Followers

Sponsored By

Sunday, November 29, 2009

Mari bawa Oma round round ..

Ton ton!
Banyaknya tangan

Posing Maghrib..tu pasal gelap


Ucu dan Rikazz



Tatih Rikazz




Tengah geget jari



Dengan Oma


Nampak tak bakul dah penuh?Rikazz isi sendiri



Tadaaa..kenderaan pertama Rikazz

Daddy Ngah janji nak bawak Oma jalan2..itu aktivit wajib kami adik beradik kalau emak datang KL.yelah..dulu masa kami kecik kecik takde nya mak nak berjalan sana sini..takde lain melainkan duduk rumah pergi kerja..tu jelah kerja Oma..
Habis duty daddy Ngah dtg..plan pertama nak pergi Taman Tasik Perdana..tanya pendpt Lina mummy Fia taman mana besh..Lina kt Tasik Perdana lagi best..Masa on the way tengok awan dah mendung namun hati berdoa semoga hujan tak jadi turun.Sampai kat tasik cepat2 angkut Rikazz pergi main buaian yg utk baby tu..ada seluar besi..Sempatlah daddy Ngah amek video..
Tak lama pas tu hujan turun..kami terpaksa beredar.Baru Rikazz nak epi epi.
Kami terpaksa mengubah haluan dan membawa Oma ke Putrajaya.Sja nak suruh Oma saksikan lanskap Putrajaya yang aku sendiri suka tengok..On the way tu nampak ada 3 destinasi yg mcm best tapi jarang org sebut
1.TAMAN WETLAND
2.TAMAN WARISAN PERTANIAN
3.TAMAN RIMBA ALAM
Best ke tempat2 tu kalau nak buat lokasi hang out dgn family..tempat yg ada sekitar KL ni mcm dah bosan lah.
Kami menuju ke ALAMANDA..sebab nak makan..cari parking full..lupa plak hari ni Sabtu..akhirnya kami park kat LEVEL7.huh..tinggi sungguh.Destinasi makan makan kat ARL CAFE.aku mmg selalu makan kat situ bila teman B pergi tournament..makanannya sedap n mahal gaks..klu nasi goreng ayam 10rm..tp tengok plate lah..besar punya
Lepas tu ajak Rikazz naik kereta bomba..dah banyak kali aku naikkan Rikazz kereta seumpama itu..asalkan ada stereng memang dia suka.
Bila tgok kekhusyukan Rikazz dengan stereng..tambahan plak nampak ada org kluar dr carrefour bawak tricycle..aku teringat pada ride on car yg aku tengok masa kat TESCO.aku pun bagitau emak nak tgok jap.kalau ada yg bekenan aku nak beli satu.Tapi Ride on car yg ada kat situ sume dah tak sepatutnya dijual..dah reject2.nampaklah tricycle..tgah promosi..masa tu hati berbelah bagi..Pas tu amek gak satu sbb teringat B berkenan dgn basikal tu sejak tgok PINKY DUCK fia..so ameklah satu..dah penuh Viva daddy Ngah dek beskal tu..
sekian

Diari Aidil Adha ku

Posing bosan di pagi aidil adha
Apabila si merah daddy ngah terbuka pintunya

Maka Rikazz si merah sibuk nak naik kereta


Huh!!puas hati Rikazz dapat pegang stereng ni..tak lama lpas tu wiper dihidupkan(kerja Rikazz)



Seperti yang ku nyatakan dalam n3 terdahulu bahawa aku hanya menjadi penunggu setia FLAT SRI SENTOSA memandangkan B kerja dan emak dan adik adikku ada di rumah.Pagi Aidil Adha tu..aku dan emak cuma masak nasi macam biasa ..pulut kuning dan rendang ayam..takde yang special pun.Pagi2 bangun takbir..mandikan Rikazz dan pakaikan baju melayu dia masa Aidilfitri yang lepas.Kalau tak pakai sekarang bila lagi.Konon nak pakaikan songkok sekali..tapi dah tak muat pulok..kepala Rikazz dah besar lah..al jawabnya..songkok jadi hak milik RIYASH lah pulak.
Sebelum solat raya..Daddy Ngah Rikazz datang dengan pakaian seragam tenteranya.Nak sembahyang raya kat masjid kat rumah aku.Sekarang daddy Ngah Rikazz bertugas di KEM SUNGAI BESI.senang lah dia nak menyinggah rumah kaklong dia ni.Lepas solat raya..daddy ngah bawak Rikazz jalan2 pergi Checkers je..hahaha..dekat sangat dengan rumah aku.nak pergi cari buah tembikai Oma..Lepas tu balik rumah dan tidoooo..sekian..terima kasih kerana membaca kisah aidil adha ku yang membosankan..oh ye..B plak balik pkl 12 tgah malam..sebab dia g rumah terbukak kawan kilangnya.Kesimpulannya..Rikazz tak jumpa dengan abahnya untuk 2harian...seharian abah kerja dan esoknya pkl 6.15 abah Rikazz dah keje lagi..abah balik.Rikazz dah tido..sekian

Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha yang tiada seri

Gambar yang tiada kena mengena..melahirkan Rikazz adalah satu pengorbanan kan.Rikazz 3bulan

Sedih je tajuk..em..memang dari kecik sampailah besar..aidil adha ni kurang sikit rasa meriahnya..tambahan lagi aku orang Johor..kalau orang pantai timur aidil adha yang dinanti kan..Tahun ini..aku cuma menjadi penunggu setia di tepi tingkap rumah di flat Sri Sentosa..Blok 17 yang betul betul berada di tepi jalan..jalan utama laluan bas hari hari..B kerja pagi..aku pun tidak kemana mana memandangkan emak dan adik ada disini..Takpelah..sekurang2 nya aku tidak keseorangan kan..huhuhu..Salam Aidiladha kawan2..sama2 lah kita hayati pengorbanan nabi Ismail dan Ibrahim..eh betul kan

CUTEST BABY 2009 CONTEST BY MAMA_AQISH

ni pes time join contest mama aqish ni..kali ni contest CUTEST BABY 2009..maklumlah..dah nak penghujung tahun kan..sapalah agak2nya kan cutest baby 2009 tu..so aku pertaruhkan gambar Rikazz yang latest tau..apabila dia menginjak 10 bulan...
#
#
#
#
#
#
#
TARAAA...CALON CUTEST BABY 2009 ialah...


Rikazz Qalby Muntasyee B Muhamad Rizal
berusia 10bulan
Lahir pada 11 Jan 09
Add Mama Aqish kat blog list anda
Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes
Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja
Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish)
Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009
. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok....gambo mesti sendiri snap k....baru adil kan..
. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini... .
Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES .
Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:


1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya
so moh ramai ramai memeriahkan contest ini

Wednesday, November 25, 2009

Hijau Day In Hijau Diary

Destinasi Hijau Pertama : Maxis Sunway Pyramid
Rikazz berbaju hijau yang terlopong tengok semuanya hijau
Destinasi Kedua kurang hijau : Pizza Hut (wajib pegi)

Inilah kerja B n Rikazz (nak lekakan Rikazz supaya tak terjun kerusi)



Destinasi Hijau ketiga : Bilik penyusuan Jusco(apa lagi..minum time)




Rikazz yang tengah lasak sekarang







Apakah itu..banyak sangat hijau nya plak ni?oh ye..sebenarnya nak cerita..aktiviti aku selepas mendapatkan gaji..ada beberapa tempat yang harus ku lawati bila gaji berkunjung tiba..pakaian?em..HIJAU lah pulak..tu pun sbb nak ikut warna baju yang Rikazz pakai lah..sebab baju Hijau ni belum pernah bergambar..pas tu tak sangka lak..semua tempat yang di pergi kan berwarna hijau..abah Rikazz sebenarnya tak suka pakai sama colour..dia kata BORIA..sian boria dipersalahkan..tapi sebelum abah Rikazz pilih baju..aku cepat cepat siap siap iron sume..jd walaupun sama colour..dia tak boleh menolak..ahahaha..
Mana gambar ibu?
huhuhu..takde sapa nak amek..abah takmau amekkan..
So..hijau tak?

CONTEST SAPA COMEL?

Inilah gambar yang dipertaruhkan untuk contest ni ye Laila..detail ada kat bawah









Contest : Sapa Comel?
Organized by : NoorLaila Mohamed Nor
Deadline : 17 Disember 2009










Ya Allah..memang nak sangat join contest ni..almaklumlah..ibu Rikazz masa kecik mmg lah comel sesangat.Tapi masa mula mula contest dibuka aku takde gambar masa kecik sebab semua ada kat JOHOR.tup tup Oma Rikazz datang lah pulok..yang bestnya..siap bawak gambar masa kecik..alahai..pucuk dicita ulam mendatang..maka layanlah pic kecik ibu rikazz k..oh ye..sapa nak join contest NoorLaila ni..sila cek syarat di bawah k
Terma&Syarat :
** Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia mahupun luar negara.





** Lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya (17yrs and above).





** Publish gambar perseorangan ketika belum berusia setahun di blog masing masing. (Sehari-12bulan)





** Sila edit gambar tersebut, letak awan atau bulat yang dalam ada teks atau dialog.





** Edit tak payah canggih canggih. Dilarang letak effect okeh. Cuma letak teks sahaja tapi harus kreatif.





** Sertakan nama penuh, tarikh/tempat lahir dan penerangan ringkas mengenai gambar tersebut.





** Letak link entri ni dan ajak la sesapa sedara mara untuk join.** Tarikh buka : 10 November 2009





** Tarikh tutup : 17 Disember 2009
** Pengumuman keputusan : 25 Disember 2009















NAMA NUR NHAZZLA BT ABDUL WAHAB





TARIKH LAHIR 4 FEBRUARI 1983





TEMPAT LAHIR JOHOR BAHRU JOHOR





GAMBAR DIATAS DIAMBIL KETIKA BERUSIA 11BULAN..WAKTU TU AKU BARU BELAJAR NAK BERDIRI..uhuhu..lambat rupanya ibu Rikazz nye perkembangan ni..LOKASI DI JOHOR BAHRU..KAT RUMAH..IBU RIKAZZ KALAU NAK JALAN MESTI PAKAI TOPI DULU..TAPI ANAKNYA TAK MAU LANGSUNG













GAMBAR SELINGAN


Gambar kabur..Oma Rikazz masa muda..walaupun blurr..masih terlihat keayuannyaAku 6bulan lebih..baru nak angkat tangan..lambat kan..Rikazz masa 6bulan dah berdiri tau..merangkak n duduk off courseAda gaya USTAJAH kaa

Pasti teruja kang kang kang..

Sunday, November 22, 2009

Meronggeng ronggeng di besday party adam harith


Mula2 sekali ibu nazz nak ucap EPI PES BESDAY kepada Ustaz Adam Harith..Lambat ye wish nya?takdelah..dah wish dah on time tapi saja je nak tulis kat blog ni..lepas balik dari Banting aku terus menuju ke rumah Dira..konon konon boleh sampai ontime ler..sbb mmg kami dah ada kat sekitar shah alam tu pkl 1 lagi tau..tapi pusing punya pusing tak jumpa jumpa U5..ntah brapa kali memusing..dan ntah brapa kali kami telah mengacau MR STRAWBERRY dgn kol kami yang sosat di tengah jalan ni..akhirnya..pkl 3.30 baru sampai umah Dira..sampai sampai..kart dah ada..kak ina n lina..semua tgah melayan anak memasing..tapi Dira tak kelihatan..takpelah..lepak lepak jap..

tak lama pas tu amy n aida pong sampai..barulah ku bersalam dgn dira..mujur semua yg ku qadak adiah ada kat party adam..alhamdulillah..pes time jumpa aida..jeles tau tgok irfan berjalan laju..dah ala ala berlari dah..tapi yang Rikazz seronok sbb FIA KISS RIKAZZ..ko ni fia..sume boy ko ngorat ek..mentang mentanglah diko sorang je bunga..ehehehe..takpe takpe..Rikazz suka..dia dah macho sket..tak nanges dah...tengoklah Kolar kemeja Rikazz..skema tau..kikiki..pape pong..best best..cupcake kart pun best..tp kan..ku pelik..sbb kek tu dah menghilang tanpa sempat ku nikmati kelazatan n keindahannya.huhuhu..masa kat umah dira ku tak mengambil gambar..so..tgah tggu gambar dr facebook mereka..ni je gambar yg ku ada..to ADAM IRFAN HARRIS N RAYYAN..adiah tu je yg ibu nazz sempat beli n mampu beli..harap diterima ye

To Do Lists..NOV-DEC

1. Nak g medical check up - Nov
2. Jumpa Pesuruhjaya Sumpah- Nov
3.Pos Surat SPP - Nov
4.Besday Adam - Nov
5. Hari Raya Aidiladha - Nov
6. Hantar Report Headcount - Nov
6.Anniversary - Dec
7. G sabah - Dec

Thursday, November 19, 2009

Minat Kamu?


Tahun makin tiba penghujungnya..setelah aku amati..tahun 2008-2009 aku punya tiga minat yang aku ingin kongsikan bersama..ye lah..kawan2 di sana pasti punya minat yang tersendiri kan..dan ada juga yang sama denganku..jom kita tengok apa lah minat ibu Rikazz ni..

*

*

*

*

1...CADAR JUSCO SELECTION

tak tau lah..tiap tiap bulan kalau dah gaji wajib nak g jusco..pas tu g kat bahagian cadar JUSCO SELECTION..cadar2nya harga dlm 35 ke atas lah..bila aku ambil cadar tu mesti B tegur..nak buat apa asyik beli cadar je ni?alah..tu pun marah..tujuannya ialah nak bagi mood berlainan lah kat bilik tu..jadi takdelah bosan tgok cadar yang sama..corak yang sama n colour yang sama..tak mau cadar beropol?panas lah..cadar cotton cukup..tak payah mahal mahal..cuci tak pudar..n selesa..


*

*

*

*

2....BAJU TIDUR

ni lagi satu yang B bising..tak habis habis dengan baju tidur..ada yang sopan dan ada yang seksi..yang seksi tu off course lah untuk menggoda B kan..tapi aku suka lah dengan baju tidur..tapi sejak ada Rikazz..beli baju tido pun nak kene pilih yang mudah aku nak selak bila Rikazz nak menyusu malam malam..


*

*

*

*

3....KERONGSANG

kerongsang mahal mahal tak mau lah..kerongsang yang murah..nampak cute n boleh beli banyak banyak..skang ni hampir semua colour aku ada..seronok bil dpt matching dengan baju..pas tu aku suka brooch binatang..bila nak ngaja surah al fiil(gajah) pakai lah brooch gajah..nak ajar surah an-nahl(lebah) pakailah brooch lebah..dah boleh jadi bahan bantu mengajar kan


kalau kamu..apa minat kamu?

Vogue Pregnant Mummy Give Away

Inilah gambar yang ku pertaruhkan..vogue ke?
my name is nur nhazzla
waktu pregnant gambar ni aidilfitri 2008..ku tgah pregnant 6bulan..
tu pasallah pakai baju ala ala jubah..
dah kluar dah baby..bulan jan 2009..baby boy..
ni pun 6bulan(gambar selingan)

ni 8bulan


ni 7bulan..








Alahai..tengok contest ni..rasa rindu ngan alam mengandung n bercita cita nak ngandung lagi..so aku nak join lah ye..walaupun orang kata muka aku masa ngandung huduh..aku tak dulik..nak gak masuk contest nih..






syarat2nya..


1. Must be my follower and add my blog at ur blog list (it a must eh)
2. Tepek banner peruts I yang chomels itew di side bar uols (supaya menjadi tatapan dan rangsangan untuk uols mengandung lagi cam I)
3. Buat entry tajuk macam entry yang I buat nie (Ayat mummy Ayu...aku tak paham)
4. Ini paling penting!!!! Sila tepekkan gambo anda ngandung yang paling VOGEEE THE VASSS (satu jerkkkkk ye kalau uols ada 3 or empat orang anak, just pilih satu gambar ngandung u yang paling cun yer.......jangan lebey2 daripada gambar I hehehehhe - (tipu jerkkkk- lagi vogue lagi I sukak)
5. Bagi taulah details about ur gambo tu, jangan harap I leh telek kat tok bomoh lakss.....exp, nama penuh, berapa bulan ngandung time gambo diambil (jangan letak belon dalam baju udah), ceritalah sikit kalo dah bersalin-anak apa dll lah...jangan risau...I suka baca cerita uolsssss tanpa jemu....
6. Make sure gambar tu bukan dalam lingkungan 7 thn sebelum diambil yer (Tak wajib sangat gambar baru - kang uols terpaksa ngandung lak just nak masuk contest nie)
7. Make sure ur entry link back to mine

8. Tarikh tutup penyertaan before 4 Dec 09 sebab past tu I nak gie beranak. (Kang ada yang sambil meneran, sambil update contest nie....)
9. Last sekali sila tinggalkan ur penyertaan kat dalam comment box entry nie.
10. Paling last sekali......selamat menchoba and semoga berjaya....Idup Ibu ngandung!!!! :))))
miss my preggie time..

Tuesday, November 17, 2009

Alhamdulillah..BabyIntanGiveaway Baby in Costume


Hari ini dalam sejarah..selama lama ini..aku tak pernah menang mana mana contest..mahupun no bertuah dlm contest tu..tapi..tadi tengahari sebelum aku pergi sekollh..aku terbaca lah blog KAK INTAN..rupanya keputusan dah diumumkan..tahniah kepada yang menang..sumenye nampaknya gambar studio..of coz lah Rikazz takleh menang sebab Rikazz nye gambar biasa biasa je..tapi turun bawah..Rikazz peserta bertuah no 7..sempena besday KAK INTAN..


hadiahnya?


baucer 20% untuk item jualan blog sponsor..sapa sponsornya?

SABAH ACCESSORIES..mekaseh penaja..


nak tau lebih lanjut?klik sini k..

Baby In Romper Contest


tadaa..inilah Rikazz Qalby Muntasyee..
Berusia 10 bulan..waktu ni 8bulan(gambar diambil)
Tarikh lahir 11january2009
aku pon memang suke bila Rikazz pakai romper..abah dia pun sama..tu lah pasal aku join contest ni..



t&c


1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'[hanya tajuk ini yang diterima]


2. upload gambar baby anda yang beromper ittew[overall tak masuk senarai tau!]


3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]


4. bermula dari harini hingga 24 nov[sempena birthday adeeb lewww]


5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper[tiada unsur paksaan]


6. pastikan ada link me & kodai me sekali[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]


7. juga di bloglist anda[wajip]


8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified[nasib kome la yer...]


9. no votes, no slogan[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]


10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja[senang saya nak jengah nanti]11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..[jangan luperrrr...]

Baby with car contest


inilah gambar yang aku pilih utk contest ni(bukti kat sebelah speaker tu)




Rikazz Qalby Muntasyee Muhamad Rizal
10 bulan
Kereta Persona Medium line
kategori aksi paling sopan(sebab Rikazz duduk bawah..ibu duduk atas)


Hari ni terasa macam relax sikit lah..so aku pun pergi kat mygiveaway blog untuk cari contest yang belum tamat tempoh lagi..so aku terjumpalah BABY WITH CAR CONTEST ni kat blog Mr n Mrs Faiz..Mereka adakan contest ini sempena AGM PROSBOC mereka..sesapa nak join..silalah baca syarat2 nya k..


Contest nih terbuka pada 2 kategori dan setiap kategori ada pemenang untuk baby boy and girl untuk




1st Place, 2nd Place and 3rd Place.




So akan ada12 PEMENANG





Kategori 1
..: Aksi Paling Berani :..
Kategori 2
..: Aksi Paling Sopan :..




1 Hadiah untuk 1 Pemenang .. :








APA YANG NAK KENA WAT? :..





Buat N3 di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambo anak anda ngah berposing baik punyer kat keta. Keta hendaklah yang telah diluluskan oleh puspakom dan mempunyai no. enjin.




[Keta sorong, keta tolak, keta control, keta yg msk wit 50 sen dua keping kat shopping complex tuh atau len2 keta sejenis dengannyer tak leh ek]
Anak anda leh berposing dimana2 bahagian keta mengikut kreativiti anda dan kebrutalan anak anda [Atas keta leh.. kat bonet leh.. kat bahagian enjin leh.. kat seat belakang leh.. kat seat depan leh.. kat tepi keta.. depan.. belakang.. sumer leh.. bwh keta pon leh.. erk! Time keta tak gerak leh.. time keta tgh bergerak pada kelajuan 120km/j pon leh.. erk!]
Anda leh gunakan keta sendiri atau keta sesapa jek untuk dijadikan latar posing gambo anak anda. [Jenis keta tidak akan memberi apa2 efek pada sesi pengadilan. Nak amik gambo ngan keta keta kancil pon leh ngan BMW 3 series pon leh]
Jarak antara model dan keta mestilah tidak lebih 1cm. Maknanyer kena la bersentuhan ngan keta tuh. Ok! Itu jek yang perlu ada dalam gambo anda. Yer la slalu baby asik ngan keta sorong, walker, katil baby so kita advance skit hehehe~





.. : TERMA DAN SYARAT :..
Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!]
Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda
Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest nih
Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana.
Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009
Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda
Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori]
Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.




Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc

Sunday, November 15, 2009

Jenayah Siber..aku menjadi mangsa?

ye..aku menjadi mangsa jenayah siber..kira kira hujung tahun lepas.aku merupakan pemegang kad kredit bank islam..satu pagi aku mendapat panggilan dari company VICTOR ARMADA..yang menawarkan kad diskaun utk aku..pada mulanya..mereka mengaku mereka bank islam yang ingin membuat pengesahan tentang maklumat pemegang kad kredit..semua maklumat aku yang dinyatakan sampai ke no ic dan alamat rumah adalah tepat sehingga aku benar benar yakin bahawa itu adalah panggilan bank islam..apabila dia suruh aku mengesahkan no kad kreditku juga aku lakukan..cuma no 3 terakhir dibelakang kad tidak aku nyatakan..setelah pengesahan diriku diminta..aku diterangkan tentang keistimewaan kad tersebut..tiba tiba seorang perempuan mengambil alih telefon dan mula mengecheck maklumat diriku..tiba tiba dia kata aku dah setuju dengan tawaran itu dan sejumlah 600rm akan ditolak dari amaun kad kreditku..tanpa sempat menyatakan apa apa mereka menamatkan talian..aku terdiam..sebabnya aku tidak berkata apa apa tentang persetujuan..hampir seminggu aku abaikan panggilan itu..seminggu kemudian aku mendapat panggilan dari co yang lain menawarkan khidmat yang sama..aku mula rasa tidak sedap hati lantas menghubungi customer service..bank islam..mereka lihat sebanyak hampir 22 kali percubaan memotong amaun kat kreditku dilakukan..namun baru sahaja setengah jam yang lepas..amaun itu berjaya dipotong...aku mula gelabah..lantas pegawai tu membantu aku membuat apa yang patut agar wang aku dikembalikan..
aku dikehendaki pergi ke cawangan bank islam terdekat dan membuat aduan serta mengisi borang..dalam borang tu aku dikehendaki mengisi maklumat berkaitan jumlah wang yang dipotong dan co yang mengeluarkan tanpa izin serta sebab aku menuntut kembali ganti rugi dari bank islam..alhamdulillah setelah seminggu aku berjaya mendapat semula 600 tu..
perkara yang sama berlaku kepada mummy qis..ada kat blog list aku..kasihan mummy qis..ada penyangak yang telah berjaya mengeluarkan 1800 dari akaun maybank nya..sekiranya ada perkara sebegini mendatangi anda..berhati hatilah ye..sebab sejak kejadian itu..aku sangat berhati hati..huhuhu

Momblogger Planet Baby in nature contest


RIKAZZ QALBY MUNTASYEE
10 MONTH
LOKASI : KG PADANG CINA BALING KEDAH

Hijau tak alam semulajadi Rikazz ni?

Sudah lama tidak masuk contest kat mombloggers planet ni..bukan apa..susah oo nak menang..lagipun kami tak pernah menang apa apa pun contest..takpelah..contest yang ni pun susah kot..tapi dek kerana ada gambar Rikazz in nature..so bolehlah join..silalah jengok gambar comot Rikazz k




mari kita sembang sikit pasal gambar di atas..gambar ni masa Rikazz bangun pagi di Baling Kedah..masa ni hantar daddy ngah Rikazz merisik ke Kedah..kawasan rumahnya memang kat kampung sesangat lah..belakang rumah hutan ada..dusun ada..kandang lembu pun ada..memang seronok..Gambar tu memang naz ambil waktu tu bertujuan untuk bagi Rikazz rasakan kehijauan da kesegaran alam..maklumlah..duduk kat bandar metropolitan..kalau ada burung pun..burung gagak..sedih sungguh..tapi di balinglah kali pertama Rikazz memijak rumput..menyentuh embun di hujung rumput..eheheh..seronok tengok dia mencangkung tu..




Pendapat Naz tentang anak dan alam semulajadi ni..


Sesungguhnya manusia ini asalnya diciptakan dari tanah..kehidupan kita juga bergantung pada alam sekeliling..untuk terus hidup..bernafas..malangnya..anak anak hari ini kebanyakannya membesar di bandar..dikelilingi oleh kota batu yang menyesakkan..adalah baik untuk kita perkenalkan alam semulajadi kepada mereka..yang mana daun..yang mana kayu..yang mana
hijau..yang mana biru..secara tak langsung kita telah menanamkan rasa cintakan keindahan alam semulajadi dalam diri mereka..semoga dengan pendedahan pertama ini..akan memberikan inspirasi kepada mereka agar menjadi generasi yang menjaga warisan nenek moyang ini sebaik mungkin..kerana..alam semulajadi adalah guru kepada pelbagai jenis ilmu



Inilah penaja penaja contest ni...


Saturday, November 14, 2009

11 yang membahagiakan


Dah macam nombor ramalan pulak ye..bukan apa..tahun ini tahun 2009 nombor dan tarikh ni selalu membawa makna yang best buat diriku..


1.Kelahiran Rikazz Qalby Muntasyee pada 11 january..sepatutnya dia dijangka lahir 8jan tapi dah takdir Allah 11jan..kelahiran Rikazz merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan ku yang pertama


2. bertarikh 11 November aku terima SURAT TAWARAN LANTIKAN KE JAWATAN TETAP..berbulan2 aku menunggu surat ni..dengan no ni lah maka tetaplah sudah jawatanku ini..alhamdlillah..


3. Hari ni aku g family day sekolah..dapat hadiah cabutan bertuah..juga no 11 ..dapat seterika..alhamdulillah..sejak 3tahun aku kat sekolah tu..mesti kene gak adiah cabutan bertuah tu..walaupun adiah kecik..


sekian terima kasih

Thursday, November 12, 2009

Kenapa kecik kecik dah buli ustazah?


Kisah ini terjadi kira kira tiga hari yang lepas apabila rakan sekerja ku sendiri yang menjadi mangsa keganasan seorang murid sekolah rendah seusia 7tahun..sahabatku itu..masuk ke dalam kelas apabila mendapat aduan seorang pengawas yang dia sudah tidak tahan lagi menjaga kelas tersebut sebab si murid yang ku panggil S telah membaling kasut di muka si pengawas..apabila rakanku masuk ke kelas..kawan2 S yang lain turut mengadu bahawa mereka ada yang dicekik dan dan ada yang dicubit sehingga luka..rakanku bertanya kepada si S kenapa buat pengawas dan kawan2 macam ni?dan rakanku cuba menggertak S untuk melaporkan perbuatan nya kepada guru HEM..si S mula berang dan menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba menampar rakanku..rakanku mempertahankan dirinya..dan si S mula menendang meja sehingga terbalik dan melempar kerusi ke arah rakanku..rakanku yang mula takut sempat merakam perbuatan si S sementara meminta pertolongan seorg pengawas utk memanggil Guru HEM ke kelas tersebut..perbuatan rakanku yang merakam aksi S telah menaikkan lagi kemarahan nya lalu S meluru ke arah rakanku dan ditumbuk2 tumbuknya rakanku dengan sekuat hati..rakanku cuba menahan tumbukannya seperti seorang peninju yang mengakibatkan jari rakanku terseliuh sehingga biru lebam dan bengkak jarinya..si S cuba merampas HP rakanku namun sekuat mungkin rakanku memegang HP nya..

Bapa si S telah dipanggil ke sekolah sejurus selepas insiden itu..dari percakapannya seolah2 ayahnya selalu sahaja merotan S..tapi apabila ditanya kepada kakak dan abang si S yang turut bersekolah di sekolah yang sama..sebenarnya si S adalah anak kesayangan ayah nya dan ayah nya tidak pernah merotan atau memarahi si S..akibatnya?...kawan2 fikir lah sendiri kejadian ini..Kadang2 aku pun mati akal dengan budak2 kat sekolah ni..CIKGU yang takut dengan MURID tauu

Wednesday, November 11, 2009

Epi 10month besday Qalby Muntasyee


Alhamdulillah..hari ini 11.11.09 genaplah usia Rikazz 10 bulan..tinggal 2 bulan je lagi Rikazz dah nak tukar usia..dari bulan kepada tahun..Alhamdulillah..sudah 10 bulan jugalah perjalanan penyusuan susu ibu ku..walaupun usia itu masih mentah tapi ku telah berazam untuk meneruskan program ini selagi Rikazz tidak mempunyai adik lagi..insyaallah kalau tiada aral melintang selama 2tahun genap sebab aku merancang untuk beri Rikazz adik apabila Rikazz cukup usia 2thn pada 11januari 2011 nanti..insyaallah..yang aku tau penyusuan susu ibu juga turut membantu proses pengecutan rahimku yang telah dibedah sewaktu melahirkan Rikazz dulu..mudah mudahan waktu 2thn dengan bantuan penyusuan badan mampu memulihkan sepenuhnya luka akibat pembedahan ini..aku nak catat perkembangan Rikazz sepanjang usianya 9bulan..dan apa yang telah dicapai apabila dia genap 10bulan

1. Rikazz sudah mampu berjalan satu ruang tamu tu..tapi bila penat dia merangkak.hehehe(terbantut selepas demam)
2. Rikazz dah pandai menunjuk(guna jari telunjuk) sesuatu dan bercerita ttg apa yang ditunjuknya..keje nak menunjuk n membebel je kejenya.
3. Rikazz dah pandai sikat rambut..guna sikat..dia dah tau sikat untuk rambut
4.Dah pandai bukak tutup dapur gas..hasil pemerhatiannya selama ni kot..
5.Dah pandai lambai tangan bila kita kata BABAII
6.Dah pandai turun naik katil..turun naik sofa..kerja nak memanjat je..(dah lama ajar dia turun kaki dulu)
7.Dah dapat first word..tapi..sungguh censor itu word..tak dapat nak publish kat sini..

Aku masih menanti keputusan ujian darah Rikazz..walaupun makin hari Rikazz kelihatan pucat..tapi Rikazz tak lemah n masih aktif seperti dulu..apa yang aku catit disini bukan kerana nak menunjuk2 cuma aku takut aku lupa apa yg aku catitkan ni bila waktu berlalu..Ibu masih menanti Rikazz bercakap..n berlari..

Sunday, November 8, 2009

Manusia mudah lupa...


Kehidupan aku di alam kampus banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiranku hari ini.Aku akui..dalam banyak banyak stage kehidupanku..aku paling rindu alam kampus..alam di TAMAN ILMU DAN BUDI..the garden of knowledge n virtue..UIAM..ada yang suka dan ada yang tak suka..biasalah..pilihan ditangan sendiri..bagi yang suka kenangan di UIA akan menjadi saat manis dlm hidupnya..bagi yang benci..mendengar nama IIUM tu pun dah sakit hati sakit telinga..tapi bagi aku..aku sayang alam kampus ku..kerana terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi di sana..dan hingga kini aku teruskan kesinambungannya lebih lebih lagi aku seorang guru..
Malam ini aku ingin bermonolog dengan diriku sendiri..dan ku kongsikan pengalaman hidupku bersama teman sekalian..Kisah manusia mudah lupa..bukan orang lain melainkan diriku sendiri..MANUSIA..INSAN..berasal dari perkataan ARAB NISYAN..bermakna..LUPA..memang fitrah seorang manusia memang pelupa..sebab itulah kita diwariskan kitab ALQURAN sebagai peringatan untuk kita kan..
Sewaktu aku di pusat matrikulasi UIA di jalan Universiti Petaling Jaya..aku pelajar yang cemerlang..pointer aku?4# memanjang..masa SPM?best student..tak cun sgt pun SPM tapi ttp best student..7A1 dr 10 subjek..masa tu AMALINA..takde lagi..aku?selesa lah..sebab selalu berada di atas kan..sampai kat MATRIKS..aku masih maintain lagi..dan aku menamatkan zaman matriks dengan CGPA 3.98..sipi2 je lagi nak 4#..berlagak ke?ishh..mesti ada sikit..sapa tak bangga..bukan semua orang boleh dapat macam tu kan..memang aku akui..sifat riak tu timbul tenggelam..tenggelam sebab bila ia datang aku mula istighfar..akhirnya aku dikurniakan EXCELLENCE ACADEMY AWARD untuk seluruh fakulti ku waktu itu..aku bahagia walaupun emak tak dapat menyaksikannya..(parents student lain datang..aku org susah..mak takde duit nak dtg PJ)aku tau..seluruh usaha ku utk mendapatkan yang terbaik adalah kerana EMAK..dan PENGORBANAN EMAK..
dengan kedudukan selesa aku teruskan pengajianku di MAIN CAMPUS IIUM GOMBAK..masa nilah baru bermulanya perjalanan ilmuku mengejar segulung ijazah..AKU?masih selesa lagi..aku ada pantang tau bila nak exam..pantang aku ialah..PANTANG KALAU TAK HABIS BACA BUKU..walaupun tak sempat nak ingat n menghayati dek krn study last minute..tp aku WAJIB HABISKAN BACA..tapi dek kerana rasa selesa itu..apabila berada di SEM 1 TAHUN 1..aku mula bermain cinta dengan seorang kawan sek menengah ku..seorang jejaka SINGAPURA..namanya LUQMAN ALHAKIM..cinta punya cinta punya cinta..gayut punya gayut punya gayut..PANTANG EXAMku telah ku langgar..aku tak habiskan pun baca buku2 b4 exam..AKHIRNYA..SEM 1 ku habiskan dengan pointer yang memang tersangat menyedihkan aku..3.24 je..inilah keputsan paling rendah selama hayatku di UIA..aku menangis..berfikir apa sudah jadi dengan diriku..mana janjiku dgn emak..bila dapat paper je nangis..dpt paper je nangis..tak boleh terima tau..diantara kawan2 ku yg 13 org buat setahun setengah kat MATRIKS..aku yg last?DULU?aku kat atas..
satu hari sewaktu aku sedang bersedih yang amat sangat..datanglah salah seorang sahabatku namanya TASHA..tasha dtg kepadaku dan aku fikir TASHA nak menenangkan hati aku yang kecewa ni..rupanya..MELESET JANGKAANKU..nak tau apa TASHA kata kat aku?ELEH NAZLA..NAK NANGIS NANGIS..PADANLAH MUKA..RASAKAN APA PERASAAN KAMI KAMI YANG SELALU BERADA DI BAWAH NI RASA..TAKKAN ASYIK NAK DUDUK KAT ATAS JE KAN..tersentap tangkai jantungku mendengarnya..tak sangka ayat tu keluar dari mulut TASHA..kawan baikku sendiri..semakin berjurailah air mata kecewa aku ni..minda berfikir kenapa tega Tasha ucapkan kata kata tu..bila aku mengadu pada seorang sahabat..tak silap aku MARYAM..YAM kata..NAZ..SEBENARNYA APA YANG JADI PADA NAZ NI ADALAH SATU PERINGATAN DARI ALLAH..ITU TANDANYA ALLAH MASIH SAYANGKAN NAZ..ALLAH NAK TEGUR KITA ADA MACAM MACAM CARA..ADA YANG DIBERIKAN BALA..ADA YANG DIBERIKAN KESENANGAN..DAN ADA JUGA YANG DATANGNYA DARI PERKATAAN MENYAKITKAN YANG KITA TAK SANGGUP NAK DENGAR..TU SEMUA TEGURAN YANG ALLAH NAK SAMPAIKAN KEPADA NAZ..MEKANISME NYA?DARI MULUT TASHA..seharian aku merenung nasihat Yam..mungkin sudah jauh aku alpa dengan keriakan yang aku rasa sedikit je ada dalam hatiku.tapi rupa2nya telah melukakan hati orang lain..dan setelah ku kaji sudah melampau tahap perhatianku pada HAKIM..akhirnya..HAKIM tinggalkan aku begitu saja dan aku pula kene struggle utk semester yang seterusnya..sebab dah mulakan pengajianku dengan pointer yang rendah.huhuhu..akibatnya?aku tanggung sehingga kini..SEBAB?walaupun aku usaha sekuat mana..CGPA terakhir aku hanyalah 3.54..dan yang aku kecewa..hanya kerana kekurangan O.O6 mata..aku kena bayar SEMUA PINJAMAN PTPTN aku sebanyak RM28 ribu..uwaaaa...itulah..manusia mudah lupa dan mudah melenting plus selalu tak bersyukur dengan apa yang ada..n asyik nak merungut je kan..aku ingat lagi USTAZ cerita masa kat UIA dulu..JANGAN KITA ASYIK PANDANG ORANG YANG LEBIH SENANG ATAU LEBIH BERJAYA DARI KITA..sebabnya kita akan timbul rasa iri dan tak bersyukur..tapi PANDANGLAH orang yang lebih kurang dan susah dari kita...nescaya kita akan merasa nikmat syukur dan merasa puas dengan rezeki yang Allah bagi..sebab manusia ni banyak kekurangan disana sini kan..kene lah saling tolong menolong untuk melengkapi antara satu sama lain..Allah telah berjanji..sekiranya kita bersyukur dengan rezeki yang ada..maka Allah akan tambahkan lagi..bagaimana caranya?sedekah dan infaq kepada insan yang kekurangan..agak2 setelah membaca n3 ini?ada tak yang nak sedekah duit kat aku yang dah lama menanti gaji yang belum kunjung tiba ni?hehehe..just joking..saja nak share pengalaman sbb apa yg terjadi pada aku tu..aku jadikan pedoman sampai sekarang..terima kasih Tasha..walaupun hati aku sakit dengan apa yang kau kata dulu..kerana kata kata kau lah..aku sedar diri dan bangkit dari kealpaan aku..dan ia mengingatkan aku..ALLAH MAHA PENYAYANG

Saturday, November 7, 2009

Bila Sabtu tiba..

ihsan dr QUTREEN.FOTOPAGES.COM
Sejak sejak nak cuti sekolah ni..setiap sabtu asyik ada tugasan je..jadual pack je..minggu lepas kene pergi camping kat sekolah..minggu depan ada hari keluarga kat NUR LEMBAH PANGSUN..minggu ni pulak jadi hakim KALAM JAMAI kat SK SRI KELANA..kalam jamai tu apa?kalam jamai tu choral speaking..seronok gak..ni first time aku jadi hakim..sebelum ni tak diberi peluang..kumpuln yang masuk tak ramai..so peluang menang memang besar..jadi tadi yang menang SK KELANA JAYA 2..tahniah ye..diorang perform Best..cikgu nya pun pandai..tahniah utk SK KJ 2...so Sabtu minggu depan..nak g FAMILY DAY..nak mandi..yey..nak ajak Rikazz mandi..tp mesti sejuk kan..nanti Rikazz meraung plak.ehehehe

Friday, November 6, 2009

Keputusan yang mendebarkan

Ramai yang nak tahu tentang keputusan ujian darah Rikazz(ehehehe..ramai ke?)alah..lebih dari 1 dah plural kan..Aku sampai di PPUM pkl 8.30pg..memusing cari klinik kanak kanak..fuh..menggigil tangan dukung Rikazz turun naik lif turun naik tangga n menyeberang bangunan meredah terowong..mana ni klinik nya?sorang demi sorang aku tanya..akhirnya selepas hampir 15minit bru lah sampai..B?biasalah..kene cari parking dulu kan..

Sampai klinik kanak2 tu..lepas urusan pendaftaran sume aku bagilah Rikazz main main dgn ruang permainan tu..skang nampak dia excited bila dibawak ke taman permainan n etc..tgah syok layan Rikazz main..nama Rikazz dipanggil..ukur tinggi n berat dulu..Alhamdulillah berat Rikazz dah naik semula..selepas hilang banyak masa cirit birit ari tu,,skang Rikazz dah 8.5kg..semula..Lepas ukur berat n timbang sambung main lagi sampai lah no Giliran Rikazz tiba..relax sket sbb org tak ramai..ada 3org je pesakit masa tu..sempat lah berkenalan n tanya apa masalah anak anak diorang..yang sorang tu baby dia takleh makan n takleh meneran..asal meneran n makan muntah..masalah dia sejak lahir sampai lah skang baby tu dah 11bulan..yang sorng..athma..eh..asma..kene sedut gas..menangis nangis dia..sian kan..kecik kecik dah sakit..

Berbalik kepada keputusan darah Rikazz..sel darah merah sikit sebab zat besi dlm darah Rikazz rendah..result THALASEMIA tu blom kuar..dr kata amek masa sbb dia kata nak kene kaji darah tu bawah mikroskop..so dr soal siasat aku n pemakanan Rikazz..Dia kata selalu sel darah merah kurang sbb makan tak cukup n baby akan lemah..tp dia tgok Rikazz aktif..sibuk berjalan dlm bilik Dr tu..bila aku tanya apa effect kurg sel drh merah ni..dia kata tumbesaran terbantut n semua akan jadi lambat..tp bila dia cek graf perkembangan n tumbesaran Rikazz dia diam..dia kata klu Rikazz tak cukup makan graf pembesaran dia tak akan sebagus ini..at last dia kata..skang pihak hospital akan bg treatment selama 2bulan utk tgok boleh tak zat besi n sel darah merah bertambah selepas Rikazz terpaksa telan zat besi n asid folic setiap hari..Sian dia..5jan ni kami akan dtg PPUM lagi utk terima result THALASEMIA tu..hope negative..soon Rikazz akan berusia 10bulan..alhamdulillah..Rikazz dah makin laju dan makin jauh berjalan..n dgr dgr ADAM dah dpt first step..makin seronoklah ryann sbb dah ada kwn nak main kejo kejo..klu dak main kejo kejo dgn FIA je..jadi skandal plak kan..ahahaha

Tuesday, November 3, 2009

Ku rindu senyumanmu
















Sejak Rikazz dicucuk cucuk utk masuk air garam dan dicucuk untuk ambil darah..plus ibu dia terus tinggalkan dia dek kerana tugasan terpaksa berkampung kat sekolah tinggalkan Rikazz..Rikazz jadi seperti ketakutan..selangkah aku tinggalkan Rikazz dia menangis beria ia..bila aku angkat dia..dia terus peluk aku sekuat hati.huhhhu..memang susah aku nak wat keje..sbb Rikazz mmg takleh tggal langsung..aku sedih sbb Rikazz dah tak mcm dulu..





Jadi..aku nak cuba buat Rikazz lupakan rasa takutnye..aku plan nak bwk Rikazz g main main..semlm aku bawak g wonder park kat aeon bkt tinggi..adakah aku berjaya mengembalikan senyuman Rikazz itu?





Alhamdulillah..berjaya gak aku mengembalikan senyuman dia..sebenarnya..Rikazz tak boleh masuk park ni sbb dibawah umur..setahun ke atas baru boleh ..tapi aku merayu kat penjaga park tu n bgtau yang Rikazz dah pandai jalan..so lepaslah jugak..mekaseh park girl...hihihi..hari ni..ketakutan Rikazz berkurangan..takdelah macam sebelum ni..mungkin Rikazz ajak ibu dia g taman lagi kot..RRAFF..nak ajak ibu Rikazz g tasik mana mana lagi tak?





oh ye..Rikazz dah pandai melambai tangan..take note:Rikazz 9month..dan dah pandai guna sikat untuk sikat rambut..alhamdulillah..ada gak pencapaian baru..selepas dia sakit..risau gak perkembangan terbantut sbb berat badan Rikazz turun 500gram..sob sob..Aku risau Rikazz sakit lagi..sbb tu aku tabahkan hati untuk menyusukan Rikazz lagi..huuu..ibu Rikazz ni tak kaya nak hantar Rikazz kat hospital pakar kalau Rikazz sakit..ibu cuma mampu g hospital kerajaan yang servisnya huhuhu..faham faham je lah..ibu sendirilah yang kene tolong tambah antibodi Rikazz dengan menyusukan Rikazz..psstt..permintaan kepada ibu ibu..yang fully bf ataupun tidak bf lagi..janganlah gado gado kat alam blog ni..kita disini kan nak berkongsi pengalaman..kita semua sama disisi allah..yang membezakan kita hanyalah TAQWA..insaflah wahai saudaraku..hehehe..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN