Followers
Sponsored By
Wednesday, July 22, 2009
Breastfeeding lorr
Memandangkan ada contest pasal bf..aku saja nak wat entry ni.Kesan daripada baca entry Mama Uzma n Azzamoro pasal kes mereka bengang dengan ibu-ibu yang berlagak dapat bf anak n kutuk kutuk org yg bg anak dia fm.Aku plak, seorang exclusive bf mom..Macamana plak aku boleh menjadi seorang bf mom ni?Sejarahnya aku nak bf anak ni sbb masa aku kat UIA..aku ambil subjek Parenting.Nak tau sbb apa?Sbb sejarah emak n ayah aku yang sudah bercerai menyebabkan aku nekad untuk melakukan yang terbaik untuk rumahtangga aku.Tiba tiba terselit plak satu subjek yang mula membuatkan aku celik susu lah kot.Tajuk subjek tu BREASTFEEDING VS BOTTLE FEEDING.Ms tu aku 2nd year kat UIA..Ssejak itu aku muler berniat nak bf anak aku nnti.Tapi ilmu susu ibu masa tu teramat amatlah cetek.Maklum la..masa tu anak dara sunti lagi.Nipple pun tak ada lagi.hahaha..niat itu diteruskan sampailah aku berkahwin n mengandung.Masa tu 3bulan kandungan waktu wat monthly check up pertama kat KLINIK KESIHATAN MEDAN MAJU JAYA.barulah aku tahu yg pihak kerajaan menyokong penyusuan susu ibu.Masa tu kene dengar ceramah susu ibu.Bila ditanya,awak nak bg anak awk susu apa?SUSU BADAN.dengan yakin aku menjawab.Aku ingat lagi nurse kata,kalau itu niat aku ..aku kene keep thinking n talking to myself yang aku akan bagi anak aku susu badan.Nurse tu kata,pemikiran aku akan mengaktifkan saraf saraf susu dalam breast.Semakin lah berkobar kobar semangat aku masa tu nak bf anak.Bila org tanya, aku terus kata nak bf anak.Walaupun dalam hati seram seram gak ..manalah tau tiba tiba susu tak kuar.Namun sesuatu yang membuatkan aku teruja apabila kandunganku 5bulan,breast ku telah mengeluarkan kolostrum..B lah seronok..asyik dipicit jer..nak membuktikan yang susu aku nanti banyak.Keluarnya kolostrum tu membuatkan aku lagi semangat.Namun waktu itu yang aku faham aku bf anak masa kat rumah,pergi keje aku bg fm.Siap g survey nak bg FM apa nanti..tak pandai lagi..Aku hanya betul betul faham yang BM ni boleh diperah..disimpan..apabila aku kene dgr ceramah susuibu sekali lagi bila aku check up kat PPUM n masa tu aku semangat beli buku PANDUAN SUSU IBU BAGI IBU BERKERJAYA.Aku ingat lagi nurse pesan,sepanjang masa berpantang pump susu awal awal simpan..kalau rasa susu dia banyak bolehlah pump n bagi hari hari.Itu lah silapnya aku..aku tak pump waktu dalam pantang sedangkan masa tu satu badan bau hanyir dek bau susu.baju semua keras keras kene susu yang bertumpahan.Bersyukurnya waktu itu bila dapat susukan rikazz..hari pertama Rikazz lahir, aku dah dapat susukan Rikazz dengan bantuan nurse dekat PPUM.memang sakit bila aku kene tampung rikazz sebab aku ditakdirkan melahirkan rikazz secara czer.namun tu semua tak menghalang aku bf rikazz.Untuk pengetahuan ibu ibu di luar sana..walaupun masa ini kerajaan sudah mula menyediakan polisi penyusuan kebangsaan..namun orang orang tua..dan ramai lagi orang di luar sana masih tidak berapa faham cara nak bagi anak BM ni..aku sendiri rasa amat sukar apabila ramai yang berpandangan sinis bila aku kata aku nak BF anak n bagi anak EBM bukan FM bila aku keluar bekerja.Dari 10 orang, sorang je yang faham n bagi sokongan.Yang lain perli perli..kata mustahil untuk aku tak topup susu dengan FM..macam yg aku kata..kalau dalam 10 tu..sembilan yang perli..aku kene xplen kepada 9 orang macamana plan aku nak bg rikazz BM masa aku g keje..mereka kata MUSTAHIL..N TAK BOLEH!!mereka suruh aku..malah desak aku bagi Rikazz susu formula n mereka katakan aku hanya pentingkan diri sendiri bila aku tak mau bg rikazz FM..nak meyakinkan pengasuh rikazz masa tu pun susah.Dia juga tak yakin yang susu akan mencukupi untuk rikazz sepanjang aku pergi kerja.Macam aku katakan, silap aku tak pump sejak dalam pantang..jadi hari hari aku kene pump untuk sediakan rikazz susu.Aku memang takde stock EBM dalam fridge tu.Depan orang aku sentiasa yakin menyatakan yang susu cukup tapi di belakang mereka,aku bertungkus lumus mengepam setiap hari (sbb kurang ilmu).Sejak aku jadi bf mommy aku kenal Azlina ibu alisha..Ila Kahar Mamy Aqil Khalish..kak ecar..ibu eiymann..CT aqeel haziq..dari mereka aku dapat kekuatan..aku tekadkan hati..walaupun sudah berapa banyak air mata aku alirkan demi menyediakan EBM untuk rikazz hari hari.Susu aku bukan macam susu Ila n Ina yang sampai boleh simpan dalam deep freezer..Sangat banyak..kalau sehari..aku cuma dapat sediakan dalam 12 ke 15 oz jer itu pun setelah 2 ke 3 hari aku pump..baru dapat banyak tu..kadang kadang aku sedih..bila tgok susu org lain..satu session pump boleh dpt 10 oz..aku nak dapat 2oz pun susah..tapi itu semua tetap aku menguatkan semangat aku..alhamdulillah..sehingga kini..walaupun tak banyak mana pun..aku pernah berjaya mencecah 10 oz satu session.Itu je lah pencapaian yang paling membanggakan n yang sentiasa menjadi penguat semangat aku..itu kerana aku sudah NIAT..alhamdulillah..kita memang perlu bertawakal hanya setelah kita berusaha...Walaupun satu hari aku pernah bekalkan rikazz 5 oz jer..aku berdoa pada Allah agar cukupkanlah susu itu untuk rikazz..kerana hanya itu sahaja yang aku termampu lakukan untuk hari itu.Sehingga aku pulang dari kerja..belum pernah susu tu tak mencukupi.Terima kasih Ya Allah..Engkau Tuhan Yang Maha Mengasihani..itu lah serba sedikit kisah yang mampu aku ceritakan.Bagi aku..jadi BF mUM ni mmg kene kerja keras..kene spend masa mengepam..tak boleh leka satu session..kalau tak pemproduksasi susu menurun..lagi lah macam aku yang mmg bukan kaya susu ni..hanya yang mengalami sahaja yang merasai dan memahami..aku berdoa dan berharap..adik Rikazz nanti aku akan tambah lagi ilmu bf dan semoga Allah murahkan rezeki ku supaya dapat menyusukan anak..dan aku dah plan..nak pump susu untuk buat stok supaya aku boleh bukak kilang susu n beli Deep Freezer macam mummy Aqil Khalish untuk simpan stok susu yang banyak.Doakan yer..aminnn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nazz,
nie lar ant. cabaran jd BF-ibu.. mcm2 dugaan yg m'dtg..klu kite x kuat, mmg leh t'sungkur di tgh jln.. spjg 2 thn 3 bln++ k.e-caR jd BF-ibu nie, mmg byk dugaan+perlian+hinaan dr mereka yg x pro BF..tp k.e-caR pekakkn telinga jer.. as long as k.e-caR tahu k.e-caR dh buat yg THE BEST utk Eiymann, itu sudah ckup.. wat ape nk pikir ckp2 dorang ni.. wat stress jer..kang x psl2 merundum laks susu kite kan..
nazz jgn slalu compare hasil EBM nazz dgn org lain..ini akn buat nazz down bile tgk org lainnye hasil lbh byk.. percaya lar pd rezeki anak..dan sntiasa percaya bhw susu nazz sntiasa cukup utk Rikazz..ini yg slalu k.e-caR buat..
skg ni nazz dh tahu kesilapan nazz kt mane..yg dh lps tu biar lar b'lalu..nxt bby nnt gali ilmu BF dlm2..i'll be yr mentor.. sharing is caring n loving rite..
dunt ever give up..be strong dear!!
thanks kak ecar for ur support.saja buat entry ni sbb org kat luar sana tak tau kenapa kita bangga bf anak ni.bukan sikit usaha kita.hanya yang merasai sajer yg faham kan..insyaallah..saya percaya kalau nekad dah tekad..insyaallah semuanya cukup
Post a Comment