Followers

Sponsored By

Tuesday, June 30, 2009

Aku gaduh dengan orang tuuuu...

Hehehe..sebenarnya kenangan masa kecik..kalau nak gaduh ni memang senang..nak berbaik bertahun tahun..ada tu yg bermusuh sampai ke anak cucu.kisah ini terjadi sewaktu hari raya aidilfitri di rumah lamaku di johor bahru..masa tu aku baru tahun 4 sekolah rendah..aku..adikku ..ina(kwn gado) n adiknya lepak lepak kat belakang rumah andak aku..tiba tiba kling kling kling..ada aiskrim lalu..adik terus offer nak belanja kami aiskrim dengan duet rayanya..masa tu adik dapat seratus ringgit..kami semua setuju kecuali ina..bila adik dah jauh..baru ina jerit yang dia nak jugak aiskrim..tapi malangnya adik tak dengar..bila adik kembali semula dia cumer beli 3..aku cakap kat ina..TADI TAK NAK CAKAP..ADIK TAK DENGAR LAH INA CAKAP DR JAUH..aku takde niat papa pun..pas tu ina cubit peha aku..aku takleh kalau org mencubit aku..aku mula nak naik marah..aku ckp kat dia APASAL CUBIT CUBIT NI..(dengan nada yang lembut walaupun hati panasss)dia cubit aku lagi..dr cubit bertambah ke pukul..pukul ke tumbuk n akhirnya jadi pergaduhan besar antara aku n ina..sampai berguling guling kat tanah (dengan baju raya tuu) siap tarik rambut n bertumbuk...adik adik kami cuber meleraikan namun kami sudah naik hantu..takleh stop dah..hati memang membara bara masa tu..jalan terakhir adik panggil emak..emak dtg bawak kayu..barulah kami stop..tu pun bila dipisahkan..ina cuba untuk memukul aku..dia siap jerit BABIIIIIII..aku plak SETANNNNN..(mana boleh kalah kan).tak semena mena mak tampar mulut aku..mak ajar aku n adik adik jgn keluar sikit pun bahasa kesat..mmg itulah perkataan pertama aku ..setann..dah geram sgt..balik rumah mak cili mulut aku...sampai bengkak bengkak tau..dah tu kene rotan lagi..semuanya sbb ina..akibat pergaduhan tu..ina tak tegur dengan aku sampai 5bulan..puas adik adik membaikkan keadaan.aku pun cuba memulakan kemaafan walaupun bkn aku yg mulakan..tapi ina tak nak..sedih hati aku..tapi skang kami dah berbaik semula..dan tak akan gado lg sampai bila bila..ina pun dah kawen..aku dah ada anak..kami berbaik semula kerana kesungguhan aku minta maaf..ina kata dia dah lama nak maafkan..tapi dia ego..kisah ini bersambung bila aku dewasa..tapi bkn dengan ina..dengan org lain..aku bukan sengaja nak sakitkan hatinya..hanya kerana kesilapan aku tak tau sejarah hidupnya..dia hukum aku hingga hari ini..kata kata aku disalah ertikan..bukan aku tak cuba berbaik baik sebelum ni..tapi dia tak terima penjelasan aku dan tetap mengatakan aku yang bersalah sedangkan aku hanya melemparkan soalan yang aku tak tau jawapan dan sejarahnya..aku cube mendiamkan diri dari dia agar dia cool dan baru baru ini..aku cuba lagi menegurnya..namun dia masih dingin denganku..mungkin dia tegas tidak mahu memaafkan aku..entah lah..manusia kan..cuma aku harap satu hari nanti dia bersikap dewasa dalam mengadili hal ni..dan hingga hari ini aku masih menanti kemaafannya kerana aku rindu persahabatan kami dulu yang penuh gurau tawa...

Sunday, June 28, 2009

maafkan ibu, rikazz...

waktu aku kol oma rikazz..baru oma tanya..rikazz dah penah jatuh katel ke?aku kata tak..sipi sipi adalah..tapi belum sempat sehari aku jwb soalan tu..semuanya jadi kenyataan..wawawa..baru aku nak senduk nasi untuk mkn tgahari..tiba tiba aku dengar rikazz nanges..sebelum tu..aku asyik jengok rikazz je dlm bilik sbb ada budak kecik kat luar asyik nanges je..aku takut gak rikazz jatuh..dlm hati asyik ckp mcm tu je..sekali tu..belum sempat aku senduk nasi rikazz jerit..dan kedengaran bunyi buk!..aku tgok rikazz dah kat lantai dlm keadaan meniarap..nasib baik aku tak campak pinggan yang ada di tangan..aku terus angkat rikazz dan peluk dia..bila ku lihat..dahi rikazz yg luas tu dah membiru..benjol ...dlm keadaan panik..aku terus bukak ikatan pada rambut dan wapkan dengan wap mulut terus ku tonyoh n tuam kat dahi rikazz yang bengkak tu..sambil baca selawat..dlm hati ku puas berdoa moga tiada apa apa yang serius akan berlaku..lepas tuam kepala rikazz aku bg rikazz susu..terus aku teringt yg aku nak potong rmbut sbb gugur teruk..nsb bek aku tak ptg lg...wlupun gugur berguna gak rmbut panjang ni untuk seorg ibu..bkn sekadar mahkota perhiasan..segala keje rumah telah aku stopkan buat sementara waktu bagi memerhatikan anak yg sedang lasak ni..aku akan sambung semula apabila abah rikazz pulang nanti

Saturday, June 27, 2009

Esok hari sabtu

Apa yang best nya dengan hari sabtu ni?selalunya best lah sebab cuti..tapi sejak 2bln kebelakangan ini..hari sabtu merupakan hari yang membusankan bagi aku n rakan rakan sekerja sbb dah 2bln berturut turut kami kene kerja n datang sekolah di hari sabtu..esok sekolah ganti plak..rindunya nak cuti hari sabtu..org office gov dah boleh balik kampung esok tapi kami masih lagi berkampung di sekolah dengan aktivit yang pelbagai..nak wat macamana kan..dah keje..esok ikut jadual hari jumaat jadi sek akan bermula pada pukul 12tgahri dan berakhir pada pkl 4.2o ptg..balik sekolah sok..aku nak settlekan bil bil yang masih tertunggak..tak sempat lagi nak g bayar..cume kete n bil kad kredit je dah bayar dulu sbb due nya hari ni.esok plan ngan Baby nak g cari BIB untuk rikazz..aku dah mula bg rikazz makan..baru 2hari..ha a..rikazz blom cukup 6bln..tggl beberapa hari saja lagi dia masuk 6bln..em..bukan apa..sejak seminggu ni..bila dia nampak aku makan dia marah marah..bila aku acah acah sua sudu kat dia..dia nganga dan cuba makan apa yg ada kat sudu tu..lagipun dia dah mula kerap nak susu..setiap setengah jam dia nak susu..setengah jam nak susu lagi..aku pun baru cuba cuba..hari pertama aku try bagi nestum..bila dia nampak sudu dia nganga..tapi bila aku bagi rasa nestum tu dia cebik dan buang balik..kali kedua suapan dia kemam mulut rapat rapat..macam aku nak bg dia ubat..lpas tu terus dia cari susu faveret dia..hari kedua..hari ni lah..aku try biskut rusk tu..aku letak sekeping n campur air suam..tapi aku wat cair cair...ala ala susu..sekali rasa rikazz senyum n nganga lagi..kali ni dia tak tutup mulut mcm masa aku bagi nestum..disebabkan takde bib..habis baju dia comot tumpah air tu..akhirnya suapan demi suapan habislah semua biskut yang aku bagi sampai dia tak mau bukak mulut lagi..itu pun dia nyonyot sudu mcm minum susu..lepas aku bagi dia makan..baru aku makan n rikazz tak marah marah lagi..n tak kacau aku makan lagi..

Thursday, June 25, 2009

Keep on pumping bebeh











Malam ini..aku kesunyian lagi..ditinggalkan kekasih hati untuk mencari rezeki.Mujur ada hero kecik si RIKAZZ QALBY MUNTASYEE..takdelah aku bosan dan sunyi.sementara aku menanti rikazz melayan matanya yang sayu kuyu nak tido..biarlah aku melayan blues di blog meluahkan rasa sedih di hati..Apa yang menyebabkan aku sedih ialah apabila susu badanku semakin berkurangan.Kalau sebelum ini selepas 2jam susu boleh diproses semula..namun kini walaupun selepas 5jam..susu masih tidak terhasil dengan banyak.Macam hari ni..aktiviti aku bila pkl 5 ialah mengepam susu untuk bekalan Rikazz esok hari..tapi aku keciwa apabila aku hanya berjaya pam 3.5oz saja..bila aku nak pump semula pkl 10mlm td..tak ade susunya...aku memang ego kalau orang suruh aku give up menjadi fully bf mom..lantak orang nak kata apa..aku tetap dengan pendirian aku nak bagi rikazz fully bm..tak mo campur campur..sbb aku dah niat pun..dari aku belum kawin..bayang kawen n bakal suami pun tak nampak lagi masa tu..huhuhuh..baru nak masuk 6bln aku membesarkan rikazz..sekarang..aku dah kwn pumping..mek ema..kwn sekerja n sebilik aku disekolah..dulu..masa dia pregnant aku yang beria promote bf kat dia..sbb masa anak first dia bg anak dia fm..aku selalu meyakinkan dia..yang dia boleh lebih baik dr aku..memang dia lebih baik dr aku skang..sekali pump 7oz huhuhu..aku plak mula mula 1oz jer..dia plak bg semangay kat aku..sedih sedih..aku kol mak..aku sedih bila aku compare susu aku n mek ema..mak kata..ALONG JANGANLAH SEDIH..KAN ALONG DAH 6BULAN BESARKAN RIKAZZ DGN SUSU ALONG JE..TAKDE CAMPO APA APA..BESAR GAK ANAK ALONG..SEPATUTNYA ALONG BANGGA DENGAN DIRI ALONG SENDIRI..mak aku ni bab memujuk memang superb..sbb mak aku superb gak..dia menang contest hari ibu tajaan LENO MALAYSIA..masa aku kol emak..emak tak sabar sabar nak ceritakan kemenangannya..walaupun bukanlah hadiah utama..tapi mak menang jam tangan berharga rm200..entah apa slogan mak bantai..terpilih gak..ni first time mak masuk contest seumpama ini..menang plak tu...mak kata RIKAZZ PUNYA ONGG.aku yang bg modal mak masuk contest tu..bangga wooo...waktu aku menulis.makin bulat mata si kecik ni..bila tah nak tido..aku plak masih menunggu air longan kering ni sejuk(aku baca air longan kering boleh menambahkan susu)info dr http://www.susuibu.com...mak/ pun ada bg petua..dia kata suruh aku jangan buang air basuhan beras tu..n buat basuh breast aku..esok aku cubalah..dengan berkat doa ibu...menjadilah kot..insyaallah..ai..rikazz ni bersuka ria plak dia..esok ibu dia kene g sekolah cepat..ada meeting..oh yer..skang rikazz ada buku baru...sebelum tido aku bacakan buku ni...


oklah dunia..nak tido lah..doakan susu aku banyak ek..mmmmuah!!!!

Wednesday, June 24, 2009

HOT MAMA Contest



aku saja suka nak join contest..aku jalan jalan g blog sinar museina..jumpalah hot mama contest..nak join lah..gambar masa preggy boleh tahan banyak gaks..kepada mummy qis..semoga kebahagiaan akan sentiasa menyinari kehidupan rumahtangga anda..so bagi sesapa nak join..ini syarat syaratnya..


1. jd follower mummy qis-dah-


2. sila add banner di atas pada sidebar ye..


3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali picture mommy dgn perot nye..-dah-


.4. link kn blog mummy qis.-dah-


5. sila tinggalkn komen bila dh siapkn entry


HADIAHNYA..telekung bersulam cinta..hehehe..so aku telah memilih gambar ini..tadaaa

untuk pengetahuan korang..sejak ngandung rikazz ku ngidam nak g sawah padi..akhirnya tercapai gak hajatku..masa kandungan 7bulan ku berjaya sampai di sawah tanjung karang..nampak tak rikazz dlm perut tu..inilah aksi paling hot ku di sawah padi..ada lagi hot..maklum le..lpas gian kan..tapi after disaring..inilah pilihanku..vote 4me..hehehe..dira..cepat join..smpai bln 7 ni

Kisah minyak kapak


Sebagai seorang ibu..semua nak yang terbaik untuk anaknya kan.Namun..walaupun kita cuba berwaspada sebesar mana pun..kita hanyalah manusia biasa.Apa yang berlaku pagi tadi betul betul mencemaskan aku.sebab selama ni aku cukup berhati hati dan sentiasa memantau apa saja yang rikazz buat.Pagi tadi waktu aku toleh ke tempat lain dalam sekelip mata..huhuh..rikazz dah sambar botol minyak kapak dan masukkan ke dalam mulutnya..Dia memang suka kalau kita tengah siapkan dia selepas mandi..dia suka main wet tissue..dan botol botol bedak n barangan dia yang aku kumpulkan n susun dlm satu kotak..waktu kejadian tu berlaku..aku tak dpt tangkap perubahan muka rikazz yang seakan akan kepedasan waktu itu.hanya apabila aku pandang tangan dia..aku rasa nak nanges..dalam keadaan panik..aku cuba tenangkan diri n fikir apa yang patut aku lakukan waktu itu..terus aku ambil botol tu dan letak jauh jauh dr rikazz..pas tu aku bawak rikazz g basuh tangan n mulut dia dengan sabun..botol tu tertutup rapat cuma ada baki baki minyak yang terkeluar..mungkin itu yang sempat rikazz jilat..huhuh..maafkan ibu rikazz..ini lah pengalaman pertama ku menangani anak yang smakin ligat..harap tiada lagi kejadian yang seumpama ini berlaku di masa akan datang..ibu mintak maaf yer rikazz

Tuesday, June 23, 2009

Pegi Umah Faris gak..

tiba tiba B bagi idea kita serbu umah kak Ina memandangkan tak dpt nak makan bakar bakar nya masa sabtu day bersama dira n lina kan...lepas sopping kat JJ BUKIT TINGGI..kami serbu umah kak ina..kelam kabut dia masak..MASAK KAT KEDAI da...kat sana suka tengok keletah faris n rikazz..siap ada aksi eksiden plak.huhuu...

Sunday, June 21, 2009

Hari yang gelap


Hari Ahad hari bapa..hari ni memang suram btollah..iklim di luar mempengaruhi diriku..Dari pagi bawak ke petang..aku tak mandi mandi lagi ni..Takde mood..Masak?takde mood..basuh?takde mood..cuti keje sehari je minggu ni..smlm ada kusus dr pagi sampai petang..huhuhu..hari ni plak..suamiku keje..duduklah aku sensorang dgn rikazz qalby..ntah brapa kli tido dan bangun kami hari ni..huhuhu..di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI ABAH.hehehe(anakku digelarkan ABAH ) kepada suamiku MUHAMAD RIZAL TIMYATI abah kepada RIKAZZ QALBY MUNTASYEE..terima kasih SAYANG ucapkan kepada BABY kerana banyak membantu sayang dalam hal hal menjaga benih cinta kita berdua.kalau takde B sayang tak tau lah mungkin sukar untuk sayang menguruskan anak lelaki kita yang semakin ligat tu..sayang juga ucapkan TAHNIAH atas kelahiran anak kita..maka dengan rasminya..hebatlah B sebagai seorang lelaki.Kepada kawan-kawan yang lain...doakan doakan RIZAL akan terus menjadi ABAH yang baik dan hebat di mata RIKAZZ..i love u so much baby.Muhaaa...


Friday, June 19, 2009

DADDY DEAREST CONTEST

















aku ada suka satu gambar tu..jadi aku pun nak join lah daddy dearest contest ni..last minute..harap diterima..
syarat2 nya


1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become her follower.
2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).
3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.
4. Include a link back to this blog and this contest in the entry.
This blog - http://www.mombloggersplanet.com/This contest - http://www.mombloggersplanet.com/296/mombloggersplanet-contest-i
5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.


maka gambar yg menjadi pilihanku...


kenapa aku pilih gmbr ni?sebab..ia adalah aksi dramatic seorang bapa memujuk anaknya..suamiku boleh dinobatkan suami mithali la ni..kelihatan kasih syg bapa kpd anaknya..
jadi apa lg..vote 4me

Ustazah terlampau kah aku?

Apa dah aku lakukan sehingga aku perlu digelar begitu?oh tidak!!! aku tak buat apa apa..cuma menjalankan tugasku sebagai guru yang perlu memberitahu dan mengajar anak anak muridnya tentang sesuatu yang tidak diketahui oleh murid muridnya..Sebenarnya..waktu aku menulis entry ini..sudah pukul 2.20pagi..mata dah layu menandakan waktu untuk tidur..namun..suasana malam yang indah..diselangi dengan bunyi..krohhh..hehehe(tu dengkuran baby aku tu) Bukan baby kecik..baby besar..terus memancing ilhamku untuk berkarya buat tatapan follower yang mengikuti perkembangan blog ini.apa yang terjadi sebenarnya?Begini..aku mengajar tahun 3 tentang tajuk PERKARA YANG MENYEBABKAN KITA MANDI WAJIB..korang tau tak apa?tajuk ni memang censored sikit..antara point yang menjadi perbincangan hangat murid muridku ialah..sebab yang pertama..BERSETUBUH..ramailah yang mengajukan soalan kepadaku tentang makna BERSETUBUH tu..aku pun cuba memilih maksud paling senang untuk difahami iaitu..BUAT SEKS..aku ingatkan budak budak kecik PETALING JAYA ni advance..alhamdulillah..diorang semua tak terpikir pun pasal seks..diorang tanya lagi..SEKS?mcmana tu ustazah?Berpakaian seksi ke?kalau kita pakai seksi kene mandi wajib ke?Ha..maknanya dia tak faham lah tu..aku cuba tukar ayat lain..BERSETUBUH tu bila suami dan isteri masuk bilik..tutup pintu rapat rapat..tak lama lepas tu isteri dia mengandung..dapat baby..Mereka semua ternganga..ada plak mulut jahat..Maknanya hari tu ustazah bersetubuh lah yer..sebab tu ustazah mengandung n dapat baby..ha..kalau korang nak jawab apa?Huhuhu..payah gak nak ajar tajuk ni..aku pun kata..mak n ayah kamu bersetubuh lah..baru dapat kamu..Mereka mulai faham n ketawa ketawa..Selama aku mengajar 3tahun kat sekolah tu..memang tajuk ni lah aku tengok diorang semangat nak dengar..n bila aku soal balik mereka dapat jawab semua point nya..sewaktu mereka menyiapkan latihan yang aku berikan..tiba tiba terdengar lah suara seorang murid lelaki..USTAZAH...RIZAL NGAN ALIFF BERSETUBUH...(dengan nada suara mendayu dayu untuk report kelakuan kawan dia)Aku ingat dah faham..rupanya bagi mereka..berpelukan tu bersetubuh..tak kiralah lelaki ke perempuan.huuhu..kalau korang..nak xplen mcmana?

Jalan-jalan cari hadiah










Huhuhu..akhirnya penyata kewangan yang menjadi beban di kepala hotakku ini siap jugak tadi..alhamdulillah..boleh bernafas sekejap otak ni..tapi SABTU ni ada KURSUS LADAP.wawawa..bulan ni pun setiap sabtu kene sekolah..minggu depan ada sekolah ganti..minggu depan lagi ada sukan sekolah..minggu depan lagi ada acara menanam pokok kat sekolah..minggu depan lagi ada KemBestariSolat.tidak!!!!Tadi kat sekolah Kak Ina daisyzarinah tanya aku confirm ke tak nak g umah dia sabtu sbb DIRA n LINA g..ni yang jeles ni..diorang nak main bakar bakar..jawapannya..tak dpt lah NAZ join DIRA N LINA N KAK INA..sebab malam yang sama umah mentua buat kenduri cukur jambul anak sedara baru baby NUR ALIYAH merangkap hari jadi anak sedaraku jugak yang pertama..PUTERI NUR QASRINA.tu yg balik sekolah tadi aku n baby n rikazz qalby g sunway pyramid g jalan jalan cari adiah..setelah mencari cari aku belikan AQUA DOODLE untuk Putri..sempat gak aku beli cloth book untuk anak kwn sekerja aku..nama baby dia MUHAMAD ASYRAF HAKIM..masa lepas cuti mama HAKIM dah bg RIKAZZ adiah..tp aku yang tak terbalas balas..setelah aku berborak-borak dgn kak zie mama hakim tntg koleksi peribadi hakim tau lah aku yg hakim belum ada cloth book..so aku belikanlah..ni ler gambarnya..



masa tengah cari adiah diorang tu..aku terbeli jugak hp untuk rikazz dr fisher price..bukan apa..dia asek amek hp ibu dia jer..walaupun hp ku tak mahal..tapi harta ku woo..maka ibu telah mengalihkan pandangan rikazz kepada hp baru nya sendir...QALBY..PAS NI JANGAN AMEK HP IBU LAGI TAU!!ha..lepas ni..bolehlah gayut dengan qareena adani..




ibu pun ada gak beli penyedut hidung rikazz dan kalkulator ibu..besar ibu nazz beli.hehehe..senang nak tekan..takdelah salah no lagi masa mengira.hehehe..oh yer..masa jalan jalan..rikazz asyik marah marah jer..tak pernah dia wat perangai mcm tu..masa makan kat laksa shack SP..rikazz marah marah..sampai ibu takleh makan..pas tu abah pujuk rikazz..aku ada amek gambar tu..mcm abah mithali ..betul tak kawan kwan?klu masuk contest boleh menang tak>?


hehehe..DIRA..buatlah contest plak.ekekeke..oh yer..semalam DINA N HUBBY nyer tido kat umah aku..saper Dina tu?dia kwn sebilik masa kat UIA dulu..dina sedang pregnant 7bln..baby gurl..bestnya..seronok Dina datang..lama tak jumpa dia..semoga Dina selamat melahirkan anak sulungnya

Wednesday, June 17, 2009

CONTEST AKSI MENARIK


wO wo wo..bila aku terjenguk blog DIRA aku nampaklah contest aksi menarik ni.Aksi menarik anak ketika tido?Memang menarik..sekadar suka suka kan..Ni first time aku join contest seumpama ini..teringin gak nak tayang tayang gambar baby kat sini..Jadi setelah membaca keseluruhan syarat-syaratnya maka aku pun telah bersetuju untuk mengikuti syarat syarat tersebut.Apa dia syarat2nya?Ini dia :



1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload CONTEST AKSI MENARIK as a banner di blog anda.-Dah-


2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik & upload gmbr anak anda. Sertakn perkara2 berikut:

Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
ceritakan kenapa gambar itu dipilih dan slogannya skali..
Dengan ini..aku telah memilih Gambar ini...

Rikazz Qalby Muntasyee B. Muhamad Rizal

Umur 5Bulan born on January2009 (Kategori 1 :2-12bulan )

Kenapa aku pilih gambar ni?

Sebab...Aku suka gambar ni..kecik kecik dah pikir masalah dunia..huh..my son is a great thinker..Walaupun kuat berfikir..namun Rikazz masih lagi menunjukkan kemachoannya..sambil menyilang kaki..Sampai dalam tidur pun dia masih bertanggungjawab memikirkan tentang hidup ini.P/S :ini aksi tulen dia tido tau..bukan direkacipta oleh ibunya.

Slogan : Contest aksi menarik anak tidur ni..Memang lah menarik hati saya untuk menyertainya..blog Mama Uzma pun memanglah menarik dan pastinya hadiah untuk saya pun menarik!!!

3.Dalam entri itu pastikan anda bgitau dan link ke Mama_Uzma

Ok..itu sahaja babe!!Go go Mama Uzma..Go go Rikazz

Monday, June 15, 2009

Rikazz g Pantai






Semua orang g picnic..mandi manda..Rikazz pun g jugak.Tapi tak mandi..itu pun secara kebetulan lepas hantar Daddy Ngah balik Kem kat PD..Daddy Ngah Rikazz tengah kursus kat kem PD..jadi sempatlah kami sekeluarga menyinggah PANTAI 1 Telok Kemang..yang banyak umang umang.Mula mula datang..hanya melihat je orang mandi manda..main jet ski n Bot pisang..Tak tau apa namanya..Masa tu pun Rikazz asyik tido je..Inilah aksi Rikazz tido di tepi pantai


Tapi tak lama pas tu Rikazz bangun.Konon konon ibu nak ajak Rikazz jenjalan tengok laut sbb Rikazz belum pernah pergi laut..Mata rikazz yang layu kuyu bak penyu Fia terus besar sbb Rikazz sekarang sedang hebat mengexplore benda sekelililngnya.Sampai makcik kat kedai makan pun tegur.Rikazz tengok kipas..pandang sana sini dan bercerita.Mula-mula aku dukung je Rikazz..



Lepas tu aku mula ajak abah Rikazz untuk turun sebab Rikazz sudah semakin menunjukkan minatnya.Kalau takde orang amek gambar Rikazz main air macamana nak jadi bukti nak tulis blog nanti.hehehe..Tak lama lepas tu Rikazz pun aku jejakkan ke pasir yang lembut dan aku biarkan kakinya menjelajahi rasa air laut..


Mula-mula Rikazz takut ..tak lama lepas tu dia seronok bila air laut datang ke kaki dia.Sekianlah cerita Rikazz abah n ibu jalan jalan di pantai.Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada menantuku QAREENA ADANI..kerana sudah pandai meniarap.Qareena lemah lembut sbb tu dia slow motion je..tapi ibu naz pasti..lpas ni mesti dia akan laju je progressnya.Untuk Khayra..tahniah gak kerana dah pandai merangkak dan duduk dengan tegak..Doakan Rikazz ikut jejak langkah Khayra..tak tau lah apasal tak leh nak comment blog kak Dia n Blog Kak Hanna Mama Khayra ek..huhuhu..Alhamdulillah Rikazz sekarang dah boleh duduk sendiri..Dia bangun dari baring nya dan duduk..Siap tolak guna siku tu..Sekarang dah boleh membongkok ambil barang..dan kene berhati hati sekarang sbb tangan dia laju sangat mencapai barang.Macam tadi aku keluar dari kereta tau tau tangan dia pegang straw.Dari mana dia dapat pun tak tau lah.Lepas Rikazz demam dia dah mula bercakap cakap..kuat plak tu suaranya.Sampai bangun 4pagi ajak ibu bercakap..Tak larat mata den nak oii..Mulut dah mula membentuk perkataan.So sekarang lah masa ibu nak ajar Rikazz membunyikan perkataan perkataan yer..Syabas Khayra..Rikazz..n Qareena

Saturday, June 13, 2009

Tag ini aku ciplak dari sapa tah..sebelum orang tag aku biar aku jawab dulu.hahahaha
1. Bekas kekasih saya adalah..
Amin B..MENYAMPAH BILA INGAT DIA
2. Saya sedang mendengar...
bunYi ekon di luar bilik
3. Mungkin saya patut..
Pergi masak sbb dah pukul 1
4. Saya suka...
kucing n shopping baju rikazz
5. Sahabat-sahabat saya...
insan yang mengenali dan memahami saya
6. Saya tak paham...
kenapa ada orang yang dengki kat saya ni sbb saya bukan cantik mcm model pun
7. Saya kehilangan..
kucing saya Namanya LOVELY sbb adik yang buang
8. Ramai yang berkata..
Suara saya merdu n sedap didengar..Sapa nak dengar?
9. Cinta itu adalah...
Menunjukkan rasa kasih pada seseorang yang sanggup sehidup semati dengan kita
10. Di suatu tempat, seseorang sedang...
marah saya dan masih tidak mahu berbaik dengan saya
12. Saya akan cuba...
untuk menggembirakan hati insan yang saya sayangi
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..
Abadi
14. Telefon bimbit saya..
Sony Ericsson W910i
15. Bile saya terjaga...
saya akan tengok tingkap..dah gelap ke masih terang
16. Saya paling meluat...
pada Amin B sebab berlagak dan tak tahu orang kesian kat dia..
17. Pesta/parti adalah
tempat yang mcm banyak gejala sosial
18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...
Anak kucing macam hamster
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
masa dah nak bertunang
20. Hari ini..
Risau sebab penyata kewangan Hari Kantin tak buat lagi..dah nak naik sekolah
21. Malam ini saya akan..
cuba siapkan Penyata Kewangan sebelum esok menjelang
22. Esok pula saya akan..
Hantar adik g PD and bersuka ria sebelum mula sekolah
23. Saya betul2 inginkan..
Suami yang mencintai saya walaupun saya kuat merajuk
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
Rambut serabut sbb tak sikat n takut nak sikat
25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
Tempat mencuci mata n menghabiskan duet
26. Makanan barat atau jepun..
Barat sbb makanan Jepun meloyakan tekak..Mentah
27. Bilik yang terang atau gelap..
Suam suam kuku baru romantik
28. Makanan segera adalah...
Maggie
29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
B..NANTI TOLONG TENGOOKAN BUKU TU DALAM KETE EK
30. Siapa yang anda ingin tag..
wAH..TAK TAU LAGI SAPA

Friday, June 12, 2009

cuti dah nak berakhir

sekejap je rasanya 2minggu dah pun berlalu.sedih hati bila tgok rikazz.sekejap je rasanya dengan anakku itu dah pun terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.hari ni rikazz nampak mcm tak ceria seperti selalu.tak terdengar pun gelak tawanya dan tidak terlukis pun senyum manis di bibirnya.yang ada hanya tangisan dan rengekannya serta kesunyian di rumah ini.adakah rikazz mencari oma dan ucunya?selalu tiap tiap pagi mesti mak ketuk pintu bilik ni untuk bermain dgn rikazz..sepanjng hari ni aku tak masukkan rikazz dlm buaian.kalau ada emak dia suka masukkan rikazz dlm buai.lepas maghrib baru aku masukkan rikazz dlm buaian.apabila aku masukkan dia dlm buaian..rikazz kelihatan begitu gembira..ditendang tendangnya kakinya seperti biasa apabila dia sedang gembira.barulah terukir senyuman di bibirnya sambil melihat kipas biru yang oma gantung sebagai menarik perhatiannya.mungkin dia rindukan oma nya.Kesian rikazz.kalau umah aku n emak dekat..boleh ku bawa ke sana selalu.hari ni aku bagi rikazz makan ubat..dia dah pandai tutup mulutnyA rapat rapat.Sayu hatiku bila mendengar suaranya yang seolah olah memohon merayu agar tidak diberi makan ubat.Tapi apakan daya..aku tak sanggup nak biarkan Rikazz terus dengan batuknya dah selsemanya.sedangkan aku sendiri tak mahu makan ubat apatah lagi baby kan.Bilalah batuk dan selsema Rikazz nak baik nak?Tiba tiba aku teringat seorang baby dan ibunya di klinik waktu aku bawa rikazz g cucuk.Anaknya bermasalah iaitu kepala nya di penuhi cecair.jadi kepalanya besar.Tu pun baru lpas pembedahan di kepala untuk masukkan tiub di otaknya.Walaupun begitu aku kagum dengan ibunya.Ada orang malu nak cerita kalau anak dia bermasalah tapi wanita itu tidak..dan tidak sedikit pun kekesalan tergambar di wajah dan nada suaranya.Sedangkan kita anak baru sakit sedikit sudah berair mata melihat keadaan anak apatah lagi wanita wanita yang punya anak istimewa.Aku terlupa untuk bertanyakan nama wanita itu.Yang aku ingat nama anaknya NUR ATIKAH ATHIRAH NATASHA.Buat ibu atikah dan ibu ibu yang punya anak istimewa..semoga Allah berikan kalian ketabahan hati dalam membesarkan mereka.Kami tidak sekuat kalian untuk menghadapi dugaan seperti itu..Anda adalah wanita terpilih dan anda lah wanita yang tabah dan cekal

Kari Kambing




Bahan-Bahan:
1 kg bahu kambing yang bertulang(dipotong dadu sebesar 2.5 cm.

125 g minyak sapi

1 kuntung bunga lawang

1 camca adas

1 camca kakas

5 cm kayu manis

20 ulas bawang merah (dihiris nipis)
8 ulas bawang putih

2 camca serbuk rempah kari

Sedikit air (digaul menjadi pes)

5 batang lada hijau (digiling)

5 batang lada merah(digiling

2.5 cm kunyit hidup(digiling)

Gram secukup rasa 450 ml pati santan
setengh tin cendawan butang
serbuk lada hitam
Cara:
Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi & masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih. Kecilkan api & mask sehingga layu. Masukkan rempah kari & kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes & pes kunyit. Masukkan daging & garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan & kacau sehingga mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya & turunkan daripada api.
Tambahan:
Jika menggunakan susu sejat cair sebagai ganti santan, didihkan perlahan-lahan dengan bertutup sehingga daging empuk.


Juadah hari ini..Jemput makan kawan kawan..

Hari Bapa?

Bagi aku takde maknanya hari bapa ni.Ayah?Memang ayah aku masih hidup.Abdul Wahab Bin Che Leh.itulah nama bapakku.Tapi sekarang aku takde perasaan lagi pada seorang lelaki yang bergelar ayah.Kenapa?Tahun ini merupakan tahun yang ke 13 aku hidup tanpa ayah.Kisah 13 tahun lalu betul betul mengubah persepsi aku pada ayah..sejak kecil..ayah lah tempat aku mengadu..bergurau senda..berjenaka.Aku sangat sayangkan ayah waktu itu.Ayah mengajar aku menganggapnya seperti kawan.Aku bangga n bahagia bila bersama ayah sbb ayahku sangat sporting n tidak garang langsung.Boleh ku kira berapa kali je ayah memarahi aku.Beberapa pesanan ayah sehingga hari ini yang masih aku ingati ialah jangan bukak dompet orang lain walaupun tuan empunya badan menyuruh.Memang sampai hari ini..itulah yang aku lakukan.yang lain apa yer?Ntah lah..ayah ku punya banyak isteri..dia pernah kumpulkan 4 isteri dlm satu masa dan pernah berkahwin sebanyak 6 kali.FYI ibuku isterinya yang pertama yang dikahwini sewaktu berusia 19thn.Dan ayahku bergelar ayah setelah ibuku melahirkan NUR NHAZZLA ABDUL WAHAB pada 4februari1983.Sejak itu ayah bergelar ayah.Ayahku berkahwin lain sewaktu aku 7thn namun emak n keluarga tidak mengetahui hal ini.Sejak itu ayah hanya pulang ke rumah seminggu sekali..sebulan sekali n sejak detik itu aku beraya dengan emak sahaja tiap tiap thn.hanya setelah aku merayu pada ayah untuk beraya bersama..ayah tunaikan permintaanku..itu pun petang 1syawal ayah dah pulang ke mana aku tak pasti..katanya bekerja.Rupa rupanya itulah raya terakhir aku bertemu dgn ayah..Aku mendapat tahu ayah berkahwin lagi setelah aku berusia 14thn.Hatiku hancur dan aku tidak boleh terima untuk berkongsi kasih ayah dgn anaknya yang lain dari isteri kedua ke3 ke4 ke 5 ke 6 nya.Aku tak mahu!!!Sebab waktu itu ayah adalah segalanya untukku.Namun ayah pergi jua meninggalkan aku n adik adik dan waktu itu adikku yang kecil berusia 2thn..FYI adikku yang kecil mmg tidak kenal ayah dan ayah tak pernah berusaha untuk berjumpa dgn anaknya itu.Sejak saat itu aku mulakan hidup baru dgn emak yang waktu itu tidak bekerja.Betapa sengsaranya hidup kami waktu itu..Sudah lah hidup lintang pukang.orang ramai berkata yang macam macam pada kami sekeluarga..Kesian emak.Sebelum ayah lari tinggalkan kami dia ada membeli sebiji van atas nama emak dan sehingga hari ini dia tak pernah bayar dan emak yang tanggung hutang itu.Dengan pelbagai masalah yang diberi pada aku n keluarga bagaimana lagi aku nak menyanjung ayah ku?Yang terbaru yang buat hatiku betul betul hancur dengan ayah..2hari sahaja lagi hari pernikahanku..ayah menelefonku minta ic aku dengan tujuan utk membeli tanah atas nama aku..aku cuba berdalih kerana aku sangat berhati hati dengannya takut menerima nasib yang sama seperti emak.Perkara itu menimbulkan kemarahannya dan dia mengugut tidak akan menikahkan aku kalau aku tidak mahu menolongnya.setelah berbelas tahun dia abaikan tanggungjawab dia..tanggungjawab terakhir tu pun dia nak buat huru hara..Mujur ayh ku lupa dia dah wakil walikan kpd tok kadi..Dengan bantuan Ustaz Zainal jurunikah aku..aku bernikah sehari awal supaya mengelirukan dia..Alhamdulillah..kini aku bergelar isteri kepada Muhamad Rizal.Hingga hari ini..aku masih lagi tidak menemukan anakku dengan Ayah bimbang dia akan berbuat sesuatu kepada Rikazz sebagaimana dia tega memfitnah n menyusahkan hidup aku n mak..Walaupun aku rinduu dengan suasana sewaktu aku kecil bersama ayah..Namun perbuatan perbuatannya yang tidak pernah serik dan insaf menyusahkan aku dan emak sangat menghancurkan hatiku.Mungkin bagi sesiapa yang membacanya..aku tidak patut menulis begini dan mengatakan ini tntg ayah.Tapi inilah hidupku..aku bangkit dr kesusahan bersama sama emak.Kini apa pun yang ku lakukan hanya untuk emak sbb begitu banyak benda yang enak telah lakukan untukku sehingga aku berjaya sekarang.Namun aku masih ada dua insan lagi untuk diucapkan selamat hari ibu..Untuk abah mertuaku Haji Timyati B.Nasiron..walaupun kami tak rapat tapi abah mmg best.Dan untuk suamiku..Muhamad Rizal..Selamat Hari Bapa..Saat kita melayan Rikazz bersama sama sangat menyentuh hatiku kerana aku tidak berpeluang dilayan seperti itu..

Thursday, June 11, 2009

Penat

Ponek yoo aku tulis..hilang?aduhh

Emak dah balik



Pagi pagi lagi aku dah mandikan Rikazz untuk g klinik.alhamdulillah..hari ini 11jun genap usia anakku 5bln..tapi masuk 5bln ni makin bermacam-macam perangai n akal dia bertambah.Rikazz dah pandai tepuk tangan..dah sebut ma..tapi sapa ma tu.huhuh..oma ke?dia dah sibuk terbongkok bongkok nak ambil barang atau main main..mcm tadi kat klinik ada org tanya Rikazz ni setahun dah ke?hihihi..gaya dah mcm org setahun kot..hr ni rikazz timbang n inject untk 5bln.tp takde ukur tinggi.bln depn bru ukur.hari ni berat Rikazz 6.6kg..ok lah dr bln lpas naik sikit..hari ni rikazz dah tggal selsema n kahak je..td inject dia nanges sket..yelah..dah lah tak sedap badan..kene cucuk plak..lepas je cucuk..apa lagi ku umpan dgn minuman faveret rikazz susu cap gantung!!hihihi..balik dr klinik aku hantar emak n aniq ke puduraya.aku tgok emak tak lpas lpas melayan cucu sulungnya tu..sayang nak tggal..dia kata rasa sedih n sayang nak berpisah dgn rikazz..ucu dia pun asyik cium tak sudah.dia kata NANTI BALIK RUMAH ANIQ NAK CIUM SAPE?pas tu siap order nanti nak anak kedua kaklong nak RIYASH.tak mau NUBLAA..habislah..takde gang lah ibu..emak pun siap kata biarlah anak lelaki yg kedua biar rikazz ada kawan.huhuhu..nak anak gegel..hari ni rasa syahdu bila tgok emak pergi..balik rumah sunyi rasanya..hari ni bwk Rikazz jalan g one utama..konn nak cari baby court..tapi sumer abah dia tak berkenan..akhirnya beli baju je lah n berus gigi kecik..takutlah nak guner..em..masa masuk reject shop td..rikazz muntahkan abah dia..habis..patutlah rikazz marah marah..sampai teddy bear baru pun kene mrh..rupanya rikazz penin kepala..sian rikazz.lpas dia muntah nampak dia lebih lega. n tidoq ja..ni pun dia tido lps main dlm walker dia..oh ya...on the way aku nak ke parking kete tadi aku terserempak dgn ustaz suhairi..kawan masa kat maktab dulu..dulu kami digossipkan

berdua.kakaka..masa tu aku baru bertunang..tapi sampai hr ni ustaz tu masih tak kawen lg..bila ku tanya dia kata takde org masuk meminang.hahaha..dia bwk anak saudara dia jln jln tadi..best btol pakcik ni..tadi plak hp aku tertinggal pas tu purse pun pd B..pas tu dia tinggal aku kat tgh org ramai..sakitnya hati..nsb bek aku masih rasional n cuba ingat parking kat mana.

Wednesday, June 10, 2009

Bawa Rikazz G Klinik


Kononnya nak balik Kg Jenjarom pagi pagi buta..em..cakap je lah..lepas subuh tido balik..mentang mentang cuti..dah tengahari baru kami bertolak pergi..ingat nak bawak Rikazz g klinik dulu memandangkan hingus dan kahaknya tak berhenti.Tapi sampai di klinik orang ramai sedangkan masa rehat tggal setengah jam..jadi kami pulang ke rumah jenjarom dulu.Dapatlah aku melawat SITI FARHAH adik iparku telah pun selamat melahirkan ank kedua..anak perempuan seberat 2.5kg diberi nama Nur Aliyah.Tahniah ct..lupa plak nak amek gambar Aliyah sbb hp dok dlm kereta..memandangkan kadar jenayah di jenjarom tinggi.hehehe..Pukul 3 ptg aku n B bawa Rikazz g KLINIK MESRA.di situlah tempat aku scan Rikazz masa dalam perut dulu..bila aku menjejakkan kaki di sana..terimbau kenangan lama..Rikazz di dalam perut.Melalui pemeriksaan Doktor..Rikazz ok sbb smlm aku dah bg minum ubat demam.Cuma dia selsema n kahak masih lagi pekat.Jadi doktor bagi ubat mencairkan kahak dan keluar melalui najis.Takdelah Rikazz asyik nak muntah je nanti..Seperti biasa..Rikazz memang senang nak dijaga..senang je bila kami bagi dia makan ubat.Adik iparku ct pernah bekerja di KLINIK MESRA tu dia kata skang klinik tu mahal..dengan 4jenis ubat aku dikenakan bayaran 50rm.Aku tak kisah sbb layanan doktor Rosdi pun mmg memuaskan..bukan macam KLINIK TTDI tu..dah lah kita bayar dia..pas tu suka suka hati jer marah marah aku n kata anak aku tak ckp makan sbb aku bagi dia susu badan..Dia siap kata susu badan aku sikit n tak mencukupi...Sakitnya hatiku ini..biarlah aku sanggup bayar doktor Rosdi mahal mahal dr aku datang ke klinik doktor tak bertamadun tu..buat sakit hati je..Skang mmg aku tak jejakkan lagi ke KLINIK TTDI tu..

Borong baju raya

Emak ngan adik dah nak balik Johor Khamis ni..hari ni aku ambil kesempatan untuk mencari kain kain yang berkenan di hati untu buat baju raya.Selalunya baju baju aku mak yang buat.sudah sebati dengan diri kan dengan jahitan emak.rasa tak selesa kalau pakai baju hasil tangan orang lain.Adalah lebij 10 pasang kain ela aku borong.yang ok nya 3pasang je.Yang lain aku beli untuk tambah tambah koleksi baju nak wat g keje..10rm sepasang..aku belilah..bolehlah dari beli mahal mahal dpt sikit je.Aku beli sekali kain ela warna merah maroon untuk adik adikku dan anak menantu ku?ait?ntah mama QA suka ke tak..aku takde idea nak cari colour apa.tahun ni pun aku tak buat colour sedondon dengan family aku sbb tahun ni aku raya umah banting dulu..dah raya ke 3 nanti baru aku balik jhr..cumer kat banting je lah kami bersedondon..oh yer..td aku tggalkan rikazz dekat emak.Jadi panjang n pantas sket langkah.Balik rumah mak kata Rikazz muntah..malamnya waktu Rikazz bangun tido..dia minum susu..B aku panas dengan panas mulutnya.Dan aku tengok Rikazz mcm orang lalok..tak aktif mcm selalu..Walau macamana pun dia masih lagi berbual dan menegur kami yang berada di rumah.Sian Rikazz..Aku risau gak..teringat Arwah Musoddiq anak saudara Mardiana yang meninggal baru baru ini..hanya selepas muntah muntah..Mintak dijauhkan..Selepas aku bagi Rikazz makan ubat demam, barulah badannya berpeluh peluh dan nampak lebih sihat dari sebelumnya.Ramai betul baby yang demam.Tadi aku g KL jerebu..mujur tak bawak Rikazz..tengok berita elnino plak sampai September..adus..panas terik masa puasa nanti..aku rasa tahun ni aku cukup puasa ni..sbb tak haidh lagipun kan..huhuhu

Salam Pembukaan

Terima kasih ku ucapkan kepada Dira yang sudi memberi inspirasi untukku memulakan penglibatan di dalam dunia penulisan blog ini.Cheewah!! untuk Adam Apple juga..mekaseh..bagi memulakan penulisan..aku ingin memperkenalkan namaku..aku diberi nama NUR NHAZZLA ABDUL WAHAB..dilahirkan pada 4 Februari 1983..di Johor Bahru.Aku mula meninggalkan negeri Johor apabila aku menyambung pengajianku di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.Sejak itu..aku mula melebarkan sayapku di sana.Apabila tamat belajar aku bekerja di sebuah Pusat Tusyen.Di situlah bermulanya perkenalanku dengan suamiku MUHAMAD RIZAL.Namun kami bukan lah berkenalan secara face to face tetapi melalui internet.Sejak itu kami mula berkawan dan bercinta dengannya sehingga kami berkahwin pada 28/12/2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki RIKAZZ QALBY MUNTASYEE.sebenarnya aku dah bukak banyak blog tapi tak jalan.harap harap yang ini menjadilah.kikiki..kepada kawan kawanku..semoga segala kisah hidup yang terjadi pada diriku ini dapat dijadikan iktibar buat sesiapa yang membacanya kan

SIGN JANGAN TAK SIGN