
Showing posts with label syahdu. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Suamiku..(Entry pre wedding anniversary)







Dulu aku pernah kongsikan kisah kepincangan keluargaku..Ya..aku anak dari broken family.Ayahku berkahwin lain dan meninggalkan kami sekeluarga..adik beradik..Sangat seksa dan derita meneruskan hidup..meredahi liku2 yang berada di hadapan mata tanpa kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah...Lebih kasihan lagi adikku yang bongsu Aniq Abqari yang memang tidak kenal erti kasih sayang seorang bapa ..kerana ayahku meninggalkan kami ketika adikku Aniq masih kecil lagi..

Aku pernah ditanya oleh seorang ustaz ketika aku berada di Sekolah Menengah dulu..

"NAZLA..KAMU TAK BENCI LELAKI?"

"kenapa ustaz?"

" YELAH..AYAH KAMU DAH BUAT KAMU SEKELUARGA MENDERITA BEGINI..SELALUNYA ORANG MCM KAMU AKAN BENCIKAN LELAKI"

"tak lah ustaz..yang bersalah tu ayah saya.kenapa saya mesti nak membenci lelaki lain yang tidak ada kena mengena dengan hidup saya?"

Aku tak akan lupakan pertanyaan ustaz itu sampai bila2..Ye..walaupun aku pernah didera secara psikologinya sejak berusia 7tahun lagi..namun aku tak mahu menyalahkan org lain atas apa yang menimpa diriku..Cuma aku agak sensitif bila melihat kawan2 yang bahagia dengan ayah mereka yang baik..penyayang dan bertanggungjawab..Aku tidak seuntung mereka..

Sejak kecil aku selalu berdoa..agar Allah kurniakan aku seorang lelaki yang sanggup susah senang denganku..dan mengasihiku walau apa pun yang terjadi..Aku tidak jemu mencari dan menanti..
Seorang demi seorang lelaki aku temui..mencuri hatiku dan meninggalkan aku..kerana alasan mereka tidak sanggup untuk menanggung beban keluargaku..tambahan pula aku adalah anak sulung dalam keluarga...

Sehinggalah aku bertemu dia..

Orangnya agak kasar..tidak tahu bermadah pujangga denganku..
Tidak romantik...sukar untuk memberiku hadiah atau pujian..
Pendiam..lebih banyak mendengar..sehingga ada saudara mara dan sahabat handai yang menuduh dia sombong...

Namun..aku bersyukur kepada Allah kerana Allah telah makbulkan doa2 ku selama ini..

Bersamanya..aku tidak hidup kaya..bermandi wang ringgit atau intan berlian..
Namun..dia sabar melayan kerenahku..
Tidak pernah menyakiti aku..
Setia bersamaku saat kami susah dan senang..
Tak jemu berulang alik melawatku dan menjagaku ketika aku bersalin di hospital..
Tidak membiarkan aku sendiri melaui saat saat genting dalam hidupku..
Sanggup menerima aku ketika aku gemuk yang teramat sangat...
Bila aku kata...B..SEMUA ORANG KATA SAYANG GEMUK..MESTI B MALU NAK JALAN DENGAN SAYANG YANG GENUK..ADA ISTERI YANG HODOH MCM SAYANG..jawapannya..Kurus2 sangat pun bukannya cantik..mcm ni kan sedap nak peluk..barulah seksi...
Entah seksi tang mana lah tu..walaupun aku tahu dia hanya ingin menjaga hatiku..tp kata2nya buat aku senang..dan aku tahu dia maksudkannya ketika menyebutnya..

Kini..usia pernikahan kami sudah menghampiri 4tahun..ini bermakna sudah 6tahun kami saling mengenali...

Aku semkin mengenali dirinya..Dan dia juga begitu..Aku tidak mahu berharap lebih dr nya..Yang aku harapkan..aku dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat kami..melihat anak anak membesar di depan mata..kemudian mendapat cucu..dan kalau hayat kami dipanjangkan oleh Allah..kami akan dapat bertemu dgn cicit kami kan...

Terima kasih dia..DIA..MUHAMAD RIZAL

psst...waktu menulis entry ni..jatuh jua air mataku..

Thursday, May 6, 2010

Keguguran


Situasi yang mendebarkan itu terjadi di sekolahku.Bukan aku yang melaluinya tetapi rakan setugasku kak zie.

Beberapa hari sebelum itu kak zie ada bercerita padaku bahawa dia mengalami pendarahan.Aku mengesyorkan dia bertemu doktor.Memandangkan kandungannya baru sahaja berusia dua bulan.Ditakuti kandungan masih lemah.Aku fikirkan dia dah bertemu doktor dan tak bertanya lagi perihal masalahnya selepas itu.

Semalam..Kak Zie mengatakan padaku berlaku lagi pendarahan dan kali ini lebih banyak.Aku menyuruhnya pergi ke klinik.Kemudian aku pun masuk ke kelas seperti biasa.Tiba-tiba aku mendapat call dari kak zira.Dia minta aku pad..Tapi aku tak bawa.Rupanya kak zie nye darah semakin laju mengalir.Guru besar meminta tukang kebun sekolah memandu utk hantar kak zie ke PPUM.Sampai disana kak zie rujuk kepada klinik ibu mengandung tetapi memandangkan kak zie tidak mendaftar disitu, kak zie kene pergi ke wad kecemasan.Dalam keadaan kain dan baju yang telah ditembusi darah, kak zie berjalan kaki menuju wad kecemasan.Katanya, dalam pada dia berjalan ke wad kecemasan dia dah tukar dua kali tuala wanita.Sangatlah banyak darah yang keluar.

Apabila di scan ternyata janin kak zie sudah tiada lagi.Rupa-rupanya janin tersebut keluar sewaktu kak zie buang air kecil.Sewaktu janin itu keluar..kak zie rasa hangat seperti melahirkan anak pertama dulu.Janinnya tidak sempat kak zie selamatkan kerana sudah masuk ke lubang tandas.Bentuknya?masih kecil..seperti ketulan daging diselaputi sarung agak keputih-putihan.Dan berlumuran darah.

Ternyata Allah lebih sayangkan dia.Semoga kak zie tabah mengharungi dugaan ini.Kak zie masih lagi bercuti dan semoga kak zie lebih sihat.Kita sama-sama pregnant lepas ni ye, mcm kita pregnant sesama waktu Rikazz dan Hakim dulu

Saturday, May 1, 2010

Selamat Berbulan Mei

Dah masuk bulan Mei 2010.Betapa cepat masa berlalu.Bulan Mei ni ada macam macam hari kita sambut kan.Tapi apa apa pun aku nak wish SELAMAT HARI PEKERJA kepada sesiapa saja yang bekerja.Tak kiralah yang kerja sendiri atau bermajikan.Bagi diri aku sendri tahun ini adalah tahun ke 5 aku bergelar pekerja dan menyambut hari pekerja.Tapi yang bestnya..lepas hari pekerja aku akan dirai lagi..
10Mei2010 aku akan dirai untuk HARI IBU plak kan.Dan ada lagi
16Mei2010 aku akan meraikan HARI GURU pulak sbb aku seorang guru.
Bulan Mei juga adalah bulan kelahiran semua lelaki dalam hidup aku..
4Mei - birthday Atok Wahab Rikazz yang ke 48tahun
22Mei - birthday Daddy Ngah Rikazz yang ke 26tahun.Tapi tak dpt celebrate sama sbb daddy ngah berada di Sabah skang kerana sedang operasi

25Mei - birthday Daddy Ucu Rikazz yang ke 15tahun.

Banyak event penting yang perlu diraikan pada bulan Mei kan.Takdelah besar2an pun.Tapi saja saja bagi menggembirakan hati insan2 yang kita sayangi kan.
Oh ye, 8Mei ini, anak didikku Mery Zurina akan menyertai pertandingan bercerita MTQ peringkat negeri.Skang ni tgah bagi dia hafal teks cerita.



8Mei jugak anak didikku yang kedua akan mewakili Puteri Islam Daerah Petaling Utama ke pertandingan bercerita HARI PUTERI peringkat negeri.
Ustazah harap..semuanya akan berjaya melakukan yang terbaik.Menang atau kalah?No 2 ok.
Sebelum melabuhkan tirai blog ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 sekali lagi dan semoga pekerjaan kita mendapat berkat dari Illahi dan gaji yang dibayar untuk kita pun adalah gaji yang berkat.Insyaallah.

Friday, December 18, 2009

Menyesal kemudian tidak berguna




Penat betul cuti sekolah kali ni..bnyak betul agenda yg perlu diatur..Sepatutnya Khamis yang lepas 17dis aku kene attend test undang2 kan..tapi dapat kol dr emak mak atuk aku a.k.a moyang Rikazz tak sihat..badan dia membengkak..dan dia kol nanges nanges ckp yang pelik pelik..FYI mak atok aku tu hampir 90tahun umurnya..hidup dia pun dah sunyi bila kawan2 sebaya semua dah meninggal..sekarang dalam Kampung parit Pinang tu..dia lah orang paling tua..suami dah lama meninggalkan dia..memang aku dapat rasakan hidup mak atok tersangatlah sunyi..anak anak dia pun dah ada yang meninggal dunia..Bukan aku nak doakan mak atok meninggal..tapi dalam umur yang dah lebih dr had umur kebiasaan umat nabi Muhammad..kita sebagai keluarganya kene bersedia ajalah..
Jadi..petang Isnin aku bertolak dari KL ke Bandar Tenggara dulu..tido semlm kat rumah emak dan esok paginya baru lah bertolak ke Benut..sempat lah membahagiakan mak atok walaupun sekejap..dulu..aku ingat lagi mak atok pernah kata..DAPAT KE TAK MAK TOK TENGOK AKU KAWIN..tapi alhamdulillah..bukan setakat kahwin..tapi dapat tengok aku beranak n rikazz dah pun hampir menginjak setahun..panjang umur mak atok..
On the way ke JB dari BENUT..aku singgah ke JJ TEBRAU CITY.B pergi carik mee rebus tulang..sedap katanya..kat tempat lain xjumpa..aku pun tumpang sekaki..sempat lah aku shopping baju n seluar rikazz..ye lah..banyak baju yg dah kene simpan..sebab rikazz meninggi..tapi tak membesar..Sempat ajak Rikazz main kat wonder park kat ctu..tapi serius tak best..ada ke tricycle yg tayar dah pecah pun dia biar je kat situ..bila budak main tertonggeng sebab tayar dah rosak dan x balance..permainan pun xbanyak.best lagi JJ Bukit Tinggi..
Sekarang aku dah sampai kat KL..emak tak ikut lagi sebab nak uruskan perpindahan Aniq..kene tggu naik sekolah.Aniq je dah ikut aku balik..dia akan terus sekolah di sini sampai SPM..Pengasuh lama Rikazz?tertanya tanya kenapa Aniq ada kat rumah aku ni..hehehe..sebabnya emak nak tolong aku jaga Rikazz sampai aku boleh drive..em..tengok gaya Pengasuh lama Rikazz tu mcm nak jaga Rikazz semula..mana taknya..anak anak dia dah tgok rikazz membesar..mereka sayang Rikazz mcm adik kecik mereka sendiri..Bila aku merayu..emak dia plak demand siap nak letak syarat plak kalau aku nak suruh dia jaga Rikazz..takpelah..malas nak amek risiko lg..
Lepas ni..nak carik Pengasuh yang sanggup jaga Rikazz n adik2 Rikazz sampai dia 3tahun..Rikazz 4tahun aku nak bawak g sekolah..ataupon hantar dia kat mana mana pusat pendidikan..
Ok lah..rasa nak stop cni..penat plak..tak tau lah nape penat n letih semacam..macam pregnant plak..huhuhu

Thursday, October 22, 2009

Terima kasih Oma

Inilah oma Rikazz.Namanya SUTIMAH

Masuk hari ini sudah 5 hari Rikazz demam.Namun demamnya sudah tidak seteruk sebelum ini.Alhamdulillah.namun rikazz masih lagi belum selera nak makan seperti selalu..mahupun aktif seperti dahulu.Rikazz masih merengek..tidak mahu berjauhan denganku..masih ingin tidur dibahuku dan melepek je kerjanya.Ye..badan Rikazz masih panas..tetapi sudah semakin kebah..suhu pun sudah berkurangan around 38 darjah saja..

Aku mula bercuti deepavali dari Jumaat hingga Isnin.Tapi keadaan rikazz yang teruk telah memaksa ku menyambung cuti sehingga Rabu.Cuti rehat khas untuk guru hanya dibenarkan diambil dua hari berturut turut saja..tak pastilah kakitangan kerajaan yang lain.Masuk semalam rabu..sudah 2hari berturut turut aku tidak dpt datang ke sekolah..Pagi tadi aku menghubungi oma rikazz seperti biasa..Aku ceritakan keadaan Rikazz yang masih belum pulih sepenuhnya..Teringat sewaktu menjaga Rikazz ketika dalam tempoh berpantang.Aku dengan emak bergilir gilir menjaga Rikazz kerana Rikazz memang tidak tidur malam selama tempoh berpantang..Dan setelah 7bulan keadaan itu berulang kini.Jadi emak faham kesulitanku kerana emak juga sama sama bersengkang mata menjaga rikazz ketika itu.

Khamis aku harus bertugas seperti biasa..Banyak sangat kerja yang tertunggak.Minggu depan peperiksaan akhir tahun akan bermula..periksa lisan bahasa arab masih belum habis lagi ku nilai.Aku meminta tolong emak untuk datang ke KL menemankan rikazz..Pengasuh Rikazz?bukan aku tak percaya pada kak wati..tapi aku rasa berat hati nak tinggalkan rikazz pada dia dalam keadaan rikazz seperti ini.Walaupun kak wati orangnya baik dan tidak berkira tapi aku tidak mahu menyusahkan dia..Biarlah susah susah rikazz pun dengan darah dagingnya sendiri..

Pukul 10.30 mlm emak sampai di Pudu..aku dan B menjemput emak di Pudu.FYI..ini pertama kali emak dtg ke KL naik bas sendirian tau.Tahniah emak atas keberanian emak..itulah naluri seorang nenek ye..Ucu Rikazz?tinggal sendirian di Johor kerana harus bersekolah.Demi Rikazz..Usu sanggup lepaskan oma pergi ke KL..usu rikazz bukan pernah berenggang dengan oma pun sebelum ni..

Jadi..esok aku akan mula bertugas semula sbb aku percaya Rikazz lebih tenang bila bersama dengan Oma nya sebab di atas bahu Oma jugalah Rikazz tidur sewaktu baru melihat dunia..

Kepada kawan2 yang memberi semangat dan doa kepada Rikazz diucapkan terima kasih bebanyak.Hanya Allah yang mampu membalas doa dan kebaikan kalian.Petua petua yang kalian berikan aku gunakan.Nak upload gambar Rikazz dengan air asam jawa tapi hp tertinggal dalam kereta plak.Esok je lah..

untuk makluman kalian Rikazz telah ku bawa ke PPUM..Paed kata Rikazz terkena jangkitan virus..demamnya akan berpanjangan sehingga seminggu..namun Rikazz tidak ditahan di wad kerana semangatnya yang kuat kerana Rikazz masih lagi bergantung kepada minuman kegemarannya..susu ibu..walaupun Rikazz tak makan tapi badannya masih dapat menampung air yang hilang akibat muntah dan cirit birit kerana Rikazz masih mampu menyusu..Terima kasih Allah kerana membekalkan susu yang banyak daripada biasa sepanjang Rikazz sakit..

Untuk OMA RIKAZZ..a.k.a ibu kandungku..terima kasih atas pengorbanan emak dan kesanggupan emak datang ke KL untuk menjaga Rikazz..Semoga kebaikan emak selama ini..akan dibalas dengan SYURGA ALLAH.insyaallah..along saaaaayang emak..Rikazz sayaaaang oma!!!

Monday, September 28, 2009

Sakit Perut

cantiknya tandas ni

Kenapa dengan perutku ini..sedari semalam sudah sakit..hingga ke pinggang punggung n kaki..nak kata sakit perut nak ek ek..sudah brapa kali aku pergi melawat bilik kecil tu..namun tiada apa apa..sakitnya..sungguh tak selesa..

Monday, August 3, 2009

Merdunya suara azan..

Islam tu agama fitrah..tapi aku bukan nak kupas macamana islam tu dikatakan agama fitrah.Aku cuma nak cerita kisah Rikazz dan merdunya azan..Kalau difikir fikir oleh akal yang cetek ni..macamana dia boleh tertarik dengan bunyi azan yang dia sendiri belum tahu fungsi dan maksudnya dalam kehidupan.Cuma..azan itu telah diperdengarkan kepadanya sewaktu dia baru melihat dunia.Azan lah yang menyambut kelahiran setiap anak muslim di dunia ini.Aku pasti..anak anak lain juga begitu.Bila mereka dengar je azan berkumandang kat TV atau radio..dari menagis..terus senyap.Macam Rikazz..tengah tidur dalam buai pun mesti bangun dan terus menoleh ke arah tv lalu mendengar azan sehingga habis..cara dia menoleh dengan serta merta tu seperti suara yang memanggil itu satu suara yang amat dikenali..suara yang dapat mengubati kesedihan dan menghentikan tangisan...Bagaimana itu terjadi?sedangkan bukan Rikazz pernah dengar suara muazzin dalam tv tu..itu lah yang dimaksudkan dengan Islam agama fitrah..Jiwa seseorang bagai ditarik tarik untuk mendengar sehingga habis..sesuatu yang menenangkan bukan..sebelum ni..kalau aku solat..aku letak Rikazz atas katil..Rikazz hanya dibenarkan memerhatikan ku dari jauh sahaja ketika solat.Namun hari ni..aku mengambil keputusan untuk membawa Rikazz lebih dekat denganku ketika solat.Aku pun tak risau..dan lebih khusyuk..ye lah..takde dengar suara rikazz merengek keseorangan.Memang menakjubkan..Rikazz diam je bila aku letak dia di sejadah.Dan dia kelihatan begitu teruja diletakkan disitu..Ini juga satu didikan awal untuk Rikazz juga kan.Bila dia semakin matang..dia akan tertarik untuk melakukan seperti apa yang diperhatikannya..Humans learn tru observation..Ini lah salah satu konsep pembelajaran..melalui pemerhatian..Aku tak mahu menganggap mengenali agama seusia Rikazz ini dikatakan terlalu awal kerana aku sudah pun memperkenalkan Rikazz dengan Tuhannya sejak ditiupkan roh ke dalam jasad nya lagi..aku selalu bercerita kepadanya ..Siapa Tuhannya..siapa nabinya..dan aku perkenalkan kepadanya surah surah pendek buat permulaan..Semoga rasa ingin tahu dalam dirinya semakin meninggi..insyaallah...

Cantiknya sejadah ibu..ajarlah Rikazz solat ibu..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN