Followers

Sponsored By

Saturday, October 30, 2010

Kursus yang seksa



Pergi kursus sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk cikgu yang terperap je disekolah mcm aku.Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui kerana setelah 2tahun aku tidak dihantar berkursus..baru kali ini aku dihantar berkursus lagi.Yang kelakarnya...
Tahun 2008 - Aku pregnant 6bulan
Tahun 2010- Aku pregnant 6bulan anak kedua pula
Kerisauan dihati untuk pemergian kali ini bersarang dihati.Manakan tidak..tidak pernah berpisah dengan Rikazz selama ini namun setelah hampir 2tahun aku harus meninggalkannya pergi kursus.Mujur Rikazz sudah tidak menyusu lagi namun yang merisaukan aku dia masih lagi mengemping kalau mahu tidur.
Pemergianku berkursus 3hari 2malam di Tiara Beach Resort ku mulakan dengan iringan doa.Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba di sana pada pkl 3ptg.
Aku ditempatkan di tingkat 4 Blok c.Mujur abang driver berbaik hati nak menghantar kami sehingga ke depan tangga.Mana taknya jarak antara lobi dan bilik sangatlah jauh..Mau menggigil kaki nak berjalan kaki dengan beg yang berat.
Tapi kuasa Allah siapalah yang tahu.Tiba di blok C aku terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat 4 dengan beban beg dan perut.Ya Allah..nafas tak usah katalah.Kaki ni memang dah naik lembik.
Dan itulah yang berlaku di sana sepanjang 3hari.Terpaksa berulang alik dr seminar room ke bilik apabila tiba waktu rehat dan solat.
Tiara Beach Resort?
Makanan kurang enak
Surau tidak disediakan
Kemudahan pun kurang
Bilik jauh dari lobi
Kemudahan lift tidak diselenggara
Sedikit info tentang kursus yang ku hadiri.Aku dihantar berkursus sempena KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH yang menggantikan KBSR selama ini.Jadi bagi sesiapa yang ada anak akan berada di tahun 1 pada 2011, mereka akan mengikuti sistem baru.
Setiap sekolah mesti belajar bahasa kedua samada Bahasa Cina Tamil dan Arab selama 3 waktu
Untuk subjek Pendidikan Islam selama setahun mereka akan belajar menggunakan buku Iqra'.
Pelajaran semakin ringkas dan mudah

2 comments:

Iela Fazielah said...

mmg tiara beach yg tak best bilik seminar dgn bilik sgt jauh....pape pun bgs gi kursus ni.. ila mmg sgt suka

Naz Nur Nhazzla said...

kak iela...btol..kursus ni best.banyak benda baru kita dpt..tp kalau accomodation xbagus..tu yg xbest

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN