Followers

Sponsored By

Sunday, April 11, 2010

Ada apa dengan 8 April

Kalau dulu 8april ni sangat dinanti oleh rakyat Johor.Termasuklah aku sebab cuti sekolah n cuti keje.Tapi kini 8 April tidak bermakna lagi bagiku untuk cuti sebab aku dah keluar dari negeri Johor dan berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.



8 April yang lepas banyak perkara yang terjadi menyebabkan aku kepenatan dan kebizian.



1. Hari tersebut sekolahku menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Petaling Utama. Bz nak prepare venue dan aku jadi Mc hari tu


2. Sekolah aku juga hantar wakil untuk pertandingan bercerita.Dalam masa seminggu aku kene train murid aku bercerita.Nak bagi dia hafal dalam masa yang singkat bukan semua orang mampu.Aku pilih Mery Zurina kerana aku tahu kemampuan dia.Mery ni murid darjah 4.Tapi kawan-kawan..Guru Besar aku dan Guru Penolong Kanan aku last minit dia suruh aku tukar orang kerana dia tak yakin dengan Mery.Sampai suruh aku spare murid pilihan dia.Murid pilihan dia tu mmg berbakat memang dah selalu masuk pertandingan manakala Mery ni tak pernah mewakili sekolah.Aku cuma bagitau guru besar, aku pilih Mery kerana dia punyai memori yang kuat untuk menghafaz kisah yg dipenuhi dengan hadis dan ayat Quran dalam masa yang pendek (Dapat tau last minute pertandingan ni).Aku tawakal je apabila ramai orang membebel kat aku sbb pilih Mery.Mereka kata buat malu sekolah je pilih Mery yang tak berbakat dan tak hafal.huhuhhu



3. Aku dah janji dengan sepupuku Nadia untuk menghadiri konvokesyennya di Hotel Pan Pacific Sepang sebab mak n ayahnya tak dapat hadir.Bila Last minute aku dpt tau sekolahku kene jadi tuan rumah dan aku plak jd mc..plan ku nak mintak balik awal terasa hambar.Mujur hari itu pertandingan berjalan dengan lancar..dan habis pada pukul 11.30pg.Aku sempat lah bergegas ke Sepang.Sampai sana tetamu dah masuk dewan.



4. Dengan kelaparan aku menggagahkan diri untuk meneruskan semua aktiviti ini.Selesai majlis konvo pukul 6ptg.Aku sekeluarga meneruskan aktiviti seterusnya.Makan2 di TARBUSH SUNWAY PYRAMID.sebab aku dah janji dengan seseorang...siapa tu?????



JAWAPAN


1. Majlis Tadarus Al-Quran berjaya tamat pada pukul 11.30 pg.Alhamdulillah


2. Tahniah ustazah ucapkan buat Mery Zurina kerana telah mempersembahkan cerita yang terbaik sehingga berjaya mendapat no 1..Nak tau..guru besar dan GPK yang bising2 kat aku terkejut.Sebenarnya diorang tak percaya dengan kemampuan siapa ye?Kemampuan aku train Mery ke kemampuan Mery?Dah 3tahun berturut2 wakil sekolah aku berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan bercerita.Wakilnya?Murid yang tak pernah join apa apa pertandingan tetapi aku nampak bakat mereka.Kalau tak guru guru yang asah mungkin sampai bila bila bakat mereka hanya di dalam hati sahaja.



3.Tahniah buat Nurul Nadia Fatin sepupu kesayanganku kerana berjaya mengungguli anugerah pelajar cemerlang di kolejnya.Sejambak mawar itu sahaja yang mampu along hadiahkan untuk kakak.


4. Selamat Hari Lahir yang ke 29 buat suamiku Muhamad Rizal.Hajat dan impian B nak makan Maqlouba Lamb kat Tarbush dah pun sayang sempurnakan.Harap B puas hati...






Penatnya...zzz






No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN