Followers

Sponsored By

Tuesday, April 27, 2010

Negatif


Sejak aku didatangi haidh yang pertama pada bulan 3 sewaktu aku tahun 6, haidh aku memang tak stabil.Kalau dulu selang 4bulan sekali dan paling lama 5bulan sekali.Bila datang haidh pulak, tempoh haidh aku 10 hari.Dan pernah sekali sehingga 15 hari.

Bila aku kawin, orang kata haidh akan datang elok dan segala sengguguut hilang kan.Senggugut jarang jarang aku rasa.Cuma haidh aku dah mula stabil.Tapi bila aku tak dtg period lagi 2bulan selepas aku berkahwin aku rasa itu perkara biasa.Mungkin itu adalah kerana haidh aku memang tak tetap.Sebelum itu aku tak datang haidh selama sebulan dan aku buat upt.Tetapi negatif.Mungkin awal lagi.Namun aku pergi juga ke klinik minta di scan.Itu pun atas saranan kawan2 dan melalui pembacaan kemungkinan orang yang haidhnya tidak teratur ni bermasalah.Sewaktu aku scan di klinik dktr sahkan aku mengandung dlm 3minggu.Kecil lagi.Tetapi ada sesuatu yang turut sama membesar bersama sama janinku.Melalui imbasan itu aku dapati ada sesuatu yang doktor gelarkan cyst sebesar 3cm di dalam rahimku.Doktor nasihatkan aku agar tidak meneruskan dahulu kandungan itu dan memberi laluan kepadanya mengawal cyst tu dari membesar.Selepas diberikan suntikan.Doktor memberi masa seminggu aku akan keluar darah..

Selepas itu aku tidak datang haidh lagi selama 2bulan.Aku tidak mahu memikirkan apa apa lagi tambahan pula aku masih belum tamat kursus perguruan.Cuma aku rasa rindu sangat pada embrio yang sudah tiada itu sebab selepas itu aku rasa sihat dan segar..tiada rasa loya dan pening lagi.

Disebabkan aku harus menghadiri Kursus Bina Guru yang memerlukan aku beraktiviti lasak,aku lakukan UPT utk kali kedua.Hasilnya positif.Alhamdulillah.Walaupun Doktor minta aku berehat untuk beberapa ketika aku tetap ingin teruskan kandungan itu.

Selepas melahirkan Rikazz aku menyusukan badan.Selepas 2bulan berpantang aku tidak didatangi haidh sehinggalah Rikazz berusia setahun.

Pada bulan 1 aku telah di datangi haidh yang pertama selepas aku bersalin dan period itu teratur dan datang tepat pada masanya kecuali pada bulan ini.Masuk hari aku menulis sudah 8 hari aku lewat.Aku dah pun buat UPT 4 hari yang lepas hasilnya negatif persoalannya

1.Adakah aku mengandung?

2.Adakah disebabkan aku bf rikazz haidh aku menjadi tidak normal semula walaupun sudah 4 kali ia datang tepat pada masanya.

3.Adakah rahimku membengkak semula?

aku akan menanti tiga minggu lagi untuk menentukan segalanya

10 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

risau gakkan kalo period tak menentu camtu, nak kata preggy, tidak gaks..hormon tak menentu agaknya...

Naz Nur Nhazzla said...

em..tulah kak.Tapi lepas bersalin dah elok datang.Tiba tiba bulan ni plak tak ada.

mama uzma said...

susah gak kan kak bila period x menentu nih...hmm mcm iena yg 2nd baby ni..,naluri iena kuat kata iena tgh preg..cheak2 mmmg betui..syukur sesgt...

iera me casa........ said...

naz...'iera penah terjadi macam naz.. peyed tak datang 2 bulan.. ingat kan dah preggy dahh haa..

wat UPT .. jawapan dia negatif..
jadi.. iera pi jumpa pakar puan.. buat scan.. tak nampak jugak.. doc kata .. iera tak preggy..
salah 1 sebab kenapa peyed tak datang..
badan letih.. otak stress.. itu salah satu factor naz....

Hanna said...

insyallah kalau ader rezeki tak kemana..berdoa2 byk ok..

Naz Nur Nhazzla said...

iena..tu la.waktu kita menghrp takde.wktu kita da fed up ada lak.

iera ye kot iera.naz pun tgh bz skang.sbb tu kot

kak hanna.naz pasrah.klu allah nak takdirkn rikazz je ank naz pun.naz redha

Unknown said...

jangan risau..rikazzz pasti dapat adik..mek naz kan suburrr...

Faridsyah said...

Hai..Syahni pun alami benda yg sama..syahni check last week dan keputusannyer pun negatif walaupun hati mengatakan syahni mendung utk kali kedua..entahlah ada rezeki ker tidak? Syahnipun menunggu dlm 3 minggu lagi utk melihat keputusan akan dtg...sama2 yea..mana taw sekali lagi kia mengandung dan berkongsi sama2 pengalaman mengandung utk kali ke 2 :)

Unknown said...

em kak naz dh g chek ngn doc..tnye doc ape yg patut ke..risaunya..

Naz Nur Nhazzla said...

La..syahni pun sama ye.Risau gak syahni.Kalau mengandung alhamdulillah.Kalau xmengandung risau sakit lain plak yg dtg.

Huda..akk xcek dgn doktor lg.Sbb biasanya doktor pun akan buat upt gak.Kak naz tggu je lagi sikit.Tp rasa mcm tak pregnant lah

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN