Followers

Sponsored By

Thursday, September 16, 2010

Ribut melanda di Aidilfitri


Sebahagian gambar insiden tersebut

Salam Syawal..esok sekolah akan berjalan seperti biasa.Sebagai pendidik yang patuh pada undang2 wajiblah aku melangkah ke sekolah esok kan.Pastinya pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi agenda Bulan September ni.


Walaubagaimanapun, sebelum aku menutup mata. aku nak berkongsi cerita benar yang berlaku ke atas kami sekeluarga.Ianya berlaku pada 2Syawal yang lepas.Setelah hampir seminggu baru aku berkesempatan mencatatkannya disini.


Syawal kedua aku pulang dari Johor.Niat dihati nak menuju terus ke Jenjarum tapi family mertua pergi beraya pulak.Jadi kami tangguhkan niat dan terus pulang ke rumah.


Sesampai di rumah hujan turun dengan lebat.Aku mengambil kesempatan melelapkan mata sebentar sambil menunggu kain yang dibasuh.


Tiba2 dalam kelebatan hujan tu aku tersedar kerana air masuk ke bilik ku seperti ada orang yang menyimbah sebaldi air dari luar tingkap.Serentak itu Rizal masuk ke bilik dan memanggilku.Dia kata ada ribut lalu tadi dan serentak itu pokok besar di tepi jalan rumah kami tumbang.Bukan sahaja sebatang tetapi 3batang.Bukan tumbang sahaja tetapi menghempap kereta kereta yang parkir di tepi jalan.


Tanpa membuang masa aku bergegas ke luar tingkap.Memang benar..ada 3batang yang tumbang.Jumlah kenderaan yang hancur dihempap pokok dalam 7biji..Maka laluan itu pun tertutup.Jalan mulai sesak kerana banyak kenderaan yang cuba lalu disitu terpaksa berpatah balik semula.


Aku sangat bersyukur kerana aku terlepas dari menjadi mangsa ribut itu.Bayangkan kalau aku masih berada di jalan di dalam kereta mungkin aku menjadi mangsa hempapan pokok besar tu.Kasihan pemilik2 kenderaan yang rosak tu.Yelah bukan boleh tuntut insuran pun kan.


Selepas pkl 6 barulah DBKL datang memotong pokok..Dan barulah boleh aku melalui jalan tersebut untuk pulang ke Jenjarum..

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN