Followers

Sponsored By

Sunday, May 9, 2010

Emakku nak jadi cikgu


Mula-mula sekali aku nak wish SELAMAT HARI IBU 2010 buat seorang wanita yang melahirkan aku bernama SUTIMAH BT ALI.

Entry ini aku ingin memperkenalkan ibuku kepada semua.

Nama : Sutimah Bt Ali

Tempat Lahir : Pontian Johor

Tarikh Lahir : 31 Disember 1958

Emakku suka baca apa jua bahan bacaan.Masa sekolah emak belajar dalam aliran sastera bahasa Melayu.Emak memang minat dgn bidang penulisan.Korang nak tahu, emak rajin menghantar sajak hasil tulisannya di Majalah Dewan Pelajar dan sajaknya diterbitkan.

Emak memang pakar bab menulis surat cinta.Bahasanya berbunga-bunga sampai aku pun tak faham.

Emakku dikurniakan akal yang bijak.Sewaktu bersekolah emak selalu mendapat no 1 dalam kelas.Aku juga melihat sendiri Sijil SRP emak.Emak mendapat pangkat 1 dlm SRP nya..tetapi sayangnya..cita2 emak untuk menjadi seorang cikgu terkubur begitu sahaja.

Ketika emal berada di tingkatan lima dia selalu diserang sakit kepala yang mengganggu pembelajarannya..Ketika peperiksaan SPM berlangsung..emak diserang demam panas.Akhirnya emak hanya mampu mendapat pangkat 3 sahaja.

Emak memang mengambil berat pendidikan anak2nya.Setiap hari emak akan turut membaca buku2 pelajaran anak2nya supaya mudah untuk dia menunjuk ajar anak2.

Cita-cita emak yang diidamkan sebagai guru tidak berkubur bgitu sahaja kerana hari ini aku telah menggantikan posisinya sebagai guru.Emak pula meneruskan pekerjaannya sebagai juru jahit di kilang sehinggalah emak tak mampu diterima lagi di kilang kerana dikatakan tidak produktif..Sekarangpun emak masih lagi menjahit bajuku adik beradik.Cuma emak x ambik tempahan lagi sebab kaki emak selalu sakit sekarang..
Itulah emakku

Emak..Along sayang emak

4 comments:

Pija Madzlan said...

Semoga ibu kita mendapat ketenangan diusia tua nya :)

Naz Nur Nhazzla said...

btol lak siti.amin

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat hari ibu buat mak & Naz Gak..semoga kita mampu menjd anak & ibu yg terbaik buat anak2 kita..AMIN!!

the GERRRET pretender said...

happy mother's day kat awak juge!!

=)

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN