Followers

Sponsored By

Saturday, August 29, 2009

Cuti dah nak habis=nak balik KL dahhh

Ini adalah entry terakhir aku sebelum pulang ke KL pada 30 hb ogos 2009.Lepas ni tak tau lah entah bila lagilah aku dapat mengupdate blog ni.Terima kasih yang tidak terhingga buat adikku firdzaus kerana sudi meminjamkan laptop nyer kepada aku sepanjang aku berada di kampung.Lepas ni..aku kenelah tunggu laptop baru lah jawabnyer.Kalau belum ada rezeki maka senyap sunyilah hidupku lepas ni.Tak tau citer kawan2..
Petang ni B akan sampai nak bawak aku balik esok.Rasa seronok nak balik umah sendiri.Maklumler..dah seminggu aku tinggal bantal busuk kesayanganku.tapi sedih jugak nak tinggal mak.ye lah..lpas ni aku tunggu raya ke 3 baru dpt balik Johor lagi.
Sepanjang aku kat kampung ni..Rikazz kemain lagi sukenyer..ada orang nak layan dia..petang2 daddy ngah dia bawak jalan2 naik kete..hari hari usu dia buat shuffle nak bg dia ketawa melekek lekek..lepas ni tercari2 lah rikazz pokcik pokcik nyer berdua tu.
Rikazz macam seronok ada kat sini.baru seminggu aku kat sini dia dah pandai diri sendiri.tak berpaut pada apa apa pun..terkejut gak.dulu nak tunggu dia nyer progress drmeniarap ke merangkak amek masa sampai 3bln..ni tak sampai sebulan dia dah terus ke step yg seterusnya.syabas sayang ibu..
oh yer..esok balik je dari jhr kami terus pergi FLAMING STEAMBOAT.nak berbuka puasa bersama MAMAFARISNAJMI..MUMMYHAZIQAHKAFIAH..UMMIAIMANRAYYAN dan MAMAADAMHARITH..mummy fia..epi 2nd anniversary yer..semoga kalian bahagia dan cepat2lah bg adik kat haziqah kafiah.hehehe.Esok tema kami..WARNA WARNI MALAYSIA daa...jangan mare..

Thursday, August 27, 2009

Terima kasih Dira

Hari ini ku sangat gembira..sebab pagi pagi tadi aku mintak dira tolong mengadjust blog aku yang sudah tunggang terbalik ini..hatiku sangat gembira kerana dira dengan murah hati telah membantuku mengadjust blog ni..pas ni..bolehlah aku letak mcm mcm application n widget lagi kat sini.miahahaha..ait..macam ketawa dira plak..

Ingat tentang baby Dami hanie?tadi aku mesej mek.mek kata result darah n tulang belakang tu ok.tiada sebarang penyakit yang bertandang.keadaan panas hanie pun sudah berkurangan.sangat baik servis di PPUM tu.cuma doktor masih lagi memantau hanie dan ujian demi ujian masih dilakukan bagi memastikan semuanya memang confirm ok..

sapa nak tgok gambar rikaz pakai songkok boleh tgok kat sidebar aku.kat situ je boleh msk gambar.huhuhu..dlm entry tak boleh..uwa!!!

Tercapai Hajatku

Yeyey..dah beli songkok raya n sampin rikazz.Tadi ajak mak n adik jalan jalan kat angsana..Kami carilah semua tu.comelnyer tengok rikazz pakai songkok.Rikazz pakai songkok saiz 18..n sampin songket rikazz harganya 2ORM.Banyak sangat baju ready made n pilihan best sgt kat PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU.tak sabar nak pakaikan rikazz baju melayu siap sepasang.Gambar?sungguh mendukacitakan.Aku kat kampung tak bawak cabel lah...huhuhu..nak tanya..sidebar aku kat bawah ke?bila aku view ok je.sidebar ada kat tepi dengan jayanya..Takpelah..nak mintak tolong dira buat 3column untk aku n adjust apa yg sepatutnya..DIRAAAA...BOLEH KAN...

Wednesday, August 26, 2009

SMS di petang syahdu

Petang tadi aku betul betul mengantuk.Mungkin kerana malam semalam rikazz asyik tersedar je dari tidurnya.Bila siang hari aku bantai tidur.ambil kesempatan lah sebab ramai org tengokkan rikazz.tapi tidurku yang lena itu dikejutkan oleh bunyi sms dari hp ku.Tangisan rikazz yang dah terlentang depan pintu bilik pun tak berjaya mengejutkan aku.apa punya emak daa..anak aku dah merayap kemana tapi aku plak tido sepuas hati.
Berbalik kepada kisah sms tu.Bila aku bukak mata n baca sms tu..ada 2 sms yang aku terima.sms dari B mintak aku wat video call n sms lagi satu dr MEK EMA.sapa mek ema ni.Mek ema ni aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri.dia ni rakan sekerja aku..dialah kwn yang selalu aku cerita segala galanya pada dia.
Sms mek mengejutkan aku.Dari aku mamai mamai dek kerana tidur yang tak pulas..terus aku terkejut dan baca mesejnyer sebanyak 3kali.Mek ema ni ada baby.Lepas aku mengandung dia plak.Nama baby dia NURDAMIAA HANIE QISTINA.hanie baru berusia 4bulan.Kasihan hanie.Sekarang dia sedang dirawat di PPUM kerana diserang demam panas pagi tadi.
Dari cerita mek..malam tadi lagi hanie dah demam tapi bila diberi ubat demamnya kebah.namun pagi tadi membuatkan semuanya kelam kabut bila hanie tiba tiba panas berapi ..kejang..dan mula bertukar warna dari putih kemerahan kepada biru lebam..Mek mengambil langkah drastik membawa hanie ke PPUM kerana hanie dah sampai tahap kejang dan kebiruan.Aku dpt bayangkan betapa paniknya mek ketika itu..
Sampai di PPUM hanie dikejarkan ke wad kecemasan.Semuanya berjalan dengan begitu pantas sehingga mek dan suaminya yang aku pggl mat shah dikehendaki menandatangani surat kebenaran mengambil air tulang belakang utk menyelamatkan hanie.Aku pasti..dari cerita cerita yang kerap kita dengar..air tulang belakang kalau diambil akan menyebabkan kecacatan kan.Atas faktor keselamatan mek membenarkan sahaja Hanie dilakukan sedemikian atas saranan doktor pakar.Bila keluarga mek diberitahu semua marah kerana mek izinkan doktor aair tulang belakang hanie.
Dari luar wad..mek mendengar suara tangisan hanie yang sangat meruntun jiwanya.Mek kata..terbayang rasa sakit sewaktu dia dimasukkan air dan dibius di tulang belakang sewaktu melahirkan hanie 4bln lpas.skarang anak kecil tu terpaksa menanggung kesakitan yang lebih sakit dr ummi nya.
Masa cuti mek terpaksa dihabiskan di hospital kerana hanie ditahan untuk seminggu lagi.Waktu aku menghubungi mek hanie sedang tertidur selepas menanggung kesakitan dan kelapara terpaksa berpuasa utk 4 jam.
Dari cerita mek..aku dpt tahu dia menyelimutkan hanie dengan selimut yang tebal sewaktu badan hanie mula panas.Aku masih ingat lagi bacaan yg ku buat melalui satu laman web..kalau badan bayi panas yang agak tinggi ..kita kena bogelkan bayi tu dan selimutkan hanya dengan kain yang nipis sahaja.Jika kita selimutkan baby dengan kain yang tebal..haba panas tidak akan keluar dan terperangkap di dalam badan yang mengakibatkan kepanasan semakin tinggi.
Kalau ikut org tua kita..lagi dia suruh selubung kan sbb bila badan kita panas kita akan rasa sejuk yang amat.
Inilah dugaan berpuasa..kalau aku berada di tempat mek pasti aku akan nangis semahu mahunya.Alhamdulillah..Allah maha tahu aku ni bukanlah sekuat mek utk diduga begini.Sepanjang rikazz berusia 7bln..hanya sekali rikazz pernah demam tu pun lepas kene inject namun tak lah kuat mana.Cuma merengek je..
Kepada mek dan hanie..aku doakan Allah kuatkan semangat mereka dan kembalikan kesihatan hanie seperti sedia kala supaya dia dapat membesar dengan sihat seperti dulu..AMIN

Tuesday, August 25, 2009

Puasa Dolu-dolu

Indahnya zaman kanak-kanak kita dahulu.tak macam budak zaman sekarang.sapa setuju?kalau dulu..suasana kampung dapat kita rasai..memang meriah.Lepas je berbuka..berkeliaran lah para kanak-kanak di muka bumi Allah ni mengeluarkan segala jenis meriam mercun n bunga api.Pas tu main lawan lawan meriam antara kampung.Kawasan rumah dipenuhi cahaya percikan bunga api pelbagai warna..Mak2 n nenek2 sibuk di dapur membakar kuih raya..bertin tin berbalang balang.ada kueh tradisional dan ada yg agak moden lah utk ketika itu.

Terkenang zaman aku berpuasa dulu.Segala penat haus lapar dahaga hilang apabila malam menjelma...Ada lah satu malam tu..aku n adik dah sampai di kampung kami di Benut.Malam tu bila dah berkumpul sanak saudara apa lagi..agenda seterusnya tayang bunga api n bakar bunga api.Dulu ada pelita raya kami panggil.Semua jalan yang gelap diterangi cahaya lampu pelita raya.Aku cucuh bunga api kucing kat pelita dan buat pusingan bila api dah dipercikkan...Tiba2 keseronokan bertukar suasana bila adik kejar aku dengan bunga api kucing tu.Dia g cucuh bunga api kat baju aku..Berlubang lubang lah baju aku.Bila aku marah dia bakar baju aku..dia g hala bunga api tu kat kaki aku.Percikan bunga api kucing tu kan sakit..Akibatnya kaki aku berlubang n bernanah.Hingga hari ni..masih ada lagi kesan luka tu kat kaki aku..Dik..ni semua bukti kekejaman kau.huhuhu...

Kini..aku dah ada anak..persediaan raya dimulakan dengan anak dulu..barulah aku n B..turn kali ni..aku plak collect duet raya..selama ni..aku asyik kluar je kan.Duhai dunia..tak sabar nak kutip duet rata utk Rikazz Qalby Muntasyee..Makcik pakcik diluar sana..GET READY HA!!

Monday, August 24, 2009

Puasa Tanpa Suamiku

Jawabnya 10 hari lah aku berpuasa tanpa Baby di sisi.Tu pun sebab aku berada di Johor dengan emak n adik adik.Macam aku kata skang aku bercuti di Johor selama 10 hari...biasalahh..CIKGUUUU..hari2 aku bergilir2 dengan emak masak untuk buka puasa.Macam hari ni turn emak masak lauk.Kami makan tak banyak lauk.tak reti lah..so hari ni mak masak tomyam campur..sbb semalam aku dah masak pulut kuning dan rendang ayam.
Suamiku plak?hari2 dia sms aku..
AYANG..TAJILAN APA ARI NIE?
TAJILAN?huhuh..setelah ku ingat balik suamiku menggunakan perkataan jawa ni masa puasa tahun leps...
Yang sedihnya B cuma jawab hari hari dia makan kuih jer..sian B.
Rikazz plak macamana?Tak rindu ke dgn abah dia?Huih..kat sini dia ada daddy ngah n daddy ucu.hari hari ajak dia gurau..dukung dia..tiap tiap petang ajak round taman naik kete..skang asik nak berdiri..dah asyik sua tangan nak mintak dukung..dah pandai marah kalau kehendak tak dipenuhi..buat ibu geram jer
baju raya?baju raya ibu dah siap 4pasang..baju abah oma tinggal nak jahit leher..baju rikazz..tggal nak cantum..ada 3pasang..best best..skang ni tak sabar nak balik KL nak g jalan TAR nak carik songkok Comel Rikazz n kain sampin..eiii..mesti comel kan

CONTEST KENANGAN BERPUASA ZAMAN KANAK2

Contest Kenangan Berpuasa
Zaman Kanak2


Contest ni akan bermula pada hari ini,
22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
(kesilapan tarikh di banner sila abaikan)
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.

Ok,
Syarat2nya ialah:


Menjadi FOLLOWER Mamamanja

Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang

Upload gambar diatas sebagai BANNER DI SIDEBAR blog korang dan LINK kan ke ENTRY ini

Nyatakan LINK blog Mamamanja kat entry korang

Cara2nya pulak ialah:

Buat 1 entry tentang kenangan berpuasa korang yang paling menarik masa zaman kekecik dulu. X kira la... pertama kali berpuasa atau dah jenuh berpuasa, janji kenangan yang paling menarik masa zaman kekecik.

Bila dah siap, nyatakan LINK ENTRY korang kat ruangan komen entry ini supaya senang aku nak terjah
jadi..marilah kita mengarang..
Begini alkisahnya.Cerita aku ni simple je.Masa aku darjah satu dulu..itu lah saat puasa yang paling aku ingat.Sebelum sebelum tu aku tak ingat.
Masa aku darjah satu..aku bersekolah di SK PERMAS JAYA 1..Aku bersekolah pada sessi petang.Bersemangatnya aku nak puasa ni..aku pun tanya dengan emak yang BOLEH dan yang TAK BOLEH dilakukan sewaktu berpuasa.Emak pun kata..
KAKLONG TAK BOLEH KOREK HIDUNG
TAK BOLEH KUMUR2 PAS TU TELAN
tu lah yang aku ingat antara pesanan emak.
Hari itu aku berpuasa sampai ke petang.Namun dugaan ku berpuasa bermula apabila loceng tamat sekolah berbunyi. KRINGGGGGGG!!!!
Aku pun keluar sekolah dengan semangat berkobar2 nak berbuka MAGHRIB itu.Di luar kawasan sekolah..banyak pakcik2 aiskrim yang mengoffer aiskrim kepada murid2 yang pulang dari sekolah.Namun aku bukanlah dioffer oleh pakcik aiskrim tu.Tetapi kawan baikku namanya SITI HARA bt MOHD HAMIM.Hara membeli 2batang aiskrim asam boi.Huih..bila meliht titisan air dari aiskrim tu..terliur air liur aku ni.Dialog antara kami pun bermula:
HARA : NAZLA NAK TAK AISKRIM NI?KITA ADA DUA
AKU : KITA PUASA LAH HARA.
HARA :OH..PUASA.JADI NAZLA TAK MAU LAH AISKRIM NI.
aku terus teringat...sebelum pergi sekolah soalan terakhir aku untuk emak..EMAK..KALAU ALONG DAH MAKAN..BOLEH TAK PUASA BALIK?
BOLEH..jawab emak.
dialog disambung
AKU : HARA..MAK KITA KATA, KALAU DAH MAKAN SIKIT BOLEH PUASA SEMULA.TAKPELAH..KITA MAKANLAH AISKRIM NI DULU.PAS TU PUASA SEMULA.
azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba.Emak tanya aku..KAKLONG PUASA TAK?
Dengan yakin aku menjawab.PUASA!TAPI TADI ALONG MAKAN AISKRIM TAPI DAH PUASA SEMULA.
mulut mak terlopong..HA?SAPA AJAR ALONG MACAM TU?
aku menjawab.EMAK LAH.KAN EMAK KATA KALAU DAH MAKAN BOLEH PUASA SEMULA.
mak pun menerangkan kepadaku semula bahawa emak hanya bergurau sahaja.
Kesian aku..hanya tggal setengah jam je..puasaku batal dek kerana gurauan emak.Sedih..
moral of the story : terangkan lah kat anak2 dengan cerita yang betul.kerana mereka sangat percaya pada kata kata org dewasa,
mamamanja..terima tak citer ni?
psst..mamamanja..Naz tak dpt upload gambar contest ni kat entry.kira terima yer.takde syarat kan..

CONTEST DISINI KISAH COKLATKU BERMULA

Nak join ler contest ni...

Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda

Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html)

Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini.

Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula
Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (hubungan) dengan anda. Satu entry adalah untuk satu gambar, jika ada gambar yang berbeza, sila buat entry yang lain.

Kategori kedua - anda dikehendaki menceritakan kisah seseorang dengan coklat. Sebagai petunjuk, coklat bagaimanakah pilihan anda atau dia, apa peristiwa yang ada kena mengena dengan anda atau dia dan coklat dan lain-lain mengikut kreativiti.

Tarikh tamat pertandingan adalah pada 13 September 2009 jam 11.59 tghmalam.
Hadiah adalah ditaja oleh http://coklathalal.com
Hadiah pertama :
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate
Hadiah tempat kedua :Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)
Sebagai tambahan : Bagi entry pertama anda memasuki pertandingan ini, jika anda ingin membuat belian, anda layak mendapat 10% diskaun untuk semua coklat aidilfitri


Setelah selesai urusan contest yang aku anjurkan.aku nak join plak contest yang dianjurkan oleh
SITISIFIR.CONTEST DISINI KISAH COKLATKU BERMULA.eh..betul ke?Aku join untuk kategori KEDUA iaitu kisah yang berkaitan dengan someone yang dekat dengan kita dan coklat.Nak join kategori pertama takde gambar.So aku join lah kategori kedua..Inilah kisahnya..

Orang kata..coklat tu lambang cinta..kenapa ek?tapi untuk entry ni aku bukan nak cerita pasal cinta..tapi kisah lain..kisah yang membuatkan aku ketawa terbahak bahak sampai menitiskan airmataku..hahahaha..sebenarnya hari itu..penat sangat..dah seminggu ni bz kat sekolah n mcm biasa..kerja kat sekolah terpaksa bawak balik ke rumah.sampai B komen..hai keje last minute bg esok nak submit..macam org takde keje lain kat umah..memang lah..ikutkan mcm tu lah..kat umah nak rest..nak wat keje umah lagi..semalam aku dah tak tido nak siapkan buku program hari sukan.mana taknya..setiausaha baru bagi content..esoknya Guru besar nak rezo..terpaksa lah aku buat hari tu gaks..huk huk..namun kepenatanku hari ini terubat sket dek kisah coklat yang boleh tahan mahal gaks..semalam B amek barang barang sepupu aku Nadia yang dah nak tamat study kat kolej kat banting..tapi dek kerana banyak sangat barang si nadia ni..petang td baru B habis angkat..aku perasan ada sekotak coklat Ferrero Roche ni dalam kete..tapi sikit pun hati aku ni tak teringin nak merasa coklat tu.Namun petang tadi..dengan semangatnya B ambil kotak tu..dia kata dia nak makan sebijik..teringin plak bila tgok coklat tu..aku tegur b..mintak izin nadia dulu..tp dia tak peduli..dia kata nak mintk izin pas makan nanti..aku biarkan saja B mengopek kulit coklat tu dan aku berlalu msk ke bilik utk pumping session.tak lama pas tu B datang dan suruh aku cium bau coklat tu..ntah kenapa dgn hidung aku ms tu tak dpt nak cam bau coklat tu lalu aku mintak B rasa je lah.tanpa menunggu lama B ngap sebijik coklat tu..tiba tiba dia kata..coklat tu dah tak sedap dan terus g keje..mlm nya aku kol nadia tanya psl coklat tu..dia terkejut bila aku tanya n nak tau saper mkn..nak tau apa cerita di sebalik coklat tu?agak agak korang..apa dia?teng terenggggggggg....mcm ni nadia citer KAKLONG..COKLAT TU HADIAH ANNIVERSARY KAKAK DGN BAHA YG PERTAMA.THN NI DAH ANNIVERSARY YANG KE3 DAH..KAKAK TAK HBS MKN DULU..SO KAKAK SIMPAN LAH BUAT KENANGAN...bila aku cek kotak tu..expired 2007...bln 10..korang dpt bayangkan..coklat apa yg B dah mkn?sian B.Sudah 2tahun Coklat tu expired..Hahahaha..sian nyer suamiku..bagi mengubat hati B yang lara n perut B yg beduka..esoknya aku belikan lah coklat FR utk B ...

Moral of the story : Nak makan coklat sila tengok tarikh luput k

HADIAH UNTUK PEMENANG

Kepada PARA PESERTA CONTEST BAJU RAYA SEDONDON!!!
PIHAK PENAJA CONTEST BAJU RAYA SEDONDON TELAH PUN MENEMUI PEMENANG UNTUK CONTEST INI.
NAMUN..KEPUTUSAN RASMI HANYA AKAN DIBERITAHU PADA SATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN KELAK.
PASTI ANDA INGIN TAHU HADIAH2 NYER KAN?
BAGI PEMENANG TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA
ANDA AKAN MENERIMA
1. DHIA PERFUME
2.PASHMINA
sumbangan LYNN SHOPPE
3.SHAWL
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENAJA
Bagi Hadiah saguhati ke 4-7
Anda menerima
1. SHAWL
2.KERONGSANG
sumbangan KERONGSANG HALL
TERIMA KASIH KEPADA PENAJA
Bagi hadiah misteri diberikan kepada penyertaan ke 2 ke 6 ke 8 dan ke 9 (atas permintaan penaja)
akan menerima
1.SERUNDING
sumbangan SELERA HASMAH
2.TUDUNG
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENAJA
NANTIKAN KEPUTUSANNYA TIDAK LAMA JE LAGI!!

Sunday, August 23, 2009

KEPUTUSAN RASMI CONTEST BAJU RAYA SEDONDON

Salam kepada para peserta semua...

Malas nak simpan2 keputusan pertandingan ni.

So..naz nak umumkan keputusannya..

Hadiah untuk para pemenang mengikut kedudukan akan diberitahu kemudian k..


Jeng jeng jeng....

Naz akan mulakan dengan HADIAH MISTERI...

Hadiah misteri ini diberikan kepada penyertaan ke...

SEMBILAN

Dimenangi oleh




http://h-n-i.blogspot.com/







PENYERTAAN KE

LAPAN





http://gugu-gaga-alisha.blogspot.com/



PENYERTAAN KE

ENAM




http://bukhairiah.blogspot.com/





PENYERTAAN KE

DUA




http://nattdonenonly.blogspot.com/













Seterusnya..hadiah saguhati diberikan kepada 4 orang peserta..



SAGUHATI KE 4

http://iedaluvsham.blogspot.com/





SAGUHATI KE 3


http://ecarnazrin.blogspot.com/













SAGUHATI KE 2

http://ayurazak.blogspot.com/







SAGUHATI PERTAMA




http://fadoubled98.blogspot.com/













BAGI HADIAH UTAMA...













TEMPAT KETIGA

www.mrsconkuiqe.blogspot.com













TEMPAT KEDUA







http://padnani.blogspot.com/



JOHAN CONTEST BAJU RAYA SEDONDON





http://fieza-mamacun.blogspot.com/









Tahniah kepada para pemenang.Kepada IEDALUVSHAM..naz mohon maaf kerana tak dapat publish gambar ieda..ada masalah sikit.Lain kali naz try upload k.

KEPADA PARA PEMENANG..SILA sms NAMA n ALAMAT n NO HP ke 0176627114.

SEJUTA UCAPAN TERIMA KASIH Naz ucapka kepada semua para peserta.Maaf sekiranya keputusan ini tidak sesuai dek mata org lain.Semua penyertaan yang lambat naz terima n adili cuma naz tak dpt nak upload gambar atas sebab masalah laptop naz k..HARAP MAAF.



















































Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Ahlan wasahlan ya ramadhan..
Salam kengkawan sumer..aku juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam ramadhan kepada semua.
Semoga ramadhan ini dapat membantu kita mencari titik permulaan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.Waktu aku menulis jam menunjukkan pkl 2.30pagi.Pkl 1.30pg tadi B bertolak pulang ke Banting sbb esok pagi dia nak keje.Tinggallah aku n Qalby menghabiskan cuti sekolah di kampung.Oh yer..aku skang ada kat Johor..kampung halamanku yang sentiasa dirindui.Malam tadi..ramai orang berbuka puasa di rumah ni.Adik beradikku tak ramai..3orang jer.tapi..buka puasa 1ramadhan ni..ada aku b n qalby..adik ngan tunangnya maria..aniq..adik bongsuku..dan sepupuku yang baru sampai..nadia.meriahlah rumah.juadah pun banyak.Selalunya waktu waktu macam ni..emak cuma ada ngan aniq je lah..sian mak.tahun ni memang agak bertuah utk emak sbb untuk kali pertamanya kami semua dpt berkumpul untuk sambut awal ramadhan.
Teringat kecik kecik dulu..waktu tu aku cuma dua beradik je..sbb aniq tak wujud lagi.Bila tiba time berbuka..belum azan..kami dah tercongok depan hidangan..bila doa buka puasa dibacakan kat BEST 104..radio johor..tangan dah standby kat makanan.azan je apa lagi..dengan lahapnya aku n adik menyumbatkan makanan ke mulut masing2.Memang seronok kan bila tiba waktu berbuka.Allah dah janjikan dua kegembiraan untuk Orang yang berpuasa.Pertama..kegembiraan di dalam syurga dan kedua.Kegembiraan ketika berbuka puasa.Memang gembira sesangat lah kalau nak buka puasa tu.Itulah hikmahnya puasa.hanya yang berpuasa saja yang merasai..
Rasa sedih bila berjauhan dengan B puasa kali ni..tapi takpe B..puasa ke 9 nanti kita buka sesamayer..i Lapppp u Bebeh!

Thursday, August 20, 2009

CONTEST BAJU RAYA SEDONDON DITUTUP

KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST BAJU RAYA SEDONDON..
CONTEST INI TERPAKSA DITUTUP LEBIH AWAL ATAS SEBAB2 SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
KEPADA PARA PESERTA..
NANTIKAN ENTRY TERBARU BERKAITAN KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN INI.
BAGI SESIAPA YANG NAK MENGINTAI-INTAI HADIAH HADIAH ANDA..SILALAH JENGOK ENTRY PENAJA K!GOOD LUCK

KAMI..PENYIMPAN MOHOR BESAR PUTERI PUTERI
MENGUMUMKAN
CONTEST BAJU RAYA SEDONDON PADA
KHAMIS
20OGOS2009
JAM 8,30 MALAM

DITUTUP DENGAN RASMINYA!

Saturday, August 15, 2009

Kisah rikazz duduk

Ingat tak entry rikazz 7buln?aku ada state kat situ yg rikazz sedang sibuk nak duduk kan.esoknyer..tepat dia 7bln..dia dah duduk sendiri..lpas merangkak...dia tolak tgn dia..tegakkan bdn..tarik kaki yg terlipat..trus duduk..ms tu dia tgh main ngan abah dia..seronoknyer ibu..hari ni plak rikazz sudah tergolek cat..krn percubaan dia nak tarik kaki sebelah kanan tak berjaya..tergolek golek ler anakku itu..mujur tak nanges..adat lah kan..budak makin lasak..jatuh terhantuk tu biasa.tp kiter sbg guardian kene ler tgok tgok...go go qalby muntasyee

Thursday, August 13, 2009

PENAJA CONTEST YANG BAIK HATI

SALAM!!!
KENGKAWAN MERANGKAP PARA PESERTA CONTEST BAJU RAYA SEDONDON..
ANDA MASIH TERTANYA TANYA KAN..APA HADIAHNYER?
NAK TAU?

KALAU NAK TAU..MEREKA MEREKA YG DIBAWAH NI ADALAH PENAJA2 YANG SANGAT BERMURAH HATI NAK TAJA CONTEST NI..KALAU NAK TAU ADIAH KORANG..TENGOK LAH SENDIRI...HEHEHE

PENAJA PERTAMA

SOFIYA BROOCH SHOP.

Ha..pemilik kedai ni namanya PUAN MAI.kat kedai dia ni..broochh..huiii..cute cute n up to date.Bukan je brooch dia jual minyak wangi gak...minyak wangi apa?tengok lah dulu kedai dia.Dah nak raya ni..tak payah jalan2.penatt..klik je kat kedai dia..anda pasti menawan dan tertawan.sila klik di link bwh k...

http://kedaionline.net/












PENAJA KEDUA

BOUTIQUE CHANTEKK

Apa yang cantik tu?
Butik ini menjual pelbagai jenis kain yang lain dari yang lain.Ha..sapa nak kain sekayu tu?cari je lah kat butik ni k.
Selain tu..butik ini turut menjual SHAWL yang menjadi pilihan ramai.cantik pulok tu..nak raya ni..apa lagi..jom layanzz BOUTIQUE CHANTEKK

http://chantekdheartyku.blogspot.com/


BoutiQue Chantek

PENAJA KETIGA

KHAYRA BEAUTY SHOPPE.

Nak cantik?carik ler PN ILA yang baik hati ni.
kat shop ni ada jual pelbagai jenis SELENDANG n SHAWL menawan..
BLOG ni senag sangat nak view tau.
Senang nak buat pilihan...

http://khayra-beauty-shoppe.blogspot.com/

khayra-beauty-shoppe

PENAJA KEEMPAT

SELERA KAK MAH

Blog ni menjual pelbagai jenis serunding yg diimport eksport dari Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Bulan puasa n raya..kalau takde serunding rasa tak sempurna pulokk..Agak2 korang teringin nak makan serunding yang mana?Pergila tgok kat..

http://www.selerahasmah.blogspot.com/

PENAJA KELIMA

ONLINE MUSLIMAH BOUTIQUE

Sebuah blog yang menduduki tempat ke26 dari 100 top Malaysian blogger tau.
Menjual pelbagai jenis tudung terkini.
Cantik2 tuuu..nak tau hadiah korang apa?
apa kata lawati lah

http://www.mama-homebiz.blogspot.com/









PENAJA KEENAM

LYNN SHOPPE N COLLECTION

Bagi sesiapa yang belum memiliki baju raya..dan mencari yg ready made?
Apa kata pergi ke LYNN SHOPPE ni..banyak baju cun cun..untuk ibu n anak pun ada.
Jom layannn

http://www.lynn-shoppe.blogspot.com/


PENAJA KE TUJUH

Ni blog saya daaaa

KERONGSANG HALL

http://kerongsangnazla.blogspot.com/

Tuesday, August 11, 2009

Rikazz 7 bln

Bulan lepas..ibu boleh terlupa tarikh 11hb.bulan ni..ibu tak mau luper.untuk tidak melupakan tarikh 11hb ni..ibu pun tulis lah kat dlm diary maya ibu ni.Alhamdulillah..rikazz dah pun berusia 7bulan.Tak sangka anak ibu dah besar ye.Cepatnya masa berlalu.Kata orang Arab..ALWAKTU KASSAIFI.masa itu ibarat pedang.kalau kita tak kawal pedang tu..kita yang terbunuh dek pedang tu.apa plak bunuh membunuh ni..Takdelah..kalau kita tak gune kan masa sebaik baiknya..kita akan sengsara sendiri dek pembaziran masa yg kita buat tu.Ibu sudah pun menyusukan Rikazz selama 7 bulan ni...alhamdulillah..walaupun dah bg makan..walaupun dah minum air masak sket sket.Rikazz tetap selesa dgn susu gantung ni yer.Terima kasih nak kerana sudi minum susu ibu lagi walaupun anak dah ada pilihan yg lain.Rikazz dah pandai apa ek sekrg?
jom kita cek
  1. tangisan pertama - 11jan09 7.26pm
  2. senyuman pertama-15hari
  3. mengiring- 20 hari
  4. meniarap tak sengaja kot-30hari
  5. meniarap betol betol-2bulan 3minggu
  6. ambil barang bila dihulur-3bulan
  7. angkat punggung-3bulan
  8. naik walker-3bulan 3mggu
  9. berdiri dengan tegap-4bln
  10. angkat badan nak merangkak-5bln
  11. makan-5bln 2mggu
  12. expert merangkak-6bln 3mggu
  13. TENGAH SIBUK NAK DUDUK SENDIRI-7bln

kalau tak senaraikan..nanti bila rikazz tanya kat ibu..ibu takleh jawab..agak agak..rikazz ni boleh dikategorikan cepat ke?mmg yang menggunakan fizikal ni boleh thn cepat ler gaks..yg lambat..GIGI..tak tumbuh tumbuh daa..sudah 7bln..

yang rikazz tak buat..meniarap ala askar..ayyyooo..mmg tak dpt ler ibu tgok rikazz..

semua dia muler dgn mengundur..naik walker pun mcm tu.

tak kisah ler rikazz..paper pun.ibu doakan rikazz sihat..bijak..jadi hamba Allah yg bertakwa ye nak..ibu saaaaayang rikazz bulllat!

Monday, August 10, 2009

KOLEKSI GAMBAR PESERTA.
































































































































































































































































































































































































































































































Agak2 mana yg cun?

Kepada kawan2..ini sahajalah gambar yang dapat Naz copy..semuanya ada disini.Andaikata gambar dia takde kat sini..itu antara sebabnya

1. page cannot found

2.ha..nak cilok gambar saya yer

3.tak tau lah kenapa takleh copy


Naz tak kira sangat syarat tu.asalkan gambar nyer boleh dicopy disini.naz terima jer.

Jadi sila cek gambar gambar anda yer.


Gambar akan diadili oleh tukang2 jahit profesional.eheks..tunguu keputusannya k


































Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN