Anak anda pernah mengalami jaundis semasa bayi?atau lebih dikenali dgn nama penyakit KUNING?
Bila anak anda diserang jaundis pastinya macam2 petua dan tips2 yang anda terima dari masyarakat sekeliling kan.Mari kita cek apakah petua dan bahan bahan yang digunakan untuk mengurangkan jaundis atau menghilangkannya sama sekali..
1. Minum susu kambing
2.Mandian air daun inai
3.Mandian serbuk mutiara
4.Minum air rebusan akar kayu cina
5.Minum air kundur
6.Mandian air daun kucai
7.Perahan anggur hitam
8.Minum susu formula
Mungkin anda yang membaca pernah terdengar atau mengamalkan tips2 diatas.Tapi sebenar2nya adakah semua bahan diatas tersebut berkesan utk mengatasi jaundis bayi?
Ketika hari pertama bayi saya Riyash mengalami jaundis saya telah bertemu doktor utk memastikan tahap jaundis anak saya..Dan saya tanya apa ubat jaundis dan apa sebenarnya jaundis ni?
Jawpn doktor : Bayi yang mengalami kuning selepas kelahiran disebabkan hatinya belum matang.Hati yang belum matang masih belum dapat melawan total billirubin dalam darah.Tu yg menyebabkan anak kuning.Dan kuning ni tiada kena mengena dengan kena minum susu kambing dan sebagainya serta tiada kena mengena dengan tak boleh memakai baju berwarna kuning dan makan benda berwarna kuning...Semuanya berkaitan dengan hati..
Kalau fikir fikir..betul juga..kalau mandi mandi air air semua diatas tu boleh ke mematangkan hati?Apa kena mengena mandian dengan kematangan hati?Apa kena mengena tak boleh pakai baju kuning dengan hati kan?
Saya bertanya lagi..jadi apa ubat jaundis ni?Doktor jawab..susu ibu..bagi je susu ibu..jgn bg benda lain..
Disini ada info mengenai jaundis..jom kita cek !
Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.- Jaundis Normal/Physiologic
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
- Jaudis Pathologic
- Jaudis Susu Ibu
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
- Jaundis Normal/Physiologic
- Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
- Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
- Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
- Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
- Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
- Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
- Jaudis Pathologic
- Jaudis Susu Ibu
Adakah ianya merbahaya?
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.
sumber :mybengkung.comAdakah Riyash ini menghidap jaundis susu ibu?kerana jaundisnya sudah melebihi 30hari?Saya tidak pasti kini total bilirubinnya sudah turun atau belum sbb tiada ujian darah dilakukan.Tapi kalau melihat kepada kulitnya sudah tidak kuning lagi.Harap2 berita minggu ini akan memberi khabar yang gembira.Kalau anda ada pendapat tntg mitos dan fakta jaundis ni mari kita share..
2 comments:
2-2 putra saya lahir dgn jaundis.. siap kene tahan wad lagi.. jaundis susu ibu.. mmg saya kene stop susu dlm 2-3 hari..
brapa lama anak anak awk nya jaundis.lpas stop susu?turun ye
Post a Comment