Followers

Sponsored By

Monday, May 31, 2010

Jom Balik Johor

Pintu masuk Hutan Bandar
Salah sebuah restoran terapung di senibong.Berlatarkan laut selat tebrau

Huhuu..minggu ni minggu terakhir persekolahan sebelum sekolah akan bercuti selama dua minggu bermula sabtu ini.Sekarang ni minggu peperiksaan.Jadi aku nak tulis lah n3 ini.


Jumaat ini..selepas sahaja loceng berbunyi..aku akan memulakan perjalanan kembali ke kampung halamanku Johor Darul Takzim.


Ya..aku anak jati Johor.Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Kemudian membesar di Kuarters Tentera Kem Tebrau Kg Dato Penggawa Barat Johor Bahru.Ketika usiaku 4tahun..kami sekeluarga berpindah ke Kg Plentong Baru Masai Johor.Selepas aku dapat KPLI barulah keluargaku berpindah ke Bandar Tenggara Kulai.


Rinduuu sangat suasanaku waktu membesar di Johor Bahru.Rumah kat Tenggara skang tak seronok.Kalau balik sana pun bosan je.Memandangkan aku baru sahaja dapat tunggakan gaji dan elaun perumahan selama hampir 2tahun..dan memandangkan cuti ini aku akan pulang ke Johor aku telah mengambil keputusan untuk bercuti di JOHOR...hehehe..dah lama sangat tak berjalan kat sana.Rizal pun amik cuti sampai 6hari.Yuhuuu..jom tengok tempat2 kenanganku disana:


1.Giant Plentong (Tempat shopping le ni)
2.Kg Senibong (Tempat makan)
3.Pekan Masai (Tempat beli persiapan raya)skang jalan tar
4.Pasar Malam Permas Jaya(Wajib pegi tetiap Isnin)
5.Pasar Malam Plentong(Wajib lalu balik keje dulu)
6.Jusco Permas Jaya(Tempat merayap)
7.The Zone(Tempat amek angin)
8.Danga Bay(Bersiar2)
9.Hutan Bandar(Tempat berdating)kikiki dululaa
10.City Square (Tempat tengok Wayang)
11.Plaza Angsana
12.Station Bus Larkin(Tempat beli tiket)
13.Komtar(Tapi rasanya dah xda kan tempat ni)
14.Air Terjun Kota Tinggi ( Tempat Mandi manda)
15.Air Hitam
16.Jusco Tebrau City (Rizal nak makan mee rebus tulang)
17.Kampung Plentong Baru laaa...banyak sangat kenangan suka duka kat sini
18.Pantai Lido


Ni semua tempat kenangan ni..Rikazz dan Rizal belum lagi pergi tempat2 tu semua.Apa salahnya mengimbau kenangan lama dan memperkenalkan keluarga baru kita dengan tempat2 yang menjadi destinasi kita sebelum mereka mengenal kita kan..


Tak sabar ni nak tggu hari Jumaat..zoom Malaysia..

4 comments:

Ummi Eisya said...

holiday kat JB ye..selamat berholiday ye..

kita dah boring dah nak jalan kat Jb ni..hihii

Ieja said...

wah bestnya naz dah ada jadual yg sgt2 padat sempena cuti sekolah..moga naz sefamily enjoy ....

Maya said...

selamat bercuti...

Naz Nur Nhazzla said...

selamat bercuti sume

SIGN JANGAN TAK SIGN