Followers

Sponsored By

Wednesday, April 7, 2010

Gegarannya ku rasakan


Bumi kita semakin tua.Dengan berlakunya bencana alam seperti gempa bumi menandakan bahawa bumi kita semakin sakit dan lemah.Sudah pelbagai penyakit yang menimpa bumi kita.Sehebat mana bumi kita..berjuta juta tahun ia mampu menampung segala hidupan yang ada.Namun bumi tetap makhluk yang pastinya akan mati.

Negara kita dikejutkan dengan gegaran kecil kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Acheh.Dahulu..sewaktu tsunami melanda Aceh dan beberapa buah negara lain termasuk Malaysia..keadaan ini juga yang berlaku.

Masih segar dalam ingatanku..waktu itu aku berada di tahun akhir di UIA.Sewaktu aku sedang berbual-bual dengan rakanku Olin di tangga Batu Caves kami gelarkan ia..di tepi Mahallah Nusaibah dan Sumayyah menghadap ke jalanraya..Tiba tiba pemegang tangga bergoyang dengan kuat.Kami yang sedang rancak berbual terdiam sambil menjenguk ke jalanraya kalau kalau ada lori besar yang lalu yang menyebabkan jalan bergegar.Namun sunyi..Sebanyak 2 kali pemegang besi di tangga itu bergoyang dengan kuat.Aku mula risau..dan tidak sedap hati..mulutku berkata..LIN..TAKKAN LAH MALAYSIA NAK KENE GEMPA BUMI.lalu aku pun meminta izin Olin untuk pulang ke Mahallah ku Mahallah Hafsah.

Masih tidak berfikiran apa apa yang buruk dan ku lihat penduduk Hafsah berkeadaan seperti biasa sahaja..aku pun menuju ke Cyber Cafe..Ketika di Cyber Cafe menunggu giliran PC, terdengar bunyi gegaran yang kuat.Seperti sebuah letupan.Sebanyak 3kali..serentak itu, lantai bergegar dan kami yang berada di dalam CC mula pening dan loya.Keadaan kami terhuyung hayang.Aku tidak sedap hati lalu pulang ke bilik.

Sepanjang perjalanan ke bilik, penduduk yang sedang menonton berita bergegas pulang ke bilik masing2.Baru ku tahu rupanya amaran tsunami dikeluarkan kerana berlaku gempa bumi di Aceh yang turut melibatkan negara kita.Aku cepat cepat mengejut sahabat sebilikku Maryam yang sedang lena dibuai mimpi.YAM..BANGUN YAM.GEMPA BUMI.SEMUA ORANG DAH KELUAR DARI BANGUNAN.

Barulah Maryam membuka mata dan menyatakan patutlah sewaktu dia tidur, katilnya bergoyang2.Kami semua berkumpul di halaman Hafsah.Aku mengambil kesempatan menelefon emak di Johor.Sayu sungguh hatiku waktu itu.Aku sempat memohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku dan menceritakan apa yang berlaku di UIA.Aku bimbang aku tidak dapat bertemu emak lagi.Lalu terjadilah acara tangis menangis diantara penduduk Hafsah dan keluarga masing2.Saat itu..aku redha kalau nyawa ku hanya sampai disitu sahaja.Kami semua berdebar menanti ajal masing2 seandainya gegaran yang lebih kuat berlaku yang pastinya akan meragut nyawa kami semua.

Namun setelah tengah malam..tiada lagi gegaran yang berlaku dan didengar.Kami masuk ke bilik masing2 sambil ternanti2 adakah matahari esok akan dapat lagi kami saksikan keindahannya.

Setelah apa yang aku lalui..barulah ku dapat faham dan rasai bagaimana perasaan penduduk yang mengalami gempa bumi menanti maut memisahkan mereka dari keluarga dan insan tercinta.Rasa pening..loya dan terapung2..itu baru sedikit..hanya tempiasnya sahaja.Bagaimana keadaan mereka yang berada di negara malang tersebut?

Tiada laporan berita tentang kejadian gegaran di UIA dilaporkan.Yang ada di uitm Shah Alam sahaja waktu itu.Syukur..hingga kini aku mampu bernafas dan melahirkan seorang anak.Allah masih memberi peluang aku untuk menikmati keindahan alam nikmat kurniaannya.Subhanallah..Masyaallah Allahuakbar.

p/s : masa gegaran berlaku yang terlintas di fikiranku..tak dapatlah merasa nikmat perkahwinan.hahahah

3 comments:

mama zharfan said...

i dulu penghuni mahallah nusaybah..4 thn tu...dari 1997-2000 ;)

LuVidA^^ said...

err uitm s/alam ek..uhuk

Naz-Segalanya disini said...

alamak..mama zharfan ni senior naz.naz tahun 2000 baru nak SPM.hehehe

Ida..ye uitm shah Alam..Ida xda lg kot kat sana masa tu

SIGN JANGAN TAK SIGN