Followers

Sponsored By

Friday, June 12, 2009

Hari Bapa?

Bagi aku takde maknanya hari bapa ni.Ayah?Memang ayah aku masih hidup.Abdul Wahab Bin Che Leh.itulah nama bapakku.Tapi sekarang aku takde perasaan lagi pada seorang lelaki yang bergelar ayah.Kenapa?Tahun ini merupakan tahun yang ke 13 aku hidup tanpa ayah.Kisah 13 tahun lalu betul betul mengubah persepsi aku pada ayah..sejak kecil..ayah lah tempat aku mengadu..bergurau senda..berjenaka.Aku sangat sayangkan ayah waktu itu.Ayah mengajar aku menganggapnya seperti kawan.Aku bangga n bahagia bila bersama ayah sbb ayahku sangat sporting n tidak garang langsung.Boleh ku kira berapa kali je ayah memarahi aku.Beberapa pesanan ayah sehingga hari ini yang masih aku ingati ialah jangan bukak dompet orang lain walaupun tuan empunya badan menyuruh.Memang sampai hari ini..itulah yang aku lakukan.yang lain apa yer?Ntah lah..ayah ku punya banyak isteri..dia pernah kumpulkan 4 isteri dlm satu masa dan pernah berkahwin sebanyak 6 kali.FYI ibuku isterinya yang pertama yang dikahwini sewaktu berusia 19thn.Dan ayahku bergelar ayah setelah ibuku melahirkan NUR NHAZZLA ABDUL WAHAB pada 4februari1983.Sejak itu ayah bergelar ayah.Ayahku berkahwin lain sewaktu aku 7thn namun emak n keluarga tidak mengetahui hal ini.Sejak itu ayah hanya pulang ke rumah seminggu sekali..sebulan sekali n sejak detik itu aku beraya dengan emak sahaja tiap tiap thn.hanya setelah aku merayu pada ayah untuk beraya bersama..ayah tunaikan permintaanku..itu pun petang 1syawal ayah dah pulang ke mana aku tak pasti..katanya bekerja.Rupa rupanya itulah raya terakhir aku bertemu dgn ayah..Aku mendapat tahu ayah berkahwin lagi setelah aku berusia 14thn.Hatiku hancur dan aku tidak boleh terima untuk berkongsi kasih ayah dgn anaknya yang lain dari isteri kedua ke3 ke4 ke 5 ke 6 nya.Aku tak mahu!!!Sebab waktu itu ayah adalah segalanya untukku.Namun ayah pergi jua meninggalkan aku n adik adik dan waktu itu adikku yang kecil berusia 2thn..FYI adikku yang kecil mmg tidak kenal ayah dan ayah tak pernah berusaha untuk berjumpa dgn anaknya itu.Sejak saat itu aku mulakan hidup baru dgn emak yang waktu itu tidak bekerja.Betapa sengsaranya hidup kami waktu itu..Sudah lah hidup lintang pukang.orang ramai berkata yang macam macam pada kami sekeluarga..Kesian emak.Sebelum ayah lari tinggalkan kami dia ada membeli sebiji van atas nama emak dan sehingga hari ini dia tak pernah bayar dan emak yang tanggung hutang itu.Dengan pelbagai masalah yang diberi pada aku n keluarga bagaimana lagi aku nak menyanjung ayah ku?Yang terbaru yang buat hatiku betul betul hancur dengan ayah..2hari sahaja lagi hari pernikahanku..ayah menelefonku minta ic aku dengan tujuan utk membeli tanah atas nama aku..aku cuba berdalih kerana aku sangat berhati hati dengannya takut menerima nasib yang sama seperti emak.Perkara itu menimbulkan kemarahannya dan dia mengugut tidak akan menikahkan aku kalau aku tidak mahu menolongnya.setelah berbelas tahun dia abaikan tanggungjawab dia..tanggungjawab terakhir tu pun dia nak buat huru hara..Mujur ayh ku lupa dia dah wakil walikan kpd tok kadi..Dengan bantuan Ustaz Zainal jurunikah aku..aku bernikah sehari awal supaya mengelirukan dia..Alhamdulillah..kini aku bergelar isteri kepada Muhamad Rizal.Hingga hari ini..aku masih lagi tidak menemukan anakku dengan Ayah bimbang dia akan berbuat sesuatu kepada Rikazz sebagaimana dia tega memfitnah n menyusahkan hidup aku n mak..Walaupun aku rinduu dengan suasana sewaktu aku kecil bersama ayah..Namun perbuatan perbuatannya yang tidak pernah serik dan insaf menyusahkan aku dan emak sangat menghancurkan hatiku.Mungkin bagi sesiapa yang membacanya..aku tidak patut menulis begini dan mengatakan ini tntg ayah.Tapi inilah hidupku..aku bangkit dr kesusahan bersama sama emak.Kini apa pun yang ku lakukan hanya untuk emak sbb begitu banyak benda yang enak telah lakukan untukku sehingga aku berjaya sekarang.Namun aku masih ada dua insan lagi untuk diucapkan selamat hari ibu..Untuk abah mertuaku Haji Timyati B.Nasiron..walaupun kami tak rapat tapi abah mmg best.Dan untuk suamiku..Muhamad Rizal..Selamat Hari Bapa..Saat kita melayan Rikazz bersama sama sangat menyentuh hatiku kerana aku tidak berpeluang dilayan seperti itu..

4 comments:

Dira Diya said...

nazz.. sbr ek.. tbhkn ati.. papepn.. ktorg kwn2 nazz.. mmg yakin nazz akn jd ibu yg baik pd rikazz mcm mak nazz jgk.. ayah rikazz pn.. sure yg terrrrbaikkkk pnya lah utk rikazz..

Segalanya disini said...

thanks dira..itulah antr kisah sedih dlm hidup nazz

QIQA said...

menitik jugak akak baca kisah ni..nk labelkan apa pun tak tau laa tuk ayah nazz ni... tabahkan hati.. kuatkan semangat.. demi tuk keluarga dan anak..

Segalanya disini said...

thanks akk..

SIGN JANGAN TAK SIGN