Ha..hari ini adalah hari orientasi untuk murid darjah 1 sek.keb.(1) petaling jaya.Aku bukan lah guru kelas.tapi sebagai guru yang mengajar tahun 1..aku menjadi guru paling sibuk hari ni.Untuk tahun ini seramai 41 orang sahaja murid akan menempati kelas tahun 1 di sekolahku.sikit kan?memang sikit.sekolah ku sekolah kecil.Tambahan di sekitar sekolahku ada 12 ++ buah sekolah rendah yang jaraknya antara satu sekolah dengan sekolah yang lain hanyalah tidak lebih dr 5 ke 10 minit.(tak reti kira dlm km)
so seperti biasa..murid datang ke sekolah untuk melalui ujian diagnostik bagi melihat tahap pembelajaran mereka.Bagi murid yang agak lemah akan ditempatkan di kelas KIA bagi memberikan peluang mereka mendapat perhatian dan tumpuan yang lebih di dalam kelas.Jadi..tidak lah mereka ketinggalan kan.
Hari ini aku memang tidak duduk langsung.Dari sampai sekolah pkl 8.30 tadi sampai lah 11.30..aku berjalan ke sana ke sini bagi menunjuk ajar dan menerangkan murid2 cara menjawab ujian yang diberikan
Setiap tahun ada 2 masalah yang akan timbul pada hari orientasi
1. Masalah murid yang tidak tahu nama penuh mereka
2. Masalah ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada guru bagi menjalankan ujian dengan lancar
Mari kita lihat masalah pertama.Ia tidak menjadi masalah kalau nama mereka satu saja di dalam kelas tersebut.Tapi bermasalah bila nama mereka sama dengn murid2 yang lain.Nampaknya tahun ini..trend nama masih kekal dengan nama HAIKAL dan DANIAL..seperti ku nyatakan dalam n3 yang lepas.Jom kita tgok nama mereka
KUMPULAN HAIKAL
1.DANIAL HAIKAL
2.HAIKAL DANIAL
3.HAIKAL HAKIMI
4.HAIQAL
KUMPULAN DANIAL
1.HAZIQ DANIEAL
2.HAIKAL DANIAL
3.DANIAL IKMAL
4.DANIAL HAIKAL
5.AHMAD DANIAL
yang kelakarnya bila kita suruh tulis nama ayah mereka..mereka pulak bertanya padaku..SIAPA NAMA AYAH SAYA?hehehe..mana lah ustazah tau nak oii
Bagi nama perempuan tiada masalah sangat.tak banyak yang sama.cuma ada 2org sahaja yang berkongsi nama Aisyah
1.Aisyah Najehah
2.Syaitinah Aishah
Masalah kedua iaitu masalah parent..alhamdulillah..sepanjang 4thn aku mengajar inilah tahun pertama ibu bapa memberikan kerjasama yang sangat baik sekali.Kelihatan mereka semua ibu n bapa muda ni..anak anak sulung..walaupun riak wajah mereka agak risau apabila anak anak mula termenung2..tapi mereka tidak mengganggu kelancaran ujian dengan masuk ke dalam kelas mengajar anak mereka menjawab ujian.Seperti tahun yang lepas..kami terpaksa menjalankan ujian sekali lagi pada hari persekolahan dek kerana markah ujian tidak sah..
Jadi..hari Isnin nanti..aku akan berjumpa semula dgn murid2 dan meneruskan proses Pengajaran n pembelajaran pada tahun 2010.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran buat emak yang ke 51 tahun.Semoga emak terus tabah menjalani ujian yang Allah berikan kpd emak dan berbahagia dengan kehadiran cucu cucu emak.Amin
pss..tak sempat nak amek gmbr budak2 tu sebab bz sangat
7 comments:
Anak sulung kita masuk darjah satu tahun nih ... Dah ujian ari tu ... Alhamdulillah, masuk kelas 1 Amanah ... Harap2 berkekalan prestasi ..
hahaha..sonok kan ngok budak drjh 1 neh stat sekolah ...msti byak ragam...
comey kan budak2 masuk sekolah..erm, mesti kak naz confuse ngn name2 budak2 tu :) panggil cam ni la, danial 1, danial 2, etc..
bestnye murid 41 orang je..tak ramai dan tak banyak karenah..kat sek aku tu,form 1 saje 600++ orang..belum form 2 lagi..petang je dalam 1k++..banyangkan la berapa ramai kita nak hadapi dengan perangai diorg ni semua..pening!!
seronok kan kalo budak2 darjah 1 masuk sekolah.. mcam2 ragam.. leh ketawa sendiri melihatnya... :)
Naz selamat mengajar..murid2 semua tu mmerlukan naz:)..ajar dorang bebaik ek..
Get More Info designer replica luggage blog link Fendi Dolabuy go to the website Dolabuy Prada
Post a Comment