Followers

Sponsored By

Monday, January 4, 2010

Januari muncul kembali


Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat datang 2010..esok..aku akan memulakan kembali tugasku secara rasmi.Persediaan telah pun ku lakukan bagi menghadapi murid2 esok hari..masih dlm mood bersemangat ni..harap2 semuanya berjalan lancar esok.

Sabtu lepas..aku menghadiri majlis hari lahir FARIS NAJMI..yang pertama..Epi bufday Faris Najmi..dan tq kak ina krn jemput naz sekeluarga.Makanan banyak dan sedap terutama trifle tu..eh ye ke trifle?sapa agaknya yang buat ye?

January adalah permulaan setiap kehadiran tahun baru kan?dan january juga amat bermakna buat diriku krn bayi pertamaku dilahirkan pada bulan inii..Em..apa ye perasaan aku bila anakku hampir menjejaki usia setahun ni?sedihkah seperti Dira?hehehe..mmg sayu..rasanya..hampir hari2 aku kata..Mana anak ibu yang dah besar ni?mcm tak percaya aku mampu menjadi ibu dan mampu membesarkan anakku sedangkan tidak terbayang dan tergambar keadaannya satu waktu dulu

Alhamdulillah..usia setahun proses penyusuan Rikazz semakin hampir..tinggal beberapa hari sahaja lagi..aku akan mencapai kejayaan itu..memberikan Rikazz susu ibu..terasa amat bersyukur krn Allah mempermudahkan perjalanan ini..Dan Rikazz juga krn sentiasa memahami ibu dan memberikan sokongan agar ibu terus kuat meneruskan perjuangan ini..

Buat kawan2 yang sudi membaca coretanku selama ini.Terima kasih kawan.Walaupun kisah kita berbeza..dari perbezaan itulah aku belajar..terima kasih jua kerana sudi berkongsi pengalaman..ilmu dan memberi pendapat dan teguran kepadaku..

Kepada yang benci dengan blog ini dan tuannya..maafkan aku kerana aku tidak mampu memuaskan hati semua orang..Kalau kalian rasa penulisanku membosankan dengan gaya yang katanya meraih simpati..itu adalah gaya penulisanku..Kisah hidup tak selalunya bahagia..kalau kisah bahagia..tentulah nadanya berlainan dengan kisah sedih bukan?Aku adalah aku..yang menentukan jalan hidupku adalah aku..Diriku adalah hasil perjalanan hidup yang aku lalui..dan begitu juga kamu..Kita berbeza..namun perbezaan itulah yang melengkapkan hidup kita

Buat sahabat alam mayaku yang kini menjadi sahabat baikku..HAZLINA..NADIRA..DAISYZARINAH..KARTINA..terima kasih kerana menerima diriku seadanya..walaupun daku ustazah..tapi aku hanyalah manusia biasa..maafkanlah aku andai aku melakukan kesilapan..kerana aku bukan MAKSUM..

buat kak ROZDIAWATI..kalau ada jodoh antara anak kita..dapatlah kita bina jambatan emas dan perak dari KL ke PERAK ye..

azamku?biarlah menjadi rahsia diriku..

8 comments:

Mummy Haziqah Kafiah said...

huwaaa.. naz tersentuh daku disitu, ekekeeke.. ye walau apa pun kita semua manusia.. ku jgk pohon kesilapan selama hari ni kalo ade membuat kan hati mu terusik.. aiceh!..

ermm jgn lupe ye.. Januari juga adalah besday ku.. hahahaha marila ramai² belaja ku makan kek.. *wink* *wink*

mamafaris said...

ku juga..segala yg 'TER' ku mntk maaf ye..

kita x hdup sbb dpuji n x mati sbb dhina..so keep it up.life is beatiful..enjoy!!

Mrs. Adz said...

tersentuh jap baca tulisan nazz ni..btw,memang kita tak dapat puaskan hati semua orang kan..kita buat yang terbaik untuk diri kita dan family,tu yang penting..

bab anak tu pun sedih gak..memang kalau boleh nak dia bersama kita je..

selamt bekerja kembali..

-DiraDiya- said...

nazz..
happy new year.. (blm lmbt lg kn??..)
ku br bkesempatan nk bukak pc + on9 ari ni..
nazz.. ku pn sori ek dgn kamu kalo ku ada wat kamu sentap sepjg 2009.. huehuehu.. blh gtu??..
hopefully new year ni.. [of course this year] until upcoming years.. idop kta ceria n happy je..
kta try wat seabis baik sesm manusia.. n kalo ada strangers yg xtntu psl nk judge kta.. n mmg sgt² xblh tgk org lain lbh dr dia.. kta just live it..
hnya org yg sempit n pendek akal je yg pk kamu as ustazah kna jd sesempurna manusia!..
dorg mgkin tlalu angkuh sombong bongkak.. smpai xtau.. yg sbg manusia.. kta xblh wat sume org puas ati n hepi.. sbb manusia itu xsempurna.. kn??..
last but not least.. SELAMAT BERTUGAS ek!!.. kuikuikui..

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Naz-Segalanya disini said...

salam tahun baru semua..slmt dtg ye mr/mrs anonymous..tak faham apa yg anda maksudkan..

SIGN JANGAN TAK SIGN