Followers

Sponsored By

Monday, May 10, 2010

Ajaran Sesat di sekolahku


Opss..bukan sekolah tempat aku mengajar skarang ni ye..cuma aku nak kongsi cerita zaman aku bersekolah menengah dulu.Aku bersekolah di sebuah sekolah Arab milik persendirian.Bukan sekolah kerajaan.Ia terletak di Pontian Johor.Sistem yang digunapakai di sekolah itu adalah sistem sekolah pondok Indonesia.Taksub sangat pengetua ku itu dgn Indonesia.Dia kata sistem sekolahnya sangat bagus..
Sepanjang aku berada disana..aku memang rasa sangat tertekan.Dengan pihak pentadbir yang membuat undang2 sendiri..Kuku besi..memang tak seronok dengan kemudahan yang serba kekurangan.
Satu ketika anak lelaki pengetuaku pulang dari Indonesia dan mengambil alih tampok pemerintahan sekolah dari bapanya.Itu lah permulaan satu ajaran pelik yang kami kategorikan sesat di sekolah itu.
Ajaran itu tidak bernama..pengikutnye terdiri dari pelajar2 sekolahku sendiri.Sesiapa yg menyertai kumpulan tersebut akan suci dr segala dosa2nye yg lalu..pengikutnya mampu mengubati penyakit.Aktiviti mereka beratib dengan kuat tiap2 mlm disurau sambil menumbuk2 lantai dgn kuat.Katanya membunuh syaitan.
Yg kelakar..pengikut ajaran ini dapat berehubung terus dgn nabi muhammad..dapat berjalan2 ke syurga dan juga neraka.Mereka mmpu melihat alam ghaib dan membaca isihati manusia..
Dan lebih kelakar lagi satu hari semua pelajar lelaki yg mengikuti kumpulan ini dikatakan telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di barat.Aku lupa tempatnya dimana dan yang paling melampau..bila mereka melihat perempuan ..mereka nampak kami berjalan dengan keadaan berbogel.
Waktu itu..kami betul2 confuse..Sbb kami bru sahaja mempelajari hadist kunci alam ghaib ada 5.Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya..
Kami sebagai pelajar biasa hanya mampu memujuk kawan2 supaya keluar dari kumpulan itu kerana kami merasakan mereka sudah melampaui batas..Hari2 kami berdoa agar Allah membantu rakan2 kami yang sudah terpengaruh dgn ajaran tersebut.Yelah..semenjak mereka memasuki kumpulan itu..mereka sudah mula tidak dtg ke kelas krn tidak tidur..prlajaran sudah ke mana..diri sendiri tidak terurus..Mereka hanyut dengan dunia mereka sendiri
Doa kami dimakbulkan Allah apabila satu hari jabatan agama Islam Johor datang ke sekolah kami dan membuat siasatan bahawa ajaran tersebut adalah ajaran yang menyimpang dari jalan Allah dan mesti dibubarkan...Sejak itu barulah kawan2 kami peroleh semula kehidupan mereka
Sebagai orang Islam..bila berlaku perkara mcm ni kita kene ingat beberapa perkara"
1.La ilaha illallah-Tiada tuhan Selain Allah
2.Nabi Muhammad pesuruh Allah
3.Al-Quran telah habis diturunkan sebelum kewafatan Rasulullah
4.Kunci perkara ghaib hanya Allah yang tahu...

4 comments:

mamapp said...

takutnyer terjebak ajaran sesat camni

Naz Nur Nhazzla said...

btol adda..kita kene ingat yang basic je..

Kisah Hati said...

Ha.ha.. aku ingat cerita ni tapi xde la detail cam ko ni...

Naz Nur Nhazzla said...

Sapa si kisah hati ni..dah kata nak ceita..dan teringan yg terperincinya..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN