Followers

Sponsored By

Saturday, May 1, 2010

Selamat Berbulan Mei

Dah masuk bulan Mei 2010.Betapa cepat masa berlalu.Bulan Mei ni ada macam macam hari kita sambut kan.Tapi apa apa pun aku nak wish SELAMAT HARI PEKERJA kepada sesiapa saja yang bekerja.Tak kiralah yang kerja sendiri atau bermajikan.Bagi diri aku sendri tahun ini adalah tahun ke 5 aku bergelar pekerja dan menyambut hari pekerja.Tapi yang bestnya..lepas hari pekerja aku akan dirai lagi..
10Mei2010 aku akan dirai untuk HARI IBU plak kan.Dan ada lagi
16Mei2010 aku akan meraikan HARI GURU pulak sbb aku seorang guru.
Bulan Mei juga adalah bulan kelahiran semua lelaki dalam hidup aku..
4Mei - birthday Atok Wahab Rikazz yang ke 48tahun
22Mei - birthday Daddy Ngah Rikazz yang ke 26tahun.Tapi tak dpt celebrate sama sbb daddy ngah berada di Sabah skang kerana sedang operasi

25Mei - birthday Daddy Ucu Rikazz yang ke 15tahun.

Banyak event penting yang perlu diraikan pada bulan Mei kan.Takdelah besar2an pun.Tapi saja saja bagi menggembirakan hati insan2 yang kita sayangi kan.
Oh ye, 8Mei ini, anak didikku Mery Zurina akan menyertai pertandingan bercerita MTQ peringkat negeri.Skang ni tgah bagi dia hafal teks cerita.



8Mei jugak anak didikku yang kedua akan mewakili Puteri Islam Daerah Petaling Utama ke pertandingan bercerita HARI PUTERI peringkat negeri.
Ustazah harap..semuanya akan berjaya melakukan yang terbaik.Menang atau kalah?No 2 ok.
Sebelum melabuhkan tirai blog ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 sekali lagi dan semoga pekerjaan kita mendapat berkat dari Illahi dan gaji yang dibayar untuk kita pun adalah gaji yang berkat.Insyaallah.

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN