Followers

Sponsored By

Thursday, May 6, 2010

Keguguran


Situasi yang mendebarkan itu terjadi di sekolahku.Bukan aku yang melaluinya tetapi rakan setugasku kak zie.

Beberapa hari sebelum itu kak zie ada bercerita padaku bahawa dia mengalami pendarahan.Aku mengesyorkan dia bertemu doktor.Memandangkan kandungannya baru sahaja berusia dua bulan.Ditakuti kandungan masih lemah.Aku fikirkan dia dah bertemu doktor dan tak bertanya lagi perihal masalahnya selepas itu.

Semalam..Kak Zie mengatakan padaku berlaku lagi pendarahan dan kali ini lebih banyak.Aku menyuruhnya pergi ke klinik.Kemudian aku pun masuk ke kelas seperti biasa.Tiba-tiba aku mendapat call dari kak zira.Dia minta aku pad..Tapi aku tak bawa.Rupanya kak zie nye darah semakin laju mengalir.Guru besar meminta tukang kebun sekolah memandu utk hantar kak zie ke PPUM.Sampai disana kak zie rujuk kepada klinik ibu mengandung tetapi memandangkan kak zie tidak mendaftar disitu, kak zie kene pergi ke wad kecemasan.Dalam keadaan kain dan baju yang telah ditembusi darah, kak zie berjalan kaki menuju wad kecemasan.Katanya, dalam pada dia berjalan ke wad kecemasan dia dah tukar dua kali tuala wanita.Sangatlah banyak darah yang keluar.

Apabila di scan ternyata janin kak zie sudah tiada lagi.Rupa-rupanya janin tersebut keluar sewaktu kak zie buang air kecil.Sewaktu janin itu keluar..kak zie rasa hangat seperti melahirkan anak pertama dulu.Janinnya tidak sempat kak zie selamatkan kerana sudah masuk ke lubang tandas.Bentuknya?masih kecil..seperti ketulan daging diselaputi sarung agak keputih-putihan.Dan berlumuran darah.

Ternyata Allah lebih sayangkan dia.Semoga kak zie tabah mengharungi dugaan ini.Kak zie masih lagi bercuti dan semoga kak zie lebih sihat.Kita sama-sama pregnant lepas ni ye, mcm kita pregnant sesama waktu Rikazz dan Hakim dulu

4 comments:

azuan said...

sedih dengar kes3 macam nie~

QIQA said...

ohh sedihnya takzah tuk kawan naz..(zie)

~ ms julie ~ said...

salam kak naz..takziah kpd kak zie. Jue pun alami perkara yg sm sebulan yg lepas. Allah lebih sygkan kandungan jue tu. Jue redha dengan ketentuan Allah..masa bleeding yg byk sgt, seram sejuk sgt and berdoa byk agar dapat dselamatkan..tapi die pegi dulu. pasni kite peknen sm2 ye kak naz ;)

Naz-Segalanya disini said...

ye azuan..mmg sedih

thanks kak dia..

ha a julie..teringat kat julie ms kejadian tu jadi..kak naz yg tgok sndr dgn muka dia pucat kak naz takut..nanti kita berusaha lg ye

SIGN JANGAN TAK SIGN