Followers

Sponsored By

Monday, July 27, 2009

Tag Kenangan zaman kecik kecik

Selama ni aku di tag org je..tetiba dapat idea buat tag sendiri.Tag zaman kecik kecik..so mula mula..nyatakan perkara2 dibawah:

Nama penuh : Nur Nhazzla
Tarikh laher : 4 February 1983
Tempat lahir : Johor Bahru Johor
Tempat anda dibesarkan : Johor

Soalan2nya ialah

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Kalau kat kg atuk Angah, my cousin..Kat umah.. Manja...nama betul Nurul Huda

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Teng teng-rounders-main kawin kawin(atok marah sangat main ni)-belon acar-pondok pondok-masak2-sorong sorong..

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
Tak kawan ye sudah..namamu dolah..tetekmu terbelah..sambil jelir jelir lidah

4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
Kat dalam semak samun-kebun getah..

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
Nak jadi askar macam ayah

6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
Blue blink(Siap ponteng sekolah nak tgok ending kartun ni)..Suria baja hitam..Heman..Chipsmunks..Bear yang ada power matahari lah bulan lah..apatah..Alice in wonderland..Bananas in pyjamas..Sesame street..

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
Tam tam...cloud nine..

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
Teringin sangat nak jumpa Mohd Faisal Al Haq bin Mohd Nor.Kat mana yer dia skang..rinduu sangat

9.Apakah gelaran anda masa kecik?
adik nazla..yg jahat pggil gagak..sbb ku itam

10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
kart
lina fia
dira
ina alisha
Shima Pu3
Atul
Jun Imran
Mama Uzma

Dengan jawapan rakan rakan yang lain kita akan melihat diversity in unity..hehehe

No comments:

SIGN JANGAN TAK SIGN