Followers

Sponsored By

Wednesday, August 26, 2009

SMS di petang syahdu

Petang tadi aku betul betul mengantuk.Mungkin kerana malam semalam rikazz asyik tersedar je dari tidurnya.Bila siang hari aku bantai tidur.ambil kesempatan lah sebab ramai org tengokkan rikazz.tapi tidurku yang lena itu dikejutkan oleh bunyi sms dari hp ku.Tangisan rikazz yang dah terlentang depan pintu bilik pun tak berjaya mengejutkan aku.apa punya emak daa..anak aku dah merayap kemana tapi aku plak tido sepuas hati.
Berbalik kepada kisah sms tu.Bila aku bukak mata n baca sms tu..ada 2 sms yang aku terima.sms dari B mintak aku wat video call n sms lagi satu dr MEK EMA.sapa mek ema ni.Mek ema ni aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri.dia ni rakan sekerja aku..dialah kwn yang selalu aku cerita segala galanya pada dia.
Sms mek mengejutkan aku.Dari aku mamai mamai dek kerana tidur yang tak pulas..terus aku terkejut dan baca mesejnyer sebanyak 3kali.Mek ema ni ada baby.Lepas aku mengandung dia plak.Nama baby dia NURDAMIAA HANIE QISTINA.hanie baru berusia 4bulan.Kasihan hanie.Sekarang dia sedang dirawat di PPUM kerana diserang demam panas pagi tadi.
Dari cerita mek..malam tadi lagi hanie dah demam tapi bila diberi ubat demamnya kebah.namun pagi tadi membuatkan semuanya kelam kabut bila hanie tiba tiba panas berapi ..kejang..dan mula bertukar warna dari putih kemerahan kepada biru lebam..Mek mengambil langkah drastik membawa hanie ke PPUM kerana hanie dah sampai tahap kejang dan kebiruan.Aku dpt bayangkan betapa paniknya mek ketika itu..
Sampai di PPUM hanie dikejarkan ke wad kecemasan.Semuanya berjalan dengan begitu pantas sehingga mek dan suaminya yang aku pggl mat shah dikehendaki menandatangani surat kebenaran mengambil air tulang belakang utk menyelamatkan hanie.Aku pasti..dari cerita cerita yang kerap kita dengar..air tulang belakang kalau diambil akan menyebabkan kecacatan kan.Atas faktor keselamatan mek membenarkan sahaja Hanie dilakukan sedemikian atas saranan doktor pakar.Bila keluarga mek diberitahu semua marah kerana mek izinkan doktor aair tulang belakang hanie.
Dari luar wad..mek mendengar suara tangisan hanie yang sangat meruntun jiwanya.Mek kata..terbayang rasa sakit sewaktu dia dimasukkan air dan dibius di tulang belakang sewaktu melahirkan hanie 4bln lpas.skarang anak kecil tu terpaksa menanggung kesakitan yang lebih sakit dr ummi nya.
Masa cuti mek terpaksa dihabiskan di hospital kerana hanie ditahan untuk seminggu lagi.Waktu aku menghubungi mek hanie sedang tertidur selepas menanggung kesakitan dan kelapara terpaksa berpuasa utk 4 jam.
Dari cerita mek..aku dpt tahu dia menyelimutkan hanie dengan selimut yang tebal sewaktu badan hanie mula panas.Aku masih ingat lagi bacaan yg ku buat melalui satu laman web..kalau badan bayi panas yang agak tinggi ..kita kena bogelkan bayi tu dan selimutkan hanya dengan kain yang nipis sahaja.Jika kita selimutkan baby dengan kain yang tebal..haba panas tidak akan keluar dan terperangkap di dalam badan yang mengakibatkan kepanasan semakin tinggi.
Kalau ikut org tua kita..lagi dia suruh selubung kan sbb bila badan kita panas kita akan rasa sejuk yang amat.
Inilah dugaan berpuasa..kalau aku berada di tempat mek pasti aku akan nangis semahu mahunya.Alhamdulillah..Allah maha tahu aku ni bukanlah sekuat mek utk diduga begini.Sepanjang rikazz berusia 7bln..hanya sekali rikazz pernah demam tu pun lepas kene inject namun tak lah kuat mana.Cuma merengek je..
Kepada mek dan hanie..aku doakan Allah kuatkan semangat mereka dan kembalikan kesihatan hanie seperti sedia kala supaya dia dapat membesar dengan sihat seperti dulu..AMIN

9 comments:

nur rabiatul adawiyyah said...

ya allah..cian nye kat kawan awak tu..sedihnye...saya pon doakan hanie nye sembuh sepenuhnya...

[-suziey-] said...

OMG..siannya hanie..emmm sbb tu parents kena alert kalu baby demam panas..demam pns mmg sgt bahaya..btol tu..petua org dulu2 utk selubung smpai kuar peluh xleh dipakai..kalu utk org dewasa mgkin berkesan..n kalu jadi ape2pn org dewasa bole pk n bertindak..kalu baby..jgn la cuba buat camtu..ish sian baby tu,...semoga Allah lindungi hanie n jauhkan dia dari kemudaratan..amin..

hai..salam ziarah :)
erkkk dh komen pnjg2 br nk bg salam..ekek:D

fantaghirolynn said...

salam.. masa sepupu saya berusia 7bulan, dia kena demam panas.. antar g HKL doc mintak air tulang belakang utk kesan penyakit dgn cepat.. alahamdullilah, skrg sepupu saya sihat, cergas dan bijak sekali.dan besar pun. 12tahun

AziE-rAh said...

Salam Ramadhan...
Naz, saya tumpang bersimpati kat kwn naz tu. Erm boleh saya tahu keadaan anak dia sekarang and apa penyakitnya?
Bukan apa, semalam anak kawan saya(berumur 3 bln ++)pun mengalami nasib yg sama. Bezanya anak kawan saya nie di masukkan ke SJMC. Prosedur yg doktor lakukan adalah sama. Sekarang masih menunggu keputusan. Ada yg mengatakan ini kerana faktor genetik (sawan babi). Adakah benar?
Maaf sebab tanya byk sgt.

fantaghirolynn said...

azie tny pasal komen saya dlm blog naz(http://is3riziburikazz.blogspot.com).
doc ambik air tulang belakang, result yg kuar kata sepupu saya kena jangkitan paru2. ada kuman..
doc kata lagi dia x akan apa2 sbb dapat kesan penyakit dgn cepat.
ramai org kata kalo ambik air tulang belakang boleh jadi cacat.time tu ramai yg salah kan mcik saya sbb benarkan doc ambik air tulang belakang.mcik saya tny doc, betul ker ambik air tulang belakang boleh cacat?, doc kata x.
air tulang belakang tu utk kesan jenis penyakit.
xtau la nak terangkan.
tu la yg mcik saya ckp. saya xpandai sgt.. cuma kesian bila dgr baby sakit.

Mrs. Adz said...

sedih la aca cite kawan awk ni..tak dapt dibayangkan kalu berlaku pada anak sendiri..moga dijauhkan la..moga anak kawan awak tu selmat dan kembali sihat..sabr dan banyakkan berdoa..

memang parents ni kena more alert tentang panduaan penjagaan kanak-kanak ni..kita kena jadi doctor juga..

Naz-Segalanya disini said...

kpd atul..sama sama kita doakan hanie cepat sembuh.

to suzie..salam ziarah..takpe..komen je pnjg pnjg.

kpd lyn dan azie..masa ummi hanie citer kat saya..doktor kata demam panas boleh menyebabkan baby kena sawan..sawan tarik tak silap saya.skang saya tak tau lg keadaan hanie mcmn.

adda said...

semoga anak kepad mek tu cepat sembuh.. sebasb tu everytime syafi demam kitaorg sentiasa amik suhu. pastu lap2 badan dia dgn kain basah.. kalau mood dia ok letak cool fever.. ada penah dpt fwd email ckp kalau smpai satu tahap panas teramat, leh rendam dia dlm ais .. tah betul ke idak..

adda said...

azie, sawan akan kena pd baby bila suhu badan dia terlampau panas. x semestinya faktor keturunan

SIGN JANGAN TAK SIGN