Followers

Sponsored By

Friday, May 14, 2010

Dapat Anugerah Guru Berdedikasi







Hehehe..alhamdulillah.sekolahku dah menyambut hari guru peringkat sekolah hari ni.Jumaat 14Mei2010.16 Mei kan hari Ahad so menyambut awal lah.

Tahun ni..tahun ke 4 aku menyambut hari guru.Memang excited dan seronok..ntahlah..tak tahu plak cikgu2 lain.Tp bagi aku sendiri..aku sangat menantikan hari Guru..Rasa seronok sgt setiap kali nak sambutnya.

Hari ni kami semua pakai baju batiks sekolah.Kaler hijau.Tahun ni temanya guru pembina negara bangsa.Setiap kali nyanyi lagu guru malaysia..rasa semangat berkobar2 dan bangga menjadi seorang guru.Tak kira lah apa pun orang nak kata n kutuk tentang cikgu2 zaman sekarang..tapi aku tetap bangga berada dalam profesion ni.Bayangkanlah..seorang ibu bapa nak kawal seorang anak pun kadang2 mengeluh dgn ragam anak yang pelbagai..inikan pula seorang cikgu yang mendidik beribu2 orang murid dalam masa setahun..pelbagai ragam..pelbagai bangsa..pelbagai latarbelakang keluarga.Aku mengaku kadang2 timbul rasa putus asa nak menangani kerenah murid2 ni.Kita semua faham mcmn perangai budak2 skang..tp rasa puas bila melihat hasilnya.Aku yakin..mungkin ilmu yg kami curahkan bukan tidak digunakan tetapi belum sampai masa lagi nak digunakan.

Aku sendiri lah..dulu masa belajar..belajar pun untuk lulus periksa..tapi bila dah dewasa.,.setiap apa yg lakukan..mesti teringat terimbau memori bersama cikgu2 dulu..kene marah..kene rotan..kene denda..Tp aku tak marah kan cikgu2 sbb rasa rindu dengan cikgu2 ku..Cikgu..kat mana lah cikgu berada sekarang.Kalau x kerana cikgu2 semua..tak mungkin Nur Nhazzla dpt jadi seorang guru hari ini..Sekarang..ilmu yg cikgu ajarkan kepada saya ..telah pun saya gunakan utk disampaikan kepada anak didik saya cikgu..

Kerana jasa jasa cikgu..hari ini usaha saya dihargai oleh pihak sekolah sehingga saya diberi peluang untuk dianugerahkan sebagai guru berdedikasi 2010.Saya tak menyangka saya akan dapat anugerah ni.Mungkin hadiahnya kecil tapi amat bernilai utk saya cikgu.Saya tak terfikir akan segala bagai anugerah kerana saya ikhlas menjalankan tanggungjawab saya..Demi sekolah..demi bangsa dan agama..Takde penghargaan pun takpe..

Rasa tak layak tp aku terima penganugerahan ini.Kepada murid2 ustazah yg disayangi..Terima kasih kerana menghargai ustazah.Ustazah garang dengan kamu sebab kamu xnak buat kerja..kamu asyik kacau kawan lain..kamu tak bawak buku..Kalau x..xda sebab ustazah nak marah.Apa yg ustazah nak..kamu semua berjaya dunia akhirat..Kamu semua mungkin akan menduduki kerusi menteri..kerusi doktor..kerusi saintis..kerusi angkasawan..dan ustazah akan tetap duduk di kerusi sekolah..bertemankan kipas yang meliuk lentok..memerhatikan kejayaan kamu semua dari jauh.Selamat Hari Guru

7 comments:

MAMASYAZA said...

selamat hari guru, ustazah, tahniah coz dpt anugerah guru berdedikasi

Ummi Hanie said...

tahniah.......

Huda said...

tahniah kak naz! slmt hari guru! :)
]]]

the GERRRET pretender said...

happy teachers' day dear nhazzla..

=)

mamafaris said...

congrats cikgu naz...we love u..

Naz-Segalanya disini said...

terima kasih semua

Naz-Segalanya disini said...

terima kasih semua

SIGN JANGAN TAK SIGN