Followers

Sponsored By

Monday, January 11, 2010

Qalby..pertama kali ibu...

Qalby anakku..
Pertama kali ibu mengetahui tentang kehadiranmu dalam rahim ibu...
Ibu amat teruja sambil menggigil di dalam bilik air
Tidak tahu harus bagaimana
Untuk menukar kehidupan ibu dari wanita biasa kepada bakal ibu
Namun kejayaan ibu mengandungkanmu pertama kali diketahui oleh Oma mu
Bukan abahmu..
Itupun hanya setelah 7minggu anakku mendiami rahim ibu

Qalby sayangku...
Pertama kali ibu merasa pergerakanmu
Sewaktu ibu mendengar Kuliah di Dewan Institut Perguruan Islam Selangor
Seperti denyut nadi gerakmu
Seusia 3bulan dikau memberitahu ibu
Bahawa tubuh kecilmu sudah berisi roh
Gerakan kecilmu yang ibu sangkakan nadi ibu..
Adalah permulaan pergerakanmu sayangku
Itupun hanya setelah dijelaskan oleh Doktor

Qalby hatiku..
Pertama kali ibu merasai tendanganmu
Seusia kandungan ibu 16minggu
Tendanganmu mengubat hati ibu
Yang sedang membawa hati di Satu sudut di Sunway Pyramid
Sungguh pandai kamu memujuk ibu nakk
Setelah ibu merajuk hati dengan abahmu

Qalby hidupku..
Pertama kali ibu mendengar tangisanmu
Pada 11january 09 di Dewan Pembedahan PPUM pkl 7.26pm
Itu jua lah saat pertama ibu mengalirkan airmata keibuan
Setelah ibu mula merasa lemah pabila ibu melahirkanmu sayang
Terima kasih bidan Musalmah..kerana membawa Qalby dekat dengan ibu
Dan memperkenalkan kamu dengan susu pertama ibu
Yang telah lama ibu idam2kan untuk diberikan kepadamu sayang

Qalby hartaku...
Pertama kali ibu melihat dikau mengiring..ketika kamu berusia 20hari
Waktu itu ramai orang berkata..Qalby akan meniarap apabila berusia 40 hari
Namun Qalby hanya mengiring dan mengiring sehingga 30 hari
Kali pertama Qalby meniarap dengan tidak sengaja hari pertama kita berada
di istana kita di Taman Sri Sentosa
hanya sekali..

Qalby permataku..
Pertama kali dikau meniarap..sewaktu usiamu 2bulan
Namun bukan ibu yang pertama melihatnya
Kerana kejayaanmu disaksikan oleh Mama Wati
Ibu sedih dan terus menanti untuk menyaksikannya dengan mata ibu sendiri

Qalby zuriatku...
Pertama kali ibu melihat Qalby mengangkat punggung apabila dikau berusia 3bulan
Namun hanya itu sahaja yang dikau lakukan sehingga usiamu 5bulan
Dikau mengangkat badan untuk merangkak

Qalby jantungku..
Pertama kali dikau berjaya duduk sendiri hanya setelah dikau berusia 7bulan
Dengan susah payah dikau berusaha untuk melepaskan silangan kakimu
Supaya dapat duduk dengan stabil
Tahniah anakku..

Qalby nyawaku..
Rupanya hadiahmu untuk ibu bukan setakat duduk sahaja
setelah seminggu dikau berjaya duduk dengan sendiri
Dikau berusaha untuk berdiri secara berdikari tanpa memegang apa apa
Ibu sungguh terkejut..kerana dudukmu belum stabil
Namun dikau sudah ke langkah seterusnya
Saat itu lah..saat jatuhmu dan sakitmu yang paling banyak kamu hadapi
Ibu dihimpit rasa bersalah yang berpanjangan kerana ada masa ibu tidak sempat untuk menyelamatkanmu dari jatuh dan kesakitan anakku..
Maafkan ibu sayang..ibu harus akur demi kemajuanmu anakku

Qalby manjaku...
Ibu kagum dengan keberanianmu dan kesungguhanmu..
Di saat beberapa hari sahaja lagi usiamu menginjak 8bulan..dikau telah menghadiahi ibu dengan langkah pertamamu..
Oma dan Ucu saksi langkah kecilmu itu..selangkah..dua langkah..lalu jatuh..
Dikau terus berusaha sehingga dikau berani untuk berjalan di luar dr rumah pabila usiamu 10bulan...

Kini..11 january datang lagi..
Pertama kali Qalby akan mengubah usiamu kepada SETAHUN..
jangan risau Sayang..
Setiap jatuh bangunmu akan ibu susuli dgn semangat dan kasih sayang..
Terima kasih kerana telah memberikan ibu pengalaman pertama bergelar ibu dengan membesarkanmu
Sempena kehadiran hari yang penuh dengan nombor pertama ini
ibu dan abah ingin mengabadikan coretan ini
Untuk buah hati pertama kami

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PERTAMA
RIKAZZ QALBY MUNTASYEE BIN MUHAMAD RIZAL

semoga hari2 yang mendatang akan menjanjikan kejayaan keredhaan dan kebahagiaan buatmu anakku..

7 comments:

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

such a sweet entry..bile Qalby dh leh baca nnt, psti dia bangga..

hepi 1st besday Rikazz Qalby Muntasyee..and welkem to the toddlerhood!!

Naz-Segalanya disini said...

thanks kak ecar..luahan hati ibu untk anak pertamanya.thanks juga krn sudi dtg wlupun kak ecar kurang sehat

wanie @ suzie said...

hpy besday cayang rikazz...semoga menjadi anak yg berguna pd ibu bapa

Mrs. Adz said...

bestnye baca n3 ni..harap nanti rikazz faham pe yang ibu dia tulis ni..mesti dia bangga..

Happr birthday Rikazz..moga rikazz dapat menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah rikazz..

Mama Harris said...

Happy belated birthday rikazz.. sorry mama harris tak dpt dtg masa birthday rikaz...

mamafaris said...

sob..sob..akk nanges naz bc sajak (sajak ek) kamu ni..meresap ke jiwa..

waaa..faris..mama rindu kat faris..ok la..ok la..klu faris mrajuk lentok2 mama pujuk ek...klu faris ajak mama main kejar2 mama main gak ek..

hapy belated birthday harta karun ku..

amylisa_maria said...

ape pun..ank la segalanye..ini la pemata hati kite yg pertama..insyallah..ade strusnye..ats izinNYA..

happy B'day RIKAZZ...

SIGN JANGAN TAK SIGN