Followers

Sponsored By

Saturday, July 11, 2009

Takziah

Petang tadi..aku berjalan-jalan merayap ke blog sapa tah..tiba tiba aku terpanggil untuk melawati satu blog ni.dari jauh aku nampak gambar pengantin..tajuk entry dia CONGRATS TO MY LOVELY COUSIN.pasti cerita gembira kan.Bila aku bukak blog tu terpampang gambar sepasang suami isteri yang berwajah cina..serta seorang anak lelaki yang masih bayi.dan nama penulis blog tu MAMA AQEEL IDRAKI.aku masih ingat lagi muka suaminya dan juga nama AQEEL IDRAKI ni sebab aku ada catat dalam koleksi nama nama anak frenster.masa aku tengok profile family ni kat frenster waktu tu aku baru bersalinkan rikazz..dalam awal january.Apa yang menarik hati n minda aku mengingatkan mereka ni sbb muka suami nyer sama dengan muka kawan aku masa kat uia..orang terengganu.Nama mereka pun sama..cuma beza sikit lah.kawan aku AMER ABU BAKAR..si suami blogger ni AMEER HUSSAIN.tapi yang membuatkan hati aku berterusan nak menyelongkar arkib blog ni apabila dia tulis kat banner blog..JUST 2 OF US..pas tu kat profile..AKU SEORANG IBU TUNGGAL..terus aku baca lagi blog tu..tak sangka..si suami telah pun meninggal dunia 2bln yang lepas..kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya..hati aku rasa sedih n sayu sanggat..walaupun aku belum pernah lagi menghadapi kehilangan insan yang aku cintai pergi untuk selamanya..tapi setiap entry yang meluahkan rasa sunyi Ann-penulis blog ni betul betul merentap rangkai hatiku..dalam usia yang muda dan anak yg masih belum mengenal ayahnya..dia telah kehilangan tempat bergantung n teman tidur..memang sedih..aku terfikir..bagaimana kalau perkara seumpama itu terjadi pada diriku?entah kuat atau tidak untuk aku hadapinya..bila ku fikirkan kadangkala rasa tak puas hati dengan B..aku jadi insaf dengan peristiwa yang berlaku pada Ann..lalu aku ingin berpesan disini kepada kawan kawan di luar sana..kadangkala memang ada rasa tak puas hati tercetus dalam hati kita terhadap pasangan hidup kita..namun hargailah pasangan kita atau insan di sekeliling kita selagi mereka masih ada di dunia ini..kepada Ann ..semoga tabah membesarkan aqeel idraki..blog ann Annameer.blogspot.com..


Subuh Terakhir
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan kalimah kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu...bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir Tadi SUBUH YANG TERAKHIR

1 comment:

nur rabiatul adawiyyah said...

ape laman blog nye?cian nye kat dier..sedih nye..

SIGN JANGAN TAK SIGN