Followers

Sponsored By

Thursday, December 24, 2009

Kucing dan KAMI

Arwah Juara Dalam Kenanganku






















































Dari dulu..aku boleh jadi akrab dengan si pencinta kucing.Masa aku bujang..ada seorang makcik yang suka marah orang sesuka hati dia..Kawan2 serumah pelik aku pulak boleh baik dengan makcik tu..sebabnya?kami berkongsi minat KUCING.sampai hari ni aku baik lagi dengan makcik kucing tu.

Nak dijadikan cerita..aku berkahwin juga dengan pencinta kucing.Bila dapat anak..anak yang tak diajar bagaimana melayan kucing pun suka sangat dengan kucing.Orang kata kanak2 tak boleh didedahkan dengan kucing.Bahaya bulu dan air liur boleh membawa penyakit.Tapi alhamdulillah sejak aku kecil sampai sekarang..walaupun hidup bergelumang dengan kucing tahi kucing air liur kucing..aku tak pernah diserang lelah atau semput..rezeki aku kan..

Tapi satu fakta yang sangat menarik tentang kucing pernah aku baca di Majalah Wanita ..kucing adalah haiwan yang boleh mengurangkan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.Caranya?dengan mengusap lembut badan dan bulu kucing.

Nabi Muhammad sendiri sayangkan kucing dan berpesan kepada sahabatnya supaya sentiasa menyayangi kucing dan jangan sesekali menyakitinya..

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.(http://ae89crypt5.wordpress.com/2009/11/09/al-hikmah-kisah-kucing-dalam-dunia-islam/)

itulah kisah kucing yang aku ingin kongsikan bersama.Aku tak pernah ajar Rikazz sukakan kucing.Tapi pertama kali dia nampak kucing dia kejar kucing dan sangat teruja bila kucing datang padanya..Aku juga telah mengajar Rikazz mengelus kucing dengan lembut..alhamdulillah..dia mengikut caraku..cuma sesekali bila dia terlalu geramkan bulu kucing tu dia picit telinga kucing..

Jom tengok gambar kami dan kucing..

Bukan aku menafikan bahaya kucing..for more info ttg bahaya kucing sila ke..http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=179.0

4 comments:

-DiraDiya- said...

adam pn suka kucing..
KET katanya.. kdg² dgr mcm TET.. kuikui..
tp ku bg dia tgk dr jauh je..
sbb ku yg tkut kucing!.. hahaha..

Sitisifir10 said...

Ini boleh masuk contest me and my pet anjuran rozy nh...comel

Naz-Segalanya disini said...

kikiki..takut miow rupanya kawanku ini..

siti..klu naz boleh masuk dah lama naz masuk..tp rikazz xckup umo..dia nak setahun smpai 3thn..rikazz bru 11bulan

Mrs. Adz said...

eisya pun suka kucing..tapi masalahnya..aku geli dengan kucing..

SIGN JANGAN TAK SIGN