Contest Kenangan Berpuasa
Zaman Kanak2
Zaman Kanak2
Contest ni akan bermula pada hari ini,
22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
(kesilapan tarikh di banner sila abaikan)
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.
Ok,
Syarat2nya ialah:
Menjadi FOLLOWER Mamamanja
Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
Upload gambar diatas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY ini
Nyatakan LINK blog Mamamanja kat entry korang
Cara2nya pulak ialah:
Buat 1 entry tentang kenangan berpuasa korang yang paling menarik masa zaman kekecik dulu. X kira la... pertama kali berpuasa atau dah jenuh berpuasa, janji kenangan yang paling menarik masa zaman kekecik.
Bila dah siap, nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen entry ini supaya senang aku nak terjah
jadi..marilah kita mengarang..
Begini alkisahnya.Cerita aku ni simple je.Masa aku darjah satu dulu..itu lah saat puasa yang paling aku ingat.Sebelum sebelum tu aku tak ingat.
Masa aku darjah satu..aku bersekolah di SK PERMAS JAYA 1..Aku bersekolah pada sessi petang.Bersemangatnya aku nak puasa ni..aku pun tanya dengan emak yang BOLEH dan yang TAK BOLEH dilakukan sewaktu berpuasa.Emak pun kata..
KAKLONG TAK BOLEH KOREK HIDUNG
TAK BOLEH KUMUR2 PAS TU TELAN
tu lah yang aku ingat antara pesanan emak.
Hari itu aku berpuasa sampai ke petang.Namun dugaan ku berpuasa bermula apabila loceng tamat sekolah berbunyi. KRINGGGGGGG!!!!
Aku pun keluar sekolah dengan semangat berkobar2 nak berbuka MAGHRIB itu.Di luar kawasan sekolah..banyak pakcik2 aiskrim yang mengoffer aiskrim kepada murid2 yang pulang dari sekolah.Namun aku bukanlah dioffer oleh pakcik aiskrim tu.Tetapi kawan baikku namanya SITI HARA bt MOHD HAMIM.Hara membeli 2batang aiskrim asam boi.Huih..bila meliht titisan air dari aiskrim tu..terliur air liur aku ni.Dialog antara kami pun bermula:
HARA : NAZLA NAK TAK AISKRIM NI?KITA ADA DUA
AKU : KITA PUASA LAH HARA.
HARA :OH..PUASA.JADI NAZLA TAK MAU LAH AISKRIM NI.
aku terus teringat...sebelum pergi sekolah soalan terakhir aku untuk emak..EMAK..KALAU ALONG DAH MAKAN..BOLEH TAK PUASA BALIK?
BOLEH..jawab emak.
dialog disambung
AKU : HARA..MAK KITA KATA, KALAU DAH MAKAN SIKIT BOLEH PUASA SEMULA.TAKPELAH..KITA MAKANLAH AISKRIM NI DULU.PAS TU PUASA SEMULA.
azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba.Emak tanya aku..KAKLONG PUASA TAK?
Dengan yakin aku menjawab.PUASA!TAPI TADI ALONG MAKAN AISKRIM TAPI DAH PUASA SEMULA.
mulut mak terlopong..HA?SAPA AJAR ALONG MACAM TU?
aku menjawab.EMAK LAH.KAN EMAK KATA KALAU DAH MAKAN BOLEH PUASA SEMULA.
mak pun menerangkan kepadaku semula bahawa emak hanya bergurau sahaja.
Kesian aku..hanya tggal setengah jam je..puasaku batal dek kerana gurauan emak.Sedih..
moral of the story : terangkan lah kat anak2 dengan cerita yang betul.kerana mereka sangat percaya pada kata kata org dewasa,
mamamanja..terima tak citer ni?
psst..mamamanja..Naz tak dpt upload gambar contest ni kat entry.kira terima yer.takde syarat kan..
3 comments:
ngeh2..
sgt suka kt ur mom..
ada sense of humor..
hiksssss..
salam naz...
MM datang terjah ni. tq join contest MM.
ok, sumernya lulus... bab gambar lam entry tu xde lam syarat2.. yang penting kat sidebar sebagai banner jerk, so penyertaan ni diterima.
huhuhu..sense of humor tlh membatalkan puasa ku..
mamamanja..bg lah kita menang.nak dodol!!!
Post a Comment