Followers

Sponsored By

Tuesday, May 18, 2010

Kuih Belacan


Di suatu pagi yang indah, seorang kanak2 perempuan berusia 3tahun lebih sedang me'ngemas' dapur.Ibunya pula sedang mengemas rumah.Pandangan budak itu telah terlihat kepada satu benda yang terletak cantik di dalam sebuah bekas yang bertutup.Benda itu berwarna coklat berbentuk bulat.

Perasaan ingin tahu budak itu telah mengajaknya membuka penutup bekas tersebut lalu terserlahlah keindahan makanan yang berbentuk bulatan itu.Hati si budak tertanya2..apakah bendanya ini?Nampak lazat..tidak pernah pula emak hidangkan makanan itu untuknya.

Si anak bertanya...air liurnya sudah terembes terangsang dengan keindahan rupa bentuk makanan bulat itu.Tidak sabar2 si anak mengetahui apakah bendanya itu.

Emak..ooo emak..ni apa?Sambil membawa bekas yang berisi makanan bulat.

ooo..ni kuih.Jawab emak

Kuih?pasti sedap.Fikir si anak.

Mak, boleh tak along makan?

Makanlah.Jawab emak.

Tanpa berlengah2 lagi si anak makan hampir separuh 'kuih' bulat itu.

Sejurus selepas itu, kedengaran suara si anak menjerit kuat lalu menangis.

Emak...kenapa kuih ni pedas?Uwaaa

Kelam kabut si emak meluru mendapatkan anaknya yang sedang menangis.Dengan wajah yang penuh kesalan si ibu berterus terang..Tidak disangka si anak betul betul ingin makan kuih itu

Kenapa along makan?ni bukan kuih..ni BELACAN..terang si ibu sambil menangis penuh rasa bersalah.

Keadaan yang sama hampir berulang lagi apabila petang tadi anak kepada kanak2 perempuan itu tertarik dengan belacan yang terletak cantik di dalam bekas.Lalu..kenangan makan kuih belacan terimbau kembali...

Ibu dan bapa ada lah guru pertama yang membentuk persepsi hidup seseorang kanak-kanak tentang dunia mereka.Mereka amat percaya dengan setiap maklumat dan perbuatan ibu bapa.Oleh itu sebagai ibubapa kita perlu memberi pennerangan yang jelas kepada anak2 apabila mereka bertanya.

1 comment:

Darren Demers said...

Perasaan ingin tahu budak itu telah mengajaknya membuka penutup bekas tersebut lalu terserlahlah keindahan makanan yang berbentuk bulatan itu.Hati si budak tertanya2..apakah bendanya ini?Nampak lazat..tidak pernah pula emak hidangkan makanan itu untuknya.
kurti stitching factory ,
stitching factory in pakistan ,

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN