Alhamdulillah..diam tak dia, kandungan kedua ku ini sudah memasuki usia 6 bulan.Apa yang boleh aku ceritakan disini ye?
Sebelum tu mohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran kerana broadband buat hal..Celcom..geramnya daku..Selalu dpt online fb je sbb guna mobile internet.Nak update blog mmg xmampu lah sbb hp ku biasa biasa aja..Bukanlah yang canggih.
Tentang Baby
Ku dah redha dengan jantina nya seperti yang ku ceritakan dlm episod yang lepas lepas kan.Boy.Walaupun hajat dihati inginkan bunga menghiasi keluarga kami tapi takpelah.Setiap pemberian Allah kepada kita tu sebenarnya ikut kemampuan kita.Mungkin aku tak berbakat nak membesarkan anak perempuan buat masa ini.
Kadang kadang tertanya tanya juga..ada harapan tak scan tu tak tepat?Tapi kata mak.Bersyukurlah dah boleh nampak jantina dia.Jelas gambar scan tu bukan samar samar.Kalau orang tengok pun org faham tu adalah bird..
Adik Rikazz ni banyak mengeraskan dirinya.Nak kata dek kerana perut ibu yang kecil dan sempit..sempitlah sangat.Huhuhu..tapi itulah yang berlaku.Dia tidak seligat Rikazz.Tetapi dia lebih suka mengeras dari menyenget bengetkan perut ibunya ini.
Tentang Ibu
Bila masuk 5bulan hari tu...tulang belakang dan pinggang mula sakit sakit.Walaupun aku masih lagi berjalan laju.Dan perut ni kadang membuncit dan kadang leper.Kerap mengalami kekejangan pada perut secara tiba tiba.Tengah tengah mengajar diserang kekejangan.Maka mengaduh lah aku.Sampai murid pun panik.Namun ada juga yang fikir cikgu dia ni buat lawak.
Beratku sudah mencecah 65kg.Ohh tidak...tapi masa Rikazz dulu waktu mcm ni dah 69kg dah pun.Semangat makan sangat meningkat.Syukur kepada Allah.semoga segalanya sihat walafiat di dalam sana
Tentang Persiapan
Aku dah pun booking di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Memang hajat dihati tidak mahu kena datang awal check up disana sbb akan menganggu waktu mengajarku di waktu pagi.27 Dis nanti baru mula check up disana.Kala itu usia kandungan 33minggu.
Baju baju baby dah lah kot buat masa ni.Tinggal nak beli pam manual dan botol botol susu serta cooler bag.
Tentang Rikazz
Dia masih tidak faham kenapa perut ibunya buncit.Yang dia suka bila ibu tunjuk perut dia akan bergendang dgn perut ibu sama mcm yg dia lakukan pada perut abahnye
Next check up 28 Okt
Oh ye dr 20-22hb ni aku dihantar berkursus ke Port Dickson.Lambat sikit nak bersiaran ye..
Due date?
Kalau ikut 40mggu 8Feb
Kalau ikut KK 12 Feb
Kalau ikut PPUM 11 Feb
Kalau ikut Scan 9 Feb
Tak tahu lah yg mana satu harinya.Allahu A'lam
4 comments:
bukan rezeki lg nak dpt baby girl..sabar ye...insya'allah ada tu nanti..yg penting baby dlm kandungan skang sihat...
take care ye..
Alhamdulillah..diam tk diam da masuk 6bln kandungan naz..syukur..semoga lepas ni bjangkit pd jue plak yerk :)
nazz...ku pn rasanyer kalini boy..xth nape..mybe sbb ku xnk diri ini n hubby menghrp bb gurl.. ;D yg pntg sihat..ku doa sgt bb yg ku kandungkan ini sihat n slmt hg dilahirkan,,aminnnn
hi iburikazz, congrats for your pregnancy. :)
BTW, I visited ur blog untuk contest babyibu & azzamoro gaya si comel berbaju raya. ur entry tak ikut syarat pertandingan. so boleh visited this entry untuk betulkan eh.
http://babyibu.blogspot.com/2010/09/gaya-si-comel-berbaju-raya.html
bile dah betulkan, email the entry to me norazariah@gmail.com.
good luck!!!!
Post a Comment