Followers

Sponsored By

Thursday, October 22, 2009

Terima kasih Oma

Inilah oma Rikazz.Namanya SUTIMAH

Masuk hari ini sudah 5 hari Rikazz demam.Namun demamnya sudah tidak seteruk sebelum ini.Alhamdulillah.namun rikazz masih lagi belum selera nak makan seperti selalu..mahupun aktif seperti dahulu.Rikazz masih merengek..tidak mahu berjauhan denganku..masih ingin tidur dibahuku dan melepek je kerjanya.Ye..badan Rikazz masih panas..tetapi sudah semakin kebah..suhu pun sudah berkurangan around 38 darjah saja..

Aku mula bercuti deepavali dari Jumaat hingga Isnin.Tapi keadaan rikazz yang teruk telah memaksa ku menyambung cuti sehingga Rabu.Cuti rehat khas untuk guru hanya dibenarkan diambil dua hari berturut turut saja..tak pastilah kakitangan kerajaan yang lain.Masuk semalam rabu..sudah 2hari berturut turut aku tidak dpt datang ke sekolah..Pagi tadi aku menghubungi oma rikazz seperti biasa..Aku ceritakan keadaan Rikazz yang masih belum pulih sepenuhnya..Teringat sewaktu menjaga Rikazz ketika dalam tempoh berpantang.Aku dengan emak bergilir gilir menjaga Rikazz kerana Rikazz memang tidak tidur malam selama tempoh berpantang..Dan setelah 7bulan keadaan itu berulang kini.Jadi emak faham kesulitanku kerana emak juga sama sama bersengkang mata menjaga rikazz ketika itu.

Khamis aku harus bertugas seperti biasa..Banyak sangat kerja yang tertunggak.Minggu depan peperiksaan akhir tahun akan bermula..periksa lisan bahasa arab masih belum habis lagi ku nilai.Aku meminta tolong emak untuk datang ke KL menemankan rikazz..Pengasuh Rikazz?bukan aku tak percaya pada kak wati..tapi aku rasa berat hati nak tinggalkan rikazz pada dia dalam keadaan rikazz seperti ini.Walaupun kak wati orangnya baik dan tidak berkira tapi aku tidak mahu menyusahkan dia..Biarlah susah susah rikazz pun dengan darah dagingnya sendiri..

Pukul 10.30 mlm emak sampai di Pudu..aku dan B menjemput emak di Pudu.FYI..ini pertama kali emak dtg ke KL naik bas sendirian tau.Tahniah emak atas keberanian emak..itulah naluri seorang nenek ye..Ucu Rikazz?tinggal sendirian di Johor kerana harus bersekolah.Demi Rikazz..Usu sanggup lepaskan oma pergi ke KL..usu rikazz bukan pernah berenggang dengan oma pun sebelum ni..

Jadi..esok aku akan mula bertugas semula sbb aku percaya Rikazz lebih tenang bila bersama dengan Oma nya sebab di atas bahu Oma jugalah Rikazz tidur sewaktu baru melihat dunia..

Kepada kawan2 yang memberi semangat dan doa kepada Rikazz diucapkan terima kasih bebanyak.Hanya Allah yang mampu membalas doa dan kebaikan kalian.Petua petua yang kalian berikan aku gunakan.Nak upload gambar Rikazz dengan air asam jawa tapi hp tertinggal dalam kereta plak.Esok je lah..

untuk makluman kalian Rikazz telah ku bawa ke PPUM..Paed kata Rikazz terkena jangkitan virus..demamnya akan berpanjangan sehingga seminggu..namun Rikazz tidak ditahan di wad kerana semangatnya yang kuat kerana Rikazz masih lagi bergantung kepada minuman kegemarannya..susu ibu..walaupun Rikazz tak makan tapi badannya masih dapat menampung air yang hilang akibat muntah dan cirit birit kerana Rikazz masih mampu menyusu..Terima kasih Allah kerana membekalkan susu yang banyak daripada biasa sepanjang Rikazz sakit..

Untuk OMA RIKAZZ..a.k.a ibu kandungku..terima kasih atas pengorbanan emak dan kesanggupan emak datang ke KL untuk menjaga Rikazz..Semoga kebaikan emak selama ini..akan dibalas dengan SYURGA ALLAH.insyaallah..along saaaaayang emak..Rikazz sayaaaang oma!!!

5 comments:

Hanna said...

Rikazz syg,cepat baik tau..nnt boleh belajar jalan..nnt kakak khayra ajar rikazz tau..insyallah,xlama lagi baik la tu..baby beralih bulan..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nasib ada Oma kan yg tlg tgk kan...
Cepat sembuh yer syg!!!

nur rabiatul adawiyyah said...

cepat sembuh ye rikazz sayang..leh main ngan oma rikazz..mmg biasenye seorang ibu akan berkorban kalau anaknye mengalami kesusahan..

Unknown said...

sian akak kelam kabut kan bila anak x sihat..

Naz Nur Nhazzla said...

kak hanna rikazz dah baik da..

oma rikazz banyak berjasa..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN