Followers

Sponsored By

Friday, June 12, 2009

cuti dah nak berakhir

sekejap je rasanya 2minggu dah pun berlalu.sedih hati bila tgok rikazz.sekejap je rasanya dengan anakku itu dah pun terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.hari ni rikazz nampak mcm tak ceria seperti selalu.tak terdengar pun gelak tawanya dan tidak terlukis pun senyum manis di bibirnya.yang ada hanya tangisan dan rengekannya serta kesunyian di rumah ini.adakah rikazz mencari oma dan ucunya?selalu tiap tiap pagi mesti mak ketuk pintu bilik ni untuk bermain dgn rikazz..sepanjng hari ni aku tak masukkan rikazz dlm buaian.kalau ada emak dia suka masukkan rikazz dlm buai.lepas maghrib baru aku masukkan rikazz dlm buaian.apabila aku masukkan dia dlm buaian..rikazz kelihatan begitu gembira..ditendang tendangnya kakinya seperti biasa apabila dia sedang gembira.barulah terukir senyuman di bibirnya sambil melihat kipas biru yang oma gantung sebagai menarik perhatiannya.mungkin dia rindukan oma nya.Kesian rikazz.kalau umah aku n emak dekat..boleh ku bawa ke sana selalu.hari ni aku bagi rikazz makan ubat..dia dah pandai tutup mulutnyA rapat rapat.Sayu hatiku bila mendengar suaranya yang seolah olah memohon merayu agar tidak diberi makan ubat.Tapi apakan daya..aku tak sanggup nak biarkan Rikazz terus dengan batuknya dah selsemanya.sedangkan aku sendiri tak mahu makan ubat apatah lagi baby kan.Bilalah batuk dan selsema Rikazz nak baik nak?Tiba tiba aku teringat seorang baby dan ibunya di klinik waktu aku bawa rikazz g cucuk.Anaknya bermasalah iaitu kepala nya di penuhi cecair.jadi kepalanya besar.Tu pun baru lpas pembedahan di kepala untuk masukkan tiub di otaknya.Walaupun begitu aku kagum dengan ibunya.Ada orang malu nak cerita kalau anak dia bermasalah tapi wanita itu tidak..dan tidak sedikit pun kekesalan tergambar di wajah dan nada suaranya.Sedangkan kita anak baru sakit sedikit sudah berair mata melihat keadaan anak apatah lagi wanita wanita yang punya anak istimewa.Aku terlupa untuk bertanyakan nama wanita itu.Yang aku ingat nama anaknya NUR ATIKAH ATHIRAH NATASHA.Buat ibu atikah dan ibu ibu yang punya anak istimewa..semoga Allah berikan kalian ketabahan hati dalam membesarkan mereka.Kami tidak sekuat kalian untuk menghadapi dugaan seperti itu..Anda adalah wanita terpilih dan anda lah wanita yang tabah dan cekal

2 comments:

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

nazz.....
adik lina pun kes mcm tu.
skang umo dia dah 13 thn.
lahir kembar air kat kepala .. besar sgt.
tp doktor cuai. belon air kepala tu pecah then tak taruk dlm acuan..

skang kepala jd leper sket. dan teramat berat, tiub dlm kpla sambng smpi pundi kencing tuk elak kepala takung air lagi.. sama cam atikah

Naz Nur Nhazzla said...

ye ke lina?mesti mak lina n adik beradik orang yang tabah kan.bukan semua org boleh terima anak istimewa ini..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN