Followers

Sponsored By

Saturday, July 25, 2009

Dedikasi Cinta Buat Qalby

Melihat Qalby tidur dengan nyenyak di sebelah abah, memanggil ibu untuk merakamkan kisah penantian ibu terhadap kelahiran qalby di blog yang ibu sayangi.Kiranya, blog ini adalah ediary, yang senang untuk diakses bila kita ingin baca kembali di masa akan datang.Kisah Qalby belum pernah ibu paparkan disini.Hanya ibu pernah catatkan kisah ini di friendster.Ibu mula mengandungkan Qalby pada bulan 4 2008.Setelah 4bulan ibu mendirikan rumahtangga bersama abah.Pada awalnya, ibu dan abah merancang tidak mahu menimang cahayamata lagi memandangkan ibu masih lagi belum menamatkan Diploma Pendidikan Ibu di IPIS.Namun ibu mengubah fikiran untuk tidak merancang pada awal February.Rikazz pernah memiliki seorang abang atau kakak yang ibu tak pasti jantinanya,namun Allah lebih menyayanginya.Kesedihan ibu diubati dengan kehadiran Qalby.Ibu sangat gembira.Apatah lagi abah.Katanya Qalby adalah bukti kehebatan abah.Haha..Mengandungkan Qalby ibu hanya mengalami kesulitan biasa.Alhamdulillah..Ibu dijangka akan bertemu dengan Qalby pada 8JAN09.sewaktu cuti sekolah bulan 12,Oma datang temankan ibu.Takut ibu tiba tiba melahirkan Qalby disaat abah kerja malam.Hari-hari Ucu akan panggil Qalby dan cium perut ibu.Tak sabar nak tunggu RIKAZZ keluar katanya.Ucu sanggup buat macam macam semata mata untuk Qalby.Sayang betul Ucu pada anak buah pertamanya.Sampai hujung Disember, tiada tanda tanda yang Qalby akan keluar.Kata orang kalau baby nak keluar, dia akan mula mengurangkan pergerakan dan banyak mengeras.Hari hari ibu harap Qalby mengeras.Tapi,hari hari Qalby buat perut ibu senget menget, Qalby sangat aktif bergerak.Sampai Oma pun garu kepala.Nampaknya Qalby keluar lambat lagi ni.Kata Oma.Akhirnya,ibu terpaksa lepaskan Oma dan Ucu pulang ke Johor kerana sessi persekolahan akan bermula.Ibu juga terpaksa datang sekolah selama seminggu, turun naik tangga, berdiri sambil Qalby masih menari nari dalam perut ibu.Apabila tarikh jangka Qalby sudah lebih, ibu rasa tertekan.Hari-hari orang sekeliling bertanya,bilalah nak meletop.Mana taknya,terkengkang kengkang, terboyot boyot membawa Qalby yang semakin membulat pergi sekolah.Penat sangat.Kelengkang ibu ni dah sakit sangat.Hari hari bila abah pergi kerja ..abah akan pesan kat Qalby, kalau nak keluar tunggu abah ada kat rumah.Hari hari jugak ibu nangis dan cakap dengan Qalby..KELUARLAH NAK..IBU DAH TAK LARAT NAK PERGI SEKOLAH NI.ibu cakap dengan kawan kawan kat sekolah,ibu tak nak datang minggu depan.Betul betul seminggu je ibu g sekolah sbb hari Sabtu 10hb jan 09, ada air keluar sikit sikit dari rahim ibu.Sangat laju air tu..Bila ibu bukak spender..hehehe semut datang pergi kat kawasan air keluar.Manis ke?rasanya licin..tapi air apa?bila ibu kol oma, oma kata air tanda Qalby nak keluar.Ibu dah seronok.hari itu abah cuti.Tapi setelah beberapa jam ibu tunggu ..air tu tak banyak pun.Ibu sedih semula.Air tu keluar selang 5 jam dan seterusnya.Dek kerana tak mau ingat pasal kelahiran ni, ibu ajak abah jalan jalan.Ibu kata ibu tak nak pk.Kalau ibu tak jalan jalan nanti ibu asyik pk pasal Qalby dan ibu sedih.Kami pun jalan-jalan round Shah Alam.Qalby masih berguling guling dalam perut ibu.Sampai malam kat Shah Alam, ibu tengok shooting filem REMPIT V3.sampai tengah malam, ibu ajak abah balik sebab sakit pinggang.Dekat rumah, ibu ajak abah lawan game BEJEWELED.sebab oma kata kalau antara ibu dan abah boleh dapatkan markah sejuta, barulah Qalby nak kuar.Akhirnya abah berjaya dapat kan markah sejuta dalam pukul 2pagi.pkl 4 pagi ibu terbangun sebab ibu rasa air yang banyak keluar.Bila ibu bangun, meleleh leleh air kuar tau.dah confirm lah air ketuban.Ibu kejut abah..dan kami terus g sepital.Terujanya dengan air tu.mesti Qalby dah nak kuar.Sampai hospital PPUM, ibu terus masuk labour room dan diambil keterangan.Bila doktor cek air n cek due date, ternyata due dah lpas n itu air ketuban.Ibu pun diberi suntikan antibiotik untuk mengelakkan Qalby dijangkiti kuman.Pkl 5 pagi doktor datang seluk rahim ibu..pas tu doktor terkejut!Dia bgtau ibu..TAK BUKAK LAGI.MEMANG TAK BUKAK.TAPI AIR KETUBAN U DAH PECAH SENDIRI.disebabkan masalah itu, ibu diinduce dengan tablet pertama pada pkl 6pagi 11jan.tunggu lah ibu sampai 12tgahri.doktor kata, nanti ibu akan rasa sakit.Tapi ibu tak rasa apa apa.ibu lah wanita yang nak bersalin paling sehat kat situ.ibu tak keluar dari labor room tu tau.bosannya, abah tak ada,abah takleh masuk.Ibu kerja tengok jam aja.Nak tunggu sakit.sambil tu pasang CTG ke ECG?ISH..lupalah ibu.jantung Qalby ok..cuma pergerakan Qalby makin lama makin laju.Lepas pkl 12 doktor seluk lagi.Keadaan sama jugak..tak bukak pun rahim.Contraction pun takde.Yang ada air ketuban yang laju mengalir.Entah berapa kali ibu salim pampers sebab dah basah lenjun.Ibu diinduce lagi dengan tablet kali kedua.Ibu tggu lagi sampi pkl 6ptg plak.Sama juga..ibu tak sakit dan rahim tak bukak.Sungguh relaks waktu itu.Akhirnya doktor induce dengan ubat air.Semua org kat situ kata pas ni confirm ibu sakit dan mereka offer eppidural.Namun setengah jam berlalu, ibu relaks je tak sakit sakit pun.hehehe.Cek..0.5cm pun tak ada.Semua kata sungguh kebal awak ni.Apa lagi..disebabkan air ketuban ibu sudah 2hari pecah dan Qalby semakin ligat, ditakuti lemas kerana air hampir habis,ibu terus disorongkan ke OPERATION THEATRE.kes emergency.Huhuh..ibu sedih sbb ibu nak kene bedah.Ibu tak sempat jumpa abah..ibu tak sempat mintak maaf dengan oma.Ibu cuma sempat jumpa doktor je..pkl 7 ibu disorong ke dewan bedah.Ibu tak sabar sebab ibu akan jumpa Qalby sekejap je lagi.tapi ibu sedih tak dapat cakap apa apa pun dengan abah.Kalau ibu terus pergi meninggalkan abah..ibu tak sempat ucapkan I LOVE U pada abah.air mata ibu mengalir laju sepanjang penrjalanan ke dewan bedah ..Dalam dewan, ibu dibius di tulang belakang ada dalam 3bius.Sakitnya..demi Qalby ibu rela korbankan rasa takut ibu.ibu tarik nafas dalam dalam agar ibu dapat kekuatan.Di kulit perut pun sama, ibu kene bius supaya ibu tak rasa sakit.Mula mula takut takut..takut bius tak jalan.seminit lepas tu, ibu dah mula rasa kebas.Doktor pun mulalah potong perut ibu.Semuanya ibu rasa, cuma tak sakit.Masa doktor nak keluarkan Qalby, doktor dan pembantu pembantunya tekan dada ibu.Sakit..beberapa kali mereka cuba tapi Qalby tak mau keluar.ibu dengar doktor kata FORSEP..FORSEP..selepas bantuan forsep..ibu rasa Qalby seperti tercabut dari perut ibu..Qalby seperti rumput yang tertanam kukuh dalam tanah.Susah betul nak tarik Qalby keluar.Selepas itu ibu dengar suara baby.Ibu dengar nurse kata, NHAZZLA..AWAK DAH JADI IBU..TAHNIAH!!ibu terus menangis dan tanya Qalby mana.mereka bersihkan Qalby dulu dan seminit kemudia baru ibu disuakan dengan pipi Qalby.Waktu itu, perut ibu sedang dijahit.Nurse Musalmah tunjukkan bird Qalby..bukti anak ibu lelaki.Selepas tu dia terus bagi Qalby susu dengan ibu.Seronoknya...tapi ibu tak nampak lagi muka Qalby..sampailah ibu keluar dari bilik bedah pada pukul 8.30mlm..panjang dah ni cerita ibu.Kalau Qalby nak tau kisah seterusnya ..Qalby kene tanya abah sebab abah yang nampak muka Qalby dulu..dengan bangganya, ibu namakan anak sulung ibu ni RIKAZZ QALBY MUNTASYEE BIN MUHAMAD RIZAL.Lahir 11Jan09 pkul 7.26pm..seberat 2.86kg..biarlah org kata terbelit lidah nak sebut nama Qalby, tapi ibu tau..ibu tak akan pernah terbelit lidah nak sebut nama Qalby tau...sbb Qalby lah harta ibu..buah hati ibu..dan ibu nak Qalby menjadi insan paling bahagia kerana memiliki NUR NHAZZLA sbg ibumu nak..


Rupa ibu setelah melahirkanmu nak..

7 comments:

Hazlina Shahrel Mummy Fia said...

11 jan?? uihh same besday ngan siti nurhaliza, aiceh!

rikazz best ke duk lam perut tu..?? smpi kene paksaa kuar eh..
heheheeheheee

fia pun susah gak nak kuar sib baik dpt jgk normal..

Naz-Segalanya disini said...

tu lah lina..asyik main boling dalam peerut ibu.kita yang kat luar dah tertunggu tunggu dia

mrs izah azli said...

erm.. lebih kurg widad jugak... jd mama yg plg lama duk kat labour room, air ketuban dah kuar dekat 2 ari, izah pun x sakit jugak tau naz, smpai kena masuk ubat... br la sakit... dah kena czer...

Naz-Segalanya disini said...

ye lah izah.citer kita hampir sama.bezanya, naz walaupun diinduce naz tetap tak sakit..izah buatlah entry pasal kelahiran widad

~ ms julie ~ said...

uikksss...seram gak bc citer akak nie. Lain org lain cara bersalinnyer....naseb baik Qalby nk kua..

Naz-Segalanya disini said...

julie..nasib bek dia nak kuar.harap harap..adik qalby nanti biarlah nak kuar cepat yer

bukhairiah said...

2 baby ksayangan saya kene czer...mmg takot..tp keranamu anak, mama rela...mmg xsakit, tp seksa pas bius habis...huwa....skunk tgl 1 jer kuota klo nk tmbh anak hikhikhik...

SIGN JANGAN TAK SIGN