Satu tahun 8bulan Rikazz menyusu badan.Sejak beberapa detik kelahirannya..susu ibu adalah pilihan Rikazz sehingga dia menolak susu formula.Sehingga aku mula hamil anak kedua di kala Rikazz satu tahun 4bulan..susu badanku masih bertahan..setia menemani Rikazz..mengenyangkan Rikazz dan menghilangkan dahaga Rikazz.Walaupun aku pada awalnya ingin menghentikan penyusuan Rikazz setelah aku hamil..Aku tidak sanggup.Keadaan kesihatanku mengizinkan..malah rezeki susu tersebut pun masih ada.Apa lagi yang aku harus gusari..
Hari demi hari..kandunganku semakin membesar.Tapi Rikazz masih lagi menyusu denganku walaupun tempoh masa sudah tidak sekerap dulu..Dan aku masih dapat melihat susu menitis dari bibir Rikazz..dan susu memutih berbekas di payudaraku.
Namun beberapa hari yang lepas..aku cuba untuk memicit aerolaku..kerana aku tidak melihat putih susu itu lagi.Walaupun beberapa kali aku picit namun tiada susu yang keluar.Aku cuba lagi sebelah yang lain.Sama juga..petangnya aku cuba lagi..dan tiada..sehingga hari ini aku masih cuba untuk mengeluarkan susu itu..tetapi memang tiada...
Walaupun susu kini bukan lagi makanan utama Rikazz tp dia masih lagi perlukan kalsium utk membesar.Masalahnya..Rikazz memang tak mahu.Walaupun aku cuba campur dengan kuantiti yg sedikit dlm Milo pun dia dapat tahu dan terus menolak...
Perasaanku tika ini..sedih..kerana Rikazz masih lagi MENGEMPENG kata org Jawa..itulah ubat menenangkannya.Dia tidak pernah mengeluh atau mengamuk walaupun susu mula menyusut sehingga kini kering.
Ibu minta maaf kerana tidak dapat meneruskan pemberian susu ini sehingga Rikazz 2tahun penuh...Kita beri laluan utk adik ye ..Walaubagaimanapun..ibu berbangga kerana dapat membesarkan Rikazz dengan susu badan ibu sendiri..hingga ke saat ini.Maafkan ibu Rikazz
No comments:
Post a Comment