Followers

Sponsored By

Tuesday, September 14, 2010

Tragedi di Malam Raya

19minggu kehamilan
Syawal 2

Syawal 1


Abang Rikazz

Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia dan Salam Syawal.
Setelah beberapa hari berhari raya barulah hari ini aku dapat mencoret sesuatu di blog kesayanganku ini.Aku bukan nak cerita tentang raya tapi nak cerita tentang sesuatu berlaku padaku masa malam raya.
Raya tahun ini giliranku beraya bersama keluarga di Johor dahulu.Bila sekolah mula bercuti,aku dan keluarga telah pulang ke Bandar Tenggara.2malam sebelum raya pula kami bertolak ke rumah nenekku di Benut Pontian Johor.
Sesampai disana hanya keluargaku sahaja yang baru tiba.Maka kami lah yang harus memasak dan membuat persediaan raya di rumah tu.Nenekku sudah uzur.
Menjelang syawal yang akan bermula malam itu.aku sibuk di dapur bersama emak dan mak uda ku yang menetap bersama nenekku.Selalunya aku kalau buat kerja rehat rehat.Sbb rasa sekarang mcm tak larat kalau buat kerja straight.
Hari itu..aku rasa perut ni sakit sangat dekat ari2.Terasa baby hampir sangat dengan pintu rahim.(Memang kandunganku agak rendah.Mungkin kesan operation dulu)Sakitnya sehinggakan bila aku berjalan terasa bergesel perut dengan kaki.Mcm org dah nak bersalin.Tp aku baru nak masuk 5bulan.Sakit sehinggakan bila duduk terasa macam nak terkeluar dari lubang tuu.
Bila terasa sakit sangat aku masuk ke bilik nenekku dan mengadu padanya.Tapi mak uda aku bising2 dia kata aku tak tolong dia di dapur.Hanya nenek dan emakku sahaja yang faham keadaanku.Mungkin Mak Uda fikir aku mengada ngada dan mencari alasan untuk berehat.
Aku hanya dapat berehat sebentar sahaja di di dalam bilik untuk mengurangkan rasa sakit.
Mcm mcm bermain di fikiranku.Risau sesuatu berlaku.Sedang berjalan kehulu kehilir..kakiku tersandung tikar mengkuang dan hampir terjatuh.Mujur Allah menyelamatkanku.Kalau tidak..mungkin aku sudah beraya di hospital.Sudahlah perut sakit..terjatuh pula.Kalian boleh bayangkan kan apa yg akan terjadi kepadaku.
Namun jodohku dengan anak di dalam kandungan ini masih panjang...Alhamdulillah.Hari ini sakit tu telah pergi.Aku berdoa moga aku dapat bertemu dengan anak ini apabila sampai masanya kelak

4 comments:

Hanna said...

jaga baby baik2 ye nazz..hati2 ok..insyallah panjang jodoh adik rikazz dgn ibu dia nnt..

Ummi Eisya said...

ish menakutkan je..kena jaga betul2 tau klu kandungan dah jatuh tu..risiko tinggi..jgn fikirkan sgt cakap org,kalau ape2 berlaku dia yang nak tanggung ke..hihi..kesian kat nazz..take care ye..

Iela Fazielah said...

alhamdulillah..sib baik xpape.. jgn stress2 sgt.. n push2 diari... jaga baby baik2 ye

Naz Nur Nhazzla said...

kak hanna..thanks atas doa tu.
fara..masa scan pun baby memang kat bwh sgt..
iela..terima kasih atas nasihat tu.naz akan ingat.thanks

SIGN JANGAN TAK SIGN