Followers

Sponsored By

Saturday, October 31, 2009

Thalasemia?HuhUHhu..






















Korang tau kan perkataan tu?THALASEMIA..sejenis penyakit yang berkaitan darah..Huhuhu..tu dah bunyi macam sedih..sebenarnya..sedih plus risau..aku ke ada thalasemia tu?






Kisah ini bermula pada hari Rabu yang lpas apabila Rikazz diserang cirit birit yang tidak diketahui apa puncanya..dah lah demam Rikazz datang semula..cirit birit lagi..Aku siap kira brapa kali cirit Rikazz...bukan apa..senang aku nak bgtau doktor nanti..hari pertama Rikazz cirit sehingga 15 kali dari pagi sampai ke subuh esok harinya..memula..aku bagi je ubat cirit birit yang ada kat rumah..tapi beberapa kali aku bagi..ciriitnya tak reda reda..hampir habis bekalan pampers Rikazz di rumah..






Aku masih berkira kira nak bawak Rikazz g klinik atau hospital..tapi apabila esok paginya Rikazz masih lagi cirit..aku terus bertindak membawa Rikazz ke PPUM..Setelah doktor mengecheck Rikazz..Rikazz terus dirujuk kepada PAED di wad kecemasan..Apa lagi..kenelah Rikazz masuk air..menjerit jerit dia kesakitan..Aku berkampung kat PPUM tu sampai malam..nak masuk wad..wad penuh..mmg ramai sangat anak anak keccik yang sakit..






Setelah hampir 2jam setengah menanti result darah..akhirnya DR JOYCE membawakan keputusan tersebut kepada kami..






Dr hasil kajian darah Rikazz..tiada jangkitan kuman dikesan..Jadi Rikazz dibenarkan pulang ke rumah..TAPI..masalah timbul apabila sel darah merah berada di paras yang rendah dan agak merbahaya utk seorang bayi..soalan pertama yang doktor ajukan..






AWAK ADA THALASEMIA KE?aku mengeleng..mula pelik dgn soalan DR..FAMILY?takde jugak..KENAPA DR?Dr pun terangkan masalah anemia Rikazz yang boleh membawa kpd 2 kemungkinan..






1)PEMAKANAN..






2)THALASEMIA






aku tanya..SERIUS KE DR KURANGNYA?






YE..SIKIT SANGAT NI..dr kata..apabila Dr bertanya ttg pemakanan Rikazz dan lebih2 lagi Rikazz menyusu badan..sepatutnya takde masalah pemakanann yg berlaku..Habis tu?takkan THALASEMIA..oh tidak..anakkuuu






lalu aku mengizinkan darah Rikazz sekali lagi diambil sebanyak 4botol..utk kajian dan mencari punca anemia Rikazz..






RESULTNYA?






5nov ni..aku akan ke PPUM lagi utk mendengar result itu..






Ya Allah..jauhilah anakku dari sebarang jenis penyakit..

Thursday, October 29, 2009

Aku ummu Rikazz

Tetiba rasa nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat masa aku blaja kat UIA dulu..ini pun aku teringat nak share dgn kawan2 sebab insan yang mula mula menggelarkan aku dengan panggilan UMMU RIKAZZ ni ialah adik angkat aku namanya SYARAFUDDEEN..beberapa hari lpas uden dtg ke KL sbb nak jumpa aku dan Rikazz..Uden ni org Singapura..dia stay umah aku satu mlm..tak sempat aku nak ajak Uden jalan jalan KL sbb aku kerja kan..maaf ye Uden..
Kembali kepada gelaran UMMU tu..budaya org arab..mereka tak suka panggil nama betul seseorang..tapi gelaran.Bila kita nak dpt gelaran ni?
BAGI SESAPA YANG MELAHIRKAN ANAK SULUNG LELAKI..automatik ibunya akan dipanggil dgn panggilan UMMU + nama anak tersebut..begitu juga bapaknya..akan dipanggil dgn gelaran ABU + nama anak..contoh ..anak pertama aku lelaki..nama RIKAZZ..jadi aku terus dipanggil UMMU RIKAZZ n abah Rikazz ABU RIKAZZ..bermakna ibu rikazz n ayah rikazz..dah tak de dah nama kita sendiri..tapi hanya kepada mereka yg anak sulungnya LELAKI..kalau pempuan?teruslah dipanggil dgn nama sendiri...kalau anak kedua lelaki?tidak diterima utk pggilan ABU N UMMU ni..so..klu korang jadi nama apa?aku lah UMMU RIKAZZ

Tuesday, October 27, 2009

Besday Fia


Epi 1st besday Fia..aku dah lama plan nak g..sahabat sejati lah katakan kan..last minute rikazz kene demam campak..aku tetap akn g sbb dah beli adiah..tengah siap siap kat rumah mak mertua plak kol kata nak dtg..dah kecewa dah ni..sbb sume baju dah iron..nampaknya tak dpt makan kek fia jugaklah nampaknya..huhuu..lpas je mak mertuaku dtg dengan rakyat2nya..ku pun terus bersiap..mls nak cantik cantik..trus g umah fia..nak tau adiah apa?kay dlm gambar tu ada teady bear yg nampak kepala kan..ha..tulah adiah rikazz utk fia..kami dah namakan bear tu RIRI..sempena nama Rikaazz.heheh

tu cerita besday fia..aku pun berniat nak wat besday rikazz bulan January ni..tak lama je kan lagi..cuma aku tak tau nak jemput sapa..sebab aku masih tertanya tanya..ada ke org nak dtg umah aku ni klu aku wat besday Rikazz tu?

so kalau jadi aku akan wat AHAD 10JANUARY2010 atau dlm no 100110 ha..tapi besday Rikazz 110110..sempena setahun..sebab besday Rikazz jatuh ari isnin..kenelah buat ahad..

kat mana?

Rumah aku kat JALAN KLANG LAMA KUALA LUMPUR..kwn kwn blogger sekitar KL..agak2lah kan..korang nak datang tak first besday Rikazz?sila tinggalkan komen anda dibawah..

Sunday, October 25, 2009

Kisah bergambar

Hari ini..Rikazz hantar oma ke pudu.Oma Rikazz nak balik Johor sebab Rikazz dah sihat dan ucu tinggal sorang.Lepas hantar Oma dekat Pudu..ibu dan abah bawak Rikazz pergi Taman Tasik Titiwangsa..
Masa ni Rikazz baru bangun tido.Terpinga pinga sebab tak tau kat mana
Rikazz tengok ramai kawan main main

Rikazz nak join diorang panjat benda ni


Rikazz gayat n turun semula



Rikazz teruja tengok orang main




Rikazz pun main lah gelongsor





Rikazz panjat plak sini






Rikazz rehat jap







Rikazz rehat ngan abah kat pondok








Abah upah Rikazz minum air









Abah ajar Rikazz bawak binatang









Pas tu kami pun pulang














Saturday, October 24, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST


RIKAZZ QALBY MUNTASYEE
9BULAN

baju biru rikazz?fuh terlalu le banyakkkk..tapi nak pilih yang mana ek?sila lihat..gambar itu ye




secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009
TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung
2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..
3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda
4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru
6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri
8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun
9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........
nape ku pertaruhkan gambar itu?sebab syarat no 7..gambar ni diambil di studio oleh jurugambar pro tau.ehehehe..
silalah join kawan2

Marilah bercamping..

Pukul 6.30 tadi sebelum loceng tamat sekolah berbunyi..aku mendapat perkhabaran bahawa perkhemahan unit beruniform akan dimulakan pada hari Jumaat ini sejurus sahaja loceng pulang sekolah berbunyi.Bermakna tidak ada guru yang dibenarkan pulang ke rumah sebab kami bersekolah sessi petang..Setelah aku mendengar berita itu...apa yg aku fikirkan ialah Rikazz Qalby Muntasyee..camping tau..bukan kelas biasa..tidur berkhemah di padang..sejak ada anak ni memang payah nak suruh buat keje keje macam ni.Masalahnya adakah waktu itu Rikazz dah pulih dari sakitnya.Kedua..sapa nak jaga Rikazz sebab abah Rikazz ni kerja shift malam..kerja kilang.Pukul 6.30 ptg lepas dia jemput aku dari sekolah dia terus pergi kerja.Takkan lah aku nak tinggalkan Rikazz dengan pengasuhnya pulak?Tidur malam bawak Rikazz..nanti Rikazz nak susu gantung dengan sapa?
Persoalan ini aku akan ajukan kepada Kak Pah guru penolong kanan koko sekolah aku.Ada dua je pilihan yang akan aku nyatakan nanti..
1) Boleh tak aku berkampung sekali dengan Rikazz kat sekolah (jawabnya memang tak dapat buat kerjalah aku sepanjang masa tu)

2)Aku memang tak datang langsung lah..(memang tak boleh sbb wajib)

aku rasa pilihan pertama better kot..so jumaat petang abah rikazz terpaksa hantar Rikazz dengan pakaian dan diapers rikazz + stroller + toto + bantal dan selimut ke sekolah..huhuhu..sian Rikazz..macamana Rikazz nak merangkak ? rikazz plak entah dah baik demam ke belum masa tu...huhuhu

Friday, October 23, 2009

Rikazz kene campak?

Demam Rikazz dah kebah..alhamdulillah.tu pun berkat doa kawan2..tapi apa yang terjadi pada Rikazz sebenarnya?demam rikazz yg sekejap panas sekejap kebah tu rupanya nak kene demam campak.Sekarang rikazz tengah sibuk menggaru garu kepala n mukanya yang paling banyak dipenuhi ruam campak.

Melalui pencarian aku tentang demam ini..demam campak ni berjangkit.Memang aku tak tau langsung fakta ini.Yang aku tau..orang yang dah kene sakit ni badan dia akan immune dgn penyakit ni dan takkan kene campak untuk kali kedua..Aku tak terfikir langsung Rikazz dapat demam campak ni akibat dijangkiti..sehinggalah adik aku aka daddy ngah rikazz datang tadi.Bila dia tgok muka Rikazz yg merah berbiji biji dia terus kata..RIKAZZ JANGKIT DENGAN ANAK SEDARA MARIAH NI MASA KAT KEDAH.KAN RIKAZZ PELUK PELUK DIA.haa...barulah aku teringat.mmg baby tu tengah penh dengan ruam campak masa tu.huhuhu..patutlah sepulangnya Rikazz dr kedah dia terus demam.Sebab virus campak ni berjangkit melalui bersin..maksudnya air liur..sebab baby Nazrin tu adaa bersin masa kami tgah duduk dekat dgn dia..

Takpelah..bagus juga Rikazz kene awal awal..baby dibawah umur 12 bulan kalau kene campak tak perlukan vaksin sbb badan dia masih kebal dengan kekuatan yang diperolehi dari ibu.Lebih lebih lagi baby yang minum susu ibu..(hasil penggooglean aku lah ni)

Disebabkan rikazz demam campak ni..banyaklah agenda yang tergendala..sbb takkan nak bawak Rikazz g kluar plak..kang ramai plak baby yang berjangkit dengan virus rikazz ni..Esok nak g besday Fia pun kene tggal Rikazz dengan oma nya sekejap..Tak dapat g open house boss sebab kat cheras..jauh..duduk je lah kat rumah.

Bagi menghilangkan rasa gatal Rikazz..aku dah belikan krim Ruam campak utk rikazz..apatah namanya..lupalak..ok..hari tu aku ada janji nak upload Rikazz nye gambar n asam jawa..so inilah gambarnya..Oh ye..walaupun tergaru garu Rikazz dah mula meneruskan aktivitinya berjalan..belajar lah semula Rikazz..dengan takut takut..

Thursday, October 22, 2009

Terima kasih Oma

Inilah oma Rikazz.Namanya SUTIMAH

Masuk hari ini sudah 5 hari Rikazz demam.Namun demamnya sudah tidak seteruk sebelum ini.Alhamdulillah.namun rikazz masih lagi belum selera nak makan seperti selalu..mahupun aktif seperti dahulu.Rikazz masih merengek..tidak mahu berjauhan denganku..masih ingin tidur dibahuku dan melepek je kerjanya.Ye..badan Rikazz masih panas..tetapi sudah semakin kebah..suhu pun sudah berkurangan around 38 darjah saja..

Aku mula bercuti deepavali dari Jumaat hingga Isnin.Tapi keadaan rikazz yang teruk telah memaksa ku menyambung cuti sehingga Rabu.Cuti rehat khas untuk guru hanya dibenarkan diambil dua hari berturut turut saja..tak pastilah kakitangan kerajaan yang lain.Masuk semalam rabu..sudah 2hari berturut turut aku tidak dpt datang ke sekolah..Pagi tadi aku menghubungi oma rikazz seperti biasa..Aku ceritakan keadaan Rikazz yang masih belum pulih sepenuhnya..Teringat sewaktu menjaga Rikazz ketika dalam tempoh berpantang.Aku dengan emak bergilir gilir menjaga Rikazz kerana Rikazz memang tidak tidur malam selama tempoh berpantang..Dan setelah 7bulan keadaan itu berulang kini.Jadi emak faham kesulitanku kerana emak juga sama sama bersengkang mata menjaga rikazz ketika itu.

Khamis aku harus bertugas seperti biasa..Banyak sangat kerja yang tertunggak.Minggu depan peperiksaan akhir tahun akan bermula..periksa lisan bahasa arab masih belum habis lagi ku nilai.Aku meminta tolong emak untuk datang ke KL menemankan rikazz..Pengasuh Rikazz?bukan aku tak percaya pada kak wati..tapi aku rasa berat hati nak tinggalkan rikazz pada dia dalam keadaan rikazz seperti ini.Walaupun kak wati orangnya baik dan tidak berkira tapi aku tidak mahu menyusahkan dia..Biarlah susah susah rikazz pun dengan darah dagingnya sendiri..

Pukul 10.30 mlm emak sampai di Pudu..aku dan B menjemput emak di Pudu.FYI..ini pertama kali emak dtg ke KL naik bas sendirian tau.Tahniah emak atas keberanian emak..itulah naluri seorang nenek ye..Ucu Rikazz?tinggal sendirian di Johor kerana harus bersekolah.Demi Rikazz..Usu sanggup lepaskan oma pergi ke KL..usu rikazz bukan pernah berenggang dengan oma pun sebelum ni..

Jadi..esok aku akan mula bertugas semula sbb aku percaya Rikazz lebih tenang bila bersama dengan Oma nya sebab di atas bahu Oma jugalah Rikazz tidur sewaktu baru melihat dunia..

Kepada kawan2 yang memberi semangat dan doa kepada Rikazz diucapkan terima kasih bebanyak.Hanya Allah yang mampu membalas doa dan kebaikan kalian.Petua petua yang kalian berikan aku gunakan.Nak upload gambar Rikazz dengan air asam jawa tapi hp tertinggal dalam kereta plak.Esok je lah..

untuk makluman kalian Rikazz telah ku bawa ke PPUM..Paed kata Rikazz terkena jangkitan virus..demamnya akan berpanjangan sehingga seminggu..namun Rikazz tidak ditahan di wad kerana semangatnya yang kuat kerana Rikazz masih lagi bergantung kepada minuman kegemarannya..susu ibu..walaupun Rikazz tak makan tapi badannya masih dapat menampung air yang hilang akibat muntah dan cirit birit kerana Rikazz masih mampu menyusu..Terima kasih Allah kerana membekalkan susu yang banyak daripada biasa sepanjang Rikazz sakit..

Untuk OMA RIKAZZ..a.k.a ibu kandungku..terima kasih atas pengorbanan emak dan kesanggupan emak datang ke KL untuk menjaga Rikazz..Semoga kebaikan emak selama ini..akan dibalas dengan SYURGA ALLAH.insyaallah..along saaaaayang emak..Rikazz sayaaaang oma!!!

Wednesday, October 21, 2009

CUTE BABY IN COSTUME


Rikazz Qalby Muntasyee
9bulan
waktu gambar diambil Rikazz 5bulan kot..so inilah gambar Rikazz dan costume Mow mow nyer

tak sangka Intan nak buat contest sebegini rupa ye..so laku jugaklah gambar rikazz dengan costume nya tu..so mari kita tgok syaratnya..






apa ye..boleh upload satu je gambar anak dengan costume..



anak yang berusia 0-3tahun sahaja..
cepat!!!hingga 7november je





yang lain boleh tgok kat www.babyintan.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Ibu sedih..


Rikazz masih lagi demam..dah 3 hari tak nampak dia senyum..yang ku dengar hanya rengekan rikazz..rikazz tak mau makan makanan lain..jadi dia bergantung sepenuhnya pada susu badan..aku plak jadi semakin lapar sebab rikazz akan diam kalau menyusu..Tapi tadi aku dah termarah Rikazz sebab dia gigit B aku..sakit tau rikazz..demam Rikazz bermula pada tengahari semalam..bila rikazz menyusu panas badan dia kurang..tapi setengah jam kemudian panas semula..Pagi tadi pukul 4.30 pagi Rikazz tersentak dari tidurnya ..bila aku pegang badannya panas sangat.Bila aku sukat suhu dengan termometer suhunya 39.9 darjah celcius..menangis aku..aku terus kejut B..kami basahkan kepala Rikazz..bagi dia makan ubat..barulah Rikazz dapat tidur..pagi tadi aku dah bawak Rikazz pergi klinik..suhunya 38 darjah celcius..di klinik Rikazz tidur aja..masalahnya dia cuma nak tidur di bahu aku..bila aku pass kat B rikazz bangun n nangis..Sakit pinggang aku mendukung Rikazz..klinik ramai orang..Selepas diperiksa Rikazz hanya diberikan ubat demam biasa sebab Rikazz tak batuk..cuma selsema sedikit sahaja..Waktu waktu demam ni Rikazz tidur dalam buaian..dah lama Rikazz tak tidur dalam buai..

waktu aku menulis..Rikazz tgah tidur selepas merengek..esok ibu harus kerja Rikazz..macamana lah ibu nak hantar Rikazz g rumah mama wati sedangkan Rikazz masih demam..Dengan abah pun Rikazz tak nak..nak sambung cuti bukan senang..Rikazz cepat cepat baik ye..ibu nak main sembunyi sembunyi dengan Rikazz..ibu rindu nak main kejar kejar dengan Rikazz..ibu doakan Rikazz cepat sihat..ibu sayang Rikazz

Dari Selatan ke Utara

Bujang kecik yang terselit sama
Jejaka2 perasan

Tengok daddy ngah Rikazz..


Rikazz suka mencangkung







rikazz berjalan jalan di pagi hari





Sejak kecil aku bercita cita nak pergi ke sebuah negeri..nak tau mana?KEDAH DARUL AMAN.alasan?nak tengok sawah padi.hahaha..hajat aku nak tengok sawah padi sebenarnya dah tercapai..tapi bukanlah di Kedah tapi di TG KARANG SELANGOR..walaupun dah dapat bawak balik pokok padi ke rumah..aku masih lagi rasa tak tenang sehinggalah segala impian aku tercapai apabila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke KEDAH pada Jumaat yang lepas 16oktober2009..

aku sendiri tak tahu..kenapa aku nak sangat pergi sana.Seolah olah ada connection antara aku dan negeri itu.oh ye..kenapa aku ke sana?sebab nak hantar mak n adik pergi ke BALING untuk merisik MARIAH bagi pihak adikku FIRDZAUS.

Perjalanan bermula pada pukul 1petang Jumaat selepas B balik kerja.Hentian pertama kami di RNR TAPAH.lepas makan kami jalan lagi dan exit di TOL KUALA KANGSAR.nak jimat duet le katakan.hehehe..dr KUALA KANGSAR kami meneruskan perjalanan melalui GERIK dan terus ke BALING..sepanjang perjalanan gunung ganang diselaputi kabus yang menebal..rasa tenang sangat hati ni..

Kami tiba di rumah MARIA pada pukul 7.30 malam waktu tu family dia tengah solat magrib jemaah..Rumahnya?betul betul kawasan kampung..dan merupakan rumah Kedah tradisional.Mula mula sampai..neves oo..pak maria ni tok imam kampung tu..confirm strict punya lah kan..sampai sampai je bapak dia dah asingkan kami..laki dok luar pempuan g dok dalam bilik..sudahhh..aku terpisah dengan B ..macamana ni..malam itu..aku tengok pak maria asyik tenung B n layan B aje..mcm mcm dia soal B..ngapa ek?risau plak aku..nak tau sebab apa?sebab..dia ingat bakal menantu dia tu laki aku..uwaaa....adik aku firdzaus tu..adik B..aku ni single lagi..hehehe..best tu..tapi..rikazz tu sapa plak?Selepas mendengar explanation Maria..barulah bapak dia faham..B tu bukanlah bakal menantu dia..tapi adik aku si firdzaus tu..cuak gak aku tgok muka B..mana tak nya semua tingkah laku B diperhatikan.hahahaha..silap orang daaa

Selepas beramah mesra..rupanya tok imam takdelah garang mana..suka buat lawak..Rikazz?uihh..seronok btol dia kat sana..esok paginya barulah sesi menyarung cincin diadakan..Tahniah utk adik dan Maria..banyak lagi nak citer sebab aku bukan je g Baling tapi siap jumpa pakwe lama n bakal mak mertua tak jadi..n g plak naik penang bridge n feri..sian aku..org lain dah lama sampai..tapi aku baru merasa..

kesimpulannya aku memang rasa puas sangat..tak sabar nak g sana lagi..oh ye..selepas explanation Maria alhirnya aku n B dapat tido sebilik tau..hahaha..hatiku tertinggal di KEDAH..macamana ni?

Sunday, October 18, 2009

Rikazz yang demam setelah pulang dari UTARA

sedih tengok rikazz

Baru je aku cerita cerita dengan kengkawan yang Rikazz belum pernah demam sepanjang dia dilahirkan..setakat hangat sedikit tu tidak berapa merisaukan..itu pun masa usia rikazz 3bulan..tapi kali ni..badan rikazz panas..rikazz merengek..serba salah rengekannya..gerak badan juga tak menentu..Kawan kawan kata sebelum anak berusia setahun mesti ada sekali dia diserang demam teruk..masa aku dengar tu..hati risau sbb rikazz belu lagi melalui saat itu..aku n family baru sahaja tiba di KL pada pkl 3 pagi 18okt..memang berjalan sakan lah..lepas menghantar adik merisik di Baling kami ke Kulim ada open house..pas tu g Kota Setar Plak..pas tu terus ke PENANG..naik feri dan jambatan Pulau Pinang..semuanya pertama kali utk ibu rikazz sekeluarga..tapi sepanjang di sana Rikazz epy je..asyik tayang skill nya berjalan je..tapi tgahari tadi..badan rikazz panas..abah rikazz plak kerja..ibu rikazz plak tak pandai drive..sian rikazz..cepat sembuh anak ibu..

Thursday, October 15, 2009

Kisah sebuah Nama







Hallu hallu hallu rakyat Malaysia..dah mcm deejay radio plak.Kisah sebuah nama akan menceritakan kepada anda tentang NAMA.Semua manusia punya nama.Nama biasa sederhana atau luar biasa.Pernah kah kalian menemui sesiapa yang mempunyai nama yang unik atau pelik atau jarang didengar?aku memang berkenan mengetahui nama orang tp orang melayu je lah.dari dulu sampai sekarang perkara itu tak berubah.Masih ku ingat sewaktu aku berada di darjah enam..aku adalah seorang pengawas perpustakaan.Tugasku ialah membantu cikgu memproses ahli perpustakaan yang baru.Aku teringat nama seorang budak lelaki yang hingga kini menjadi bahan ceritaku tentang nama yang pelik.Nak tahu namanya?MUHAMMAD FAFEFIFOFUROHAIZIADI.inilah namanya.pelik kan..apalah emak dia ni..suka sangat dengan huruf vokal letak nama anak dia mcm tu.lagi satu nama seniorku di sekolah rendah ABADI CHINTAMI TENGKEL.abadi selalu menjadi bahan ejekan kawan kawannya di sekolah.sian abang abadi.Kisah nama ini tidak berakhir lagi.Pada tahun lepas kak ema kawanku yang sama sama berstatus cikgu jqaf di sekolah tempat aku bertugas..memberikan aku senarai nama murid murid di sekolah bukit jelutong tak silap aku.Nama mereka memang glamour.Maklumlah masing masing anak kepada businessman..Tapi dalam banyak banyak nama..suamiku amat berkenan dengan nama ini NUR SABREENA JAZMINE MELODY.ada ke dia suruh aku letak nama anak perempuan kami nanti SABREENA MELODY?huh! tidak sekali kali.Lagi cerita pasal nama.Sewaktu aku bersekolah menengah, kebanyakan guru yang mengajarku berasal dari Indonesia.Kerana minat akan nama,aku menginterview seorang ustazahku tentang nama adik beradiknya.Ustazah ku merupakan anak sulung dalam keluarganya..Namanya RAHMAH SETIANI REVOLUSI..adik-adiknya ialah DINA ROSTANI..ASHWIN RAMADHAN..POPPY BAKTIAH NUR..TABAH NUR..dan yang kecil sekali ELSIA FEBLY SAKILA MALFINAS.aku juga ada dengar tentang nama di radio HOTFM LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA.tak tahulah korang ada dengar ke tak..nama orang tu CAHAYA LANGIT..ada lagi satu ABCDEF sebutannya EBSIDEF.tapi dengan ejaan ABCDEF dan adik ABCDEF itu ialah HIJKL atau sebutannya HIJKEL.kelakarkan..korang plak..pernah dengar nama nama yang pelik?ada gak yang berkata nama anakku itu pelik?RIKAZZ QALBY MUNTASYEE.aku search tentang nama Rikazz di dalam internet semalam.kalau perkataan RIKAZZ banyak digunakan untuk web pengurusan wang dan harta di negara Arab..kalau Qalby tu biasa bagi yang mengetahui bahasa Arab..namun MUNTASYEE..setelah aku search hanyalah data dari frenster dan blog aku jer..maknanya di seluruh dunia ni..MUNTASYEE ada kat Malaysia jer..huhuhu..nama aku sendiri ramai yang kata first time jumpa NUR NHAZZLA.sebenarnya aku ada terbaca tentang nama NHAZZLA ni..tapi selama aku sekolah dan bekerja..aku masih belum pernah berkongsi nama dengan sesiapa.Kalau korang plak mcmana?Kalau ada nama nama pelik yang korang pernah kenal..sila tinggalkan nama itu di komen bagi entry ni k..mekaseh

Wednesday, October 14, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL






RIKAZZ QALBY MUNTASYEE

9BULAN



Contest Contest Contest..rajin join tapi tak pernah menang..sedihkan..perlukah aku berputus asa..Sekali tgah view komen Babyibu..tetiba aku terbaca komen dr smileykidz yang nak anjurkan contest..contest SENYUMAN CERIA SI COMEL..senyuman anak pastinya menjadi penawar hati kita kan..so nak tau lebih lanjut..kat bwh ni k..








Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan
ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.
Hadiah yang ditawarkan adalah:
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~
******************
Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50
So apa tunggu lagi???
Sertai online contest ini sekarang. :)
Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.


Cara2 penyertaan?
Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda


Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini


Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda


Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.


Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.


Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .


AMARAN: no link back will be disqualified


Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.


Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.Ceria kan senyuman tu?Tapi sebab anak sendiri so automatik disqualified. ha ha haSO apa tunggu lagi??Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....Kalau ada sebarang pertanyaan, emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.


SWEET TAK SENYUMAN SI RIKAZZ TU?

SIGN JANGAN TAK SIGN