Followers

Sponsored By

Thursday, July 30, 2009

Hatiku terusik jua

Aku-Baby-Rikazz Qalby inside

Seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ini..kalian pasti sudah tau bagaimana hubunganku dengan ayahku bukan?Walaupun aku cuba menidakkan rasa kasih yang masih bersisa dalam hatiku ini..tapi kenangan lama membuatkan aku rasa pilu mengingati jasa ayah yang tak sebanyak ayah orang lain.Semuanya bermula apabila aku dan emak berbual di talian..setiap hari aku akan kol mak mereport perkembangan cucu nyer yang sorang tu.


Aku : allu omm omm sem sem (sejak tgok filem apa tah..aku saja kacau mak dengan panggilan ini)


Emak : cucu oma buat apa?


Aku : biasalah..tengah golek golek..Mak..kenapa sejak dua menjak ni rikazz asek geget along ngan b je?Nanti kitorang dok diam diam..dia gigit geram.


emak : ha..dia sama lah ngikut perangai ibu dia tu.Along kan dulu suka menggigit mak.Nanti bila along mula nak menggigit ..ayah along terus tadah pakai tapak tangan dia.Tak nak along gigit emak.Tak dapat lah along gigit emak.


tiba bab ayat yang aku highlight tu lah buat aku rasa sedih sangat..walaupun hubungan mak dan ayah sama sekali sudah terpisah..tapi mak masih lagi boleh bercerita kenangan antara mak dan ayah sewaktu membesarkan aku..

Dalam diam..aku menitiskan air mata..walaupun aku tak suka dengan apa yg dah ayah buat pada kami sekeluarga..tapi aku tak dapat nafikan..aku sewaktu kecilku masih mendapat belaian seorang ayah.


Begitu juga dengan kita semua sekarang kan.ANAK itu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.kehadiran mereka selalu mewarnai kehidupan rumahtangga kita kan.Kalau nak gado laki bini tu..tgok je muka anak..hilang rasa marah pada pasangan..betul tak?

Wednesday, July 29, 2009

Tolong!!! Kebakaran..

Perkara ini benar benar berlaku semalam..28julai09.Aku waktu tu baru pulang dr klinik sbb sakit pinggangku datang lagi.Kali ni lebih teruk..Sakitnya..Allah je yang tau..bila aku sampai kat rumah..aku tengok Apartment depan flat aku tinggal ni ramai giler orang.Asap hitam berkepul kepul naik.Rupanya ada kebakaran.Mengikut saksi kejadian..tuan rumah tak ada di rumah..Orang ramai pecahkan tingkap rumah tersebut bagi memadamkan api yang mula marak.Waktu tu lah mula kelihatan unsur unsur apa tu..ONE MALAYSIA.ye lah..nak tunggu bomba biasalah birokrasi..lambat sangat kan.Demi mengelakkan api merebak ke rumah sebelah dan rumah atas..jiran jiran pakat memadamkan api atas usaha sendiri.Memang waktu tu..asap hitam giler..dekat koridor tak nampak apa.Yang kelihatan jiran jiran ada Cina India Melayu..Tua..muda..yang best tu yang badan ala ala body builder pun semua nak tunjukkan semangat kejiranan mereka..Bertali tali air diusung dalam baldi..pass mengepas..akhirnya..berkat usaha mereka..api dapat dipadamkan..dah padam api..barulah bomba datang..nii noo nii nooo nii noo..bila dia datang..dia cumer tengok tengok jer..sbb api dah padam..aku dan B pun beransur naik ke rumah...tu lah ceritanya..berhati hati apabila keluar rumah..pastikan semua perkakas elektrik ditutup..pesanan dari Khidmat Masyarakat Rikazz FM

Monday, July 27, 2009

Tag Kenangan zaman kecik kecik

Selama ni aku di tag org je..tetiba dapat idea buat tag sendiri.Tag zaman kecik kecik..so mula mula..nyatakan perkara2 dibawah:

Nama penuh : Nur Nhazzla
Tarikh laher : 4 February 1983
Tempat lahir : Johor Bahru Johor
Tempat anda dibesarkan : Johor

Soalan2nya ialah

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Kalau kat kg atuk Angah, my cousin..Kat umah.. Manja...nama betul Nurul Huda

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
Teng teng-rounders-main kawin kawin(atok marah sangat main ni)-belon acar-pondok pondok-masak2-sorong sorong..

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
Tak kawan ye sudah..namamu dolah..tetekmu terbelah..sambil jelir jelir lidah

4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
Kat dalam semak samun-kebun getah..

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
Nak jadi askar macam ayah

6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
Blue blink(Siap ponteng sekolah nak tgok ending kartun ni)..Suria baja hitam..Heman..Chipsmunks..Bear yang ada power matahari lah bulan lah..apatah..Alice in wonderland..Bananas in pyjamas..Sesame street..

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
Tam tam...cloud nine..

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
Teringin sangat nak jumpa Mohd Faisal Al Haq bin Mohd Nor.Kat mana yer dia skang..rinduu sangat

9.Apakah gelaran anda masa kecik?
adik nazla..yg jahat pggil gagak..sbb ku itam

10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
kart
lina fia
dira
ina alisha
Shima Pu3
Atul
Jun Imran
Mama Uzma

Dengan jawapan rakan rakan yang lain kita akan melihat diversity in unity..hehehe

Takde citer


RIKAZZ YANG BOSAN


Sabtu


ibu n rikazz kat JJ BT



kasut raya rikazz..saiz 4 da..besar sungguh kaki



Sepanjang cuti yang lepas aku g mana ek?Lepas jalan-jalan...balik umah?Em..hari sabtu, aku sekeluarga g JJ Bukit Tinggi..dah terlanjur ke sana..mesej lah Kart..nanti dia merajuk plak..dah sampai sana tak bgtau.Nak jumpa kak daisy..rasanya dia takde weekend tu..dah jumpa kart dan Mr Ryanz nya..alahai..comel lote je abang Ryan ni..tapi memang ensem Ryan.hati hati kart..nanti diburu wanita nantu..fenin ummi dia nak pilih calon yer.Kart plak..orangnya ramah tamah..kurus je..kami plak macam dah banyak kali jumpa..mesra semacam..tak gaya org first time jumpa.skang ni..aku tinggal nak jumpa Dira je..n adam nya..aku bayangkan dira ni pun peramah tamah ni..betul ke?Tunggu..malam tak balik rumah lagi.Kami terus pergi OLE OLE shah Alam..sbb B nak train boling..esok nyer ada tournament antara kilang2 besi bawah LION GROUP..tggu ler kat situ smpi B hbs traiining..




abah tgh tunggu turn





Ahad


Lepas b hbs boling kami g MYDIN subang jaya plak.oh yer..b n da gang..dpt no 2 tau dlm tournament tu..ada saper nak challenge?kat mydin...sajer cari brg runcit smbil jln jln..mmg ramai org..ada 1500 parking..rasanyer 1400 parking penuh tu..mlm nyer aku tetiber sakit bdn..seram sejuk..sakit tekak..aku mintak b balik sbb aku tak lrt..rikazz pun sama..nangis jer..mcm dia tau aku tgh sakit..aku kesejukan..rikazz berpeluh peluh kpanasan..ekon sumer ku ttp..hilang sumer daya..aku baring jer..sedih biler sakit sorg sorg..huhuhu..

Isnin

Aku tggu b blik..nak bgn tak boleh sbb pinggang aku skt yg amat sgt..nak g toilet pun tak daya.Tggu b..pg ni pun..yang mndikan rikazz..siapkan rikazz ABAH.mekasih B..H1N1 Ke?tak ler sbb aku tak selsema..takut kan..mkin bertambah kes..biler la wabak ni nak berakhir?

Abah Rikazz baru lepas mandikan Rikazz




Saturday, July 25, 2009

Dedikasi Cinta Buat Qalby

Melihat Qalby tidur dengan nyenyak di sebelah abah, memanggil ibu untuk merakamkan kisah penantian ibu terhadap kelahiran qalby di blog yang ibu sayangi.Kiranya, blog ini adalah ediary, yang senang untuk diakses bila kita ingin baca kembali di masa akan datang.Kisah Qalby belum pernah ibu paparkan disini.Hanya ibu pernah catatkan kisah ini di friendster.Ibu mula mengandungkan Qalby pada bulan 4 2008.Setelah 4bulan ibu mendirikan rumahtangga bersama abah.Pada awalnya, ibu dan abah merancang tidak mahu menimang cahayamata lagi memandangkan ibu masih lagi belum menamatkan Diploma Pendidikan Ibu di IPIS.Namun ibu mengubah fikiran untuk tidak merancang pada awal February.Rikazz pernah memiliki seorang abang atau kakak yang ibu tak pasti jantinanya,namun Allah lebih menyayanginya.Kesedihan ibu diubati dengan kehadiran Qalby.Ibu sangat gembira.Apatah lagi abah.Katanya Qalby adalah bukti kehebatan abah.Haha..Mengandungkan Qalby ibu hanya mengalami kesulitan biasa.Alhamdulillah..Ibu dijangka akan bertemu dengan Qalby pada 8JAN09.sewaktu cuti sekolah bulan 12,Oma datang temankan ibu.Takut ibu tiba tiba melahirkan Qalby disaat abah kerja malam.Hari-hari Ucu akan panggil Qalby dan cium perut ibu.Tak sabar nak tunggu RIKAZZ keluar katanya.Ucu sanggup buat macam macam semata mata untuk Qalby.Sayang betul Ucu pada anak buah pertamanya.Sampai hujung Disember, tiada tanda tanda yang Qalby akan keluar.Kata orang kalau baby nak keluar, dia akan mula mengurangkan pergerakan dan banyak mengeras.Hari hari ibu harap Qalby mengeras.Tapi,hari hari Qalby buat perut ibu senget menget, Qalby sangat aktif bergerak.Sampai Oma pun garu kepala.Nampaknya Qalby keluar lambat lagi ni.Kata Oma.Akhirnya,ibu terpaksa lepaskan Oma dan Ucu pulang ke Johor kerana sessi persekolahan akan bermula.Ibu juga terpaksa datang sekolah selama seminggu, turun naik tangga, berdiri sambil Qalby masih menari nari dalam perut ibu.Apabila tarikh jangka Qalby sudah lebih, ibu rasa tertekan.Hari-hari orang sekeliling bertanya,bilalah nak meletop.Mana taknya,terkengkang kengkang, terboyot boyot membawa Qalby yang semakin membulat pergi sekolah.Penat sangat.Kelengkang ibu ni dah sakit sangat.Hari hari bila abah pergi kerja ..abah akan pesan kat Qalby, kalau nak keluar tunggu abah ada kat rumah.Hari hari jugak ibu nangis dan cakap dengan Qalby..KELUARLAH NAK..IBU DAH TAK LARAT NAK PERGI SEKOLAH NI.ibu cakap dengan kawan kawan kat sekolah,ibu tak nak datang minggu depan.Betul betul seminggu je ibu g sekolah sbb hari Sabtu 10hb jan 09, ada air keluar sikit sikit dari rahim ibu.Sangat laju air tu..Bila ibu bukak spender..hehehe semut datang pergi kat kawasan air keluar.Manis ke?rasanya licin..tapi air apa?bila ibu kol oma, oma kata air tanda Qalby nak keluar.Ibu dah seronok.hari itu abah cuti.Tapi setelah beberapa jam ibu tunggu ..air tu tak banyak pun.Ibu sedih semula.Air tu keluar selang 5 jam dan seterusnya.Dek kerana tak mau ingat pasal kelahiran ni, ibu ajak abah jalan jalan.Ibu kata ibu tak nak pk.Kalau ibu tak jalan jalan nanti ibu asyik pk pasal Qalby dan ibu sedih.Kami pun jalan-jalan round Shah Alam.Qalby masih berguling guling dalam perut ibu.Sampai malam kat Shah Alam, ibu tengok shooting filem REMPIT V3.sampai tengah malam, ibu ajak abah balik sebab sakit pinggang.Dekat rumah, ibu ajak abah lawan game BEJEWELED.sebab oma kata kalau antara ibu dan abah boleh dapatkan markah sejuta, barulah Qalby nak kuar.Akhirnya abah berjaya dapat kan markah sejuta dalam pukul 2pagi.pkl 4 pagi ibu terbangun sebab ibu rasa air yang banyak keluar.Bila ibu bangun, meleleh leleh air kuar tau.dah confirm lah air ketuban.Ibu kejut abah..dan kami terus g sepital.Terujanya dengan air tu.mesti Qalby dah nak kuar.Sampai hospital PPUM, ibu terus masuk labour room dan diambil keterangan.Bila doktor cek air n cek due date, ternyata due dah lpas n itu air ketuban.Ibu pun diberi suntikan antibiotik untuk mengelakkan Qalby dijangkiti kuman.Pkl 5 pagi doktor datang seluk rahim ibu..pas tu doktor terkejut!Dia bgtau ibu..TAK BUKAK LAGI.MEMANG TAK BUKAK.TAPI AIR KETUBAN U DAH PECAH SENDIRI.disebabkan masalah itu, ibu diinduce dengan tablet pertama pada pkl 6pagi 11jan.tunggu lah ibu sampai 12tgahri.doktor kata, nanti ibu akan rasa sakit.Tapi ibu tak rasa apa apa.ibu lah wanita yang nak bersalin paling sehat kat situ.ibu tak keluar dari labor room tu tau.bosannya, abah tak ada,abah takleh masuk.Ibu kerja tengok jam aja.Nak tunggu sakit.sambil tu pasang CTG ke ECG?ISH..lupalah ibu.jantung Qalby ok..cuma pergerakan Qalby makin lama makin laju.Lepas pkl 12 doktor seluk lagi.Keadaan sama jugak..tak bukak pun rahim.Contraction pun takde.Yang ada air ketuban yang laju mengalir.Entah berapa kali ibu salim pampers sebab dah basah lenjun.Ibu diinduce lagi dengan tablet kali kedua.Ibu tggu lagi sampi pkl 6ptg plak.Sama juga..ibu tak sakit dan rahim tak bukak.Sungguh relaks waktu itu.Akhirnya doktor induce dengan ubat air.Semua org kat situ kata pas ni confirm ibu sakit dan mereka offer eppidural.Namun setengah jam berlalu, ibu relaks je tak sakit sakit pun.hehehe.Cek..0.5cm pun tak ada.Semua kata sungguh kebal awak ni.Apa lagi..disebabkan air ketuban ibu sudah 2hari pecah dan Qalby semakin ligat, ditakuti lemas kerana air hampir habis,ibu terus disorongkan ke OPERATION THEATRE.kes emergency.Huhuh..ibu sedih sbb ibu nak kene bedah.Ibu tak sempat jumpa abah..ibu tak sempat mintak maaf dengan oma.Ibu cuma sempat jumpa doktor je..pkl 7 ibu disorong ke dewan bedah.Ibu tak sabar sebab ibu akan jumpa Qalby sekejap je lagi.tapi ibu sedih tak dapat cakap apa apa pun dengan abah.Kalau ibu terus pergi meninggalkan abah..ibu tak sempat ucapkan I LOVE U pada abah.air mata ibu mengalir laju sepanjang penrjalanan ke dewan bedah ..Dalam dewan, ibu dibius di tulang belakang ada dalam 3bius.Sakitnya..demi Qalby ibu rela korbankan rasa takut ibu.ibu tarik nafas dalam dalam agar ibu dapat kekuatan.Di kulit perut pun sama, ibu kene bius supaya ibu tak rasa sakit.Mula mula takut takut..takut bius tak jalan.seminit lepas tu, ibu dah mula rasa kebas.Doktor pun mulalah potong perut ibu.Semuanya ibu rasa, cuma tak sakit.Masa doktor nak keluarkan Qalby, doktor dan pembantu pembantunya tekan dada ibu.Sakit..beberapa kali mereka cuba tapi Qalby tak mau keluar.ibu dengar doktor kata FORSEP..FORSEP..selepas bantuan forsep..ibu rasa Qalby seperti tercabut dari perut ibu..Qalby seperti rumput yang tertanam kukuh dalam tanah.Susah betul nak tarik Qalby keluar.Selepas itu ibu dengar suara baby.Ibu dengar nurse kata, NHAZZLA..AWAK DAH JADI IBU..TAHNIAH!!ibu terus menangis dan tanya Qalby mana.mereka bersihkan Qalby dulu dan seminit kemudia baru ibu disuakan dengan pipi Qalby.Waktu itu, perut ibu sedang dijahit.Nurse Musalmah tunjukkan bird Qalby..bukti anak ibu lelaki.Selepas tu dia terus bagi Qalby susu dengan ibu.Seronoknya...tapi ibu tak nampak lagi muka Qalby..sampailah ibu keluar dari bilik bedah pada pukul 8.30mlm..panjang dah ni cerita ibu.Kalau Qalby nak tau kisah seterusnya ..Qalby kene tanya abah sebab abah yang nampak muka Qalby dulu..dengan bangganya, ibu namakan anak sulung ibu ni RIKAZZ QALBY MUNTASYEE BIN MUHAMAD RIZAL.Lahir 11Jan09 pkul 7.26pm..seberat 2.86kg..biarlah org kata terbelit lidah nak sebut nama Qalby, tapi ibu tau..ibu tak akan pernah terbelit lidah nak sebut nama Qalby tau...sbb Qalby lah harta ibu..buah hati ibu..dan ibu nak Qalby menjadi insan paling bahagia kerana memiliki NUR NHAZZLA sbg ibumu nak..


Rupa ibu setelah melahirkanmu nak..

Friday, July 24, 2009

Gaji ku sudah naik..

Alhamdulillah..7julai yang lalu cukup perkhidmatan ku setahun..sebenarnya ku masih blom faham hal gaji gaji ni..cuti pun sama..selalunya aku lah org terakhir yang tau pasal cuti cuti sekolah ni.hehehe..hari ni aku dapat slip gaji untuk bulan 7..tetiba kan..aku macam pelik tgok gaji pokok ku..ngapa dah berubah ni..rasanya sebelum ni RM1901.80..tapi dalam slip tu..RM1992.25..ait..patutlah masa ku ambil gaji ..mcm lebih 100 tapi ku buat tak faham je..sampai ler aku dapat slip gaji tadi..aku tak faham lagi..aku kol r kawan ku..LIA..NAPER GAJI POKOK KITA DAH LAIN.KAN KITA BARU JE G INTERVIEW UNTUK PENGESAHAN JAWATAN?rupanya..walaupun ku masih lagi belum dpt title tetap dan berpencen kerana baru lepas interview..tapi apabila cukup setahun..gaji akan naik secara tahunan..kalau pengesahan jawatanku telah settle..insyaallah bulan 9 ni gajiku akan naik lagi kepada gaji pokok RM2057 plus elaun perumahan 250..skang aku masih belum dpt elaun perumahan lagi..tak sabarnya nak tunggu elaun perumahan..boleh beli rumah nanti.uiii..tak sabarnya..sampai hari ni kami masih mencari cari kawasan rumah untuk kami tinggal tetap..aku plan biarlah rumah kami kat tengah tengah..sbb skang B g keje jauh ..sian dia..stay kat PJ..keje kat BANTING..so..apa pendapat korang..kat ner aku nak cari umah ni...

Wednesday, July 22, 2009

Breastfeeding lorr

Memandangkan ada contest pasal bf..aku saja nak wat entry ni.Kesan daripada baca entry Mama Uzma n Azzamoro pasal kes mereka bengang dengan ibu-ibu yang berlagak dapat bf anak n kutuk kutuk org yg bg anak dia fm.Aku plak, seorang exclusive bf mom..Macamana plak aku boleh menjadi seorang bf mom ni?Sejarahnya aku nak bf anak ni sbb masa aku kat UIA..aku ambil subjek Parenting.Nak tau sbb apa?Sbb sejarah emak n ayah aku yang sudah bercerai menyebabkan aku nekad untuk melakukan yang terbaik untuk rumahtangga aku.Tiba tiba terselit plak satu subjek yang mula membuatkan aku celik susu lah kot.Tajuk subjek tu BREASTFEEDING VS BOTTLE FEEDING.Ms tu aku 2nd year kat UIA..Ssejak itu aku muler berniat nak bf anak aku nnti.Tapi ilmu susu ibu masa tu teramat amatlah cetek.Maklum la..masa tu anak dara sunti lagi.Nipple pun tak ada lagi.hahaha..niat itu diteruskan sampailah aku berkahwin n mengandung.Masa tu 3bulan kandungan waktu wat monthly check up pertama kat KLINIK KESIHATAN MEDAN MAJU JAYA.barulah aku tahu yg pihak kerajaan menyokong penyusuan susu ibu.Masa tu kene dengar ceramah susu ibu.Bila ditanya,awak nak bg anak awk susu apa?SUSU BADAN.dengan yakin aku menjawab.Aku ingat lagi nurse kata,kalau itu niat aku ..aku kene keep thinking n talking to myself yang aku akan bagi anak aku susu badan.Nurse tu kata,pemikiran aku akan mengaktifkan saraf saraf susu dalam breast.Semakin lah berkobar kobar semangat aku masa tu nak bf anak.Bila org tanya, aku terus kata nak bf anak.Walaupun dalam hati seram seram gak ..manalah tau tiba tiba susu tak kuar.Namun sesuatu yang membuatkan aku teruja apabila kandunganku 5bulan,breast ku telah mengeluarkan kolostrum..B lah seronok..asyik dipicit jer..nak membuktikan yang susu aku nanti banyak.Keluarnya kolostrum tu membuatkan aku lagi semangat.Namun waktu itu yang aku faham aku bf anak masa kat rumah,pergi keje aku bg fm.Siap g survey nak bg FM apa nanti..tak pandai lagi..Aku hanya betul betul faham yang BM ni boleh diperah..disimpan..apabila aku kene dgr ceramah susuibu sekali lagi bila aku check up kat PPUM n masa tu aku semangat beli buku PANDUAN SUSU IBU BAGI IBU BERKERJAYA.Aku ingat lagi nurse pesan,sepanjang masa berpantang pump susu awal awal simpan..kalau rasa susu dia banyak bolehlah pump n bagi hari hari.Itu lah silapnya aku..aku tak pump waktu dalam pantang sedangkan masa tu satu badan bau hanyir dek bau susu.baju semua keras keras kene susu yang bertumpahan.Bersyukurnya waktu itu bila dapat susukan rikazz..hari pertama Rikazz lahir, aku dah dapat susukan Rikazz dengan bantuan nurse dekat PPUM.memang sakit bila aku kene tampung rikazz sebab aku ditakdirkan melahirkan rikazz secara czer.namun tu semua tak menghalang aku bf rikazz.Untuk pengetahuan ibu ibu di luar sana..walaupun masa ini kerajaan sudah mula menyediakan polisi penyusuan kebangsaan..namun orang orang tua..dan ramai lagi orang di luar sana masih tidak berapa faham cara nak bagi anak BM ni..aku sendiri rasa amat sukar apabila ramai yang berpandangan sinis bila aku kata aku nak BF anak n bagi anak EBM bukan FM bila aku keluar bekerja.Dari 10 orang, sorang je yang faham n bagi sokongan.Yang lain perli perli..kata mustahil untuk aku tak topup susu dengan FM..macam yg aku kata..kalau dalam 10 tu..sembilan yang perli..aku kene xplen kepada 9 orang macamana plan aku nak bg rikazz BM masa aku g keje..mereka kata MUSTAHIL..N TAK BOLEH!!mereka suruh aku..malah desak aku bagi Rikazz susu formula n mereka katakan aku hanya pentingkan diri sendiri bila aku tak mau bg rikazz FM..nak meyakinkan pengasuh rikazz masa tu pun susah.Dia juga tak yakin yang susu akan mencukupi untuk rikazz sepanjang aku pergi kerja.Macam aku katakan, silap aku tak pump sejak dalam pantang..jadi hari hari aku kene pump untuk sediakan rikazz susu.Aku memang takde stock EBM dalam fridge tu.Depan orang aku sentiasa yakin menyatakan yang susu cukup tapi di belakang mereka,aku bertungkus lumus mengepam setiap hari (sbb kurang ilmu).Sejak aku jadi bf mommy aku kenal Azlina ibu alisha..Ila Kahar Mamy Aqil Khalish..kak ecar..ibu eiymann..CT aqeel haziq..dari mereka aku dapat kekuatan..aku tekadkan hati..walaupun sudah berapa banyak air mata aku alirkan demi menyediakan EBM untuk rikazz hari hari.Susu aku bukan macam susu Ila n Ina yang sampai boleh simpan dalam deep freezer..Sangat banyak..kalau sehari..aku cuma dapat sediakan dalam 12 ke 15 oz jer itu pun setelah 2 ke 3 hari aku pump..baru dapat banyak tu..kadang kadang aku sedih..bila tgok susu org lain..satu session pump boleh dpt 10 oz..aku nak dapat 2oz pun susah..tapi itu semua tetap aku menguatkan semangat aku..alhamdulillah..sehingga kini..walaupun tak banyak mana pun..aku pernah berjaya mencecah 10 oz satu session.Itu je lah pencapaian yang paling membanggakan n yang sentiasa menjadi penguat semangat aku..itu kerana aku sudah NIAT..alhamdulillah..kita memang perlu bertawakal hanya setelah kita berusaha...Walaupun satu hari aku pernah bekalkan rikazz 5 oz jer..aku berdoa pada Allah agar cukupkanlah susu itu untuk rikazz..kerana hanya itu sahaja yang aku termampu lakukan untuk hari itu.Sehingga aku pulang dari kerja..belum pernah susu tu tak mencukupi.Terima kasih Ya Allah..Engkau Tuhan Yang Maha Mengasihani..itu lah serba sedikit kisah yang mampu aku ceritakan.Bagi aku..jadi BF mUM ni mmg kene kerja keras..kene spend masa mengepam..tak boleh leka satu session..kalau tak pemproduksasi susu menurun..lagi lah macam aku yang mmg bukan kaya susu ni..hanya yang mengalami sahaja yang merasai dan memahami..aku berdoa dan berharap..adik Rikazz nanti aku akan tambah lagi ilmu bf dan semoga Allah murahkan rezeki ku supaya dapat menyusukan anak..dan aku dah plan..nak pump susu untuk buat stok supaya aku boleh bukak kilang susu n beli Deep Freezer macam mummy Aqil Khalish untuk simpan stok susu yang banyak.Doakan yer..aminnn

Tuesday, July 21, 2009

Breastfeeding Photo Contest 2009




Seronoknya dengan contest ini.mari kita sama sama tayang gambar Bf..aku dapat tau contest ni dr blog kak ecar..nak lawan kak ecar..payah rasanya..tapi aku nak gaks join kerana aku memang tak pernahnya nak malu Bf rikazz kat public..lantak lah apa org kata kan..ok









Cara untuk menyertai contest ni:Melalui Blog



1. buat satu entri khas tentang contest ni.



2. letak gambar unik anda sedang bf.



3. sertakan sekali butir2 berikut:-



nama ibu- Nur Nhazzla Abdul Wahab



nama anak- Rikazz Qalby Muntasyee



tarikh lahir anak- 11Jan2009



umur anak semasa foto diambil- 2bulan



lokasi foto diambil-Kedua dua gambar diambil sewaktu majlis cukur jambul Rikazz..Yang berbaju hijau di Tanjung Malim, Yang baju biru di Johor



- secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.

Kenangan pahit apabila seorang India menegurku supaya menyusukan Rikazz di bilik yang disediakan.Tapi aku jawab, takpelah,,kat sini pun boleh.Tapi India tu bertegas suruh aku menyusukan di Bilik Penyusuan.Masa tu di klinik kesihatan.Nak cucuk Rikazz.Aku juga bertegas ingin menyusukan di tempat menunggu.Bagi India itu apa yang aku buat tu satu benda yang memalukan.Malu juga ditegur begitu.Macam aku ni tak tau apa yang aku buat.Huhuhu
Kenangan manis ohh..banyak.Antaranya, apabila seorang wanita memuji betapa senangnya menyusukan anak.Walaupun di mana mana saja,di tempat hingar bingar pun Rikazz masih boleh minum dengan selesa dan tidur.Masa tu di Sogo.Tengah ada sale happy hour.Bayangkan betapa crowdednya.Tapi Rikazz relaks je minum.hehehe

4. letak logo contest di blog dan linkkan ke blog ini



5. dah siap, sila tinggalkan link entri anda di ruang komen entri ini.



Tunggu apa lagi, Join Now!!!

Sunday, July 19, 2009

Rikazz dah enam bulan

Kalau aku baca blog lain..mesti ada update perkembangan anak mereka setiap kali besday mereka tiba..aku jer yang tak buat ek?oklah..buatlah sikit..ni pun permintaan dari mama adam harith..sapa lagi dira dadada lah..diam tak diam dah 6bulan aku menjadi ibu..perkembangan rikazz semakin memberangsangkan..hobi rikazz skang jalan jalan pergi dapur..tak tau apa yg best sangat..suka beno pegi dapur..diam diam hilang..aku tengok dah sampai dapur dengan walker nyer itu..bila aku kejo..dia semakin laju membawa keretanya itu.rikazz masih lagi mengundur bila meniarap..masih belum lagi buat aksi macam adam..apa ke namanya itu?combat crawl?apatah lagi nak buat mcm fia..panjat memanjat..takdenyer..proses merangkak?minggu lepas lah minggu terakhir aku tengok dia buat..pas tu takde dah..masih tak yakin diri lagi kot..emm..ada jiran kat umah emak aku kata..RIKAZZ 6BULAN BARU NAK MERANGKAK?LAMBATNYA...pas tu dia kata HITAMNYA RIKAZZ NI..eii..geram jer..mentang mentang anak dia 9bulan dah pandai jalan..elllehh..aku tak heran pun..sepupu rikazz namanya ADIF HUSSAINI..lagi terer..7bulan dah jalan..9bulan dah lari..lagi cepat kan dari anak dia tu..huh..mujur lah kak ju tak reti berblogging..kalau tak..perang salib tercetus kang.alah..perkembangan budak ni bukan boleh kata..hari ni dia lambat..tapi sekali dah maju..termaju maju sangat sampai tak tertahan..apa pun yang Allah kurniakan pada Rikazz aku dah cukup bersyukur..lain burung lain padang..lain orang lainlah caranya..eh..ada kene mengena ke ni?Rikazz bulan ni 7.1kg..naik tak banyak..tinggi 69cm..kalau org tgok dia..besar..tapi tak berat..cumer graf rikazz dah mula menurun walaupun berat rikazz tak pernah turun..aku kene bagi rikazz lemak banyak banyak ni..rikazz tak berapa telan sangat bubur nasi..tapi kalau buah buahan dia telan habis..nak wat mcmana ni ek?macamana rikazz nak dpt lemak kalau dia tak berapa nak habis nasi..tapi dia still telan lagi..hari ni rikazz tak mau letak..habis tergendala segala kerja aku..aku niat nak habiskan keje umah then nak baca sbb isnin ni aku ada interview SPP..kang tak naik gaji aku kang..tapi rikazz buat hal..nak tidur berdukung..menggigil tangan aku dukung dia sampai 2jam..mata dah tutup..tp bila tersentuh punggung kat tilam dia meraung..uwaaaaaaa...skang dia dah tido..main main main..tup tup senyap..la..dah tido upernyer..dah selesa lah tu..ha..dah bunyi plak alarm..menandakan waktu untuk makan pil perancang...ni pun asyik luper je..kang tak pasal pasal rikazz dpt adik cepat plak..mau aku kene khutbah ngan doktor kang..sakit jahitan czer ni pun masih ada ni nak mengembung lagi perut ni..uiiii..ku tak dpt bayangkan

cilok dari ibu alisha

Rules: Here’s are chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are..

Adakah ku berjaya menjawab tag ini dengan jayanya?ku akan suruh B check nanti..wahahaha..

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Wonderpets..dah tua bangka pun suka tgok kartun ni.huaaa

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
entah lah..jarang bersalad salad ni..tapi yg kat umah tu ada thousand island..dia suka sangat

3. What’s one food he doesn’t like?
Laksa...laksa penang

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh halia//ayakss...ku sungguh tidak suka minuman berhalia

5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Jenjarom jek...

6. What size shoes does he wear?
9 maa..kaki gajah ku kata..skang rikazz sudah mengikut tapak kaki gajahnya itu

7. If he was to collect anything, what would it be?
Syiling..skang dia dah ada 3bijik tabung syiling..segala syiling ku turut dikutipnya...marah ni!!

8. What is his favorite type of sandwich?
telur

9. What would this person eat every day if he could?
Sotong masak kicap berempah..kicap kicap..takde benda lain nak makan

10. What is his favorite cereal?
Nestum

11. What would he never wear?
T-shirt atau kemeja yang designnya ada bunga..sikit pun dia alergy oo..dia kata ingat B ni mat bunga ke macam adik?(Adik aku no 2)hahahah

12. What is his favorite sports team?
Barcelona..betul ke ni?

13. Who did he vote for?
Takde vote vote..dia kata maless..

14. Who is his best friend?
Ikmal mr bean

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Malas membasuh pinggan

16. What is his heritage?
Kening gelap..yang lain takde yg dia inherit family dia pun

17. What is his favourite colour?
Biruuu

18. What is his habit?
Merokok..bilalah nak insaf

19. What is he proud of?
Badan dia masa zaman dulu..dia kata kegilaan wanita..tapi aku kata wanita gila je yg minat badan tu..bukan aku ek

20. Lastly, do you think he will read this? Tak lah..dia tak tau pasal blog ni..tapi akan ku susruh dia baca sbb nak check btol ke tak

tahniah lia...

siapa lia ni?kawan aku la..hihihi..lia ni sama umur ngan aku..kami mula berkenaln waktu aku mendaftar di maktab 3thn lepas...itu pun sebab b anto aku masa tu..n suami lia yg aku panggil abg mie..kwn sekilang ngan b.sejak itu la..aku n lia jadi kawan.walaupun kami tak sekelas..tapi kami selalu berjumpa untuk bercerita..lia ni seorang yg mesra..sbb tu dia ramai kawan..lia berkahwin sebulan awal dr aku..sebgai kwn yg baik aku pergi meraikan perkahwinan lia..walaubagaimana pun..aku lebih dulu mendahului lia mengandung..sampai la rikazz 6bln..lia masih belum mengandung lg..ini membuatkan persahabatan kami agak renggang..aku faham perasaan lia..mesti dia sedih krn smpi waktu itu..dia msh belum dikurniakan cahaya mata.tapi kredit untuk lia krn dia tak pernh berhenti berusaha n berubat..kali terakhir dia berubat dengan seorang ustaz darussyifa.melalui perubtn itu didapati lia turut terkena sihir.terdapat seekor jin yang dihantar oleh seseorang yg cuba untuk merosakkan hidup lia dan suaminya.jin itu tinggal di rahim lia yg mengakibatkan segala benih yang datang dimusnahkan..klu mengikut pemeriksaan doktor..mereka suami isteri tidak punya masalah untuk mendapat zuriat..setelah berubat beberapa kali, akhirnya aku menerima kabar gembira..lia tlah mengandung 5mggu.alhmdulillh..semoga bayi lia membesar dgn siht..

Monday, July 13, 2009

Dendam sang tikus

Adakah ini rupa tikus berhantu itu?
Kali ini..aku akan menulis sebuah kisah yang amat misteri..adakah lebih misteri dari kisah adani dan pulut kuning?(http://www.qiqagirls.blogspot.com)..ataukah/ lebih misteri dari itu?nantikah kisah selanjutnya dari penulis blog tersohor abad ini..SEGALANYA DISINI.hehehe..ok lah straight to the point..kisah ini tentang seekor tikus yang mula berminat dengan rumah dan dapurku..aku mula mengesan kehadiran tikus ini sejak aku hampir hampir melahirkan rikazz hujung tahun lepas..itu pun aku dapat kesan apabila aku terjumpa sebiji tahi tikus di atas lantai dapur rumahku.aku mula resah dan mencari cari seandainya tikus itu sedang berada di rumahku..namun tidak ku temui..lalu aku biarkan saja keadaan itu..namun tikus tersebut semakin berani menunjukkan rupanya sejak dua menjak ini dan mula mengencingkan kabinet dapurku..habis plastik2 yang kami kumpul dikencingkannya..aku semakin berang namun masih memberikan peluang untuk tikus itu berpindah ke rumah orang lain.hahaha..aku juga sudah menemui pintu masuk tikus itu..iaitu lubang air di dapur..tetapi suamiku sudah pun menutup lubang tersebut..mungkin itulah mulanya si tikus menetap dirumahku..sebab dia sudah tiada jalan pulang lagi ke tanah..sepupuku nadia fatin yang tinggal di rumahku baru baru ini juga turut bertemu dengan sitikus..namun tikus tersebut tidak berani menonjolkan wajahnya depan suamiku..jadi sehingga ke hari ini..suamiku masih tidak percaya bahawa tikus tersebut menetap dirumahku..baru baru ini..ketika nadia memasak..dapur gas kami bergegar gegar..nadia hampir hampir percaya yang petaling jaya dilanda gempa bumi mini..namun prasangka itu meleset apabila tiba tiba tikus tersebut keluar dari bawah dapur yang sedang berapi..terus menuju ke lubang air..sejak itu..kami percaya tikus tersebut tidak akan berani lagi masuk ke rumah semenjak badannya hampir terbakar dibwah dapur gas..namun..tikus tersebut lebih mengganazz dan mula mengencingkan kabinet yang telah dibersihkan..aku pun membebel lah memarahi tikus itu..tiba tiba nadia menegur..KAKLONG..JANGAN CAKAP MACAM TU DENGAN TIKUS..TIKUS NI BINATANG YANG PANDAI DENDAM TAU..ESOK DIA GIGIT PULAK WAYAR MESIB BASUH KAKLONG..BARU KAKLONG TAU..dengan nada yang marah aku menjawab..AHHH!!DIA INGAT DIA PUNYA DENDAM JE?KAKLONG PUNYA DENDAM DIA TAK TAU?huhuhu..pagi tadi ternyata kata kata nadia betul..tikus tu berdendam dengan aku..korang nak tau apa dia buat?dia pecahkan pinggan sampai berderai halus halus..giler..pagi tadi aku dengan mata yang belum berbasuh tiba tiba blank sekejap bila tgok keadaan dapur yang penuh dengan kaca..mana tak nya..halusssss..sangat sampai dah tak nampak rupa pinggan..bukan tak pernah pinggan atau cawan pecah kat umah ni..tapi takdelah sampai halus berderai mcm tu..berdarah gak kakiku kerana terpijak kaca yang halus tu..nadia yang datang selepas itu turut terkejut dan meyakinkan lagi aku dengan dendam si tikus..jadi hari ini..aku dah belikan makanan tikus..special untuknya..supaya dendam aku dan tikus sama sama terbalas...aku dah beli KEK RACUN TIKUS..makanlah puas puas tikus oiii..zalim tak aku?

Saturday, July 11, 2009

Takziah

Petang tadi..aku berjalan-jalan merayap ke blog sapa tah..tiba tiba aku terpanggil untuk melawati satu blog ni.dari jauh aku nampak gambar pengantin..tajuk entry dia CONGRATS TO MY LOVELY COUSIN.pasti cerita gembira kan.Bila aku bukak blog tu terpampang gambar sepasang suami isteri yang berwajah cina..serta seorang anak lelaki yang masih bayi.dan nama penulis blog tu MAMA AQEEL IDRAKI.aku masih ingat lagi muka suaminya dan juga nama AQEEL IDRAKI ni sebab aku ada catat dalam koleksi nama nama anak frenster.masa aku tengok profile family ni kat frenster waktu tu aku baru bersalinkan rikazz..dalam awal january.Apa yang menarik hati n minda aku mengingatkan mereka ni sbb muka suami nyer sama dengan muka kawan aku masa kat uia..orang terengganu.Nama mereka pun sama..cuma beza sikit lah.kawan aku AMER ABU BAKAR..si suami blogger ni AMEER HUSSAIN.tapi yang membuatkan hati aku berterusan nak menyelongkar arkib blog ni apabila dia tulis kat banner blog..JUST 2 OF US..pas tu kat profile..AKU SEORANG IBU TUNGGAL..terus aku baca lagi blog tu..tak sangka..si suami telah pun meninggal dunia 2bln yang lepas..kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya..hati aku rasa sedih n sayu sanggat..walaupun aku belum pernah lagi menghadapi kehilangan insan yang aku cintai pergi untuk selamanya..tapi setiap entry yang meluahkan rasa sunyi Ann-penulis blog ni betul betul merentap rangkai hatiku..dalam usia yang muda dan anak yg masih belum mengenal ayahnya..dia telah kehilangan tempat bergantung n teman tidur..memang sedih..aku terfikir..bagaimana kalau perkara seumpama itu terjadi pada diriku?entah kuat atau tidak untuk aku hadapinya..bila ku fikirkan kadangkala rasa tak puas hati dengan B..aku jadi insaf dengan peristiwa yang berlaku pada Ann..lalu aku ingin berpesan disini kepada kawan kawan di luar sana..kadangkala memang ada rasa tak puas hati tercetus dalam hati kita terhadap pasangan hidup kita..namun hargailah pasangan kita atau insan di sekeliling kita selagi mereka masih ada di dunia ini..kepada Ann ..semoga tabah membesarkan aqeel idraki..blog ann Annameer.blogspot.com..


Subuh Terakhir
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan kalimah kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu...bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir Tadi SUBUH YANG TERAKHIR

bahang puasa

Bulan depan umat islam akan mula berpuasa..inilah specialnya ramadhan..4 ke 5 bln lg sebelum kedatangannya dah terasa bahangnya.begitu juga aku..Padahal ada satu hari lagi puasa yg tak berganti..ini sebab masa ngandung dulu..tak tahan n hampir pengsan..skang bila nyusukan rikazz asyik lapar memanjang..susah btol nak puasa bukan dlm waktu bulan puasa..bila diingat kenangan waktu sekolah rendah dulu..aku mula blaja puasa agak lambat lah..dah drjh satu baru blaja..tak tau kenapa ek..ingat lagi..aku pernah tanya mak..MAK..BOLEH TAK KALAU DAH MAKAN ATAU MINUM PUASA BALIK?mak dengan nada gurau namun ku anggap serius..BOLEH!aku percaya itulah jawapan sebenar..budak..apa orang dewasa kelentong percaya je..satu hari..hari pertama puasa..aku dah puasa ni dr pagi sampai petang..masa dajah satu aku sekolah petang..bunyi loceng pkl 6.30 tu..kawan aku SITI HARA..aku ingat lagi..offer icecream..nazla nak ice cream?katanya..aku jawab aku puasa..pas tu aku teringat kata kata emak..kalau dah makan or minum leh puasa semula pas tu..aku pun kata aku nak aiskrim tu..aiskrim malaysia..asam boi..sapa tak terliur..hara pun bg..lepas tu aku cakap kat hara..OK..KITA PUASA SEMULA..masa nak buka puasa..mak tanya..KAKLONG..KAKLONG PUASA TAK?aku pun ckp..PUASA MAK..TAPI TADI ALONG MAKAN AISKRIM PAS TU ALONG DAH PUASA SEMULA..terkejut mak..mak kata batallah puasa kaklong..habis..mak cakap boleh..sejak tu...mak bagitau aku perkara yang sebenar setiap kali aku tanya..takut pisang berbuah dua kali..banyak sangat plak nanti pisang di pasaran..sempena awal puasa ni serentak dengan cuti sekolah seminggu..aku nak balik jhr n puasa dengan mak kat jhr..walaupun terpaksa tinggal B sorang..takpelah..aku bg peluang B ngan emak dia..bukan apa..tahun ni..aku kene raya banting dulu..sian emak..dah lah mak ibu tunggal..cume mak ngan aniq je..jauh plak dengan sedara mara..bagi mengubat kesedihan emak aku tak balik raya dengan mak dulu..aku habiskan cuti sekolah kali ni kat jhr..tak sabar nak tggu cuti sekolah ni..nak balik JOHOR..JOHOR...HERE I COME!!!!

Tag dari kart n Dira

FOUR NAMES THAT PEOPLES CALL YOU:
1. kaklong n adik nazla- family
2. sayang- my B
3.naz, nazla, nala - frenzz
4.Ustazah Nazzz- murid2ku
FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 4 february - besday ku
2.28 december - hari pernikahanku
3. 11 january - rikazz laher
4. 8 april - besday B
FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. makan ice cream cornetto
2. lipat kain
3. susukan rikazz
4. mintak laptop dr nadia
FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. menyanyi kuat kuat
2. main ngan rikazz n cium cium dia
3. jalan-jalan dengan B
4. call emak
FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. bunga tulip
2. umah semi d pun jadilah
3. emasss
4. dapat anugerah khidmat cemerlang dr boss
FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. tido..
2. masak..
3. surf tenet
4.nyanyi
FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Mediterranian-cari tulip
2. Bukit fraser
3.Tempat-tempat sejarah
4. Jordan
YOUR FAVORITE DRINKS:
1. Teh ais
2. Pepsi
3. Ribena
4. Mango
FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. pampers rikazz
2. toiletries rikazz
3. iron
4. bedak bedakku
FOUR FAVORITE COLORS:
1. Biru
2. Merah
3. Purple
4. Hijau
TOP FOUR HANGOUTS:
1. Sunway pyramid
2. Simple cafe shah alam -char kuew tiow dia sedap giler
3. Western food corner Klang
4. Uptown shah alam
TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH :
1. emak
2. B
3. Rikazz
4.Mek Ema
TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
1. hp...sangat penting..boleh meraung tak berlagu klu jadi sesuatu kat hp
2. purse..di situlah terletaknya duit yang tak brapa nak banyak tu
3. kasut..kalau takde kasut habislah diriku
4. kereta..aku yg bayar tiap tiap bulan
TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. atas permintaan kart n dira
2. nak rehat sebelum buat keje
3. suka nak tulis
4. tak tau

Tag diri sendiri

Bila baca tag kat blog wanie..mcm best je tagged ni..aku pun ciplak lah untuk diri sendiri..boleh kan


1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Only one..

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Sebenarnya ikutkan nak setahun 2.Disebabkan Rikazz laher awl jan..boleh bg rikazz adik bln 12 kan..tapi sbb czer..hajat itu diketepikan..namun masih bersemangat nak tambah zuriat dan naz mengambil keputusan mula mengandung bln 9 taun depan..jadi bila Rikazz dpt adik dia dah 2thn lebih..abah rikazz tak kisah..dia suka ada baby cepat..doakan aku yer

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Nama putera sulungku ialah RIKAZZ QALBY MUNTASYEE BIN MUHAMAD RIZAL.sebenarnya nama ARAB..Maksudnya

RIKAZZ- harta yang tertanam di dalam perut bumi.=harta karun lah tu

QALBY-hatiku

MUNTASYEE-insan yang memiliki segala kebahagiaan di dunia ini.

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

aku ler yg bagi kan..abah rikazz ok jer..

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

Aku memang rajin kumpul n gabung nama dari dulu lagi..masa zaman sekolah..sepupu sepapat n kawan-kawan ramai yg mendapatkan khidmat nasihat aku tntg nama memandangkan aku ni pengkhususan dlm bahasa arab n sastera arab..so maknanya lebih mendalam ler ek..aku cari dlm kamus arab - arab sendiri sbb puas hati..maknanya mendalam n tepat..klu dlm buku ni banyak dia modify sampai kdg tu mmg bkn maknanya langsung..

R-semua anak lelaki ku akan dimulakan dengan R sbb abahnya R-Rizal..klu gurl N sbb aku N-Nhazzla..yg lain aku ikut bila aku rasa sedap.hehehe
Dulu last minute nak tuko nama RIKAZZ NUFAYL MUNTASYEE..oma rikazz kata biar yg lama..
6.Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Kalau lelaki RIYASH NUFAYL MUTAFAWWIQ

Kalau pempuan NUBLAA RIFQAH QISHRAH
7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
TARAK
8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?

Dulu mmg nak anak pempuan tapi skang mcm best anak lelaki..jd nak boy supaya rikazz ada kawan..klu gurl mesti dia g cari kwn kat luar
9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?

Aku rasa hidung kot..n bentuk muka..sbb kulitku ngan rikazz totally different..uwa!!!

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


wokeh!

Aku nak CUTI REHAT

Sepanjang aku bertugas sebagai seorang guru,tak sekali pun lagi aku amek cuti rehat.MC pun buleh dikira dgn jari.jadi cikgu ni susah nak cuti..alasannya..banyak cuti sekolah dah..itu cuti sekolah..bkn nya urusan kita boleh postpone sampai cuti sekolah kan.Alkisah..aku plan nak amek cuti rehat 16hb Julai ni..sbb nak bawak rikazz g cucuk kat klinik pagi.Faham faham aja lah kalau klinik kerajaan kan..panjang berjela line..ramai tak usah nak kata..mengalahkan pasar malam..dah alang alang aku cucuk tu..aku nak mintak cuti sekali sbb plan petangnya aku nak g maktab amek result Kursus Induksi n BTN..ni pun sbb result tu dah keluar 3bln..aku je lagi yg tak amek amek memandangkan aku keje waktu sessi petang.kalau pagi tu seng sikit..tak payah lah aku nak amek cuti kan..pegi je terus..dengan yakinnya aku cakap kat mek ema 16hb ni aku tak dtg..dengan yakinnya yang GB akan luluskan cuti tu memandangkan aku teramatlah jarang bercuti..tahun pertama..selama setahun MC n Cuti Rehat = 0..tahun kedua..tahun aku pregnant..CR=0 MC=1hari..tahun ke 3..tahun ni lah..MC =1..CR belum pernah lg..aku ingt GB bagi lah.tup tup lpas dia suruh aku explen sbb aku nak cuti..dia kata saya tak boleh nak luluskan..alasan awk tak munasabah..lagipun BAHASA ARAB takde sapa pandai ajar selain awk (FYI aku satu satunya guru bahasa arab kat sekolah tu)..dia pun suruh aku fikir balik..siap bagi cadangan suruh aku naik teksi lah...bawak baby lah..g klinik pagi lah..aku ni tak reti drive..apa apa pun tggu B balik keje..kecewa nya aku...mulalah aku pertikai..selama ni cikgu cikgu lain tak dtg berhari hari..keje amek cuti rehat tiap tiap bln..ok je..senang je nak lpas..aku yg first time ni dia tak approved..sampai borang pun salah isi..dek kerana tak pernah mintak cuti..huhuhu..dengan kecewa n sakit hati aku pun berlalu n meluahkan rasa tak puas hati pada kawanku Mek ema.Dia pun terkejut dgr alasan GB..kalau dia nak calonkan aku anugerah khidmat cemerlang tahun ni..takpe gak..bila aku dgr ada lah sorg member ni nak cuti..aku terus cerita kes aku tu..dia diam jer..terasa kot..lantaklah..yang penting aku tak puas hati.Keluarlah citer yg GB aku ni dlm masa 2thn..dah 2bln straight dia cuti..alasannya..ke luar negara..jumpa anak..boleh je bos dia luluskan..dia tak pk ke kepentingan kita nak cuti tu..satu hari je..bkn satu bln mcm dia..tu pun payah..tapi tadi..dia nmpak aku tgah tggu nak msk kelas..dia tanya..NAZLA..MACAMANA?DAH FIKIR?OK KE TAK OK?aku pun kata TAK OK PUAN..sambil buat muka sedih..tiba tiba dia kata..kalau mcm tu takpelah..isi borang bagi kat saya..nanti saya sign..Ha?Puan nak approved?Ye..aku apa lagi happy!!!Niat aku nak ponteng tak berjaya sbb aku dah dpt cuti yg halal..Thanks Puan Rita..

Friday, July 10, 2009

Award dari Kart..thanks kart

Kart lah orang pertama yg bagi kak naz award sejak kak naz pandai berblogging ni..ku terharu kart..kak naz rajin baca blog kart tapi still takleh comment blog kart tu.uwa!!!
1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
Kart mama Ryann
1. First time dengar suara kart..tak sangka kart ni pandai mengubah suara menjadi orang sengau..bravo kart..hampir ku tertipu woo
2.Kart mama ryann yang ensem
3.Ada online business..Ryanzz collection ek?
4. Sekampung..so bahasa pun sama
5. Kami pernah nak jumpa masa gathering ari tu tapi last minute kart tak dtg.huhuhu
2• List down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies
1. Ibu rikazz qalby muntasyee yang bersuara merdu...ahaks
2.cikgu bahasa arab..sapa sapa nak refer apa apa pasal bahasa boleh tanya i yer
3. suka nyanyi nyanyi
4. peramah kalau org dah kenal tau..
5. susah nak bodek boss..uwaaa
6.manja...ihik
7. kaki jalan...semenjak kawen ngan abah rikazz lah
8. berketurunan Pakistan + Jawa
9. suka anak ramai..kalau dpt nak 8org pun jadilah
10. ska masak..tapi tak suka kemas umah.wahahaha
3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
1.Dira-mama adam..apple..pembaca n pengkomen setia blog ku
2.Kak ecar-ibu eiymann..mama vogue da vass
3. Dia..mama qareena adani..besanku..i lap u
4. kak ina..mama faris..teman sekepalaku
5.Ina..mama fia..kawan sekawasan ngan rumahku

Wednesday, July 8, 2009

Tag dari Kart

Sorry kart..dah lama baca tapi terjawab lagi tag ni..thanks kerana mengingati kakakmu yang selalu comel ini.kikiki..mari kita jawab sama-sama...

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Starting time : 11.25pm 8julai2009
Name : Nur Nhazzla @ Naz
Shoe size : 7 @ 8
height: 160 cm = 1.6 meter
Where do you live : taman sri sentosa kuala lumpur
Have you ever been on a plane : Tak pernah..tunggu g KK ujung taun nanti
Swam in the ocean : masa zaman kecik-kecik..zaman remaja n latest masa kat maktab sbb pogram BIG
Fallen asleep at school : HEHEHE..masa sekolah menengah memang rajin..siap tido masa spm woo..mujur subjek tu ku dapat ilham dlm tido so dpt gak A1
Broken someone’s heart : kALAU bab bercinta ni pernah sangat..ada dua org..sorang BAD.namanya..la ni anak dia sebaya ngan rikazz..cinta ku dihalang oleh orang tuaku..2nd IJAM..org kedah..cintaku telah dipendam lama tapi dia lambat bertindak..abah rikazz dah bertindak dulu..so gud byeee
Fell off your chair : oh..tidak pernah..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : hehehe..tunggu abah rikazz kol pagi pagi buta..sanggup bersengkang mata takut tak dengar kan..
Saved e-mails : masa tengah asyik masyuk melayan emel ijam..sampai hari ni ada lagi kat yahoo email tu
What is your room like : sepah sikit sbb ada abah rikazz yang suka sepah..
What’s right beside you: ketas A4 sbb baru pas print out maklumat untuk interview
What is the last thing you ate : buah prune Nadia my cousin bawak dari kolej dia.dah habis dah nadia..
Ever had…Chicken pox: pernah..masa sekolah rendah
Sore throat : dulu selalu lah..sampai bisu
Stitches : first time tahun ni..masa czer rikazz nak kuar lah
Broken nose : x pernah..he3..
Do you Believe in love at first sight : eh ..percaya..sbb abah rikazz jatuh cinta pandang pertama ngan aku.wahahaha..dia kata mukaku kelabu asap tapi manis..
Like picnics :tak minat sangat lah
The last person you danced with : dengan cikgu cikgu seangkatan masa hari guru..joget bunyi gitar
Last made you smile : muntasyee jilat nestum..org nak suap dia g jilat..dah mcm miow
You last yelled at :murid-murid drjh 3..sbb bergado
Today did you…Talk to someone you like : rikazz
Kissed anyone : abah rikazz n rikazz
Get sick : jarang...
Talk to an ex : dah lm dah..citer pasal ank ank sbb ank kami lhr hari yg sama..11 jan
Miss someone : kwn kwn uia
Who do you really hate: AMIN B org giler..psiko..tak pernh aku benci org kecuali dia
Do you like your hand-writing : biasa biasa jer
Are your toe nails painted :tak
Whose bed other than yours would you rather sleep in : no one sbb x selesa klau tdo
What color shirt are you wearing now : putih + ijo
Are you a friendly person : klu dah knl...
Do you have any pets : dulu..miow
Do you sleep with the TV on : tak..klu abah rikazz sellu
What are you doing right now : menaip lah smbil2 pegang rikazz
Can you handle the truth : can
Are you closer to your mother or father : emak
Do you eat healthy : nope..i like fast food..
Do you still have pictures of you & your ex : bnyk....
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : mak
Are you loud or quiet most of the time : bnyk mulut ar..kan cikguuu
Are you confident : no..
5 of my bad habits :
1. mls basuh pggn
2. yang lain baik baik belaka
3.
4.
5.
5 people tag :
1. lina mama fia
2. hanna mama khayra
3. ina ibu alisha
4. ina mama faris
5. azryna mama dhaniya

Monday, July 6, 2009

Aku kemaluan...

Huhuhu..semua gara gara Hp ku yang telah bertukar beg..lepas solat asar kat surau..aku bergegas pergi ke tapak perhimpunan sbb hari ni ada perhimpunan mingguan..isnin kan.aku pun sebagai seorang guru yang berdisiplin terus mencari hp dlm handbag sbb nak silent..ditakuti para peminatku memesej atau mengcall aku nanti.tak pasal pasal aku glamer hari tu dengan ringtone hello..tiba tiba aku panik bila aku cari hp takde kat dlm handbag..pas tu aku bgtau ler best kakak sekerja ku MEK EMA...dia terus mengambil langkah drastik menelefonku..sayangnya..hp tu off..kami syak hp ku telah dicuri..walaupun sek rendah..mereka hebat sanggup mencuri duit n hp cikgu..sebelum ni kawan aku pun dah kene..aku cuba cari kat bilik guru tempat aku duduk..bila aku tgok dlm bilik guru juga tak ada..aku semakin panik..aku cuba mengingat kembali kat mana kali terakhir aku pegang hp ku..aku ingat aku sms B sebelum aku pergi surau..aku mula syak mungkin hp hilang waktu aku solat sbb masa tu ada ramai budak drjh enam main dlm surau..huhuhu..aku dah tak dpt tahan tangisanku..aku terus lari pergi bilik air nak basuh muka..macam macam aku pk..nak beli hp yg ok bkn senang..huhu..aku plak guner post paid..klu budak tu guna simkad aku wat kol beribu ribu matilah aku nak bayar bil nanti..dlm hidup aku lepas family aku mmg paling sayang hp..hp sebelum ni aku guner hingga 5thn..ni baru aku tuko w910i.MCM MCM gambar Rikazz ada dlm tu..itulah harta kesayanganku..bila aku nak balik semula ke tapak perhimpunan..aku dengar Guru Penolong kanan dah keluarkan arahan nak sekat murid murid tahun 6 untuk adakan sport check..tiba tiba mek ema datang n bgitau hp aku dah jumpa.dalam beg besar aku..bila org lain kol baru dapat.bergema lah lagu Hello hello hello..kat perhimpunan tu..rupanya semua org tahu dah yg hp aku hilang..ahh cepat btol tersebar berita itu sedangkan aku tak cerita kat org lain pun..aku tak kembali pun ke tapak perhimpunan semula..kiranya..aku ponteng perhimpunan lah...aku minta mek ema bawakkan beg aku bila perhimpunan habis..kesimpulannya..Aku MALU!!!!

Akhirnya anakku..

Mula-mula aku plan nak g bukit fraser semalam setelah berpenat lelah seharian mengacarakn hari sukan sekolah.Tapi tak jadi coz masing masing malas.Namun langkah tetap diorak..ewahh..sbb dah janji nak cari court rikazz..ni semua rentetan peristiwa rikazz jatuh katel tu lah..kalau tak..ntah sampai bila rikazz nak berkatil sendiri.Sebenarnya nak beli dari hari tu tapi B kata tak payah..membazir..rikazz bkn nak tido jauh ngan aku pun.Aku pernah kata..jangan sampai rikazz jatuh katel baru nak beli..tapi itulah kenyataannya..lepas rikazz jatuh katel barulah nak beli..selain beli court rikaz..aku belikan laptop untuk rikaz..cari yang 30lebih je..ada yang beratus n branded..tapi mahal sgt..sampai dekat 200..takut plak nak beli..bila aku letak rikazz kat court dia..dia seronok sgt..dan satu perkara yang aku nak citer dgn korang ialah..RIKAZZ DAH MERANGKAK..mcmana aku leh nampak?baby ni..dia nak mula maju kedepan..bukan nak tayang kat ibu abah dia kan..buat senyap senyap..tau tau...dah pandai..aku tengah sidai kain..aku dengar rikazz bising bising macam tak selesa..aku mengintai di balik pintu..aku nampak rikazz angkat tangan dia..tu dah biasalah..memang dia angkat tinggi..pas tu dia angkat punggung dia dan bengkokkan kaki..aku mula teruja..sambil mulut rikazz bising bising..dia goyang goyang..pas tu dia tiarap semula..dan mengulangi perbuatan yang sama..3kali..aku happy sangat n terus bgtau B..pas tu aku angkat rikazz dr court sbb dia dah nanges..nak mintak upah ler tu..alhamdulillah..dlm banyak banyak step..bagi aku stage merangkak amat penting..ni semua kerana kata kata pensyarah aku masa kat maktab..dia kata.bila baby merangkak..dia akan access cahaya dr kaabah straight ke otak dia..mcm aura jugaklah..itu lah yg menyebabkan otak baby cerdas n bijak..tambahan pula..aku amat menantikan rikazz merangkak sbb dia meniarap agak awal..masa 2bln lebih..namun progress ke merangkak lambat..sampailah hari ni..rikazz 5bln3minggu..dia merangkak..memang step rikazz ni terbalik kot..dia duduk dulu ..n boleh berdiri dulu..kemudian merangkak..apa pun syabas anak ibu..ibu amat bersyukur atas kejayaan qalby..

Friday, July 3, 2009

Ferrero roche oh ferrero roche..

Orang kata..coklat tu lambang cinta..kenapa ek?tapi untuk entry ni aku bukan nak cerita pasal coklat..tapi kisah lain..kisah yang membuatkan aku ketawa terbahak bahak sampai menitiskan airmataku..hahahaha..sebenarnya hari ni..penat sangat..dah seminggu ni bz kat sekolah n mcm biasa..kerja kat sekolah terpaksa bawak balik ke rumah.sampai B komen..hai keje last minute bg esok nak submit..macam org takde keje lain kat umah..memang lah..ikutkan mcm tu lah..kat umah nak rest..nak wat keje umah lagi..semalam aku dah tak tido nak siapkan buku program hari sukan.mana taknya..setiausaha baru bagi content..esoknya Guru besar nak rezo..terpaksa lah aku buat hari tu gaks..huk huk..namun kepenatanku hari ini terubat sket dek kisah coklat yang boleh tahan mahal gaks..semalam B amek barang barang sepupu aku Nadia yang dah nak tamat study kat kolej kat banting..tapi dek kerana banyak sangat barang si nadia ni..petang td baru B habis angkat..aku perasan ada sekotak coklat FR ni dalam kete..tapi sikit pun hati aku ni tak teringin nak merasa coklat tu.Namun petang tadi..dengan semangatnya B ambil kotak tu..dia kata dia nak makan sebijik..teringin plak bila tgok coklat tu..aku tegur b..mintak izin nadia dulu..tp dia tak peduli..dia kata nak mintk izin pas makan nanti..aku biarkan saja B mengopek kulit coklat tu dan aku berlalu msk ke bilik utk pumping session.tak lama pas tu B datang dan suruh aku cium bau coklat tu..ntah kenapa dgn hidung aku ms tu tak dpt nak cam bau coklat tu lalu aku mintak B rasa je lah.tanpa menunggu lama B ngap sebijik coklat tu..tiba tiba dia kata..coklat tu dah tak sedap dan terus g keje..mlm nya aku kol nadia tanya psl coklat tu..dia terkejut bila aku tanya n nak tau saper mkn..nak tau apa cerita di sebalik coklat tu?agak agak korang..apa dia?teng terenggggggggg....mcm ni nadia citer KAKLONG..COKLAT TU HADIAH ANNIVERSARY KAKAK DGN BAHA YG PERTAMA.THN NI DAH ANNIVERSARY YANG KE3 DAH..KAKAK TAK HBS MKN DULU..SO KAKAK SIMPAN LAH BUAT KENANGAN...bila aku cek kotak tu..expired 2007...bln 10..korang dpt bayangkan..coklat apa yg B dah mkn?sian B.bagi mengubat hati B yang lara n perut B yg beduka..esok sayang belikan lah coklat FR utk B k...

The Unique Wedding Photo Contest




Wohoo..thanks kak ecar kerana menjemputku dlm contest ni..ada ke gmbr yg unik sbb fotographer ku masa kawen tak brapa nak unik..tp dlm banyak banyak gmbr aku da lah berkenan satu gmbr tu..jap ek..




Syarat-syarat


1. Terbuka kepada semua blogger tegar - aku la tu...


2. Uolls diwajibkan menjadi Follower blog e-caR NazRin aka ibuEiymann serta add link blog ini dalam blog list uolls- dah follow lama dah..


.3. Sila tempek gambar di atas sebagai banner di sidebar blog masing2..banner tersebut mestilah di link kepada entry contest inigune link ni: http://ecarnazrin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html- siap


4. Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar perkahwinan anda yang ter UNIK / UNIC / UNIQUE.. pada gambar tersebut sila nyatakan:-


Nama uolls & suami/isteri: (full/nick name)- Tarikh Tunang, Nikah, Bersanding, Resepsi, Bertandang etc:
Nama aku : Nur Nhazzla Bt Abdul Wahab
Nama My HuBBy : Muhamad Rizal Bin Timyati
Tarikh Tunang : 24.12.2006
Tarikh Nikah : 28.12.2007
Tarikh Sanding : 8.3.2008
Tarikh Bertandang : 29.12.2007


Sila jawab 2 soalan wajib:


i) kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..?? -

Agak agak unik lah jugak kot..pada mata aku..aku suka pose ni..saling berpandangan ..suamiku tu susah nak senyum..masa ni lah senyum sukarela yang ku dpt dr nya..dan waktu ni ku rasakan diriku sooooo beautiful.ahak ahak ahak..kak..kesianlah saya..contest lain tak menang..bg lah saya menang contest ni


kenapa uolls suka membaca blog e-caR NazRin aka ibuEiymann??

Mcam kawan kawan lain...kak ecar ni mmg hebat bab bf ni..aku banyak dpt info dr kak ecar ler..agak malas nak cr info kat website lain pasal bf..aku akan lwt blog kak ecar nak cr info..lg senang cepat dan mudah.ehehehe..pas tu..kak ecar memang menyedarkan aku yang kita harus berbangga dengan anak kita walau sapa pun mereka n mcmana keadaan mereka..thanks kak..


6. Pastikan di dalam entry uolls ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):link blog ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/link contest ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html- confrim ada..


7. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest-uolls di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda uolls SAH menyertai contest ini..ini juga memudahkan para juri membuat edisi terjah ke blog uolls8. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan wedding photo yg ter UNIK/UNIC/UNIQUE.. yg lain daripada yang lain nak masuk contest nie mesti uolls nak tahu apa hadiahnya kan..hadiah2 akan ditaja oleh (hadiah misteri utk penyertaan ke-7, 17, 27, 37, 47,
ok..thats all

SIGN JANGAN TAK SIGN