Followers

Sponsored By

Wednesday, October 7, 2009

Kerana Rokok


Kejadian yang tidak diduga ini baru sahaja berlaku dan ia menjadi bahan ceritaku kali ni..Aku masih tidak sempat bersolat zuhur dan meninggalkan kelas Bahasa Arabku kepada seorang rakan guru yang free masa tu.Apabila aku kembali dari surau didapati sahabatku itu tiada di dalam kelas dan seorang murid juga tiada di dalam kelas.Murid murid yang lain mengadu bahawa murid yang ku beri nama SB merokok..dan dia telah pun dibawa berjumpa dengan ibunya yang merupakan boss ku di sekolah ini.Untuk pengetahuan kalian..SB baru sahaja bertukar sekolah ke sekolah ini dan baru sahaja berusia 8tahun dan berada di dalam tahun 2..terkejut bukan?baru darjah 2 sudah merokok..aku masih lagi tidak mengetahui kisah sebenar SB sehinggalah rakan kerjaku itu kembali ke kelas tahun 2 dimana aku sedang mengajar.

Kisah SB disampaikan kepada ibunya..setelah disoal siasat..SB dilempang dan ditampar kiri kanan oleh ibunya yang sungguh tidak menyangka perbuatan anaknya itu..Rakanku itu pula takut melihat hukuman yang diberikan kepada SB dan merasa bersalah kerana melaporkan kes rokok itu kepada ibunya..

Sebagai seorang ibu..aku dapat merasakan bagaimana kecewanya ibu SB apabila mengetahui bahawa anak bongsunya yang disangka baik..rupa rupanya sudah melakukan satu kes yang amat berat(utk sekolah rendah)..

Sebagai seorang guru di sekolah itu juga aku dapat merasakan bagaimana malunya si ibu itu dengan rakan rakan yang rata rata mengajar SB..

kAsihan kan..apa yang aku ingin sampaikan disini..sebagai ibu bapa..kalian harus percaya kepada guru yang akan menjaga anak kalian sewaktu disekolah..banyak kes yang terjadi di sekolah..malahan di sekolahku sendiri..ibu bapa tidak terima bila guru menyatakan perangai anak mereka di sekolah..Kanak kanak juga pandai berpura2..bila di rumah mereka baik sekali..takut dengan ibu bapa..bak orang kata pijak semut pun tak mati..tapi bila disekolah mereka lepaskan segala perasaan mereka di rumah apabila bertemu dengan kawan kawan..cikgu yang pening kepala..mereka sanggup didenda di sekolah dari dikhabarkan perangai mereka di sekolah..

kalian setuju tak dengan hadis ini..


"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (dari ibu bapa dan juga dari adik beradik mereka yang berlainan jantina). " - Hadis riwayat abu daud-

9 comments:

-DiraDiya- said...

....................

....................

....................

speechless..........

bkn mengenangkn kenakalan ank org lain..
tp memikirkan ms dpn ank sendiri..
ya Allah.. permudahkan lah urusan kami nk bsr kn ank² sebaik² manusia..
[sgt risau ketika ini]

Naz Nur Nhazzla said...

betul dira..naz hari hari jumpa budak yang bermasalah ni dlm hati tak pernah lepas berdoa semoga dijauhkan sikap sikap mcm tu dr terjadi dlm keluarga kita sendiri.huhuhuh..sedihkan

Azryna Abdul said...

saya setuju ustazah..zaman skrg dah lain berbanding dulu....

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

anak ku anak perempuan.. itu la yang mak ku selalu mengeluh dulu .. bela lembu sekandang lg senang dr bela anak perempuan sorang.. ku lagi risau kerana dia akan jadi seorang PEREMPUAN..

oh tuhan lindungi lah zuriat² kami dr perkara yang merosakan.. amiin...

aNiS tHe BumbleBee said...

macam2 cerita dgr pasal budak2 ni.ade juga ibu bapa ckp,kalau pukul anak,nnti anak dendam.haishhh..kene seimbangkan ni,pukul dgn psikologi.kalau tak pukul,kang jadi cam anakku sazali pulak.

Naz Nur Nhazzla said...

kalau pengalaman kat sek murid perempuan lagi senang nk kawal n kurg masalah disiplin.cuma mslh pempuan bila dah besar maruah n kehormatan..bdk lelaki lagi susah nak jg..diorang senang sgt terpengaruh

Naz Nur Nhazzla said...

betul anis..kene seimbangkan..klu dr hadis tu pun dia mmg amek kira psikologi sbb amek kira umur kan..lain tahap anak lain cara kita kene handle dia

cerita ibu said...

nauzubillah...mntk jauh dr ank2 kita..

Anonymous said...

mak2 skg ni ad ke yg sggp nak pukul anak snd..nak jentik pun ssh, inikan plak nak pukul, kadg2 dpn org je nunjuk2 knn biler anak salah duk belasah la, pukul la, bila belakang org, mula la, duk ngata org yg ngadu cte sal anak die..ckp mg senang tp try jdi kt diri snd tgk!!!!

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN