Pukul 6.30 tadi sebelum loceng tamat sekolah berbunyi..aku mendapat perkhabaran bahawa perkhemahan unit beruniform akan dimulakan pada hari Jumaat ini sejurus sahaja loceng pulang sekolah berbunyi.Bermakna tidak ada guru yang dibenarkan pulang ke rumah sebab kami bersekolah sessi petang..Setelah aku mendengar berita itu...apa yg aku fikirkan ialah Rikazz Qalby Muntasyee..camping tau..bukan kelas biasa..tidur berkhemah di padang..sejak ada anak ni memang payah nak suruh buat keje keje macam ni.Masalahnya adakah waktu itu Rikazz dah pulih dari sakitnya.Kedua..sapa nak jaga Rikazz sebab abah Rikazz ni kerja shift malam..kerja kilang.Pukul 6.30 ptg lepas dia jemput aku dari sekolah dia terus pergi kerja.Takkan lah aku nak tinggalkan Rikazz dengan pengasuhnya pulak?Tidur malam bawak Rikazz..nanti Rikazz nak susu gantung dengan sapa?
Persoalan ini aku akan ajukan kepada Kak Pah guru penolong kanan koko sekolah aku.Ada dua je pilihan yang akan aku nyatakan nanti..
1) Boleh tak aku berkampung sekali dengan Rikazz kat sekolah (jawabnya memang tak dapat buat kerjalah aku sepanjang masa tu)
2)Aku memang tak datang langsung lah..(memang tak boleh sbb wajib)
aku rasa pilihan pertama better kot..so jumaat petang abah rikazz terpaksa hantar Rikazz dengan pakaian dan diapers rikazz + stroller + toto + bantal dan selimut ke sekolah..huhuhu..sian Rikazz..macamana Rikazz nak merangkak ? rikazz plak entah dah baik demam ke belum masa tu...huhuhu
5 comments:
Nampak nyer rikazz pon kena bercamping skali lah... :D
alamak..bes la rikaz dpt camping...nazz 1 tent tu mmg khas tuk nazz jer..pnuh dh brg rikaz..
wahkah kah..faris nak join?
nak ikut nak ikut nak ikut..!
nak ikut nak ikut nak ikut..!
Post a Comment