Followers

Sponsored By

Thursday, December 31, 2009

Seharian bersama murid tahun 1 dan parent mereka

Ha..hari ini adalah hari orientasi untuk murid darjah 1 sek.keb.(1) petaling jaya.Aku bukan lah guru kelas.tapi sebagai guru yang mengajar tahun 1..aku menjadi guru paling sibuk hari ni.Untuk tahun ini seramai 41 orang sahaja murid akan menempati kelas tahun 1 di sekolahku.sikit kan?memang sikit.sekolah ku sekolah kecil.Tambahan di sekitar sekolahku ada 12 ++ buah sekolah rendah yang jaraknya antara satu sekolah dengan sekolah yang lain hanyalah tidak lebih dr 5 ke 10 minit.(tak reti kira dlm km)
so seperti biasa..murid datang ke sekolah untuk melalui ujian diagnostik bagi melihat tahap pembelajaran mereka.Bagi murid yang agak lemah akan ditempatkan di kelas KIA bagi memberikan peluang mereka mendapat perhatian dan tumpuan yang lebih di dalam kelas.Jadi..tidak lah mereka ketinggalan kan.
Hari ini aku memang tidak duduk langsung.Dari sampai sekolah pkl 8.30 tadi sampai lah 11.30..aku berjalan ke sana ke sini bagi menunjuk ajar dan menerangkan murid2 cara menjawab ujian yang diberikan
Setiap tahun ada 2 masalah yang akan timbul pada hari orientasi
1. Masalah murid yang tidak tahu nama penuh mereka
2. Masalah ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada guru bagi menjalankan ujian dengan lancar

Mari kita lihat masalah pertama.Ia tidak menjadi masalah kalau nama mereka satu saja di dalam kelas tersebut.Tapi bermasalah bila nama mereka sama dengn murid2 yang lain.Nampaknya tahun ini..trend nama masih kekal dengan nama HAIKAL dan DANIAL..seperti ku nyatakan dalam n3 yang lepas.Jom kita tgok nama mereka
KUMPULAN HAIKAL
1.DANIAL HAIKAL
2.HAIKAL DANIAL
3.HAIKAL HAKIMI
4.HAIQAL

KUMPULAN DANIAL
1.HAZIQ DANIEAL
2.HAIKAL DANIAL
3.DANIAL IKMAL
4.DANIAL HAIKAL
5.AHMAD DANIAL

yang kelakarnya bila kita suruh tulis nama ayah mereka..mereka pulak bertanya padaku..SIAPA NAMA AYAH SAYA?hehehe..mana lah ustazah tau nak oii
Bagi nama perempuan tiada masalah sangat.tak banyak yang sama.cuma ada 2org sahaja yang berkongsi nama Aisyah
1.Aisyah Najehah
2.Syaitinah Aishah

Masalah kedua iaitu masalah parent..alhamdulillah..sepanjang 4thn aku mengajar inilah tahun pertama ibu bapa memberikan kerjasama yang sangat baik sekali.Kelihatan mereka semua ibu n bapa muda ni..anak anak sulung..walaupun riak wajah mereka agak risau apabila anak anak mula termenung2..tapi mereka tidak mengganggu kelancaran ujian dengan masuk ke dalam kelas mengajar anak mereka menjawab ujian.Seperti tahun yang lepas..kami terpaksa menjalankan ujian sekali lagi pada hari persekolahan dek kerana markah ujian tidak sah..
Jadi..hari Isnin nanti..aku akan berjumpa semula dgn murid2 dan meneruskan proses Pengajaran n pembelajaran pada tahun 2010.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran buat emak yang ke 51 tahun.Semoga emak terus tabah menjalani ujian yang Allah berikan kpd emak dan berbahagia dengan kehadiran cucu cucu emak.Amin

pss..tak sempat nak amek gmbr budak2 tu sebab bz sangat

Tuesday, December 29, 2009

Semangat jangan tak semangat


Setelah lama bercuti..macam macam perasaan kunjung tiba apabila aku harus memulakan tugasanku kembali..Excited ada..sebab suasana baru tahun baru dengan harapan..yang lemah pada tahun 2009 dapat diperbaharui..Malas pun ada juga..sebab dah 44hari cuti(dalam takwim je lah)..Sedih pun ada sebab tak dapat bermain dengan Rikazz sangat lepas ni..

Pagi tadi sekolah aku dah pun membuka lembaran baru dengan mesyuarat pertama..Mula mula dapat jadual baru..kecewa..sebab selalu subjek aku memang ada malasah tiap tiap tahun..Tahun ni..aku punya jadual Bahasa Arab diletakkan di waktu ke 12..pukul 1 hingga 2..Memang aku tak kisah klu kene balik lambat..yg risaunya ni..budak2 tu kan ada sek agama..macamana plak nanti..parent ni aku tgok lg sensitif klu sek agama xdpt g disebabkan sek kebangsaan ada pogram..

Entah lah..esok aku dtg sekolah lagi sebab ada orientation day untuk murid tahun 1..apa agaknya trend nama diorang tahun 2010 kan..kalau tahun 2009..Banyak nama HAIKAL n AIMAN..tahun 2010?tungguuuu

ok..bagi cikgu2 yg bakal bertugas..selamat menamatkan zaman cuti anda...zoom sekolah..banyak untuk dilawati..banyak untuk diterokai..hehehe

Monday, December 28, 2009

Dah 2 tahun rupanya..




















Baby..
ingat tak 3hari je lagi kita nak nikah
ada tragedi berlaku yang hampir membatalkan pernikahan kita?
masa tu..sayang rasa..dunia berputar
tak sanggup kalau kita terpaksa berpisah
dan tidak dapat bersatu pada 29disember07

Tapi kan Baby...
jodoh kita kuat ye..
tarikh nikah kita dipercepatkan
terima kasih ustaz zainal
jadilah kita nikah 28 disember 07 lepas solat Jumaat
kat surau pejabat agama islam kuala langat
banting

Baby..
baby tau tak?
sayang sedih sangat masa tu
masa nikah tak ada saudara mara sayang
emak pun tak ada
mujur ada nadia pengubat hati
Baby..
tau tak..
masa B akad..sayang tak mau tengok muka B
sebab sayang takut B tak lepas
walaupun dalam kereta on the way ke pejabat agama
B dah praktis akad..praktis soalan2 takut tok kadi nak tanya sebelum ni
tapi kan b..
rasa lega bila B dapat lafaz sekali..
nak gelak bila dengar hembusan nafas b
sayang tau b lega
sebab tak kene ulang kali kedua
sahlah kita sebagai suami isteri
Baby ingat x?
Dalam kereta on the way balik ke rumah Jenjarum?
B tak sabar sabar pegang tangan sayang?
tapi sayang tolak tangan B
sebab malu dengan wak dan yang lain
tapi b buat tak tahu
B kata tak sabar
Baby..
tahun ni dah 2tahun kita hidup bersama
hadiah tahun lepas..RIKAZZ
tapi tahun ni..sayang tak ada hadiah untuk B
maaf B
Baby..
memang kita macam langit dan bumi
tapi sayang harap..
apa pun yang berlaku diantara kita akan datang
takkan menggoyahkan cinta kita
jangan lupa saat saat manis gelak tawa kita
kerana sayang takut
Takut tak dapat mencium kening B lagii
andai sesuatu terjadi
Baby sayang..
Sayang hitam..
sayang tak cantik..
sayang sedar diri..
dan sayang tau B dah tak kurus macam dulu
tapi sayang tetap cintakan B..
LEBIH dari dulu..
suamiku Muhamad Rizal..terimalah Nur Nhazzla ini seadanya dia sampai bila bila ye..


nota rahsia: dalam surat nikah kami..tarikh nikah 29disember07..tak sempat tukar tarikh sebab emergency..


Love Myspace Comments

Sunday, December 27, 2009

Selamat Pengantin Baru Angah




Baru teringat nak tengok kad kawin Angah ( ex bf aku) dekat flickr..sbb dia jemput melalui sms..eh..sapa angah ni?adik aku ke?..hehehe..bukan..ingat lagi tak entry aku YANG BERTANDANG DAN MENENDANG?yang psl rentetan percintaan aku dr dolu smpi jumpa B?ada jejaka ke berapa tah..yang aku tulis status baru kawin..ha..ni ler orangnya..

Memandangkan Angah ni keje sebagai pereka grafik kat MELAKA HARI INI..tu yg kenduri kawin dia masuk dlm paper tu..

Pape pun Along ambil kesempatan kat sini nak wish


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANGAH DAN ILLA

semoga kalian dianugerahi Allah kebahagiaan dan zuriat yg comel2...


dari Along n Family

Friday, December 25, 2009

Seorang anak tertidur di kaki lima

Kali ini..aku ingin menulis lagi.Tetapi watak utama kali ini bukan lah aku..mahupun ahli keluargaku.Namun seorang anak kecil yang tidak aku kenali namun telah menyentuh sanubariku sebagai seorang insan yang penuh dengan kekurangan
Ianya bermula pada satu malam..dalam pukul 9.30 malam..aku berjalan kaki menuju 7eleven di kawasan rumahku Taman Sri Sentosa untuk membeli roti seingat aku.Apabila hasil belian telah ku perolehi..aku pun berlalu keluar dari 7e untuk pulang ke rumah..
Sewaktu melangkah keluar hidungku terpesona dengan aroma daging burger yang menusuk perutku..namun yang membuat aku terpana bukanlah bau daging burger itu..tetapi seorang kanak kanak perempuan yang sedang tidur di kaki lima 7eleven menanti ibunya bekerja sebagai penjual burger.Yang menyedihkan aku..kepalanya terlentok ke kiri..ke kanan menahan badan yang hampir jatuh menyembah bumi..sangat ngantuk kelihatannya.Disaat anakku sedang enak tidur malam di atas katil dan tilam yang empuk walaupun bukan tilam Vono...kanak kanak itu hanya tidur sambil duduk di atas kaki lima sebuah kedai 7Eleven..Kasihan dia..
Saat itu..aku rasa amat bersyukur..walaupun aku bekerja hanya sebagai seorang guru sekolah rendah biasa..gaji pun hanya cukup cukup makan..aku masih lagi tidak perlu membawa anakku ke tempat seperti itu semata mata kerana tiada pengasuh yang dapat menjaga anakku sewaktu ketiadaan ku mencari rezeki..
Ternyata aku lebih beruntung dan anakku lebih beruntung dari budak itu kan
Teringat saat aku sebesar kanak kanak itu..mungkin lebih besar lagi..Ibuku hanyalah seorang pekerja kilang kain ..keluar subuh pulang hampir tengah malam..dengan gaji RM250 sebulan..membesarkan aku 3beradik..tanpa suami disisi..Waktu itu..makan pun kadang2 tidak mencukupi..membuatkan aku berazam untuk belajar bersungguh2..Kerana tidak mahu hidup dalam kesempitan lagi..
Kini..walaupun aku bukanlah seorang jurutera..atau pun doktor..namun aku masih punya masa membesarkan anakku..memberikannya sedikit kesenangan bukan kemewahan..mudah2 mudahan..anakku akan dapat merasa keperitan ibunya satu waktu dulu..serta tahu mengasihani nasib sesiapa seperti kanak kanak itu..agar ingin bangkit demi memperbaiki hidupnya dan membntu sesiapa yg berada dlm kesusahan..
Buat kanak2 kecil yg tidak diketahui namanya..semoga kamu juga akn berazam memperbaiki hidupmu agar bila kamu dewasa kelak..kamu tidak perlu membawa anakmu menanti kamu bekerja sehingga terlentok mengantuk di kaki lima..makcik doakan..kamu akan berjaya..satu masa nanti anak kecil...

Thursday, December 24, 2009

Kucing dan KAMI

Arwah Juara Dalam Kenanganku






















































Dari dulu..aku boleh jadi akrab dengan si pencinta kucing.Masa aku bujang..ada seorang makcik yang suka marah orang sesuka hati dia..Kawan2 serumah pelik aku pulak boleh baik dengan makcik tu..sebabnya?kami berkongsi minat KUCING.sampai hari ni aku baik lagi dengan makcik kucing tu.

Nak dijadikan cerita..aku berkahwin juga dengan pencinta kucing.Bila dapat anak..anak yang tak diajar bagaimana melayan kucing pun suka sangat dengan kucing.Orang kata kanak2 tak boleh didedahkan dengan kucing.Bahaya bulu dan air liur boleh membawa penyakit.Tapi alhamdulillah sejak aku kecil sampai sekarang..walaupun hidup bergelumang dengan kucing tahi kucing air liur kucing..aku tak pernah diserang lelah atau semput..rezeki aku kan..

Tapi satu fakta yang sangat menarik tentang kucing pernah aku baca di Majalah Wanita ..kucing adalah haiwan yang boleh mengurangkan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.Caranya?dengan mengusap lembut badan dan bulu kucing.

Nabi Muhammad sendiri sayangkan kucing dan berpesan kepada sahabatnya supaya sentiasa menyayangi kucing dan jangan sesekali menyakitinya..

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.(http://ae89crypt5.wordpress.com/2009/11/09/al-hikmah-kisah-kucing-dalam-dunia-islam/)

itulah kisah kucing yang aku ingin kongsikan bersama.Aku tak pernah ajar Rikazz sukakan kucing.Tapi pertama kali dia nampak kucing dia kejar kucing dan sangat teruja bila kucing datang padanya..Aku juga telah mengajar Rikazz mengelus kucing dengan lembut..alhamdulillah..dia mengikut caraku..cuma sesekali bila dia terlalu geramkan bulu kucing tu dia picit telinga kucing..

Jom tengok gambar kami dan kucing..

Bukan aku menafikan bahaya kucing..for more info ttg bahaya kucing sila ke..http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=179.0

Wednesday, December 23, 2009

Lirik cintanku


Minggu ni minggu cerita cintan cintun plak..cerita Rikazz..rehat jap..hehehe..

Kat bawah ni adalah lirik lagu yang aku nyanyikan pada B masa zaman kami bercinta...lebih2 lagi setelah menjadi tunangannya..oh ye..23dec adalah hari ulangtahun pertunangan kami yg ke3 tahun..

Lagu ni aku nyanyikan pada B dan dihantar melalui bubble message..dolu dolu kan ada bubble message ni kan..


Lirik TanpaMu - Farawahida


Terasa indah bila cinta telah bertamu

Terasa syahdu bila hati telah bersatu

Tak dapat ku mungkiri

Apa yang ku rasakan

Di saat-saat kita bersama

Kau damaikan diri ini

Sejukkan dasar jiwaku

Tenangkan resah hatiku

Tanpamu ku rasa

Suramnya tanpa cinta

Ohh tanpamu kurasa

Resah dan gelisah

Terasa bosan bila ku harus sendiri

Terasa bosan jika ku terus begini

Tak dapat ku mungkiri

Sepi tanpamu kasih

Resahnya tanpa cintamu kasih

Kau damaikan diri ini

Sejukkan dasar jiwaku

Tenangkan resah hatiku

Tanpamu ku rasa

Suramnya tanpa cinta

Ohh tanpamu kurasa

Resah dan gelisah


Aku ni jiwang banyak..tak mcm B..tak jiwang..tp tak sangka lagu yg aku dedikasikan untuknya..ada balasannya..


Traaaa...


Sedang Ingin Bercinta -Dewa


Setiap ada kamu..

mengapa jantungku..

berdetak lebih kencang..

seperti genderang mau perang

Setiap ada kamu..

mengapa darahku..

mengalir lebih cepat

Dari ujung kaki ke ujung kepala

Setiap ada kamu..

otak ku berpikir

bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

Reff:AKU SEDANG INGIN BERCINTA KARENA

MUNGKIN ADA KAMU DISINI...AKU INGIN...

AKU SEDANG INGIN BERCINTA KARENA

MUNGKIN ADA KAMU DISINI...AKU INGIN...


Peace B..
oh ye..test undang2 aku dah lulus..alhamdulillah..cuma tak dpt full mark..dpt 47/50 je..jadiklah dr kene repeat kan

Yang pernah bertandang dan menendang

Dah lama tak mencoret disini ye..Anniversary aku dan B hampir tiba..28disember ini..insyaallah aku dan B akan menyambut ulangtahun perkahwinan ke 2 kami..baru dua tahun kan..banyak tahun lagi nak menhgarungi dugaan..

Tengah berangan angan fikirkan pasal soalan test esok..tetiba dapat idea nak tulis plak kisah percintaan aku dari aku pandai mengenal apa itu cinta dengan kaum berlawanan jantina ni..Jangan risau..semua nama lelaki yg akan ku catat ni semua dah dikenali oleh B..tiada unsur hilang percaya atau kecewa di sini ye.Cuma nak berkongsi cerita..bahawa bukan senang aku nak mendapatkan soul mate ni..perjalanannya amat lah panjang..



JEJAKA PERTAMA

Nama : Ahmadi B Ariff (panggil Adi)

Kenal : masa darjah 6...berhingus lagi

Cara Kenal : Satu kelas sekolah agama..kawan2 gossip sbb kami sama sama best student dlm kelas.

Sebab putus : Adi ada pempuan lain sebab kami dah tak sama sekolah

Status sekarang : Dah kawin anak sorang.Adi kawin dgn kwn ku..aku yg kenalkan



JEJAKA KEDUA

Nama : Hairul Irwan Shah B Joha (panggil Iwan)

Kenal : masa form 1

Cara Kenal : abang kepd best fren aku weida..dia yg kenalkan

Sebab putus : Iwan ada gurl lain sbb susah nak jumpa aku

Status sekarang : Dah kawin n bakal menimang cahayamata



JEJAKA KETIGA

Nama : Syed Sallilah Assad b Syed Mashor Al Jufri (panggil Bad)

Kenal : masa form 2

Cara kenal : Dia jiran sebelah rumah aku..Jiran baru..dia nak sgt kenal dgn aku sbb tertarik dgn sikap jual mahal aku..muahahah

Sebab Putus : emak aku tak suka..aku kwn dgn dia paling lama..smpai aku melanjutkan pelajaran ke UIA.tapi dah emak tak suka..aku redha

Status sekranag : Dah kawin n anak sorang.Yang bestnya anak dia lahir sama hari dgn Rikazz..beza aku setengah jam awal..anak lelaki gak



JEJAKA KEEMPAT

Nama :Luqman Alhakim B Mazlan Abdullah (panggil Hakim)

Kenal : sejak sekolah menengah(kwn sekolah)

Cara Kenal : Dah memang kenal sbb kawan sekolah.Cuma bercinta masa aku tahun 1 kat Uia

Sebab putus : tak dpt terima keluarga aku orang susah(dia org Singapura)

Status sekarang : Dah kawin n anak sorang



JEJAKA KELIMA

Nama : Muhammad Sharizal B Baharin ( panggil Angah)

Kenal : lepas putus dengan Hakim

Cara kenal : website ekawan

Sebab putus : Angah tak tahan cinta jarak jauh sebab dia kat Melaka

Status sekarang : Pengantin baru



JEJAKA KEENAM

Nama : Muhammad Amin B Baharudin ( panggil abang sebab beza 8thn)

Kenal : masa aku tahun 3 kat Uia

Cara Kenal : Friendster

Sebab putus : Hidup sangat terseksa dgn dia..setahun setengah dia presure aku tau mentally.(rupanya dia ni ada masalah mental)hampir bertunang dgn dia...uii seram

Status sekarang : X mau ambil tahu..sangat menggerunkan kalau ingat dia



JEJAKA KETUJUH

Nama : Muhamad Rizal B Timyati ( panggil Baby)

Kenal : 2006 lepas grad Uia

Cara Kenal : ekawan

Sebab putus : Tak putus lah..sebab ni lah suamiku tercintannn

First Jumpa : 3ogos 2006

Bertunang : 24 Disember 2006

Berkahwin : 28 Disember 2007

Beranak : 11Januari 2009



Panjang kan kisah kami..semua nama diatas telah meninggalkan aku..alasannya macam macam..tp aku tau..alasan utama sbb aku tak canyik..kan kan kan..tp aku bersyukur..walaupun mereka tggalkan aku..aku dah jumpa pon soul mate aku yg sebenarnya kami berdua ni bgai langit dgn bumi perangainya..apa yg menyatukan kami?KUCING..hehehe

Monday, December 21, 2009

Nangis Contest by Mummy Ariq

Nama anak : Rikazz Qalby Muntasyee
Umur : 11bulan
Kenapa nangis? : mummy ariq..ibu paksa Rikazz main gelongsor..tapi Rikazz tak mau..jadi Rikazz nangis lah biar ibu tak paksa Rikazz lagi..huuhu
Salam kengkawan..mcm mcm idea contest skang ni kan..almaklumlah dah ujung taun..Kali ni aku nak join Nangis Contest yang dianjurkan oleh mummy Ariq..

Antara syarat2 contest :~



Copy banner kat atas ni, letak kat sidebar korang berserta link contest. Tak de link automatik tak layak k...



~ Jadi follower kepada ke-3² blog saya di bawah (WAJIB)



1) http://deazliyanish.blogspot.com/



2) http://dorbrooch.blogspot.com/



3) http://lolastation.blogspot.com/



~ Add kesemua blog di atas, di dalam bloglist anda (WAJIB)



~ Buat n3 & upload HANYA SEKEPING gambar anak anda (no edit²) yang tengah menangis baik punyer.... Letak nama dan umur (kalau anak ada ramai yang nangis, pilih 1 yang terbaik di kalangan mereka yer... letak bebanyak nanti, payah lak nak pilih..)



~ Cerita lah sikit, kenapa diaorang leh nangis masa tuh...Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang saya nak menjenguk k)



Tarikh tutup contest : 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari



HADIAH DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA (Apa hadiah nyer akan di update kemudian)



Pemilihan pemenang akan di adili oleh Mr Hubby Wubby a.k.a En Md Azlan Samad

Bye

Friday, December 18, 2009

Menyesal kemudian tidak berguna




Penat betul cuti sekolah kali ni..bnyak betul agenda yg perlu diatur..Sepatutnya Khamis yang lepas 17dis aku kene attend test undang2 kan..tapi dapat kol dr emak mak atuk aku a.k.a moyang Rikazz tak sihat..badan dia membengkak..dan dia kol nanges nanges ckp yang pelik pelik..FYI mak atok aku tu hampir 90tahun umurnya..hidup dia pun dah sunyi bila kawan2 sebaya semua dah meninggal..sekarang dalam Kampung parit Pinang tu..dia lah orang paling tua..suami dah lama meninggalkan dia..memang aku dapat rasakan hidup mak atok tersangatlah sunyi..anak anak dia pun dah ada yang meninggal dunia..Bukan aku nak doakan mak atok meninggal..tapi dalam umur yang dah lebih dr had umur kebiasaan umat nabi Muhammad..kita sebagai keluarganya kene bersedia ajalah..
Jadi..petang Isnin aku bertolak dari KL ke Bandar Tenggara dulu..tido semlm kat rumah emak dan esok paginya baru lah bertolak ke Benut..sempat lah membahagiakan mak atok walaupun sekejap..dulu..aku ingat lagi mak atok pernah kata..DAPAT KE TAK MAK TOK TENGOK AKU KAWIN..tapi alhamdulillah..bukan setakat kahwin..tapi dapat tengok aku beranak n rikazz dah pun hampir menginjak setahun..panjang umur mak atok..
On the way ke JB dari BENUT..aku singgah ke JJ TEBRAU CITY.B pergi carik mee rebus tulang..sedap katanya..kat tempat lain xjumpa..aku pun tumpang sekaki..sempat lah aku shopping baju n seluar rikazz..ye lah..banyak baju yg dah kene simpan..sebab rikazz meninggi..tapi tak membesar..Sempat ajak Rikazz main kat wonder park kat ctu..tapi serius tak best..ada ke tricycle yg tayar dah pecah pun dia biar je kat situ..bila budak main tertonggeng sebab tayar dah rosak dan x balance..permainan pun xbanyak.best lagi JJ Bukit Tinggi..
Sekarang aku dah sampai kat KL..emak tak ikut lagi sebab nak uruskan perpindahan Aniq..kene tggu naik sekolah.Aniq je dah ikut aku balik..dia akan terus sekolah di sini sampai SPM..Pengasuh lama Rikazz?tertanya tanya kenapa Aniq ada kat rumah aku ni..hehehe..sebabnya emak nak tolong aku jaga Rikazz sampai aku boleh drive..em..tengok gaya Pengasuh lama Rikazz tu mcm nak jaga Rikazz semula..mana taknya..anak anak dia dah tgok rikazz membesar..mereka sayang Rikazz mcm adik kecik mereka sendiri..Bila aku merayu..emak dia plak demand siap nak letak syarat plak kalau aku nak suruh dia jaga Rikazz..takpelah..malas nak amek risiko lg..
Lepas ni..nak carik Pengasuh yang sanggup jaga Rikazz n adik2 Rikazz sampai dia 3tahun..Rikazz 4tahun aku nak bawak g sekolah..ataupon hantar dia kat mana mana pusat pendidikan..
Ok lah..rasa nak stop cni..penat plak..tak tau lah nape penat n letih semacam..macam pregnant plak..huhuhu

Sunday, December 13, 2009

Tengkorak dah tak ada?




Hai kawan kawan..masa aku mendengar ceramah yang sebenarnya lebih kepada mengajar untuk ujian dan memberitahu soalan2 spot masa ujian nanti..berakhir..sabtu lepas aku pergi ke kampus metro driving dekat kg melayu lama subang seksyen u6.mula2 dah nak dapat penceramah yg best..sekali kene pindah dewan sbb dewan yg aku msuk tu ramai org..dapatlah pengetua metro driving tu..ok jugak..tp keadaan yg duduk lama..menyebabkan aku sedikit ngantuk n sakit kepala ditambah pulak dengan B yang membengkak..ho ho..kurang selesa sikit lah..biasalah cuti sekolah..ramai bebudok..aku ingat aku yg paling tua..tapi ada lagi yg tua..tahun 72 lah..


Kelas bermula dr pkl 10 dan berakhir pkl 4.30..dlm kelas tu..walaupun aku ni dok paling belakang n paling dekat dengan pintu(nak keluar cepat-pesanan cikgu yg akan ajar aku nanti) tp aku yang paling banyak menjawab soalan diorang..huhuu..over ke aku ni?bkn over..dah budak2 tu diam..aku sebagai cikgu yng ada pengalaman bercakap depan public ni..sebenarnya kesian kat penceramah tu sbb bila dia tanya xda org respon kan..ku pon tlg lah dia


Dia bg tido..aku mmg tak mo tido tp disebabkan melayan Rikazz mlm tu..lambat tido so terngantok lah sket..hehehe..tapi yg membuatkan aku tak jadi bermimpi sebab ada sorang boy blakang aku..siap berdengkur..kesian penceramah tu kan..


Ilmu baru yang aku tau ialah..signboard tengkorak tu dah tak digunapakai kan..patutlah dah jarang nengok..kata penceramah tu sbb signboard tu disalah ertikan dengan kwsn berhantu yang mengakibatkan kwsn tersebut semakin banyak kemalangan berlaku..jadi ditukarkan dengan signboard had laju je.hahaha


So skang aku sedang gigih membaca buku(bersama sama cikgu rikazz)..sebab khamis ni aku dah g ujian berkomputer..Cikgu driving aku siap cabar..mesti dapat 50/50 sbb cikgu..uwaa...sbb kwn aku yg amek sebelom tu dpt full mark..boleh ke?

Friday, December 11, 2009

Sudah 11 bulan berlalu


Aku macam ni lah..bila bercuti sampai tak ingat hari dan tarikh..tiba2 teringat plak..hari ni rupanya 11november..bermakna Rikazz dah sebelas bulan..nak tulis banyak rasanya tak larat plak..cuma nak cakap..

Rikazz dah pandai baling bola kedepan..tendang bola..
Suka mengajuk intonasi aku..dan semalam dia ikut aku cakap JOMM..dan DAH..
Dah pandai masukkan objek dalam container..
Kalau menari..sampai tergolek golek punggung tu..
Dah pandai marah kalau tak dpt buat sesuatu benda dan sentiasa berusaha nak lakukannya
Dah berani jalan kat luar..sebelum ni dalam rumah je dia berani..(Thanks to Iza Aqil Danial) atas saranan mu..
Dah pandai main baba cak..tutup muka dan cakk
Pandai bukak diapers sendiri..bila bukak baju terus tuju bilik air(tanda nak mandi)
Bila dpt kereta or yg seumpama dgnnya..dah sorong2 dan bunyi vroom..(versi baby)
Sedang berusaha mengikut ibu petik jari(masih belum berjaya)xpe nak..cuba lagi ye
gigi masih 2 batang

Semoga anak ibu sentiasa dilindungi Allah..segala kemajuan yang diperolehi Rikazz hari ni adalah Rezeki dr Allah..semuanya berlaku atas keizinan Allah..love u son..Ibu tak kaya harta Rikazz..tapi Rikazz lah harta ibu

Thursday, December 10, 2009

Baby With Transport contest



Dah lama sangat nak join contest ni.Memula nak join tapi pk takde transport pulak si rikazz ni.Tetapi selepas membeli basikal untuk rikazz..maka wajiblah menjoinkan diri di contest yang dianjurkan oleh Umi Nabilah ni ye..

Mula2 tayang transport nye dulu


Ha..inilah gambar yang dipertaruhkan
gaya macho model basikal..siap bwak beg kat bakul lagik
nama:Rikazz Qalby Muntasyee
umur : 10bln ++
cerita transport: tricycle beli kat carrefour.Sejak ada basikal ni hari2 Rikazz bangun pagi carik tayar basikal ni.

ape syarat2 nk join contest ni:



1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....-dah-




2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...-dah-




3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k..-dah-




.4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...-Rikazz 10bulan-




5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima




6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?




7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...




8. terbuka kepada boy n girl k...




9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...




selamat berjaya..

Contest Ceria Si Ayah bersama si Anak




Nama abah : Rizal
Nama anak : Rikazz
Lokasi : Pizza Hut Sunway Pyramid
masa ni Rikazz n Rizal dah boring tunggu ibu makan ..so diorang main lah tanduk2 kepala..memang epi sangat si Rikazz
Best kan contest ni..memandangkan aku memang ada merakamkan aksi ceria si abah n si anak ni..so aku join lah ye..


Syarat2
1. Wajib menjadi follower Fasha dan sposor Pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok..)
2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini.
4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti..
5. Umur anak mestilah dari dah pandah senyum hingga 12 tahun..
Cara2
1. Upload 1 sahaja gambar aksi ceria si suami bersama anak anda.. klu banyak kang juling lak bijik mato mak cik ngan juri2 nak menilainyo..kihkihkih
Upload 1 gambar si ayah dan anak beramai2 pun boleh tp pastikan ianya CERIA..
2. Nyatakan nama si ayah + anak. Nama glamour je tau..x yah pjg@ buat ponek jo jari jemari menaip...hehehe3. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog Fasha (no link back will be disqualified)
4. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini
Senang jekan.. x susah pon... So meh ler join contest ini beramai2..
Juri2 profesional akan di adili oleh en Harry + cik Pu3zdini & hadiah saguhati cik Qaseh akan buat cabutan..
Rebutlah peluang ini...

Wednesday, December 9, 2009

Menjejaki booth Dewan Bahasa dan Pustaka

Sangat bosan hari ini.Lepas mandikan Rikazz dan bagi Rikazz makan..aku pun mengajak B untuk pergi ke karnival cuti sekolah dekat Bukit Jalil..bukan sebab nak jumpa artis atau selebriti..tapi sebab terpanggil untuk menjenguk ke booth Dewan Bahasa dan Pustaka..dengarnya ada jualan murah..
Masa aku sampai di sana dah tengahari.Cuaca memang panas terik.Dah lah parking jauh..sekali tengok..adalah berapa ciput je gerai gerai..tu mesti balance masa Karnival Jom Heboh tu kan.carik carik..maka ketemulah yang dicari tu..Rmai juga orang kat booth DBP ni..maka..aku pun memulakan lah pencarian buku yang berkenan dihati..Aku sebenarnya nak cari kalau ada kompilasi kisah2 Rasul supaya aku boleh gunakan sebagai bahan rujukan mengajar dan juga sebagai bed time story Rikazz..Carik punya carik..jumpalah buku tentang pengajaran jawi..mula mula nak beli..tapi aku tak guna sangat..dek kerana wang yang ada di tangan tak banyak mana maka terpaksalah pilih yang terbaik dan had kan pembelian..
Yang best tu..ada jual novel2 zaman dulu..yang tulisan jawi pun ada..harganya?SERINGGIT saja..maka banyaklah kakak kakak dan makcik2 yang membeli novel2 novel lama ni..Novel DBP bukan banyak yang berkisar kisah cinta ni..Aku pon tak berkenan dgn novel cinta..sakit kepala baca tu..Tapi yang menjadi pilihan hati aku ialah PSIKOLOGI PERSONALITI..ha..dira..jangan ingat kamu amek psikologi masa blaja dulu..kamu je boleh tafsir mentafsir..pasti lepas ni daku akan lebih hebat dari kamu.HAHAHAH..eh..memain je dira..sebenarnya aku beli buku tu sebab nak tambah koleksi..masa kat uia dulu ntah mana ntah buku nya..lagipun buku ni lebih menjurus kepada personaliti..kalau buku lain dia combine kognitif etc..nak refresh balik masa blaja dulu..senang nak handle masalah budak2 kat sekolah nanti kan.
Jadi aku ambil 2 buah buku..lagi satu buku Kisah teladan dari Al-Quran utk aku bacakan kepada Rikazz setiap hari..
Bagi sesiapa yang nak pergi..masih ada masa lagi sehingga hari Ahad ni..

Selamat Tinggal semua

Oma sedih?


Sedih x muka Rikazz?


Abah pon sedih gak?



Selamat tinggal?Nak tinggalkan apa ni?Blog?hmm..kadang2 mmg ada rasa nak tutup je blog ni..yelah..sana sini salah faham..perli memerli..mmg tak best..Tapi takpelah..adat manusia..mana lah ada manusia yang sempurna dan tak buat kesilapan kan..jalannya..Kemaafan dan kesabaran lah yang dituntut supaya hidup dapat dijalani seperti biasa.

Sebenarnya entri Selamat Tinggal ni sebab nak cerita yang Oma Rikazz..dan Daddy Ucu Rikazz dah pun selamat sampai di Johor..meninggalkan Rikazz dan ibu di KL..Hampir setengah bulan emak dan Aniq kat rumahku.Rikazz kemain seronok lagi ada kawan.Nampak dia kamcing sangat dengan ucu dia..macam macam permainan dia main berdua..walaupun ucu Rikazz dah nak masuk 15 tahun..tp dia sanggup jadi budak kecik demi melayan anak sedaranya satu satunya..Rikazz plak pandai lah amek hati ucu tu..dr ucu malas nak main dengan dia..ada je dia buat sampailah orang tu kepenatan nak layan dia..
Rikazz pergi cium ucu lah..umpan ucu suruh kejar dia..main sembunyi sembunyi kat celah sofa dan main cilup bah ek..comelnya tengok tangan dia ditekup kat muka..pas tu dia baaa kan dekat ucu dia..bila bangun pagi mesti pergi korek mata ucu..tepuk badan ucu suruh ucu bangun..Tiap tiap petang dah tunggu depan pintu sebab ucu rajin bawak jalan jalan kat bawah..

Tadi kami hantar emak naik bus dekat Pudu..Rikazz tak mau lepas Ucu dia..oma pun tak layan..hehehe..Sedih gak tadi..bila emak dan aniq dah pergi..Rikazz menjengok kat seat belakang dalam kereta..dia nampak tercari2 Ucu dia..sebab Ucu selalu panggil dan agah agah dia..Tapi nak buat macamana..Ucu pun ada kehidupan dia sendiri..Rumah terus sunyi sebab setengah bulan aku dengar suara Rikazz yang sangat becok mulut mengeluarkan perkataannya bila main dengan Ucu..Bila sampai rumah..Dia ajak abah dia pulak main..abah tu dah tua..sikit2 dia layan lah..akhirnya Rikazz main lah sendiri..Malam tadi lepas melawat Ryann kat sepital..singgah rumah kak ina..ada Lina n dira..kami bertolak sekali..Seronok tengok anak2 4orang tu main berebut2..terubat juga hati Rikazz kot sebab masih ramai kawan..Tapi esok..dan esok..Rikazz mainlah seorang..sementara ibu siapkan rumah..kesian Rikazz..nak bagi Rikazz adik..ibu masih belum sihat sepenuhnya lagi..hmm..oh ye..hari sabtu ni aku dah mulakan kelas memandu..kene dengar ceramah yang berjam jam tu..alamak..mesti bengkak nanti susu ek?kesian Rikazz kene dok dr pagi sampai petang dengan abah.Ibu mintak maaf...Ibu belum pernah jauh dr Rikazz sampai seharian kan..Tapi ibu nak buat macamana nak..ini hanya sementara..Ibu nak perbaiki kehidupan kita supaya ibu dan Rikazz tak perlu berpisah jauh..Rikazz jangan nakal2 ye sayang

Sunday, December 6, 2009

Macam tak percaya

Memang ada plan nak amek lesen memandu..memandangkan aku perlu pergi mesyuarat dan krsus sana sini bagi memenuhi tuntutan kerja..selama ni aku bergantung pada B je untuk menghantar ku kesana sini..itupun kalau terkenA hari B tidak bekerja..kalau tak memang garu kepala lah..kalau setakat yang dekat lokasi dgn rumah bolehlah aku naik teksi..tapi kalau dah jauh2..jenuh jugak nak membayar tambang teksi yang memang mahal sekarang..
Tapi insyaallah...aku makin menghampiri angan2ku nak memandu sendiri.Sebab esok aku akan pergi ke ....METRO DRIVING ACADEMY utk register kelas memandu..Aku dah decide nak ambil pakej GERENTI LULUS..berharga RM1200..lesen kereta sahaja..kalau pakej biasa RM900..setelah mendengar penjelasan dan membuat perbandingan dengan pakej2 lain yang ditawarkan oleh syarikat2 lain aku pun bersetuju..takpelah mahal sikit tapi berbaloi lah kot utk orang yg pengecut nak drive mcm aku ni..huhuhuhu..insyaallah..dengan cuti yg masih berbaki ni..aku akan cuba memenuhi tuntutan kelas yang aku sempat..selebihnya aku akn sambung selepas aku pulang dari sekolah..sebab tahun hadapan aku akan bersekolah sessi pagi dan terus akan pagi sebab sekolahku dah dapat bangunan bru..doakan ku mudah2an berjaya ye..aku tak mahu asyik bergantung dengan orang lain walaupun suami sendiri..

Friday, December 4, 2009

Alhamdulillah

Semalam aku dapt sms dari pengasuh Rikazz..dia tak dpt nak jaga Rikazz lagi tahun depan...sebab anak dia dah start sekolah..dan aku pulak sekolah pagi taun depan...pening jugak nak cari pengasuh lain.Sebabnya kat keliling kawasan rumah aku ni india dan cina je.Yang tinggal ex pengasuh Rikazz tu je lah melayu.Bukan aku nak manja sangat tak mau carik yang jauh..Masalah besar aku ..aku tak leh drive..ditambah pulak dengan B yang kerja shift..tak dapat nak tolong hantar Rikazz sekiranya dia dihantar ke tempat yang jauh..
Setelah perbincangan dilakukan semalam..aku dan B bersepakat membawa emak pindah ke sini utk jangkamasa setahun.Tu je jalan penyelesaiannya buat masa ni..Dan bermulalah episod ku nak memindahkan adik ku yang kecik bersekolah disini..Mujur tengah cuti sekolah kan..
Tahun hadapan aku akan memulakan kelas memanduku..mudah mudahan semua dipermudah..aku pernah drive dulu..tp sejak dok bandar ni..dah lupa n kecut balik tgok jalan yang penuh dengan kereta yaang berhimpit..
Tahun 2011 insyaallah..aku akan hantar Rikazz ke nursery..memandangkan dia sudah 2tahun dan booleh bawak diri kan..Aku pun plan nak sambung masters..so memang penting utk aku amek lesen memandu..Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan jalan untukku..sempat juga aku menitiskan air mata semalam..tp semua dah berakhir..alhamdulillah

Thursday, December 3, 2009

Kenapalah...

Sedih aku pedih..ayat tanpa suara..tiada nada yang boleh diterjemahkan sebagai bunyi..dengan ayat jugalah..macam macam boleh ditafsirkan kan?Sebaris ayat dimanipulasikan sehingga menimbulkan konspirasi..iri hati..sakit hati dan macam macam lagi yang berkait dengan hati..Permusuhan..kebencian..mengapa mesti ada dalam hati manusia..Sehingga berjangkit jangkit antara satu sama lain?Bukankah manusia ni makhluk yang lemah?kemaafan itu perlu agar hidup boleh diteruskan dengan rasa kasih sayang yang bersemadi..bukan kebencian yang meninggi..semoga Allah lindungi diriku dan insan2 lain dari kebencian yang patut dibunuh dari hati manusia..agar keamanan boleh ditemui

Wednesday, December 2, 2009

SEINDAH BUTTERFLY GIVEAWAY KATEGORI B


Rikazz Qalby Muntasyee
11jan09
10bulan ++
Inilah anak sulungku..anak yang ku tunggu tunggu..dulu kalau dpt nak anak pempuan.tp lepas jaga Rikazz ni..best plak besarkan anak lelaki.Alhamdulillah..Rikazz ni dah boleh jalan satu rumah di usia 10bulan ni..start menapak seawal 7bln.masa tu baru setapak dua..skang je baru laju..ini lah perkembangan terbaru Rikazz..
Jom kita join give away yang dianjurkan oleh seindah butterfly ni..apa syaratnya?
...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor
Masukkan kami lam BLOGLIST kowang
Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni
Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B
Upload hanya SEKETUL gambar comey dan cute miut anak kowang xkirelah dlm keadaan ape skali pun tapi 12sx xmau yer Pastu cerite la sket2 pasal ank kowang alang2 tu kan...
Jangan luper letak name & umur so comey yer
Anak kowang perlulah berusia diantara 1 HARI - 12 TAHUN (biase org buat 1hari - 4 tahun kan.. tp sy sian kt bebudak cute miut yg dh beso tu..... xpe, masukkan yeh )
Kalau ade 10 org anak, bermakne 10 gambar boley di upload tp setiap gambar mesti ade gambar peserta saje.. mok atau pok nye walaupun cute miut xdibenarkan inteprem, ok!!
Makesure si cute miut tu anak kowang dan anak kucing xkan dilayan
PERINGATAN!! TLG JGN PHOTOSHOPkan GAMBAR ANAK KOWANG, OK
Kowang jugak merelakan gambar si comey kowang diabadikan dlm blog ini nnt
Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 design baju / ape2 je yg ader lam blog sponsor yg kowang minat. Mane tau powan cuda terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang
Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009Hadiah disponsor oleh :
CUDAhttp://tokeybaju.blogspot.com
&adiah misteri dari Abu Dhabi
Masa aku g blog walking kat CUDA BLOG ni..aku suka 3 menda tau..
1.CUSTOM BESDAY CARD dia..kalaulah dpt..boleh buat utk invitation card besday Rikazz setahun.
2.TSHIRT yang boleh letak nama tu..cute nya..kalaulah dapat..boleh pakai masa besday Rikazz kan.
3.TSHIRT satu keluarga tu..bestnya..bagilah kat kami
so kawan2 apa lagik..adiah besh ni

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

masa ni 4bulan lebih kottt ni masa Rikazz 3bulan

Ni masa 2bulan


Nama baby : Rikazz Qalby Muntasyee B. Muhamad Rizal

Umur : 10 bulan

Tarikh lahir : 11january2009



Salam..kali ni nak cuba nasib utk contest SERIUS BABY plak yang dianjurkan oleh mama RIFQI ZUHAIRI sempena besday beliau yg ke 29 thn..epi besday mama Rifqi..betol jugak kan..asyik asyik senyum je..mari kita hargai keseriusan anak2 kita.hehehe..ok..jom kita check syarat2 nya kawan2


Syarat2 adalah seperti berikut...kata tuan rumah..
Be my follower and add my blog kat korangnye list....

Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang…
Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni..

Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun...

Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic sicomel korang dengan wajah yang serius...

letak pic yang sangat2 serius je...mesti ada kan...xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan...Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik...

Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang...

Make sure ur entry link back to mine..

Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009

Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..

so apa lagi..korek korek lah gambar anak anak anda yang serius..pasti tertawa sendirian

Tuesday, December 1, 2009

Calon pelumba basikal Malaysia

Gaya macho seorang Rikazz

Ingat lagi tak entry yang lepas tentang basikal baru Rikazz?Ni nak cerita sket pasal kegiatan Rikazz semenjak ada basikal biru dia tu..Mula mula beli..Rikazz sangat berkenan dengan hon basikal yang berbentuk arnab..Asyik ditekan tekan hon tu..lepas tu tepuk tangan..sebab suka dengar hon tu kot..esoknya..Rikazz sengetkan basikal dia sebab nak buat tayar tu sebagai stereng..Belum pandai naik lagi..sebab tak dapat nak beli ride on car tu kan..dapat tayar pun jadilah kan..Malamnya..Rikazz dah mula tuntun basikal tu..dia sorong basikal dia..Tapi hari ketiga..Rikazz naik sendiri basikal tu dan dia gerakkan dengan kaki dia..seronok tengok..Bila dia datang dengan basikal tu tersenyum senyum dia ..Sekarang episod hidup Rikazz dah berubah..sejak ada basikal..bangun pagi je carik basikal..wah wah..dah bujang rupanya anak ibu..gaya Rikazz dah macam budak setahun lebih..tu yang bila orang nampak Rikazz dia akan tanya DAH SETAHUN BERAPA BULAN NI?huhuhu..Rikazz belum setahun lagi..tapi 10bulan..rasa cepat sangat Rikazz besar sebab perkembangannya yang agak cepat..bila orang lain tengok Rikazz..seolah olah tengok toddler..bukan baby..kalau dulu..masa 10bulan lebih ibu baru nak lahirkan Rikazz..tapi sekarang 10bulan lebih Rikazz dah berjalan..dah pandai bawak basikal..cuma belum pandai mengorat jek..hehehe..melainkan gadis gadis yang mengorat Rikazz..fewiiit..sapa tu?

Disember yang penuh kenangan



selepas sessi menyarung cincin

bukti rumah yg kucar kacir lepas banjir


betape kurusnye buah atiku 2006



berdebar oo rasanye










Bunyi tajuk je dah tahu yang aku nak cerita pasal kisah silam ye.Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Bulan Disember..Apa yang bermakna sangat tentang bulan Disember ni?
Bagi shopping Mall - Disember ni bulan nak buat YES ye..year end sale
Bagi shopping Mall jugak- Disember bulan nak putar n hias hias kedai2 dgn perhiasan krismas
Bagi mak bapak-Disember bulan utk persediaan nak beli kasut baju n buku sekolah anak anak
Habis bagi aku?
Bagi aku..Disember adalah bulan yang penuh dengan kenangan...sebab
Bulan ulangtahun pertunangan aku
Bulan ulangtahun pernikahan aku
Bulan yang telah mengubah status anak daraku menjadi tunangan orang dan isteri orang
Baiklah kawan2..aku nak cerita dulu tentang kisah pertunangan aku dulu..kisah pernikahan nanti nanti lah...
Bagi kawan2 yang pernah terbaca n3 sebelum ini ttg bagaimana bermulanya perkenalan aku dengan Muhamad Rizal suamiku dah tentu tahu bagaimana kami saling mengenali kan..Senang kata bagi yang belum tahu..cinta kami cinta internet..Selepas pertemuan kali pertama yang membawa aku ke puncak genting..B telah melamarku sewaktu roda kereta menuruni Genting Highland..bagi sesapa yang pernah bertanya kenapa aku suka sangat pergi genting..inilah sebabnya..MEMORI CINTA KAMI BERMULA DI PUNCAK GENTING..kenangan tu kengkawan..tak boleh dijual beli..Setelah bertemu buat kali pertama..B telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminangku 3bulan selepas itu.Selepas gambarku yang jelita (kikiki) ditatap oleh bakal ibu mertuaku(masa tu lah)..dan B pun menyuarakan hajatnya ingin memperisterikan aku kepada emaknya..kami pun membuat janji lah untuk sepakat memilih tarikh pertunangan..oh ye..masa pes time mak mertuaku SALAMAH BT AHMAD menatap gambarku..dia terus berkata bahawa wajahku iras adik B SITI FARHAH..siti tua setahun je dariku..tapi kan..sampailah hari ni..kalau aku berjalan dengan mertuaku..orang2 yg kenal mertuaku tp tak rapat kata aku ni anak mereka dan Rizal tu menantu pulak..HEHEHE..dah jodoh kan..apa yg sama pon..ku tak tahulah..
Ok sambung cerita..maka kami menetapkan tarikh 24 DISEMBER 2006 sebagai hari pertunangan..itupun lepas tukar beberapa kali.Kali pertama aku lupa tarikhnya..Disember jugak..terpaksa dibatalkan kerana JOHOR DISERANG BANJIR BESAR..rumah aku yang rumah kampung atas pun selamat diselimuti air bah..masa tu yg aku pikir hantaran je lah..huhuhu...air memang tinggi..sehingga menenggelamkan semua bahagian tingkap nako rumahku.Mujur hantaran sempat aku simpan di pangkin yang mmg kami sediakan awal sebagai langkah keselamatan kalau banjir..kalau tak..mana aku nak cekau duet beli barang lain..uwaaaa...masa tu baru habis belajar..kerja pun gaji setakat 800rm sebulan.sungguh tragis waktu itu sebabnya aku tak tau apa cerita rumah sebab masa tu kami semua dipindahkan ke sekolah.
Masa tidur kat sekolah sempat aku Call B tanya dia..andaikata hantaran dihanyutkan banjir..aku mintak maaf..n akan aku qada' selepas itu..mujur keluarga B memahami situasi kami masa tu..Namun bersyukur kepada Allah kerana semua hantaran terselamat.Seminggu sebelum pertunangan..B datang ke JB untuk menolong membasuh rumah yang penuh lumpur..tinggal beberapa hari je lagi hari pertunangan tapi rumah dah tak rupa rumah..bayangkan..semua kerusi kusyen habis..lumpur tebal..
Apabila waktu yg dinanti tiba..aku berdoa siap buat solat hajat agar janganlah JB diserang banjir lagi..setelah melihat keadaan rumah..aku dan keluarga bersepakat menumpang rumah pakcikku utk acara pertunangan..memang semua rumah sama je keadaannya tapi rumah pakcikku lebih elok dr rumahku..Maka..24Disember2006..selamatlah aku menjadi tunangan kepada Muhamad Rizal dengan hantaran 7 berbalas 5 dan dua bentuk cincin..sebentuk cincin tunang dan sebentuk cincin risik...Fuhhh..lega

SIGN JANGAN TAK SIGN