Kisah ini terjadi kira kira tiga hari yang lepas apabila rakan sekerja ku sendiri yang menjadi mangsa keganasan seorang murid sekolah rendah seusia 7tahun..sahabatku itu..masuk ke dalam kelas apabila mendapat aduan seorang pengawas yang dia sudah tidak tahan lagi menjaga kelas tersebut sebab si murid yang ku panggil S telah membaling kasut di muka si pengawas..apabila rakanku masuk ke kelas..kawan2 S yang lain turut mengadu bahawa mereka ada yang dicekik dan dan ada yang dicubit sehingga luka..rakanku bertanya kepada si S kenapa buat pengawas dan kawan2 macam ni?dan rakanku cuba menggertak S untuk melaporkan perbuatan nya kepada guru HEM..si S mula berang dan menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba menampar rakanku..rakanku mempertahankan dirinya..dan si S mula menendang meja sehingga terbalik dan melempar kerusi ke arah rakanku..rakanku yang mula takut sempat merakam perbuatan si S sementara meminta pertolongan seorg pengawas utk memanggil Guru HEM ke kelas tersebut..perbuatan rakanku yang merakam aksi S telah menaikkan lagi kemarahan nya lalu S meluru ke arah rakanku dan ditumbuk2 tumbuknya rakanku dengan sekuat hati..rakanku cuba menahan tumbukannya seperti seorang peninju yang mengakibatkan jari rakanku terseliuh sehingga biru lebam dan bengkak jarinya..si S cuba merampas HP rakanku namun sekuat mungkin rakanku memegang HP nya..
Bapa si S telah dipanggil ke sekolah sejurus selepas insiden itu..dari percakapannya seolah2 ayahnya selalu sahaja merotan S..tapi apabila ditanya kepada kakak dan abang si S yang turut bersekolah di sekolah yang sama..sebenarnya si S adalah anak kesayangan ayah nya dan ayah nya tidak pernah merotan atau memarahi si S..akibatnya?...kawan2 fikir lah sendiri kejadian ini..Kadang2 aku pun mati akal dengan budak2 kat sekolah ni..CIKGU yang takut dengan MURID tauu
13 comments:
xtau nk ckp apa..
hm..
speechless.. geram plak bace..!
wargh...giler r budak2 skrg ni..ganas...baru darjah 1 dah ganas camtu...dah besar sok???ibu bapa mmg nak kena main peranan ni..seram sejuk ku dibuatnye..
tu lah..ku pon mmg pernah kene dgn budok itu..tp ku tak sangka dia boleh menggila..videonya ada kwnku rakam..menangis ketakutan kwn tu
kes tlebih manje..smoga kasih syg kita tidak mhancurkan masa depan ank2..amin..
emm..memang speechless la..tapi mungkin itulah kesan kasih sayang yang berlebihan..kena kaunseling kan budak tu..sebab dia kecik algi dan boleh di ubah..so fikir-fikirkan la apa yang patut dilakukan untuk anak kita nanti..
budak 7 taun????
kira nak repot polis ke camne nih??
budak srunk neh xleh nak dtegur..der jee yg m`berontak...ni kan plak kes budak keck..kalo sek menengah?huh...
masyaAllah... sampai cenggituh sekali... mmg kena pk sendiri ler...
budak cmtu penyepak jer ubatnya...
salamm...
itulah antara kejadian yg biasa berlaku di sekolah saya juga! mungkin juga sbb terlalu dimanjakan... murid mcm ni buat org bleh, org buat dia xbleh...yg agak prob kalau murid itu di jaga oleh datuk/nenek.sllu bermasalah sbb manja... lgpun, attitude yg ganas2 mmg byk dlm media massa punnn...
cabaran ... tp bleh tgk n nasihat je la. nk pukul karang jd kes plak. jentik pun xbleh! apapun, kita yg lebih dewasa patut tunjuk contoh yg baik...
kadang2 cara ibu bapa kita dulu (merotan) dalam mndidik anak2 lebih berkesan dari cara sekarang.dulu2,xboleh mengaji al quran,berbirat lah badan..skang ni,mengucap pun ramai yg tak tahu...nauzubilllah...
tu lah pasal..sedih kan..tp undang2 kita tak mengizinkan kita sentuh sikit pun bebudak tu..sbb cikgu sekarang cuma boleh mengajar je tak boleh mendidik..
Post a Comment